Senin, 15 September 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 24 & 25

Assalamualaikum u ollssss....

Lagi 2 bab minggu ini. Terima kasih singgah dan baca ya. Lepas ni giliran cerita baru pula yang bertajuk DIA PEMBURU CINTA. Kisah asal DIRIMU SATU yang di ubah 90%. Tunggu kemunculannya di blog ya. Paling awal ujung bulan sepuluh paling lambat bulan sebelas kot akan berada di blog. :D

              BAB DUA PULUH EMPAT




    “MACAM tu la ceritanya. Efa minta maaf pada abang Ziyad . Apa yang Efa lakukan demi arwah Nurul. Efa tak nak kalau suatu hari nanti bila memori lama abang Ziyad kembali abang Ziyad akan tinggalkan Nurul macam tu saja. Nurul dah banyak menderita dengan layanan arwah ayah Lan dulu. Efa tak mahu dia bersedih hati.” Terang Alifah dengan jujur. Namun tak siapa tahu yang ada rahsia lain yang di simpan antaranya dan arwah Nurul.

     “Kenapa perlu buat abang Ziyad macam ni sekali. Walaupun ingatan abang Ziyad kembali tak mungkin abang akan lupakan Nurul macam tu je. Tambahan pula dia sudah bergelar isteri abang kan. Apa yang nak di risaukan . One more thing , abang tengok pada tarikh dan masa video tu di rakamkan adalah sewaktu dia berada di rumah ni kan?” Soal Ziyad.


     Alifah mendongakkan kepalanya. Wajah naïf di pamerkan olehnya. Ini wajah nak simpati dari keluarga Ziyad ke apa ni?

   “Auntie dan uncle kecewa dengan Efa. Salah tetap salah. Auntie tak sangka yang Efa sanggup guna cara macam ni pada Ziyad demi Nurul? Memang niat Efa tu untuk lindungi arwah Nurul tapi bagaimana pula dengan Ziyad?” Soal Datin Huwaidah dengan tidak puas hati.

     “Auntie maafkan Efa. Percayalah auntie yang Efa tak akan buat begini lagi tambahan pula orang yang buatkan ubat guna-guna tu sudah meninggal baru-baru ni.” Terang Alifah. Datin Huwaidah menggelengkan kepalanya.

    “Dia dah meninggal atau tidak uncle akan tetap pulihkan Ziyad.” Sampuk Datuk Zahir pula.
    “You pun berhajat nak buat dekat I macam tu juga ke Efa?” Soal Zikri. Dia merenung tajam wajah Alifah ketika ini. Alifah menundukkan kepalanya.

     “Saya malu dengan keluarga Datuk . Saya malu sangat dengan tingkah laku anak saya ni Datuk.” Luah Encik Zain dengan perasaan malu serta kecewa. Saat itu Alifah memandang wajah papanya yang sedang menunduk. Memang nampak sangat yang papanya sedang menahan malu di atas perbuatannya.

    “Uncle dengan auntie jangan salahkan mama dan papa Efa. Semua ni salah Efa. Jadi Efa harap uncle dan auntie tidak bencikan mama dan papa. Biar Efa tanggung salah Efa ni. Maaf kerana buat macam ni. Efa dah sedar yang benda sememangnya salah. Efa…”

   “Kami nak minta tolong satu je Efa. Selepas ni jangan sesekali ganggu Ziyad mahu pun Zikri. Arwah Nurul pun dah tak ada jadi rasanya tak perlulah kamu nak susah payah lagi. Untuk Zikri auntie tak akan benarkan kamu hancurkan rumahtangga mereka. Hubungan antara kamu dan Zikri tak akan berjaya . Sekarang ni pun kamu boleh nampak yang jodoh Zikri dengan Washfa bukan dengan kamu. Harap kamu sedar tentang hal itu.” Datin Huwaidah memintas.

    “Suraya kami minta diri dulu.” Tambah Datin Huwaidah lagi sebelum berdiri. Ahli keluarganya turut berdiri. Sudah tidak ada apa lagi yang boleh di bincangkan.

    “Oh ya sebelum uncle terlupa , jangan lakukan kesilapan macam ni lagi Efa. Anggap sajalah ini peluang terakhir kamu. Kami balik dulu. Zain tentang urusan business antara kita tak menjadi masalah kalau Efa tidak lagi melakukan kesilapan yang sama selepas ni tetapi kalau itu tetap terjadi saya akan serahkan pada anak saya Zikri dan Ziyad untuk putuskan.” Terang Datuk Zahir . Kemudian dia bersalaman dengan Encik Zain.

   “Terima kasih Datuk. Saya akan pastikan anak saya tidak akan lakukan perkara sebegini lagi.” Jawab Encik Zain dengan senang hati. Semalaman dia tidak dapat lelapkan mata kerana bimbang tentang usaha sama yang mereka rancangkan sebelum ini.

    “Papa mama . Efa minta maaf ya.” Alifah memanggil mama dan papa nya yang sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Keluarga Ziyad sudah pun pulang sebentar tadi. Encik Zain langsung tidak menoleh pada anak perempuannya. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

    “Ingat pesanan keluarga abang Ziyad kamu tadi. Soal papa Efa pandai-pandailah ambil hati dia. Sekarang ni papa sangat kecewe dengan sikap Efa malahan mama juga turut kecewa dengan Efa. Bertaubatlah sebelum terlambat. Menganiayai orang lain tak akan memberikan apa-apa kesenangan mahu pun kebahagiaan pun.” Jawab Puan Suraya sewaktu menoleh pada anak perempuannya sebelum dia mengikut suaminya naik ke tingkat atas.

    Dia malu dengan keluarga Datin Huwaidah yang sebelum ni terlalu baik dengan keluarga mereka tetapi sekarang mungkin akan berubah di atas kesilapan dari Alifah yang langsung tidak memikirkan baik dan buruk di atas tidakan yang dia ambil.

   Alifah tersenyum pada mamanya. Dalam masa yang sama dia menarik nafas lega kerana rahsia lain tidak terbongkar. Efa kamu kena berubah. Jangan sampai rahsia yang lain terbongkar. Kalau terbongkar jawabnya aku tidak ada lagi peluang menikmati kehidupan. Gerutu Alifah sendirian . Dia berlalu menuju ke biliknya.

    “Nasib baik arwah Nurul tak pecahkan satu lagi rahsia yang aku buat pada perempuan itu. Aku cepat bertindak ketika itu. Kalau kau lambat bertindak tempoh hari Efa dah tentu mereka tidak akan lepaskan kau.” Alifah membebel seorang diri di hadapan cermin solek di dalam biliknya. Dengan perlahan-lahan dia menyikat rambutnya.

    “Maafkan aku Nurul. Aku sayangkan kau sangat jadi sebab tu la aku terpaksa buat macam tu. Sekarang ni kau rehatlah puas-puas dekat sana .” Alifah tersenyum sinis. Lepas ni dia tidak lagi berpeluang untuk dapatkan Zikri.

      “Auntie ingat aku akan lepaskan Zikri macam tu saja ke?” . Efa tersenyum sinis. Zikri dan Ziyad korang memang patut merana. Itu balasan untuk korang berdua sebab menyakiti hati aku. Hati Alifah berbicara . Apa yang Ziyad dan Zikri sakiti dia pun tak tahulah.

       TENGAHARI itu, Durani keluar makan tengahari seorang diri. Fifie tidak masuk ke pejabat hari ni kerana cuti sakit. Ketiadaan Fifie menyebabkan Durani merasa bosan dan sepi kerana tiada teman untuk berbual dan makan bersama. Durani menuju ke keretanya.

     “Aku nak makan tengahari dekat mana ya?” Soal Durani sendirian sewaktu menghidupkan enjin kereta. Ada beberapa tempat yang selalu dia pergi bersama Fifie. Dalam kepalanya sudah pun berkira-kira mahu pergi di antara kedai yang pernah dia dan Fifie pergi sebelum ini. Akhirnya Durani sudah mendapat haluan yang di cari dan dia terus bergegas menuju ke sana.

    Ada kenderaan sendiri senang untuk ke hulur ke hilir. Tak perlu nak menyusahkan orang lain. Durani memandu dengan kelajuan yang sederhana. Sempat dia menekan siaran radio untuk mendengar lagu. Sekurang-kurangnya tak adalah dia merasa kebosanan keseorangan memandu. Selalunya Fifie la yang selalu menemaininya. Mereka sering kali bergilir-gilir memandu setiap kali keluar makan.

    Sebaik saja keluar dari kereta, mata Durani terpandangkan pada kereta yang berada di parking sebelahnya. Dahinya berkerut seketika sebelum matanya meliar mencari pemilik kereta tersebut.
    “Mana Ziyad? Kalau tak silap aku ni kereta dia.” Soal Durani sendirian lalu dia melangkah menuju masuk ke restoran yang berada di hadapannya.

    Apabila menjejakkan kaki ke dalam restoran tersebut mata Durani sudah dapat menangkap susuk tubuh Ziyad yang sedang berada di meja makan seorang diri. Makanan yang berada di atas meja langsung tidak terusik. Dengan perlahan-lahan Durani melangkah mendekati Ziyad.

    “Assalamualaikum..” Durani menyapa Ziyad. Namun salam Durani tidak berjawab. Ziyad langsung tidak mendongak pun. Mata Ziyad hanya merenung nasi di hadapannya.

     “Awak..” Durani mengetuk meja makan . Barulah Ziyad tersedar. Ziyad terus mendongakkan kepalanya ke atas. Ketika itu Durani tersenyum manis padanya.

    “Dura buat apa dekat sini?” Soal Ziyad.

     “Ini kan kedai makan mestilah saya datang sini untuk makan tengahari. Yang awak duduk tenung nasi tu kenapa?” Soal Durani . Ziyad menunduk melihat nasi di hadapannya.

     “La dah sampai rupanya. Saya tak perasan langsung.” Durani menggelengkan kepalanya.

     “Awak ni kuat sangat beragan. Nasi depan mata pun boleh tak perasan. Okeylah saya minta diri dulu nak tapau makanan.” Baru saja Durani ingin berlalu Ziyad sudah bersuara.

    “Buat apa nak tapau. Makan je la dekat sini. Makan dengan saya . Lagipun saya makan sorang diri je ni. Jemputlah duduk.” Pelawa Ziyad. Durani menilik jam di pergelangan tangannya. Waktu rehat masih lagi panjang.

    “Terima kasih.” Akhirnya Durani menerima pelawaan Ziyad lalu dia menarik kerusi dan duduk setentang dengan Ziyad. Selepas itu mereka sama-sama menikmati hidangan makanan tengahari.

     “Awak ada masalah ke Ziyad? Saya tengok bukan main lagi awak termenung tadi. Macam ada masalah besar je. Sorry kalau saya ni banyak tanya.” Soal Durani dengan tiba-tiba.

      “Entahlah Dura. Saya ni rasa bingung ada rasa nak marah ada. Macam-macam rasalah yang ada sekarang ni.” Durani mengerut dahi tidak mengerti maksud Ziyad.

     “Sorry saya tak faham.”

     “Baru-baru ni saya dapat tahu sesuatu tentang arwah isteri saya dan juga diri saya. Sesuatu yang saya tak pernah jangka yang akan berlaku pada saya .”

    “Maksud awak?” Durani memandang Ziyad dengan pelik. Dia sendiri tidak tahu kenapa hari ni bila berhadapan dengan Ziyad dia seakan-akan merasa selesa dan senang hati untuk berbicara dan bersembang. Hatinya pula bagaikan meluahkan sesuatu tetapi Durani saja yang tidak mengerti.

    “Begini cerita..” Ziyad mula membuka cerita tentang Efa. Dia juga tidak tahu kenapa hari ni mulutnya terasa ringan untuk bercerita masalah peribadinya padahal dia bukanlah orang yang suka sangat berkongsi hal peribadinya. Hari ini berbeza benar dia bila adanya Durani. Kenapa agaknya ya? .
     “Kiranya kes awak ni sama dengan kes arwah kakak saya dulu la. Dia meninggal pun sebab terkena buatan orang. Kata orang mungkin itu santau yang di hantar untuk arwah kakak saya. Kami pun dah berusaha untuk ubati dia tapi Allah lagi sayangkan dia.” Durani membuka cerita tentang arwah Adah pada Ziyad selepas mendengar cerita apa yang berlaku pada Ziyad.

   “Iye ke? Tak sangka ya dunia dah moden macam ni ada segelintir masyarakat kita masih gunakan cara halus macam ni. Mana perginya iman mereka. Alasan yang Efa  bagi tu memang tak boleh di terima.” Ziyad menyedut air minumannya.

    “Dah lama ke awak mengalami amnesia ni? Awak langsung tak ingat ke?” Soal Durani ingin tahu. Dia terkejut juga tadi bila Ziyad memberitahunya yang dia mempunyai penyakit amnesia sekarang ni. Ziyad geleng kepala.

   “Saya tak pasti apa yang saya tak ingat tapi kalau family saya semuanya saya ingat. Pelikkan?” Soal Ziyad.

    “Setiap orang ada masa lalunya begitu juga dengan awak. Hilang ingatan bukannya boleh pulih dalam sekelip mata je.  Semuanya bergantung pada diri dan juga nasibkan? Jadi apa awak nak buat pada perempuan yang bernama Efa tu?” Soal Durani ingin tahu.

    “Kami maafkan dia tetapi kami bagi dia peluang terakhir. Sekiranya berlaku lagi perkara begini pada saya mahu pun abang saya Zikri dia tak akan terlepas sebab segala perbuatan dia akan bagi kesan pada business usahama keluarganya dengan keluarga saya.” Ziyad memandang wajah Durani.

    “Memaafkan mungkin mudah tetapi untuk melupakan bukannya mudah. Pada pendapat sayalah , baik awak dan keluarga be careful dengan perempuan tu. Hati manusia sering kali berubah. Tak semua orang yang  mengaku kesilapan itu akan terus berubah dalam sekelip mata.” Dahi Ziyad berkerut seribu.

   “Maksud Dura?” Soal Ziyad ingin tahu. Dia tidak mengerti apa yang cuba Durani sampaikan padanya.

   “Saya tak tahu kenapa hati kecil saya mengatakan yang si Efa tu tak akan berubah. Dia pastikan akan lakukan sesuatu di kemudian hari. Kalau dekat awak pun dia boleh buat macam tu apatah lagi pada abang awak.  Mungkin lepas ni dia dah tak ganggu awak sebab arwah isteri awak dah tiada tetapi tidak pada abang awak Zikri. Lagi satu orang kalau dah gelap hati dia dah tak fikirkan orang lain dapat tempias ke tidak yang ada dalam kepalanya adalah dirinya sendiri.” Terang Durani. Ziyad menganggukkan kepalanya tanda faham.

    Ada benar apa yang di katakan oleh Durani. Ziyad merenung wajah yang putih bersih di hadapannya yang sedang menghabiskan makanannya. Pada ketika ini suatu bayangan menganggu fikiran dan ruang mata Ziyad. Perilaku Durani mengingatkannya pada seseorang. Ziyad memejamkan matanya seketika untuk cuba memanggil memori lamanya.

     Durani melihat Ziyad berkerut-kerut dengan mata yang terpejam. “ Ziyad awak okey ke tak ni?” Sapa Durani dengan cemas. Ziyad ternampak wajah yang hadir di dalam mimpinya Lalu dia membuka matanya dengan cemas.

     “Ziyad kenapa ni? Awak sakit ke?” Soal Durani lagi. Dahi Ziyad mula berpeluh.

     “Tak . Saya cuba ingat sesuatu dan saya nampak perempuan yang hadir di dalam mimpi saya tu.” Terang Ziyad. Giliran Durani pula bingung.

    “Maksud awak?”

     “Cara nasihat awak seakan-akan saya pernah dengar sebelum ni. Cuma saya tak ingat nasihat apa dan dari mulut siapa. saya tak tahulah. Pening kepala saya .” Durani terkejut mendengar penjelasan dari Ziyad.

     “Awak cakap awak nampak perempuan tu lagi kan? Mungkin dia ada kaitan dengan masa lalu awak tak. I mean before you lost your memory.”

      “I don’t know. Kenapa baru sekarang semua ni datang pada saya?” Soal Ziyad dengan penuh persoalan .

    “Saya pun tak pasti. Awak kenalah cari jawapannya. Eh saya dah lambat ni. Saya kena balik pejabat dulu. Maaf ya saya kena pergi dulu.” Durani terkejut melihat jam di pergelangan tangannya. Dia langsung tidak sedar tang dia sudah terlewat lima belas minit. Leka dengan mendengar luahan dari Ziyad.

    “Asyik bercerita sampai lupa waktu lunch dah habis. By the way Dura thanks a lot sebab sudi mendengar luahan masalah saya. Sebenarnya saya sendiri tak faham kenapa saya boleh ceritakan pada awak tentang masalah peribadi saya sedangkan saya ni bukan jenis yang suka share masalah peribadi dengan orang yang saya tak berapa kenali seperti awak ni.” Durani tersenyum.

    “Mungkin antara kita ada chemistry kot.” Seloroh Durani dengan selamba sempat juga Durani tersengih sebelum dia mencapai handbag miliknya. Ziyad dan Durani sama-sama bangun dan meninggalkan restoran tersebut. Bayaran sudah pun di bayar sebentar tadi oleh Ziyad.

    “Terima kasih belanja saya makan. Lain hari saya belanja awak pula ya.” Durani sudah membuka pintu keretanya . Begitu juga dengan Ziyad.

     “Sama-sama. Saya harap kita akan berjumpa lagi lepas ni.” Ziyad tersenyum pada Durani.

      “InsyaAllah. Pergi dulu.” Durani terus memboloskan diri ke dalam kereta begitu juga dengan Ziyad. Kereta Durani keluar dari tempat parking dan sempat dia membunyikan hon pada Ziyad yang sudah pun berada di dalam keretanya. Selepas kereta Durani berlalu , Ziyad pula yang meninggalkan tempat parking tersebut. Dia harus pulang ke pejabat. Ada urusan kerja yang belum di laksanakannya.

     DATUK Zahir masuk ke kamarnya. Dia melihat isterinya sudah pun berbaring . Datuk Zahir mendekati katilnya. Sudah tiba masa untuk mereka berdua berehat.

    “Abang rasa kita boleh ke percayakan pada Efa tu lagi?” Soal Datin Huwaidah dengan tiba-tiba. Sejak balik dari rumah keluarga Alifah hatinya langsung tidak rasa tenang. Perasaannya gelisah semacam saja.

    “Kalau abang memang abang tak percaya pada dia. Sekarang ni abang bimbangkan rumahtangga Zikri dan Washfa.” Jelas Datuk Zahir.

    “Itu juga yang saya risaukan bang. Macam mana kita nak elakkan dia dari musnahkan rumahtangga Zikri bang. Dia boleh guna cara halus bang. Itu yang saya bimbangkan. Kasihan pada cucu kita bang.”

    “Kita kena pastikan yang Zikri dan Washfa tu berhati-hati dengan tindak tanduk Efa lepas ni. Jangan percaya pada dia. Terus terang abang cakap yang abang memang tak percayakan pada Efa sejak dulu lagi. Kalau dia yang jadi menantu kita abang tak boleh nak bayangkan apa yang dia akan lakukan pada keluarga kita untuk tunduk pada dia. Banyak yang berlaku macam tu sekarang ni kan. Orang kalau dah mula dengan cara macam tu bukan senang dia nak tinggalkan.”

    “Tapi bang Efa kata orang yang buat pada Ziyad tu dah meninggal.”

     “Habis tu awak ingat dalam dunia orang macam tu ada sorang je ke?” Datin Huwaidah terus terdiam.  Betul apa yang di katakan oleh Datuk Zahir. Orang seperti itu bukan sorang atas muka bumi ni. Ramai yang mengamalkan ilmu sesat sebegitu. Kononya boleh mengubati orang yang sakit hakikat yang sebenarnya lebih kepada menganiyai orang .
   
 
    
*****************************************



BAB DUA PULUH LIMA

    WASHFA membawa mug berisi air milo menuju ke arah suaminya yang sedang ralit menonton televisyen. Siaran bola sepak menarik perhatian ketika ini. Memandangkan esok hari minggu maka dapatlah Zikri tidur lambat untuk menonton perlawanan Fifa World Cup 2014. Bila musim World Cup memang ramai yang sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Yang pasti kedai-kedai mahu pun gerai pasti meriah setiap kali tibanya musim world cup. Rezeki mereka turut bertambah.

    “Abang air.” Sapa Washfa lalu menghulurkan mug pada suaminya. Ziyad tersenyum lalu menyambutnya.

    “Thanks sayang.” Washfa terus melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan dengan suaminya.

     “Puteri abang dah tidur ke? Bukan main lagi tadi dia bersemangat nak tengok bola juga.” Soal Zikri. Teringat pada puteri yang teruja nak menonton bola . Kanak-kanak zaman sekarang juga tidak ketinggalan dengan perihal isu semasa.

     “Puteri dah tidurlah bang. Itu pun jenuh saya nak pujuk dia suruh tidur. Dia memang nak tengok bola juga tapi agak-agak la bang bola pukul dua tiga pagi. Hari ni hari paling lewat puteri tidur tau. Pukul satu setengah baru dia tidur. Jenuh saya bacakan dia buku cerita .” Balas Washfa. Zikri tersengih.

     “Sayang kenalah hadiahkan abang baby boy pula lepas ni.” Usik Zikri. Washfa mencubit pinggang suaminya dengan manja.

    “InsyaAllah bang. Washfa pun memang teringin nak anak lelaki. Mudah-mudahan doa kita di makbulkan Allah. Puteri pun dah besar dia juga perlukan kawan.” Washfa juga menunggu rezeki anak kedua.

    “Abang rasakan Efa tu akan buat lagi tak perkara macam tu?” Soal Washfa dengan tiba-tiba. Hatinya memang tidak tenang memikirkan hal itu. Sejak peristiwa itu fikirannya seringkali memikirkan tentang Alifah. Hatinya turut di sapa kebimbangan.

    “Abang pun tak pastilah sayang tapi abang rasa dia tak akan mengalah dengan begitu mudah. Jadi abang nak sayang dengan puteri hati-hati. Jangan mudah percaya pada fitnah yang dia cuba buat untuk laga-lagakan kita . Lagi satu kalau dia datang sini jangan benarkan dia masuk melainkan abang ada sekali pada waktu tu. Sayang faham kan?” Washfa menganggukkan kepalanya.

     “Baiklah bang.”

      “Macam mana dengan usaha umi dan sayang untuk mencari teman umi yang hilang tanpa jejak tu? Ada apa-apa perkembangan terbaru ke?” Soal Zikri bila teringat pada tentang misi pencarian adik iparnya yang masih lagi belum di jumpai.

       Washfa menghela nafasnya dengan berat sekali lalu menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

      “Masih tiada perkembangan lagi bang. Umi tengah usaha lagi. Washfa pun ada juga cari dekat facebook nama Wardah tapi belum lagi jumpa bang. Mungkin dia tak gunakan akaun facebook kot.”
Zikri menghirup air yang di buatkan oleh isterinya lalu di letakkan mug tersebut di atas meja hadapannya. Tangannya kemudian memeluk bahu isterinya.

    “Tak semua orang dalam dunia ni yang guna facebook sayang. Sama seperti kegunaan telefon juga. Tak semua orang gunakannya. Cuma satu je abang nak ingatkan pada sayang . Kalau suatu hari nanti di takdirkan Allah menemukan kita dengan Wardah sayang kena tabah dan kuat untuk hadapinya. Kita tak tahu sama ada pertemuan itu nanti adalah pertemuan yang menggembirakan atau sebaliknya. Abang nak isteri abang ni tabah dan kuatkan semangat dalam apa jua yang datang untuk dugai kita termasuklah isu rumahtangga kita ini. Walau apa cara sekali pun Efa nak gunakan untuk pisahkan kita abang nak sayang tabah hadapinya dan jangan sesekali percaya padanya. Dia boleh lakukan apa yang dia suka sayang asal dia puas hati.  Efa tu dia tak boleh nak terima hakikat. Padahal dah bertahun-tahun kita kahwin.”

     “Ingat kita bersatu kerana Allah dan kita terpisah juga kerana Allah . Sayang kena pegang itu. Abang sayangkan sayang dan puteri kita dunia dan akhirat.” Tambah Ziyad lagi. Mata Washfa berkaca-kaca lalu dia memeluk suaminya dengan erat.

     “Washfa akan ingat pesan abang tu. Terima kasih untuk kasih sayang abang pada Washfa dan puteri. Mungkin Washfa tak mampu jadi isteri yang sempurna tapi Washfa akan terus berusaha untuk jadi isteri yang baik untuk abang.” Zikri membalas pelukan dari isterinya. Sewaktu meleraikan pelukan sempat Zikri menghadiahkan satu kucupan di dahi Washfa dan selepas itu Washfa melentokkan kepalanya di bahu suaminya tercinta . Mereka sama-sama menonton siaran langsung world cup 2014.

     Washfa bukanlah peminat tegar bola sepak tapi bila Zikri menonton siaran bola sepak dia pasti akan menemani suaminya itu. Kadangkala Washfa akan lakukan perkara lain iaitu dengan membaca atau pun mengait sesuatu. Memang bertuah Zikri mendapat seorang isteri seperti Washfa.

    Sewaktu di awal perkahwinan mereka , Alifah memang jarang sekali menganggu keluarga mereka memandangkan waktu itu Alifah telah di hantar oleh papanya untuk belajar . Namun sayang dia tidak dapat menghabiskannya. Fikirannya sering kali terganggu dengan rasa iri hati setiap kali melihat kebahagaiaan Washfa. Tambahan pula waktu itu dia dapat tahu Washfa dan Zikri di kurniakan seorang anak perempuan.

    ALIFAH masuk ke biliknya dengan riak tidak puas hati. Setiap kali bertegang urat dengan papanya pasti akan jadi begini. Alifah menghempaskan badannya ke tilam empuk miliknya.

    “Geram betul aku dengan papa ni. Boleh bandingkan anak dengan urusan business. Apa penting sangat ke business dia tu dari kebahagiaan anak sendiri. Aku tetap nakkan Zikri. Kenapa diorang tak faham apa yang aku nak?” Marah Alifah. Dia memintal-mintal baju tidur yang di pakainya itu.

    “Papa bercadang nak hantar kamu ke luar negeri. Sambung belajar balik yang kamu tinggalkan dulu.” Dengan selamba Encik Zain memberitahu anaknya. Efa yang mendengar terus terkejut.

    “Apa ni papa nak suruh Efa sambung belajar lagi. Kenapa tiba-tiba saja ni?” Soal Alifah tidak puas hati.

    “Kamu tanya kenapa lagi? Papa buat semua ni untuk kebaikan keluarga kita. Papa tak nak kamu ganggu lagi keluarga abang Ziyad kamu terutama sekali keluarga abang dia Zikri. Papa tak nak di sebabkan perangai kamu tu rosak habis kerja papa dengan Datuk Zahir. Peluang untuk kamu dulu dah lama tertutup. Sedar sikit. Tak usah nak kejar suami orang lagi dan papa nak kamu berubah jadi insan yang lebih baik. Jangan terpengaruh dengan ilmu hitam mahu pun sihir. Papa tak nak kamu musnahkan masa depan diri kamu sendiri.” Dengan panjang lebar Encik Zain menerangkan kepada anak perempuannya yang satu ni. Yang paling kuat melawan dan keras hati.

    “Papa memang lebih pentingkan business dari kebahagiaan Efa kan?” Soal Alifah dengan riak tidak puas hati.

    “Dua-dua sama penting Efa tapi masalahnya sekarang kamu tu yang tak boleh nak terima hakikat bahawa Zikri tu dah kahwin dan dia bahagia dengan keluarga dia. Bila orang nak dekat kamu dulu, kamu tak nak tapi bila orang dah tak mahukan kamu baru kamu nak meroyan dan cuba dapatkan dia balik. Tolonglah Efa sedar sikit. Zikri tu dah lama kahwin kamu tak payah susah payah nak dapatkan dia. Sampai ke hari ni papa masih tidak tahu apa sebabnya kamu mengejar kembali Zikri sedangkan dulu kamu menolak dia. Cuba cakap dengan papa apa niat kamu yang sebenarnya. Kamu bukan sayang dan cinta pada Zikri pun.”

     “Papa faham tak perasaan Efa . Mana boleh Efa lepaskan Zikri macam tu saja. Dah banyak tahun Efa berusaha papa. Salah ke Efa nak cuba dapatkan Zikri kembali. Bukan dulu papa juga yang beria-ria nak jodohkan Efa dengan dia. Sekarang ni bila Efa nak Zikri papa tak nak bagi pula.” Alifah mula bertegang urat dengan papanya.

     “Berusaha apanya. So apa yang kamu dapat? Kamu nampak tak yang usaha kamu tu sia-sia. Kamu sedar tak Efa. Dah bertahun-tahun buat apa Efa nak lakukan semua ni? Apa yang tak kena dengan diri Efa yang sebenarnya. Papa dah rekomenkan kamu jodoh yang baru tapi kamu menolak juga. Papa memang tak faham dengan perangai kamu ni Efa. Dengar sini papa tetap akan hantar kamu sambung belajar. Jadi bersiap sedia untuk itu. Jangan kamu nak bantah faham. Apa yang papa buat demi kebaikan kamu. Papa nak kamu tu belajar apa itu kehidupan .” Encik Zain terus meninggalkan Alifah yang masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan papanya itu.

    “Mama tolonglah Efa..” Rayu Alifah pada Puan Suraya.

    “Sorry Efa. Kali ni mama dah tak boleh tolong kamu. Kalau kamu tetap juga berkeras silalah berusaha kembali dapatkan kepercayaan dari papa kamu. Efa tahu kan kalau A kata papa jawabnya A la juga. Lain kali nak buat sesuatu fikir dulu kesannya Efa.” Giliran Puan Suraya pula meninggalkan anaknya yang terdiam mendengar bicaranya.

    Kalau papa tetap berkeras juga nak hantar aku sambung belajar balik tahulah apa yang aku nak lakukan. Kali ni aku tak boleh mengaku kalah dan aku tak perlu nak ikut arahan papa. Jerit hati kecil Alifah.

    Apa pula rancangan Alifah selepas ni ? Alifah tak mungkin mengalah dengan begitu saja. Pasti dia akan lakukan sesuatu untuk dapatkan apa yang di impikan olehnya.

     “Abang ni janganlah berkeras dengan Efa macam tu sekali. Saya bimbang kalau dia buat yang bukan-bukan. Efa tu keras kepala sikit.” Ujar Puan Suraya sewaktu berada di kamar mereka. Encik Zain terus memanjat katil. Pening kepala memikirkan karenah anak perempuannya.

   “Habis tu awak nak suruh abang buat macam mana? Abang malu tau tak dengan perangai anak kita tu. Nasib baik keluarga Datuk Zahir tu baik dan mereka bagi Efa pilihan. Abang buat semua ni untuk kebaikan Efa. Su ingat abang suka ke hantar Efa pergi  jauh dari kita?” Soal Encik Zain. Puan Suraya menghela nafasnya lalu mendekati suaminya.

   “Ya Su tahu abang buat demi kebaikan Efa tapi Su tak rasa ini jalan yang betul bang.”

   “Keputusan abang tetap muktamad. Abang nak dia sambung belajar. Sepatutnya sejak dulu lagi dia dah habis belajar tapi tengoklah apa dah jadi dengan dia. Kalau dia tak nak dengar arahan dan cakap abang ni jangan kata kereta semuanya abang akan tarik. Biar dia tahu sikit macam mana hidup susah. Efa tu memang patut kena ajar sikit.” Tambah Encik Zain sebelum meletakkan kepalanya ke bantal. Dia terus mengiring membelakangi isterinya. Terkejut Puan Suraya mendengarnya. Suaminya sudah nekad dengan tindakan itu. Puan Suraya membiarkan suaminya berehat.

   “Efa.. Efa dah tidur belum? Boleh mama masuk?” Puan Suraya sudah terpacak di pintu bilik Alifah.
   “Masuklah mama.” Jawab Efa dengan malas. Dia membetulkan duduknya. Alifah bersandar dan melihat pada pintu biliknya yang di tolak dari luar.

   “Mama nak cakap dengan Efa sikit.” Puan Suraya mendekati anak perempuannya.

   “Mana nak cakap pasal sambung belajar tu ke? Efa tak nak mama. Tolong bagitahu papa yang jangan paksa Efa .” Jelas Alifah. Puan Suraya duduk di birai katil anaknya lalu menarik tangan Alifah dengan perlahan-lahan.

    “Efa apa yang papa buat tu untuk kebaikan Efa. Mama rasa ada baiknya Efa ikutkan saja kehendak papa. Jangan melawan apa yang dia nak. Efa sedar tak hubungan Efa dengan papa jadi macam ni sebab apa dulu? Papa marahkan Efa sebab penjodohan Efa dengan Zikri tak menjadi. Papa malu dengan sikap Efa pada Zikri. Papa bukannya boleh terima macam tu je. Jadi mama mintak tolong sangat pada Efa yang ikutkan kehendak papa ya.” Pujuk Puan Suraya.

    “Efa tak nak. Kenapa mama dan papa tak faham ni.” Marah Alifah.

    “Kalau Efa tetap degil dan tak nak terima apa yang papa putuskan jangan salahkan mama kalau semua yang Efa miliki hari ni di tarik oleh papa. Kalau dah jadi macam tu mama tak boleh tolong Efa. Fikirkan baik-baik. Kalau Efa ikut apa yang papa minta semuanya akan berjalan dengan lancar tetapi kalau Efa membantah semua kesenangan yang papa bagi pada Efa semua akan di tarik dalam sekelip mata. Efa boleh ke hidup sehelai sepinggang dekat luar sana. Efa sedarkan apa yang Efa miliki hari ni adalah milik papa bukan milik Efa.” Begitu panjang lebar sekali Puan Suraya menasihati anak perempuannya.

    Jelas sekali wajah Alifah terkejut mendengarnya.  Pilihan yang menyeksakan hidupnya pada masa akan datang.

    “Apa ni sampai nak tarik semua hak milik Efa?” Jelas sekali dia tidak berpuas hati dengan apa yang di dengarinya sebentar tadi.

    “Efa fikirlah baik-baik. Mama dah tak boleh nak tolong apa-apa lagi. Semuanya keputusan bergantung pada papa Efa. Cuma satu je mama nak ingatkan pada Efa ,  jangan buat pilihan yang salah sebab kesannya Efa dah nampakkan.  Efa pergilah sambung belajar sayang. Mama tak nak Efa terus menerus mengejar Zikri . Efa masih tak nampak ke yang Zikri tu bahagia dengan Washfa. Bukan sehari dua mereka kahwin tapi dah hampir enam tahun Efa. Enam tahun tau.”

    “Dulu mama selalu pesankan bila nak lakukan sesuatu fikir baik dan buruknya dahulu. Sekarang tengok Efa sendiri yang tersepitkan? Efa fikirlah sama ada nak ikut arahan papa atau ingkar. Ingat kalau Efa ingkar secara automatiknya semua akaun dan kemewahan yang Efa miliki di tarik serta merta. Papa boleh lakukan itu Efa. Kalau rasa nak hidup susah silakan buat perangai.” Alifah memandang wajah mamanya dengan pelbagai bebanan di dalam kepala.

    Papa nak tarik semua kesenangan yang aku ada. Macam mana ni? Kalau di tarik apa aku nak buat? Perlu ke aku ikut cakap papa tu. Sekarang pilihan yang aku ada adalah Zikri atau kesenangan diri sendiri iaitu wang? Alifah bingung seketika. Dua-dua dia mahu.

    “Mama masuk tidur dulu. Selamat malam.” Puan Suraya meminta diri. Matanya sudah pun mengantuk . Suaminya mungkin sudah berada di alam mimpi ketika ini. Alifah langsung tidak menoleh atau menjawab apa-apa. Dalam fikirannya sekarang di fokuskan pada pilihan yang dia ada sekarang ini.

    “DURA betul ke ibu dengar tentang Ziyad yang dia dah terkena ubat guna-guna oleh sepupu arwah isterinya?” Soal Puan Yusnita sewaktu mereka sedang sibuk untuk memasak makanan tengahari.
    “Mana ibu tahu semua ni?” Soal Durani dengan pelik. Setahunya dia tidak pernah berceritakan tentang hal itu pada ibunya.

    “Biasalah dekat kampung kita ni memang ada reporter bergerak. Mak Nab kamu la yang bagitahu ibu semalam. Entah dari mana dia dapat tahu ibu tak pastilah. Kalau betul memang kasihan dekat budak Ziyad tu. Ibu tengok dia seorang lelaki yang baik hormatkan orang tua pula tu.” Durani masih ralit memotong bunga kubis .

    “Cepatnya tersebar. Kalau guna-guna memang betullah ibu. Ziyad terkena dengan sepupu arwah isterinya. Mak Nab tak cerita ke pada ibu kenapa sebabnya?” Soal Durani sewaktu menoleh pada ibunya.

    “Menurut kata Mak Nab kamu tu dia nak buat macam tu sebab tak mahu Ziyad suka dekat perempuan lain. Yalah diorang tu orang berada . Agaknya dia bimbang Ziyad cari orang lain la tu. “ Jawab Puan Yusnita. Durani menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia sudah dapat agak.

     “Ibu jangalah percaya sangat cakap Mak Nab tu. Dia tu memang suka canang cerita orang dekat kampung ni. Dura memang tahu hal ni sebab hari tu Dura bertembung dengan Ziyad jadi dia ceritalah srba sedikit pasal tu. Kalau ibu nak tahu sebenarnya Ziyad tu sakit . Dia mengalami amnesia. Ada benda yang dia tak ingat sebelum ni. Apa yang sepupu arwah isterinya buat pada Ziyad sebab penyakit Ziyad tu la.” Akhirnya Durani menjelaskan pada ibunya tentang perihal Ziyad.

   “Hah amnesia? Kenapa boleh jadi macam tu pula?” Soal Puan Yusnita dengan terkejut. Dia langsung tak menyangka yang Ziyad yang mereka kenali beberapa bulan yang lalu tu sebenarnya sakit. Dura menganggukkan kepalanya. Puan Yusnita menanti cerita sebenar dari mulut anak perempuannya itu.  

    “Dia kemalangan. Di sebabkan kemalangan itulah Ziyad mengalami amnesia. Ada sesetengah perkara dia langsung tidak ingat. Apa yang dia tak ingat tu Dura sendiri pun tak tahu. Mungkin masa silamnya. Sepupu arwah isterinya tu guna-gunakan Ziyad sebab tu la. Dia bimbang kalau memori Ziyad kembali nanti Ziyad akan tinggalkan sepupunya tu.” Durani menceritakan serba sedikit apa yang dia dengar dari mulut Ziyad.

    “Boleh pula sepupu arwah isteri dia fikirkan macam tu. Ziyad tu berpelajaran tinggi tak kan dia nak tinggalkan isteri dia macam tu saja bila dia ingat balik. Pasal ingatan Ziyad tu pun belum tentu lagi kita tahu apa yang dia tak ingat. Agaknya sepupu arwah isteri Ziyad ni tau kot masa lalu Ziyad. Manalah kita tahukan.” Puan Yusnita terus sibuk menyediakan makanan tengahari untuk mereka sekeluarga.  Durani terdiam seketika.

     Betul juga cakap ibu tu. Mungkin perempuan yang bernama Efa tu mengetahui masa silam Ziyad. Apa yang bermain di kepalanya ketika ini di biarkan sepi. Durani leka membersihkan sayuran.

Bersambung....

NotaTersepit: Alhamdulilah semuanya sudah siap edit termasuklah sinopsis. Sekarang ni fikir nak hantar ke mana pulak mss kali ni :)