Senin, 07 Juli 2014

Rebah Di Tirai Cinta (Bab 23)

MAK Cik Sarimah mundar mandir di dalam rumah. Sesekali matanya memandang ke luar rumah. Jam di dinding entah berapa kali dikerling oleh matanya. Kelibat Syahid dan Laila yang tidak kelihatan di mana-mana membuatkan hati tuanya bertambah resah. Mak Cik Sarimah memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Kepala sakit ditambah pula dengan hati yang semakin risau membuatkan Mak Cik Sarimah terasa lemah. Akhirnya dia terduduk di atas kerusi rotan.
“Aulia, abang kamu ni mana? Hujan lebat ni. Kenapa Syah dan Laila tak balik-balik lagi ni?” soal Mak Cik Sarimah pada Aulia yang berjalan ke arahnya.
“Lia pun risau juga ni, ibu. Tadi abang cakap nak ke laut. Mungkin Kak Laila pun ikut sekali. Tapi sekarang hujan lebat tentu ombak kat laut pun besar. Ya Allah, janganlah apa-apa terjadi pada abang,” ujar Aulia kerisauan. Dia meraup wajahnya.
Bertambah risau hati Mak Cik Sarimah mendengar kata-kata Aulia. Dia bangun semula lalu menuju ke pintu rumah. Hujan yang lebat ditambah dengan guruh yang berdentum-dentam meresahkan hati tuanya. Dia berisghtifar setiap kali cahaya kilat menyuluh. Keadaan ini mengingatkan Mak Cik Sarimah pada kejadian yang meragut nyawa suaminya.
“Lia, kamu tolong pergi jumpa Muaz. Mintak tolong dia carikan abang kamu. Ibu risau kalau dia terkandas dekat laut sana. Hujan-hujan macam ni mana nak nampak jalan balik,” ujar Mak Cik Sarimah.
Aulia bangun menghampiri Mak Cik Sarimah. Dia memegang bahu ibunya itu.
“Kita tunggu hujan reda sikit lagi ibu. Lebat sangat ni. Lia pun tak tahu sama ada Abang Muaz ada dekat rumah ke tak,” balas Aulia.
“Kalau Lia tak nak pergi, biar ibu pergi cari abang kamu sendiri!” tegas Mak Cik Sarimah mengejutkan Aulia.
“Jangan macam itu, ibu. Ibu tak sihat lagi. Baiklah, Lia pergi. Ibu duduk dekat rumah. Nanti Lia ajak Aidil temankan Lia jumpa Abang Muaz…” pujuk Aulia.
Mak Cik Sarimah terdiam. Dia membiarkan Aulia berlalu memanggil Aidil yang berada di dalam bilik.
Dalam fikirannya saat ini bermacam-macam gambaran yang menyinggah. Dia benar-benar risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada anak dan menantunya itu. Kasih sayangnya pada Syahid sudah melebihi kasih ibu angkat pada anak angkatnya. Bagi Mak Cik Sarimah, Syahid tak ubah seperti Aulia dan Aidil. Kasih sayangnya juga tidak berbelah bahagi.

PERLAHAN-LAHAN mata Laila yang tertutup terbuka. Dia terasa tubuhnya dipeluk sesuatu lantas Laila berpaling ke sisi. Kelihatan Syahid memeluk erat tubuhnya sedangkan bibir lelaki itu kelihatan bergetaran. Dia juga dapat merasakan yang Syahid menggigil-gigil.
Lalu, Laila menolak perlahan tangan Syahid membuatkan Syahid tersedar. Lelaki itu membuka mata sebelum dia melekapkan tangannya di dahi Laila. Syukur, dahi gadis tu sudah tak panas.
“Hujan dah reda,” ujar Laila dengan suara yang serak.
Syahid menghela nafas panjang. Dia kembali memeluk tubuhnya yang terasa dingin. Tubuhnya yang basah kuyup menjadi bertambah sejuk apabila ditiup dengan bayu pantai yang menghembus. Walaupun hujan sudah reda tetapi cuaca masih lagi sama. Langit masih lagi kelam. Ombak masih lagi bergelora.
“Sejuk ke?” soal Laila sambil memandang wajah Syahid dengan lama.
Syahid tidak menjawab sebaliknya dia hanya menganggukkan kepala.
Laila terdiam lalu dia menanggalkan kain pelekat yang membalut tubuhnya lalu diselimutkan di tubuh Syahid yang sudah menggigil.
Syahid tersentak. Dia berpaling ke tepi. Pantas, satu senyuman manis terukir di bibirnya untuk Laila. Dia tidak menyangka, Laila masih lagi bersimpati terhadap dirinya.
“Terima kasih…” ucap Syahid dengan senyuman.
Laila hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba saja lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Syahid. Dia terpaku dengan renungan anak mata Syahid yang redup.
“Nak peluk boleh? Saya sejuk ni…” gurau Syahid sambil tersengih. Dia menolak bahu Laila dengan bahunya.
Merona merah wajah Laila dengan permintaan Syahid. Entah kenapa dia jadi malu sendiri. Sedangkan selama ini dia memang jenis yang tak tahu malu apatah lagi dengan Syahid.
“Apa kau merepek ni?” soal Laila dengan gelabah.
Syahid ketawa dalam kepayahan. Walaupun tubuhnya terasa sedikit lemah tetapi dia terhibur dengan reaksi Laila. Dia mendekatkan tubuhnya pada tubuh Laila.
Laila mula tak senang duduk, lalu dia berganjak ke tepi. Syahid turut mengesot. Laila terus menjarakkan diri. Apabila Syahid cuba memeluk tubuh Laila, dengan pantas, Laila bangun sehingga membuatkan Syahid jatuh ke atas pasir pantai.
Laila berpaling. Dia ketawa melihat Syahid yang jatuh tersembam.
“Itulah gatal sangat. Dah tahu diri tu sakit janganlah nak menggatal!” tempelak Laila dengan tawa yang masih bersisa.
Syahid menepuk pasir kemudian dia berpaling memandang Laila yang berdiri di hadapannya. Rambut gadis itu berterbangan ditiup angin membuatkan gadis itu kelihatan cantik di matanya. Syahid tersenyum. Nampaknya, Laila tidak sedingin dulu.
“Awak cantik bila ketawa…” ucap Syahid.
Mati terus ketawa Laila. Dia mencebik.
“Ayat lelaki semuanya sama. Sweet talker,” tempelak Laila.
“Tapi saya pasti saya tak sama macam Datuk Hasyim kesayangan awak tu kan?” ujar Syahid.
Laila terdiam. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita daripada Datuk Hasyim semenjak peristiwa di rumah lelaki itu. Bukan Datuk Hasyim tidak cuba menghubunginya tetapi Laila yang tidak mengendahkan panggilan daripada lelaki itu. Entah kenapa dia tawar hati dengan apa yang berlaku.
“Hujan dah reda, jadi kita boleh balik. Jomlah balik,” ucap Laila tanpa menjawab soalan daripada Syahid. Dia memusingkan badannya menghadap laut. Satu keluhan dilepaskan.
Syahid mengulum senyum. Dia tahu Laila cuba mengelak apabila soal Datuk Hasyim dibangkitkan. Kenapa? Sedangkan Datuk Hasyim cinta hati isterinya itu. Sudah berubahkah Laila? Pelbagai soalan bermain di benak Syahid lalu dia bangun dan mendapatkan Laila.
“Sebanyak mana cinta awak pada Datuk Hasyim, Laila? Takkan tak ada peluang untuk saya menetap dalam hati awak?” bisik Syahid rapat di telinga Laila.
Laila tersentak. Dia berpaling ke sisi. Anak matanya berlaga dengan anak mata Syahid membuatkan bibirnya beku seketika.
“Pada hari pertama perkahwinan kita, kau dah tahu tempat kau di mana kan? Tak perlu aku ulang kembali…” balas Laila sambil melarikan pandangannya ke tempat lain.
“Tapi itu tiga bulan yang lepas. Sekarang ni takkan tempat itu tak berubah? Hina sangatkah saya pada pandangan awak, Laila?” soal Syahid. Suaranya berubah sayu.
Laila terdiam. Dia tidak memandang wajah Syahid sebaliknya di hanya melebarkan pandangannya ke dada laut. Ombak makin kuat menghempas pantai sedangkan angin semakin kuat bertiup menyelak rambutnya yang panjang mengurai. Satu keluhan dilepaskan.
“Sejak kecil aku dibesarkan oleh waled. Segala kasih sayang yang waled berikan pada aku buatkan aku rasa bahagia. Segala apa yang aku nak, waled tunaikan. Tak pernah sekali pun waled hampakan aku, tapi semenjak kau datang, waled seolah-olah tak endahkan aku. Paling menyakitkan hati aku, bila waled suruh aku kahwin dengan kau. Siapa kau pun aku tak kenal. Tapi disebabkan harta waled, aku terima kau jadi suami aku. Dan sekarang aku dapat tahu yang waled bukan ayah kandung aku. Apa semua ini? Drama apa yang berlaku dalam hidup aku? Kau tak faham apa yang aku rasa, Syah…” ucap Laila. Tanpa sedar dia meluahkan perasaannya.
Syahid tersenyum nipis. Dia berdiri di sebelah Laila sambil matanya juga menghadap laut yang terbentang luas. Langit kelihatan mendung, semendung hatinya saat ini.
“Pada mulanya memang saya tak menyangka yang waled akan pinangkan saya untuk awak sedangkan waktu itu saya tahu awak bencikan saya. Malah awak sangat bencikan saya. Tapi bila tengok wajah waled yang penuh pengharapan, saya jadi serba salah. Apatah lagi waled banyak berjasa pada saya. Dia berikan saya kehidupan yang baru saat saya tak tahu ke mana harus saya tuju jadi atas alasan budi, saya terima awak sebagai isteri saya walaupun saya terpaksa menanggung kebencian awak. Tapi percayalah, saya tak pernah bencikan awak Laila semenjak nama awak yang saya sebut sewaktu akad nikah,” balas Syahid perlahan.
Laila terkelu seketika. Kata-kata Syahid menyentuh tangkai hatinya. Dia berpaling sejenak pada Syahid yang tertunduk memandang pasir pantai yang memutih.
“Tapi aku bukan perempuan baik, Syah. Aku perempuan jahat. Tak sesuai dengan lelaki macam kau. Kau lelaki masjid tapi aku perempuan kelab. Kita jauh berbeza…” ujar Laila dengan suara yang turut perlahan.
“Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Menjadi baik atau jahat itu pilihan kita, Laila. Memang senang nak jadi jahat tapi payah untuk menjadi baik. Semuanya ada dalam tangan kita sendiri. Pada saya awak bukanlah sejahat yang awak sangkakan Cuma jiwa awak memberontak. Awak tidak mahu dikongkong sampaikan awak jadi gadis yang kasar seperti sekarang. Hadir saya bukan untuk mengubah hidup awak Laila tapi hadir saya hanya untuk melengkapi jalan cerita hidup awak.” Balas Syahid dengan tenang.
“Kenapa kau boleh jadi sebaik ni, Syah? Aku selalu berkasar dengan kau. Aku selalu hina kau tapi kenapa kau tetap berlembut dengan aku?”
Syahid menarik nafas kemudian melepaskannya dengan perlahan. Dia berpaling menghadap Laila. Kedua belah bahu gadis itu dipusingkan. Mata mereka bertentangan.
“Rasulullah ada berpesan, sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku). Saya hanya ingin mencontohi Rasulullah. Itu saja. Walaupun saya tahu awak mesti cakap saya ni berlagak alim tetapi memang itu tujuan saya berkahwin dengan awak. Bukan
kerana benci jauh sekali kerana harta…” ujar Syahid.
“Aku tak percaya. Selepas apa yang aku lakukan pada kau, takkan kau langsung tak benci aku? Kalau betul kau tak bencikan aku kenapa kau keluar dari rumah? Kenapa kau tinggalkan aku sendirian dalam rumah tu?” soal Laila bertubi-tubi sambil menggelengkan kepalanya tidak percaya.
Syahid tersenyum lagi. Rambut Laila yang dituip angin diselitkan dicelah telinga.
“Saya tinggalkan awak untuk bagi awak ruang. Ruang untuk awak sedar tentang kewujudan saya. Tapi sekarang saya sedar….” Syahid mematikan ayatnya. Dia menelan liur.
“Sedar apa?” pintas Laila.
“Saya sedar yang awak tak pernah nampak kewujudan saya. Saya sedar yang saya tak penting dalam hidup awak. Walau berkali saya berlembut dengan awak, walau berjuta kali kebaikan yang saya taburkan pada awak, awak tetap takkan nampak saya. Jadi saya kena berpijak pada bumi yang nyata. Gadis cantik dan kaya macam awak takkan pandang lelaki miskin macam saya…” jawab Syahid dengan suara yang agak lirih. Dia menahan rasa sayu yang mula menyerang dadanya.
Laila terkaku seketika. Entah mengapa hatinya sebak mendengar kata-kata Syahid. Melihat wajah Syahid yang keruh itu cukup menyentuh hatinya.
“Mungkin kalau saya mati pun awak tak kisah kan…” sambung Syahid lagi dengan senyuman yang hambar.
Laila tersentak. Dahinya berkerut apabila Syahid melepaskan genggaman di tangannya.
“Apa yang kau merepek ni?” soal Laila dengan suara yang agak meninggi.
“Itu kenyataannya kan? Saya tahu jauh dalam hati awak tentu awak gembira kalau saya pergi jauh dari hidup awak kan? Bolehlah awak hidup gembira dengan Datuk Hasyim sebab dia pilihan awak. Dia ada segalanya dan bukannya saya. Hari ini saya akan kabulkan impian awak tu…” ujar Syahid tiba-tiba.
Lantas, dia berpaling daripada Laila. Dia melangkah kaki menuju ke pinggir pantai. Kakinya sudah pun mencecah gigi air.
Laila panik. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Syahid. Bila masa aku nak dia mati? Soal hati Laila.
“Syah!” panggil Laila kuat.
Namun, Syahid tidak berpaling sebaliknya lelaki itu meneruskan langkah tanpa sedikit pun berpaling pada Laila yang sudah tidak keruan.
“Syah! Kau jangan jadi gila!” tempik Laila lagi. Hatinya berdebar hebat tatkala melihat Syahid sudah berada di tengah laut. Separuh tubuh lelaki itu sudah ditenggelami air laut.
“Syah! Jangan tinggalkan aku!” jerit Laila. Dia turut melangkah mengharung air untuk mendapatkan Syahid.
Jantungnya berdebar hebat. Dia takut. Dia takut jikalau Syahid benar-benar meninggalkannya keseorangan di pulau yang terpencil ini.
Syahid tidak mengendahkan Laila sebaliknya dia meneruskan langkah walaupun langkahnya semakin berat. Air laut sudah berada di paras dadanya. Fikirannya kosong saat ini dan sekelip mata tubuhnya tenggelam dihempas ombak yang kuat.
“Syahhhh!!!” jerit Laila. Langkahnya terhenti apabila melihat tangan Syahid terkapai-kapai. Serentak air matanya gugur membasahi pipi.

“LAILA!!!”
Jeritan suara lelaki mengejutkan Laila. Matanya menangkap tangan Syahid yang terkapai-kapai meminta tolong dalam air laut yang bergelora.
“Apa aku nak buat ni?” soal Laila gelisah.
Lantas, tanpa berfikir panjang Laila berlari ke arah laut untuk mendapatkan Syahid. Dia meredah air laut yang dingin. Dalam fikirannya hanyalah untuk menyelamatkan Syahid. Laila mengerah semua tenaganya yang ada untuk mencapai tubuh Syahid yang hampir tenggelam. Dia memaut lengan Syahid lalu tubuh Syahid ditarik dengan kuat untuk dibawa ke tepi pantai.
Dengan kepayahan, akhirnya Laila dapat menyelamatkan Syahid tetapi malangnya Syahid tidak sedarkan diri. Matanya terpejam rapat. Hal itu membuatkan Laila cemas. Dia menarik tubuh Syahid lalu dibaringkan di tepi pantai. Pakaiannya yang basah kuyup tidak dipedulikan. Nyawa Syahid lebih penting padanya saat ini.
Laila gelabah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia hanya mampu menggoncangkan tubuh Syahid yang kelihatan kaku. Laila menepuk-nepuk pipi Syahid namun Syahid tetap kaku.
“Syah, bangunlah. Jangan main-main dengan aku…” rintih Laila sambil menggoncang-goncangkan tubuh Syahid.
Tetapi Syahid masih lagi sama. Tubuh itu terbaring kaku dengan mata yang terpejam rapat.
“Syah! Bangunlah!” jerit Laila dengan air mata yang berderaian.
Lalu, Laila menekan perut Syahid. Berkali-kali dia menekan tetapi masih tiada tindak balas daripada Syahid. Hati Laila semakin resah. Takut, cemas dan panik bercampur baur. Lantas, dia memandang wajah Syahid dengan lama sebelum matanya terhenti di bibir Syahid yang kelihatan pucat.
Laila menelan air liur. Takkanlah aku kena….hati Laila mula berbelah bahagi terhadap apa yang berada di fikirannya saat ini.
Tapi kalau aku tak buat, dia akan mati. Kalau dia mati, macam mana aku nak balik. Detik hati Laila kembali.
Lalu, tanpa berfikir panjang, Laila menarik nafas kemudian dihembuskan ke mulut Syahid. Proses pernafasan dari mulut ke mulut dilakukan dengan harapan Syahid akan sedar kembali.
Namun, tanpa Laila sedar, Syahid sudah pun sedarkan diri. Dia membuka matanya sebelah sedangkan dalam hatinya tersenyum bahagia sebelum lalu membiarkan Laila melakukan CPR. Tetapi apabila kali ketiga Laila ingin menghembuskan nafas ke dalam mulutnya, Syahid sudah bersedia. Saat wajah Laila mendekati, dengan selamba Syahid menarik kepala Laila sehingga bibir mereka bersentuhan.
Laila tersentak, lalu dia meronta untuk melepaskan diri. Dengan tenaga yang masih bersisa, dia menolak tubuh Syahid sehingga lelaki itu kembali jatuh terlentang di atas pasir pantai sedangkan dia jatuh terduduk di atas pasir. Laila menekup mulutnya sambil matanya melotot memandang Syahid.
“Tak guna! Kau nak ambil kesempatan!” marah Laila dengan wajah yang sudah merona merah.
Syahid ketawa. Lalu dia meraup rambutnya ke belakang. Dia mengesat mulutnya dengan senyuman nakal masih terukir di bibirnya.
“Awak rasa saya betul-betul lemas ke?” soal Syahid selamba.
Bulat mata Laila mendengar soalan daripada Syahid. Apa maksud lelaki itu?
“Kau…kau…kau tipu aku kan?” soal Laila tergagap-gagap. Dia merenung wajah Syahid yang kelihatan bersahaja. Langsung tidak menunjukkan yang lelaki itu sedang sakit.
“Dah bertahun saya jadi nelayan, untuk lemas itu memang tak mustahil tapi untuk pengetahuan awak saya ni taklah bodoh sangat. Setakat berenang tu saya pandai…” jawab Syahid bersahaja.
Laila tersentak. Terasa dirinya dipermainkan oleh Syahid. Dia mengetap bibir. Tak guna punya lelaki. Hidup-hidup aku dikenakan, jadi apa yang aku buat tadi tu maknanya dia sedar? Ya Tuhan, malunya! Jerit hati Laila.
“Kau penipu! Kau jahat!” jerit Laila lalu bangun lantas menerpa ke arah Syahid. Dia memukul-mukul dada Syahid bagi melepaskan geram.
“Adoii, sakitlah! Saya main-main jelah. Saya Cuma nak tengok sejauh mana awak boleh pertahankan sikap ego awak tu tapi saya tengok awak ni tak adalah ego sangat…” ujar Syahid sambil mengelak daripada dipukul oleh tangan Laila yang halus.
“Tapi aku tak suka! Kau jahat!” jerit Laila lagi. Dia terus memukul dada Syahid.
Tetapi kali ini Syahid tidak membiarkan, sebaliknya dia menarik kedua belah tangan Laila lalu tubuh isterinya itu ditolak ke atas pasir pantai. Kedua belah tangan Laila dicengkam kuat sementara anak matanya tajam menentang pandangan Laila.
“Diam!” sergah Syahid.
Laila terdiam. Hanya anak matanya saja berpandangan dengan anak mata Syahid. Dia terkelu sekali lagi dengan renungan anak mata itu. Jantungnya kembali berdetak kencang.
Sementara Syahid juga turut terkedu. Anak matanya kini merayap ke bibir Laila yang merekah. Lama anak matanya menatap bibir yang indah itu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Laila. Dekat semakin dekat.
Laila tidak keruan. Hembusan nafas Syahid menggetarkan jiwanya. Namun, Laila tidak membiarkan rasa itu terus mengganggu hatinya. Sepantas kilat dia merentap tangannya daripada pegangan Syahid lalu tubuh itu ditolak.
“Dalam mimpi pun kau takkan dapat sentuh aku!” ujar Laila lantas berdiri. Dia mengibas bajunya yang penuh dengan pasir pantai.
Syahid tersenyum simpul. Dia mendekati Laila yang membelakanginya.
“Tapi tadi, laut, pantai dan ombak telah menyaksikan yang awak dah sentuh saya dan sentuhan itu bukan sentuhan biasa tau…” bisik Syahid rapat di telinga Laila.

Laila menelan air liur. Serentak darah merah menyerbu ke mukanya. Cis, terkena lagi aku kali ni!