Senin, 21 Juli 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 10 & 11

Assalamualaikum u ollsss..

Tinggal lebih kurang seminggu lagi kita nak sambut Syawal. Ramadhan bakal pergi dan syawal pula tiba. Okey memandangkan minggu depan kita semua nak sambut aidilfitri maka cik writer nk buat pengumuman sikitlah yang Isnin depan TIADA entry BTW. Minggu lg satu br cik writer publish sambungannya ya. Ini sambungan BTW untuk minggu ini..Mekasih singgah dan baca.. :)


                                 





BAB SEPULUH


    “HAI sayang auntie apa khabar? Lamanya tak jumpa puteri. Rindu auntie tak?” Soal Efa dengan lembut sekali. Di tangannya pula ada patung beruang untuk di hadiahkan pada puteri. Efa mencium kedua-dua belah pipi puteri.

    Puteri Zulfa menolak dari di cium namun Efa tetap berkeras . Dia sengaja menunjukkan keakrabannya dengan puteri Zulfa di depan Zikri. Macamlah Zikri pandangkan. Efa ni nak juga kejar suami orang. Zikri yang berada di ruang tamu langsung tidak mengendahkan langsung apatah lagi berpaling pada Efa. 

    “Puteri..” Ziyad memanggil anak buahnya. Dia baru saja tiba di rumah abang longnya. Hujung minggu itu kebetulan dia ada urusan di Kuala Lumpur , jadi dia singgah ke rumah Zikri untuk bertemu dengan Zulfa. Rindu pada anak buahnya. 

    “Pak ngah..” Jerit Puteri lalu berlari dan mendapatkan bapa saudaranya. Pada ketika itu Efa mendengus geram kerana patung beruang yang di hulurkan untuk puteri langsung tidak bersambut.

     “Huh tak habis-habis nak action dengan aku. Menyampah betul. Kalau bukan sebab aku nak tackle bapak kau tak adanya aku nak buat baik dengan kau budak kecik.” Bebel Efa dengan geram. Matanya menjeling tajam pada puteri yang sudah berada dalam dukungan Ziyad.

    “Sayang pak ngah sihat. Rindu pak ngah tak?” Soal Ziyad sambil mengusap kepala anak buahnya. Puteri tersenyum manis lalu menganggukkan kepalanya. Dia memeluk erat pak ngahnya. Puteri sememangnya rapat dengan Ziyad dan juga arwah Nurul.

   “Eh Efa pun ada dekat sini? Buat apa?” Soal Ziyad sebaik saja terpandangkan wajah sepupu pada arwah Nurul. Efa tersenyum .

   “Aaah. Efa ke rumah kawan tadi sekejap. Alang-alang dah dekat ni jadi Efa singgahlah nak jumpa puteri sekali. Lama tak tengok puteri. Rindu pula pada dia.” Jawab Efa dengan senyuman. Ziyad menoleh pada abangnya yang jelas sekali langsung tidak mengambil peduli kata-kata Efa.

    “Ziyad duduklah. Mama dan papa sihat?” Soal Zikri pada adiknya. Ziyad duduk di sofa lalu meriba puteri.
    “Alhamdulilah mama dengan papa sihat. Diorang kirim salam dekat abang dengan Kak Washfa. Eh kakak mana?” Soal Ziyad mencari kelibat kakak iparnya.

   “Eh Ziyad. Dah lama ke sampai?” Soal Washfa. Dia keluar dengan membawa dulang . Washfa walaupun dia tidak sukakan Efa datang ke mari namun dia tetap menghormati Efa sebagai tetamu. Dia sudah masak dengan perangai Efa. Kalau nak halau tak elok pula tambahan pula Efa tu bukan orang lain. Sepupu kepada arwah Nurul. Nak tak nak dia kenalah melayan karenah Efa .

    “Baru je kak. Kebetulan Ziyad ada urusan dekat KL ni jadi singgahlah ke sini nak jumpa puteri ni.” Ziyad menjawab dengan senyuman sebelum dia mengusap rambut puteri yang sedang leka dengan memegang tab. Zikri sememangnya sudah tahu yang adiknya akan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

    “Jemput minum. Eh Efa marilah duduk sini minum.” Pelawa Washfa. 

    “Aku ingat dah lupa dah aku dekat sini.” Terkumat-kamit mulut Efa mengutuk Washfa sebelum dia mendekati ruang tamu. Washfa duduk bersebelahn dengan suaminya lalu menghulurkan air untuk suaminya. Puteri pula melompat dari riba pak ngahnya ke arah mamanya.

    “Terima kasih sayang..” Ucap Zikri. Makin berbulu mata Efa menengoknya.

    “Mama nak air.” Washfa tersenyum.

     “Ini air puteri. Sayang mama duduk sini minum okey.” Washfa menyuruh anaknya duduk di tengahnya antara dia dan Zikri. 

      “Anak papa haus ya.” Zikri mengusap kepala anak perempuannya. Puteri menganggukkan kepalanya sebelum dia menyuakan air ke mulutnya.

     “Macam mana dengan kerja Ziyad dekat sana?” Soal Zikri pada adiknya.

     “Alhamdulilah bang long. Semuanya berjalan dengan lancar.”

      “Alhamdulilah. Baguslah kalau macam tu. Ziyad macam mana sekarang ni? maksud abang kehidupan selepas ketiadaan Nurul. Dah beberapa bulan Nurul pergi tinggalkan kita .” Pertanyaan dari Zikri tidak pun membuatkan hati Ziyad tersentak malah Ziyad mampu mengukir senyuman.

      “Alhamdulilah semuanya okey bang long. Ziyad dah boleh biasakan diri .” Jawab Ziyad dengan jujur.
     “Abang Ziyad tak nak cari pengganti arwah Nurul ke?” Soal Efa dengan tiba-tiba. Dia ingin sekali tahu isi hati Ziyad selepas pemergiaan Nurul. Ziyad, Zikri dan juga Washfa menoleh ke arah Efa dengan serentak.

     “Pengganti?” Soal Ziyad. Efa menganggukkan kepalanya tanpa merasa bersalah.

     “Kenapa Efa tanya macam tu?” Soal Ziyad dengan pelik.

     “Tak adalah Efa tanya je abang Ziyad. Yalah Nurul pun dah tak ada tak kan abang Ziyad nak sendiri je. Pada pendapat Efa ada baiknya abang Ziyad carikan pengganti arwah Nurul supaya hidup abang Ziyad lebih terurus.” Mereka yang ada di situ mengerutkan dahi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Efa.

    “Efa tengok abang Ziyad sekarang ni tak terurus ke?” Soal Ziyad lagi. Zikri dan Washfa saling berpandangan. Efa menggelengkan kepala.

    “Habis tu?”

    “Hmmm arwah Nurul pernah pesan dekat Efa kalau sesuatu terjadi pada dirinya dia nak abang Ziyad teruskan hidup dan cari pengganti dirinya.” Terang Efa dengan jujur. Memang itu pesanan arwah Nurul sewaktu hari terakhir mereka berbicara melalui telefon. Itupun sewaktu hari kemalangan yang berlaku. Ziyad terkejut.

    “Bila dia cakap dengan Efa?” Soal Ziyad.

    “Hari dia accident tu la. Kalau tak silap Efa kami berhubung sewaktu Nurul tengah drive .” Jawab Efa.
    “Jangan-jangan Nurul accident sebab handphone tak.” Tembak Zikri dengan tiba-tiba. Ziyad mengerutkan dahinya dengan pelik. Wajah Efa berubah dengan serta merta. Dia menelan air liurnya dengan kelat. 

    “Tak mungkin bang long. Nurul selalu buat loudspeaker kalau dia memandu.” Terang Ziyad. 

     “Pak ngah . Mana mak ngah?” Soal puteri dengan tiba-tiba. Ziyad terus menoleh pada anak buahnya yang sedang memandangnya.

        “Sayang. Mama dah cakapkan yang mak ngah dah tak ada.” Pujuk Washfa pula. Bibir anaknya tak pernah lekang dari bertanya di mana mak ngahnya. Puteri masih belum mengerti lagi apa yang berlaku .

        “Mari dekat pak ngah sayang.” Ziyad memanggil puteri. Sebaik saja puteri berada di depannya dia terus memeluk dengan erat.

       “Mak ngah tak ada sayang. Dia dah pergi tinggalkan kita semua. Allah sayangkan mak ngah jadi dia dah ambil mak ngah.” Jelas Ziyad pada anak buahnya. Kasihan pula Ziyad melihat anak buahnya yang sememang rapat dengan arwah Nurul. Pantang nampak Nurul mulalah dia akan manja lebih . Arwah Nurul pula melayan saja karenah puteri memandangkan dia dan Ziyad tidak di kurniakan anak.

       “Puteri rindukan mak ngah ya?” Soal Ziyad. Washfa memandang suaminya. Zikri menggenggam erat tangan isterinya. Dia tahu Washfa juga turut merasai kehilangan Nurul . Washfa sememangnya rapat dengan arwah Nurul sebaik saja Nurul menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

      “Pak ngah lagi rindukan mak ngah. Kalau puteri rindu dekat mak ngah puteri doa semoga mak ngah tenang dekat sana ya.” Pesan Ziyad sambil memeluk erat Puteri dan ketika itu puteri yang mendongkkan wajahnya pada Ziyad menganggukkan kepalanya. 

      “IBU mana kunci bilik Adah?” Soal Dura sewaktu ternampak kelibat ibunya di belakang rumah. Ibunya Puan Yusnita sedang menyiram pokok-pokok yang di tanam olehnya. Dia menoleh ke belakang dan memandang wajah anak perempuannya.

   “Apa dia Dura?” Soal Puan Yusnita.

    “Dura nak kunci bilik arwah Kak Adah. Dura nak ambil barang Dura dekat dalam tu. Hari tu masa nak kahwin Dura ada pindahkan barang Dura dalam bilik tu . Ibu simpan dekat mana ya kunci bilik tu?” Soal Durrani . 

    “Oh kunci bilik dia ada dalam laci bilik ibu. Dura pergi ambillah. Lepas tu kunci la balik. Bilik Kak Adah tu banyak sangat kenangan sebab tu ayah kamu kunci.” Jawab Puan Yusnita. Dura menganggukkan kepala lalu tersenyum. Dia terus mengorak langkah menuju ke bilik ibunya.

    Sebaik saja menjumpai kunci bilik tersebut, Dura terus menuju ke bilik arwah Adah dan membuka mangga yang tersangkut di situ. Pintu bilik itu di tolak dengan perlahan . Dura melangkah masuk dan melihat suasana bilik ni langsung tidak berubah sejak dua tahun yang lalu masih sama seperti mana hari terakhir arwah Adah menghembuskan nafas terakhirnya.

   Dura mendekati almari pakaian milik kakaknya lalu di buka dengan perlahan-lahan. Dia ingin mengambil beberapa pakaiannya yang di pindahkan ke bilik ini tempoh hari . Dura mengurangkan koleksi pakaian miliknya di dalam almarinya sendiri kerana memberi ruang untuk meletakkan pakaian milik suaminya namun sekarang ruang itu masih lagi kosong. Dari melihat ianya terus kosong ada baiknya Dura penuhkan dengan pakaiannya tambahan pula dia mahu mengurangkan rasa sedih setiap kali membuka almari pakaiannya.

    Dura membawa keluar satu persatu pakaian miliknya lalu di letakkan di atas katil milik kakaknya. Setelah selesai Dura terus memunggah pakaiannya menuju ke biliknya. Bilik arwah Adah dan bilik Dura memang bertentangan. Akhirnya Dura siap menyusun pakaiannya dan menuju semula ke bilik tersebut untuk di kunci namun sewaktu ingin menarik pintu bilik tersebut mata Dura terarah pada sesuatu. Dura tidak jadi mengunci pintu itu. Dia melangkah semula ke dalam dan mendekati pada objek yang menarik minatnya.

    “Kenapa aku tak perasan sebelum ni laci ni. Kain apa pula yang tersepit ni?” Soal Dura dengan pelik apabila ternampak kain bewarna pink. Dura menarik laci tersebut dan melihat isi di dalamnya. 

    “Sapu tangan?” Soal Dura lalu menilik sapu tangan tersebut dan melihat huruf yang di sulam di sapu tangan tersebut. Z&W ? Apa makna huruf ni? Jangan-jangan nama seseorang tak? Soal Dura dengan pelik. Sempat dia menggarukan kepalanya. Dura kemudiannya melabuhkan punggungnya ke katil dan menilik sapu tangan tersebut.

    “Tak pernah pula aku tengok sapu tangan ni.?” Soal Dura lagi. Dia bangun semula dan mengintai semula ke dalam laci tersebut. Pada ketika itu matanya terlihat pada sebuah buku yang kulitnya bewarna hitam. Dura membawa keluar buku tersebut lalu menyapu cover buku tersebut sebelum membukanya.

    “Diari Kak Adah.” Hati Dura seoalah-olah di panggil untuk membaca diari milik kakaknya. Dengan perlahan-lahan Dura membacanya . Di dalam diari ini pasti ada sesuatu yang di tulis oleh kakaknya sewaktu dia sakit dulu.

    “Kak Adah maafkan Dura ya sebab baca diari kakak ni.” Rintih Dura sendirian.

     “Dura dah siap ke ambil barang kamu tu? Ibu nak ajak kamu ke rumah Mak Yam sekejap. Ini dengar kata dia terjatuh dalam bilik air tadi.” Puan Yusnita memanggil anaknya. Dura tersentak lalu menutup diari milik arwah Adah.

    “Ya ibu. Dah siap dah. Dura siap sekejap lepas tu kita pergi ke rumah Mak Yam. Ayah tak ikut sekali ke ibu?” Soal Dura . Dia membawa keluar diari dan sapu tangan milik arwah Adah sebelum mengunci pintu bilik tersebut semula. Dura menuju ke bilik ibunya lalu meletakkan kembali kunci tersebut di dalam laci meja. Diari dan sapu tangan di bawa ke bilik.

    “Ayah kamu dia keluar dengan Pak Mat tadi ada kerja apa entah. Ibu dah telefon ayah kamu bagitahu yang kita nak ke rumah Mak Yam kamu .” Laung Puan Yusnita. Dia kemudiannya mendaki tangga dapur dan menuju ke biliknya untuk menukar pakaian.

     Dura meletakkan diari dan sapu tangan ke dalam laci meja solek miliknya. Dia terus ke almari pakaian dan bersiap-siap. Tudung bewarna merah di tariknya lalu di sarungkan ke kepala.

    MALAM itu selepas menunaikan solat isyak berjemaah dengan orang tuanya terus dia masuk ke bilik untuk melipat telekung miliknya. Dia kemudiannya menyikat rambutnya lalu di ikat dengan getah. Selepas itu Dura menarik laci dengan perlahan dan membawa keluar diari milik arwah Adah. Dia hanya sempat baca beberapa helai muka surat siang tadi.

    Dura membawa ke katil lalu dia duduk dan bersandar di kepala katil. Dura membuka diari tersebut dengan perlahan-lahan. Malam ini dia ingin mengetahui apa yang telah kakaknya luahkan pada diari tersebut. Sememangnya dia rapat dengan Kak Adah namun dalam masa yang sama juga , kakaknya itu lebih suka menyimpan rahsia seorang diri daripada menceritakan atau meluahkan pada orang lain.

    Dia memang tahu kakaknya memang suka berahsia. Kak Adah nya di uji dengan kesakitan yang luar biasa. Kesakitan terkena buatan orang. Sampai ke hari ni dia tidak tahu siapa punya angkara. Sudah banyak tempat ibu dan ayahnya membawa kakaknya berubat namun tiada yang mampu mengubatinya. Menurut mereka buatan dari orang tersebut sangatlah kuat .

    Sakit hati Dura bila mengenangkan keadaannya kakaknya sakit. Hatinya menanggis bila melihat kakaknya yang dulu berisi , cantik berubah dalam sekelip mata. Umapama mayat hidup terbaring di atas katil. Arwah Adah juga tidak mampu untuk bercakap. 

     “Adakah Kak Adah tahu siapa yang telah buat padanya sebegitu rupa?” Soal Dura sendirian. Dia memulakan pembacaannya. Bermula dari kisah cinta kakaknya dengan seorang jejaka yang sampai ke hari ni menjadi tanda tanya Dura. Setiap kali di soal siapakah lelaki itu Kak Adah nya tersenyum dan mengatakan suatu masa nanti Dura akan mengenalinya.Dalam soal peribadi memang tak di nafikan arwah kakaknya terlalu berahsia.     


BAB SEBELAS

     ALIFAH sedang menyikat rambutnya yang bewarna perang. Dia baru saja keluar dari bilik air. Alifah tersenyum memandang cermin sambil bernyanyi. Amboi senang hati si Efa malam ni ya. 

     Efa bangun dan mengorak langkah ke almari pakaiannya. Dia melihat kesemua pakaian yang tergantung ketika itu. Sempat matanya menangkap pakaian yang di tempah khas untuk dia dan juga arwah Nurul. Bila melihat pakaian tersebut wajah ceria Efa terus berubah suram.

    “Nurul aku rindukan kau. Dulu aku dah dapatkan cinta untuk kau sebab aku sayangkan kau seperti adik sendiri. Aku tak nak kau menderita seperti dulu . Tapi sekarang kau dah pergi tinggalkan aku sendiri. Sekarang siapa pula yang nak bantu aku dapatkan cinta Zikri?” Soal Efa sambil mengusap baju milik Nurul. Dia bercadang untuk hadiahkan pada Nurul pada ulang tahun hari kelahiran pada dua bulan yang lepas namun hasrat itu tidak tercapai.

    “Aku dah sampaikan pesanan kau dulu yang minta Ziyad carikan penganti bila kau tiada. Ziyad sayangkan kau dan aku yakin dia tidak akan cari pengganti kau.” Efa tersenyum sendiri. Dia bercakap dengan pakaian yang di pegangnya tadi. Rindu sangat agaknya dia pada arwah Nurul. Tengok baju pun jadilah untuk lepaskan rindu. 

      Namun tidak semena-mena air mata Efa membasahi pipi. “Aku sayangkan kau Nurul. Bila kau pergi aku tak ada tempat nak mengadu dan nak berkongsi masalah.” Rintih Efa sendirian.  Kenangan bersama arwah Nurul terbayang di ruang matanya.

      “Efa buat apa tu?” Soal Puan Suraya sebaik saja menolak pintu bilik anaknya. Efa menoleh lalu mengesat air matanya.

      “Tak ada apa-apa mama. Efa rindukan arwah Nurul. Ini baju yang Efa tempah untuk dia dan Efa. Cantik tak mama? Baju ni Efa nak kasi pada birthday dia tempoh hari tapi tak sempat nak bagi Nurul dah pergi.” Jelas Efa pada mamanya. Puan Suraya menghela nafasnya dengan berat.

      “Simpan sajalah baju tu buat kenangan ya. Bukan Efa sorang saja yang rindukan dia mama pun sama juga. Mama yang besarkan dia.” Balas Puan Suraya sewaktu mendekati anaknya.

      “Kasihan Nurul kan mama. Baru dia nak menikmati kebahagiaan dia telah di jemput. Dulu dia menderitakan mama. Ayah Lan salahkan Nurul sebab kematian isterinya. Padahal Nurul yang lebih rasa sakit sebab dia kehilangan ibu sewaktu berumur sepuluh tahun dulu . Efa benci Ayah Lan. Memang patut pun dia dah tak ada dalam dunia ni.” Efa ketap giginya.

    “Efa tak baik cakap macam tu. Ayah Lan cuma tertekan saja waktu tu dia tak mampu nak terima kematian Ibu Lina kamu. Dia sayangkan pada arwah Nurul. Dia kan satu-satunya anak yang mereka ada. Jangan bencikan pada arwah Ayah Lan. Dia dah tak ada dekat dunia ni. Biarlah dia tenang di sana . Buruk baik arwah Ayah Lan Efa tu tetap adik mama tau.” Tegur Puan Suraya.

     Efa mendengus dengan geram. Dia langsung tidak berpuas hati dengan jawapan mamanya. Mungkin mamanya boleh terima apa yang pernah di buat oleh arwah Ayah Lan tetapi tidak dia. Mana  mungkin dia lupakan apa yang terjadi pada arwah Nurul. Seringkali di marahi dan di herdik oleh Ayah Lan. Dari arwah Nurul berumur sepuluh tahun sehinggalah orang tua meninggal dia membenci anaknya sendiri dan menyalahkan anaknya dengan apa yang berlaku sedangkan dia tahu itu bukan pinta Nurul. 

    “Walau apa pun jadi Efa tak akan pernah maafkan Ayah Lan. Dia buat sepupu kesayangan Efa menderita. Efa benci dia.” Marah Efa. Puan Suraya tersentak mendengarnya. 

     “Jangan simpan dendam sayang. Mama selalu pesan pada Efa kan yang tiada manusia yang bebas dari melakukan sebarang kesalahan. Jom turun makan. Papa dengan adik Efa dah tunggu dekat bawah .” Efa tayang muka tidak puas hati lagi.

     “Errmm yalah mama. Sekejap lagi Efa turun.” Balas Efa. Puan Suraya tersenyum manis lalu menepuk bahu anaknya dengan lembut sebelum berlalu keluar dari bilik Efa.

     “Huh mama tak habis-habis nak menangkan arwah Ayah Lan. Sampai aku matilah aku tak akan lupa apa yang dia buat pada Nurul dulu. Kasihan Nurul sering kali menanggis sebab ayahnya sendiri membencinya.” Marah Efa sebelum meletakkan kembali pakaian tadi ke dalam almari. Dia menutup almari tersebut sebelum melangkah keluar dari bilik untuk makan malam bersama keluarganya.

     “Efa papa dengar kamu selalu ke rumah Zikri . Kenapa ke sana? Kamu tau kan yang Zikri tu dah kahwin berapa lama dan ada anak. Apa lagi yang kamu kejar sangat dengan Zikri tu? Papa tak suka kamu pergi ke rumah dia. Ada baiknya kamu terima saja lamaran dari anak kawan papa tu senang. Buat apa nak kejar cinta yang bukan milik kamu lagi?” Soal Encik Zain pada Efa sewaktu mereka berada di meja makan.

    “Abang sekarang ni kan kita tengah makan. Kot ya pun nak nak bertanya biarlah selepas makan. Depan rezeki ni.” Tegur Puan Suraya. Encik Zain menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dia memandang anak gadisnya yang buat-buat tidak dengar dengan pertanyaannya sebentar tadi.

   “Itulah awak Su. Abang cakap dengan anak mulalah awak nak membela. Awak suka ke anak dara kita ni ke rumah orang kejar suami orang?” Soal Encik Zain dengan tegas. Puan Suraya menggelengkan kepala.
    “Abang ni bukan Su membela. Su cakap tak elok kita berbincang depan rezeki. Lepas makan nanti abang nak cakap sampai berjam pun Su tak kisah.” Jawab Puan Suraya dengan selamba. 

    “Macam mana kalau nak berbincang lepas makan kalau anak kesayangan awak ni terus masuk bilik. Bila abang buka mulut nak menasihati dia awak bela dia. Abang tak naklah nanti orang tuduh anak kita ni nak runtuhkan rumahtangga orang. Banyak lagi lelaki dekat luar sana yang boleh di cari untuk dijadikan suami. Dulu masa saya rekomenkan Zikri calon menantu jual mahal tak nak memilih . Bila Zikri kahwin dengan Washfa baru mula nak menagih cinta dari dia. Abang tak faham betullah dengan anak awak yang sorang ni.” Encik Zain telah selesai makan malam. Dia terus bangun untuk mencuci tangan.

    “Efa kenapa nasi tak luak-luak lagi tu. Makanlah. Jangan peduli kata papa kamu tu. Mood dia hari ni tak baik agaknya.” Tegur Puan Suraya pada Efa yang sedang menguis nasi di dalam pinggan.

    Papa ni tak habis nak ungkit kisah lama. Aku tak suka betullah. Habis tu nak buat macam mana kalau aku mula suka Zikri selepas dia kahwin. Salahkah aku? Soal Efa sendirian.

    Cik Alifah memanglah salah sebab Zikri sekarang ni suami orang dan juga ayah orang. Buang masa je la kejar suami orang sedangkan dekat luar sana ramai lagi lelaki yang sesuai untuk di jadikan suami. Cukup-cukuplah tergilakan pada Zikri tu. Izinkan dia bahagia bersama keluarganya.

     HARI itu Ziyad ke rumah lamanya. Penyewa rumahnya ingin menyerah kunci.  penyewa yang menyewa rumah Ziyad dan arwah Nurul ni ingin berpindah ke tempat lain setelah mendapat pekerjaan yang baru. Ziyad sampai pada waktu petang dan dia melihat yang barang-barang telah di punggah keluar dari rumahnya. Ziyad melangkah menuju ke dalam rumah. 

     “Encik Ziyad ini kunci rumah ni. Terima kasih. Maaf seandainya ada silap dan salah ke sebelum ni. “ Ujar penyewa rumah tersebut.

     “Sama-sama. Ini terus bertolak ke Putrajaya ke?” Soal Ziyad. Penyewa rumahnya menganggukkan kepalanya.

    “Ya kami akan bertolak ke sana terus. Nasib baik tak banyak barang sangat.” Jelas penyewa itu lagi. Ziyad menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

    “Selamat maju jaya Encik Arie .” Ziyad bersalaman dengan penyewa rumahnya. 

    “Terima kasih.” Jawab penyewa rumah yang bernama Encik Arie. Ziyad mengangkat tangannya sebaik saja Arie membunyikan hon. Keluarga Arie sudah pun berpindah dan dia akan mencari penyewa baru untuk rumah ini. Ziyad masuk ke dalam rumah lamanya lalu memeriksa sekitar rumahnya. Sudah lama dia tidak ke mari selepas rumah ini di sewakan. 

    Ziyad melihat jam di pergelangan tangan. Hari sudah semakin senja. Dia perlu bergerak pulang sekarang ini. Sebelum mengunci pagar rumah tersebut Ziyad ke keretanya lalu membawa keluar satu banner pendek untuk di gantungkan di pagar yang tertera Rumah untuk di sewa atau jual dan turut tertera nama Ziyad Rizqi bersama nombor phone miliknya. Setelah selesai barulah Ziyad kembali semula ke keretanya yang di parking di luar .

    Pada ketika itu juga mata Ziyad terpandangkan rumah yang bersebelahan dengan rumahnya. Dia melihat ada sebuah kereta yang di parking di halaman rumah tersebut. Ziyad yakin rumah tersebut sudah berpenghuni. Dulu sewaktu dia dan arwah Nurul tinggal di sini rumah itu masih lagi tengah di renovate. Dia sendiri tidak tahu siapa pemilik rumah tersebut kerana mereka memang tidak pernah bertembung. Yang pasti milik seorang doktor. Itu pun dia mendengar dari mulut isterinya.

    Baru saja Ziyad menarik pintu kereta dia terpandangkan seorang gadis yang baru saja keluar dari rumah sambil membawa plastik sampah. 

    “Perempuan ni.. Bukan ke dia yang aku jumpa dekat kubur dulu dan mungkin dialah pemilik gelang tersebut?” Sungguh dia tidak sangka yang dia akan terjumpa perempuan itu di sini. Ziyad menutup pintu keretanya semula.

     Perempuan yang di maksudkan adalah Dura. Selesai membuang sampah di tempat yang tersedia , Dura terus melangkah masuk dan dia langsung tidak perasan yang dirinya sedang di perhatikan oleh seseorang dari luar. Ziyad mula merapati rumah jirannya.

     “Assalamualaikum..” Ziyad memberikan salam dan Dura menoleh ke belakang . Dura memandang wajah Ziyad dengan pelik sekali. 

      “Waalaikumussalam. Encik cari siapa ya?” Soal Dura sebaik saja berdiri di depan pagar rumahnya. Ziyad tersenyum.

    “Kalau tak salah saya kita pernah terserempak sebelum ni kan ?” Soa Ziyad. Dura memandang Ziyad dengan pelik.

    “Maafkan saya Encik. Rasanya saya tak pernah terserempak dengan Encik sebelum ni. Encik salah orang agaknya.” Balas Durrani dengan senyuman.

    “Dura cakap dengan siapa tu? Hari dah senja ni kenapa tak masuk lagi?” Soal Puan Yusnita di pintu utama. Dia melihat ada seseorang yang berdiri di luar rumah anaknya. Dura menoleh ke arah ibunya.

    “Mana Dura Ita?” Soal Encik Idris yang baru saja turun. Dia sudah pun siap mandi tunggu waktu maghrib tiba.

    “Tu bang dekat luar. Cuba abang pergi tengok siapa. Saya rasa lelaki tu. Bahaya bang sekarang ni.” Jawab Puan Yusnita dengan resah. Dia mula bimbang. Zaman sekarang ni orang nak merompak boleh guna pelbagai taktik. Encik Idris menyarung selipar lalu menuju ke arah Dura.

    “Tapi memang betul awak yang saya jumpa dekat tanah perkuburan islam Kampung Nilam.” Soal Ziyad membuatkan Dura terkejut.

    “Mana awak tahu?” Soal Dura pelik. Setahunya dia tak kenal mamat ni.

    “Dura siapa tu?” Soal Encik Idris sebaik saja tiba bersebelahan dengan anaknya.

    “Assalamualaikum pak cik. Nama saya Ziyad Rizqi. Saya tuan rumah sebelah ni. Saya tegur anak pak cik sebab saya pernah nampak dia sebelum ni di tanah perkuburan kampung Nilam.” Terang Ziyad dengan jujur. Encik Idris mengerutkan dahinya.Dia cuba menggamati wajah di depan matanya. Dia pernah nampak lelaki ini. Macam kenal je. Desis hatinya.

    “Kalau tak salah  anak ni anak kepada Datuk Zahir ya yang kematian isteri tempoh hari ?” Soal Encik Idris. Ziyad menganggukkan kepalanya.

    “Betullah tu pak cik.” Jawab Ziyad.

     “Ayah kenal ke dia ni?” Soal Dura dengan pelik. Encik Idris menoleh pada anaknya yang sedang kebingunggan.

     “Ayah kenal . Kalau Dura nak tahu arwah Mikhail accident dengan kereta isteri dia. Isteri dia pun meninggal di tempat kejadian.” Jawab Encik Idris. Dura mengerutkan dahinya dengan pelik.

    “Dura tak fahamlah ayah.” Terang Dura. Dia memang tidak mengambil tahu tentang kejadian itu selepas kehilangan suaminya. Apa yang berlaku selepas itu semuanya di uruskan oleh keluarga dan mertuanya.

     “Nanti ayah cerita. Eh jemputlah masuk. Tak sangka bertemu dekat sini. Kita sembang dekat dalam. Waktu maghrib dah nak masuk ni tak elok duduk luar.” Dura masih binggung namun dia terus masuk ke dalam lalu menekan punat pagar rumahnya.

     “Terima kasih pak cik.” Ujar Ziyad lalu bersalaman dengan Encik Idris. 
      “Jemput masuk nak.” Pelawa Encik Idris. 

      SELEPAS selesai menunaikan solat maghrib berjemaah , Dura ke dapur untuk menyediakan air minuman untuk tetamu. Kepala Dura masih lagi memikirkan wajah lelaki yang sedang berada di ruang tamu bersama kedua orang tuanya.

     “Jadi rumah sebelah tu rumah Ziyad. Kenapa tak duduk situ?” Soal Encik Idris sewaktu mereka berada di ruang tamu.

     “Selepas arwah isteri saya meninggal saya pindah semula ke rumah orang tua saya di Kampung Nilam. Saya bukan tak nak tinggal dekat sini tetapi banyak kenangan saya dan arwah isteri dekat sini. Jadi jalan terbaik adalah saya sewakan buat sementara waktu. Pak cik memang duduk sini ke?” Soal Ziyad.

    “Tak juga. Kami ke mari untuk menemani Dura. Bila hari minggu kami sekeluarga akan ke sini. Rumah ini hadiah dari arwah Mikhail pada Dura. Pak cik dengan mak cik tak benarkan Dura tinggal seorang diri di sini. Bahaya dia perempuan duduk pula sorang. Jadi kami datang ke sini bila hari minggu.” Balas Encik Idris. Ziyad menganggukkan kepalanya.

    “Eh sekejap. Nama anak menantu pak cik apa tadi?” Soal Ziyad apabila tidak dapat menangkap dengan jelas nama yang di sebutkan oleh Encik Idris sebentar tadi.

    “Nama anak pak cik Durrani dan arwah suaminya Mikhail.” Puan Yusnita yang duduk bersebelahan suaminya hanya tersenyum. 

    “Durrani Mikhail.” Ziyad teringat pada gelang emas yang di jumpainya beberapa bulan yang lalu.
   “Sekejap ya pak cik. Saya memang cari pemilik nama Durrani Mikhail.” Jelas Ziyad lalu bangun dan keluar dari rumah tersebut. Dia terus menuju ke keretanya untuk mengambil sesuatu.

    “Ayah mana tetamu kita? Dah balik ke?” Soal Dura sebaik saja tiba dengan air minuman.

    “Dia keluar sekejap. Dia kata dia memang cari pemilik nama Durrani Mikhail. Ayah pun tak faham.” Berlapis dahi Dura memikir maksud ayahnya.

    “Maafkan saya pak cik. Sebenarnya saya dah lama mencari orang yang bernama Dura Mikhail.” Ujar Mikhail sebaik saja kembali semula di situ.

    “Kenapa?” Soal Dura dengan tiba-tiba. Ziyad memandang wajah perempuan di hadapannya sambil tersenyum.

   “Saya rasa ini milik awak. Saya jumpa dekat luar pagar tanah perkuburan Nilam. Mungkin awak tercicir tanpa sedar.” Jelas Ziyad lalu menghulurkan gelang emas yang tertera nama Durrani Mikhail dalam tulisan jawi.

    “Ya Allah. Ibu ayah ini gelang kahwin Dura.” Tingkah Dura dengan wajah yang terkejut. Dia langsung tidak menyangka yang dia akan menemui gelang perkahwinannya yang hilang beberapa bulan yang lalu. Dura mengambil gelang tersebut lalu di usap dengan mata yang berkaca-kaca.

    “Syukur Alhamdulilah.” Luah Dura lalu mengusap gelang tersebut. Encik Idris dan Puan Yusnita juga terkejut dan dia turut gembira melihat wajah anaknya yang kegembiraan malam ini kerana gelang yang hilang telah di jumpai.

    “Terima kasih Encik.” Dura tersenyum pada Ziyad.

    “Sama-sama. Rasanya tak perlulah berencik dengan saya. Nama saya Ziyad Rizqi panggil saja Ziyad.” Balas Ziyad dengan senyuman. Tenang hatinya saat ini kerana sudah menemui pemilik sebenar gelang emas tersebut.

   “Jemput minum Ziyad.” Pelawa Puan Yusnita pula. Ziyad menganggukkan kepalanya lalu tersenyum .

Bersambung...

NotaTersepit : Di kesempatan ini cik writer nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berhati2 di jalan raya sewaktu balik kampung. E-cad raya akan di letak dekat fb cik writer dan page Ayra Zahra pada malam raya nanti. Ziyad dan Dura sambut Ramadhan dan Syawal  starting bab 32 ke atas. :)