Rabu, 29 Januari 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 9

Assalamualaikum u ollsss...

Sedar tak sedar dah masuk bab kesembilan ya. Heheheh..Ok ini pula kisah Awa tersalah gula dan garam. Bermulanya kisah Tasha untuk mengenakan Awa. Mekasih singgah dan baca :D



                                       





BAB SEMBILAN




   SEBAIK saja Hadif Fakhri menghirup air di dalam mug  yang di hulurkan oleh Awatif terus dia menyembur keluar. Wajah Hadif berubah ketika ini apabila merasa air kopi tersebut.

   “Awa air kopi apa ni? Masin yang amat. Awak ni dah kenapa dah tak kenal garam dan  gula ke?” Soal Hadif Fakhri sewaktu memandang wajah Awatif dan ketika itu seperti biasa Awatif menayangkan muka blurnya.

  “Masin? Bos gula mana masin. Saya letak gulalah dalam air tu.” Jawab Awa sambil membetulkan shawl yang di pakainya. Pada masa itu juga dia membaiki brooches yang berbentuk riben di kepala.

   “Tahu pun gula tak masin. Cik Nurain Awatif cuba awak rasa air ni sama ada awak letak gula atau awak letak garam. Minum sekarang.” Arah Hadif Fakhri sambil menghulurkan cawannya pada Awatif.

   Dengan selamba Awatif meneguk air kopi yang masin.

   “Yakkss  masinnya bos. Pelik ni bos bagaimana gula boleh jadi masin begini.” Tingkah Awatif sambil meletakkan cawan tersebut di situ. Berkerut-kerut dahinya sewaktu air kopi berada di dalam mulutnya.

   “Tahu pun masin. Ini bukan gula tapi garam. Mana awak dapat garam ni Awa?” Soal Hadif Fakhri dengan pelik.

   “Saya jumpa dekat pantry la bos. Sewaktu nak buat air untuk bos tadi saya tak jumpa pun balang gula lepas tu saya carilah tapi tak jumpa. Kak Tasha datang dia pun ambilkan balang berisi gula dan berikan pada saya.” Jawab Awa dengan jujur. Hadif Fakhri menggelengkan kepalanya.

   “Sudahlah Miss Blur. Saya nak awak buat air kopi yang lain untuk saya. Awak buat yang baru ni rasa dulu gula atau garam sebelum masuk ke dalam mug. Faham?” Arah Hadif Fakhri.

   “Yalah saya buat baru tapi kan bos nama saya Awatif kenapa bos panggil saya  miss blur pula?” Soal Awatif kebingungan . Hadif mengeluh seketika.

   “Nama tu lagi sesuai untuk awak. Jangan banyak tanya pergi buatkan air lain untuk saya. Nasib baik saya tak sembur dekat muka awak kalau tak habislah muka awak tu tadi.” Tambah Hadif lagi.

  “Alah bos kalau tersembur dekat muka saya pun tak mengapa sebab boleh di cuci dengan pencuci muka Fair & Lovely.” Sengih Awatif dengan selamba.

   “Awak memang patut jadi duta product tu.” Hadif mengambil tisu dan mengelap mulutnya terlebih dahulu sebelum dia mengambil beberapa helai tisu lalu di lapkan air yang tersembur di mejanya . Awatif tersenyum lalu mengambil mug tersebut dan di bawa keluar.

  Awatif membawa mug tadi menuju ke pantry. Ligat otaknya memikirkan bagaimana dia boleh letakkan garam dalam air minuman bosnya itu.

   “Apahal aku ni bodoh sangat pergi letakkan garam dalam minuman. Macam mana gula boleh tukar jadi garam. Kak Tasha dah bagi aku gula tadi.” Bebel Awatif sendirian sewaktu melangkah menuju ke pantry.

   Dari jauh Tasha melihat gerak geri Awatif dari jauh. Tasha tersenyum manis apabila melihat Awatif menuju ke pantry.

   “Padan muka , confirm kena marah dengan Tuan Singa tu.” Ujar Tasha dengan perlahan. Puas hatinya hari ini kerana dapat mengenakan Awatif si gadis yang comel tetapi blur dan lurus bendul.

   Awatif menuju ke sinki dan membasuh mug tersebut sebelum di bawa ke cabinet. Dia mencari gula . Dia mengambil balang tadi lalu di buka dan da mencubit sedikit alu di suakan kepada lidahnya. Jelas sekali masin.

   “Memang sah ini garam. Sampai hati Kak Tasha bagi aku garam tadi.” Tingkah Awatif sambil menutup semula balang tersebut. Dia kemudiannya menyimpan kembali balang itu dalam cabinet atas. Awatif mula menyelongkar dan mencari gula.

   “Awa cari apa tu?” Soal Safi yang muncul di pantry dengan membawa mug nya. Safi ingin membuat air untuk dirinya. Awatif menoleh lalu tersenyum.

   “Awa cari gula Kak Safi. Bos nak minum air tapi Awa tak jumpa. Kopi tadi Awa letak garam rupanya. Kak Tasha kata itu gula.” Jawab Awatif.

   “Garam? Mana Awa ambil garam tu?” Soal Safi lalu mendekati Awatif.
   “Dekat atas tu.” Jawab Awatif jujur. Safi mengeluh seketika.

    “Yang ni memang garam Awa. Gula ada dalam peti ais. Diorang letak dalam peti ais bimbang kalau semut masuk.” Ujar Safi lalu membuka peti ais dan mengambil balang yang berisi dengan gula.

   “La dalam peti ais rupanya. Patutlah Awa cari tak jumpa.” Sengih Awa.
    “Nah cepat buatkan air untuk Tuan Hadif tu nanti dia bising pula. Kasihan Awa mesti Tuan Hadif marahkan Awa tadi kan?”

   “Eh taklah Kak Safi. Bos tak marah pun pada Awa. Terima kasih Kak Safi .” Ucap Awatif lalu mengambil gula dan mula menyiapkan air kopi untuk Encik Kreatifnya.

    “Tasha kenapa kau bagi garam pada Awa?” Soal Safi sebaik saja tiba di meja Tasha dan ketika itu Tasha sibuk dengan menyiapkan kerjanya.

   “Eh bila masa pula aku bagi dia garam. Aku bagi dia gulalah.” Jawab Tasha dengan selamba.
   “Mana kau ambil gula bagi dekat dia?” Soal Safi.

    “Aku ambil dalam peti aislah.” Jawab Tasha . Sah Tasha menipu. Dia bagi balang yang ada dekat cabinet atas pada Awa tapi dia kata dia berikan balang yang ada dalam peti ais. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Kasihan dekat Awa kena marah dengan Tuan Hadif.” Ucap Safi sambil memandang Awatif yang baru saja keluar dari bilik majikannya.

   “Dia yang salah sebab bodoh sangat tak tahu nak bezakan yang mana garam dan yang mana gula. Belajar bukan main tinggu tapi entahlah. Aku pelik macam mana budak tu boleh graduate.” Tingkah Tasha. Safi terkejut mendengarnya.

  “Tasha tak baik kau kata dia bodoh. Kau jangan nak hina dia. Aku tahulah si Awa tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kau tak boleh nak hina orang sesuka hati. Kalau kau dekat tempat dia apa kau rasa bila orang kata pada kau rupa itu?” Soal Safi dengan geram. Dia langsung tidak menyangka yang Tasha mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa pada Awatif.

   “Peduli apa aku. Dia yang cari pasal dengan aku dulu siapa suruh.” Marah Tasha. Safi menggelengkan kepalanya.

   “Cari pasal apa pula.Aku tengok dia ok je dengan kau.”
    “Dia kutuk aku pasal umur aku tu la. Kau ingat aku tak sakit hati ke?” Soal Tasha dengan geram.

   “Kau ni Tasha mengalahkan budak-budak kau tau tak? Benda rupa itu pun kau nak jadikan isu. Kau tahukan si Awa tu jenis yang jujur.” Jawab Safi.

   “Aku tengok kau asyik bela dia je. Aku memang tak suka dia bukan saja dia mengata aku malah dia juga baik dengan Adam.” Akhirnya terluah juga .

   “Adam? Kau suka dekat adam ke?” Soal Safi dengan muka yang terkejut. Tasha berdehem seketika.

   “Eh taklah. Kau gila ke apa nak suka dekat Adam tu. Bukan handsome pun.” Dalih Tasha. Mulut cakap lain , hati rasa lain. Sejak bila pula Tasha ni berubah .Dahulu tak ada pula perangai dia rupa itu. Manusia boleh berubah bila-bila masa saja.

   HADIF Fakhri baru saja keluar dari bilik tidurnya. Dia menuju ke tingkat bawah. Sejak tadi dia mendengar suara anak buahnya Syarif dan Syifa.

   “Daddy..Daddy..” Jerit Syarif sebaik saja ternampak daddy nya turun tangga. Bukan main lagi dia berlari mendapatkan Hadif.

   “Hey hero daddy kenapa lari nanti jatuh.” Tegur Hadif lalu memeluk Syarif. Dia kemudiannya memimpin tangan Syarif lalu di bawa ke ruang tamu.

   “Syarif berapa kali mama dah pesan jangan larikan.” Tegur Huda kepada anak lelakinya. Syarif hanya senyum pada mamanya.

   “Hadif , Kak Huda dengar Hadif dah ada PA yang baru . Betul ke? Macam mana PA baru Hadif?” Soal Huda sambil mengikat rambut Syifa yang berada di atas ribanya.

   “Haish pening kepala Hadif  di buatnya. Kak Huda tahu tak PA baru Hadif tu jenis yang blur dan lambat pick up tapi kalau bab siapkan kerja memang bagus. Itu memang boleh di puji cumanya tu la bila datang blur dan lambat pick up tu yang masalah.” Jawab Hadif lalu teringat seraut wajah comel milik Awatif. Hadif tersengih seorang diri.

    “Yang kamu tersengih tu pasal apa Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik apabila melihat anaknya tersengih sebaik saja bercerita tentang setiausaha yang barunya.

    “Macam mana Hadif tak tersengih papa. Tahu tak  pa si Awa buat pada hari first dia lapor diri dekat Aspirasi.  Ya Allah dia tiru iklan Fair and lovely.Kalau Kak Huda dengan papa ada confirm gelak punya.” Jawab Hadif.

   “Maksud kamu?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif menceritakan apa yang berlaku pada dia dan Awatif pada hari itu dan keluarga Hadif turut tergelak sama.

   “Walaupun dia begitukan dia nampak comel sangat.” Puji Hadif dengan tiba-tiba.

    “Apa Hadif? Dia comel?” Soal Huda. Terangkat kedua belah keningnya. Jarang sekali nak dengar adiknya itu memuju kecantikan seseorang.

   “Yup dia sangat comel. Di tudungnya selalu di kepit dengan pelbagai jenis rupa ada lepas tu kulit yang licin dan bibir tak lekang dengan senyuman.” Puji Hadif lagi.

   “Wow .. Hadif puji kecantikan seseorang papa. Huda tak sangka sungguh.” Ujar Huda dengan selamba lalu menoleh pada papanya. Datuk Ismail juga turut tersenyum.

  “Anak siapa pula yang comel ni? Korang puji kecantikan siapa pula ni?” Soal Datin Khadijah yang baru saja muncul .

   “Ini haaa anak bujang mama ni la dia dok cerita pasal PA baru dia dan paling best sekali kan mama Hadif cakap PA dia comel. Mama tahukan Hadif ni payah nak puji kecantikan seseorang.” Jawab Huda dengan selamba.

   “Alah tak ada apa-apalah mama.” Dalih Hadif. Dia memeluk Syarif yang sedang memegang tab papanya . Syarif sedang bermain game . Hadif melihat ketangkasan jari Syarid bermain game subway Surf.

   “Ye ke. Jarang sekali mama dengar kamu puji perempuan Hadif. So macam mana dengan PA baru kamu okey ke tak? Boleh buat kerja ke tak dan paling utama dia tahan tak dengan kerenah kamu tu?” Soal Datin Khadijah. Hadif tersenyum.

   “Alhamdulilah setakat ini okey lagi mama. Rasanya dia tak ada masalah dengan Hadif tetapi Hadif yang akan pening dengan kerenah dia . Mama ingat lagi tak gadis yang langgar mama masa Hadif temankan mama shopping barang dapur tu?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Walaupun Awa sudah bekerja selama dua minggu di Aspirasi namun Hadif masih belum berkesempatan untuk menceritakan pada mamanya kerana bila pulang rumah saja dia akan terlupa tentang hal yang berlaku di pejabat kecuali di tanya.

  “Budak perempuan mana ni?” Soal Datin Khadijah sambil mengerutkan dahinya.
   “Budak perempuan yang langgar mama tu la. Selepas tu dia minta maaf dengan mama kan.” Datin Khadijah cuba mengingati sesuatu.

   “Haa mama ingat yang dia panggil kamu Encik Kreatif kan?” Soal Datin Khadijah. Huda dan Datuk Ismail sudah tergelak sebaik saja mendengar nama Encik Kreatif.

   “Betullah tu. Suka hati dia je panggil Hadif dengan nama kreatif. Hari first dia masuk Aspirasi pun dia panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif. Ada masalah sound trouble agaknya tapi sekarang Hadif tak dengarlah dia panggil rupa itu. Dia panggil Hadif dengan panggilan bos saja.” Jawab Hadif.

   “Apa hal dia panggil Hadif Kreatif eh? Lawaklah budak tu. Teringin pula Kak Huda nak jumpa budak comel yang panggil Hadif dengan panggilan Encik Kreatif.” Sengih Huda pada adiknya.

   “Dif dan Tif tak jauh bezanya kan. Dia tersalah dengarlah tu waktu kamu bagitahu nama kamu pada dia.” Giliran Datuk Ismail menyampuk. Melalui dari kisah anaknya itu dia yakin yang PA anaknya kali ini adalah bukan sebarang gadis.

   “Best juga panggilan Encik Kreatif ni ya.” Usik Huda. Hadif mencebik pada kakaknya.
    “Best apa bendanya. Nama Hadif bukan main elok lagi tapi dia boleh pula tukar nama Hadif jadi Kreatif. Ada je karenah si Awatif dekat pejabat.” Bebel Hadif lagi.

   “Oh nama dia Awatif rupanya.” Huda menyampuk sambil tersenyum. Dia gembira apabila melihat Hadif tidak tertekan dengan bebanan kerja setelah mendapat PA yang baru. Dia tahu sebelum Hadif mendapat PA yang baru dia bergantung pada Safi .

   “Game Over dah..” Kedengaran suara Syarif apabila dia kalah bermain game subway tersebut. Syarif menggarukan kepalanya lalu memandang daddy nya.

   “Syarif kalah ya? Sekarang turn daddy pula yang main.” Ujar Hadif pula lalu menyambut tab dari anak buahnya. Syarif melihat ketangkasan jari daddy nya pula.

    “Ini sejak bila pula kamu main game ni Hadif?” Soal Datuk Ismail dengan pelik. Hadif selalu sibuk dengan kerja jarang sekali nak meliaht dia gamin game. Kalau game dekat luar pun jarang nak join apatah lagi game yang ada dalam tab.

     “Baru je papa. Ini semua Syarif punya pasallah. Dia yang ajar Hadif main kan Syarif.” Jawab Hadif. Matanya masih ralit memandang tab. Syarif tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Mulut Syarif tidak bersuara kerana ralit melihat daddy nya bermain game.

   “Boleh geng dengan abang Syah kamu.” Ujar Huda. Suaminya pun kaki game juga .Syarif tahu tentang game dari papa nya. Huda menggelengkan kepalanya apabila melihat anaknya dan adiknya ralit merenung tab. Dia , mama dan papa nya pula sedang menonton televisyen bersama. Suaminya meninggalkan dia dan anak-anak di rumah Datuk Ismail kerana outstation. Huda sudah biasa di tinggalkan. Perniagaan yang di laksanakan oleh suaminya itu makin maju. Syukur Alhamdulilah .

Bersambung...

NotaTersepit: Akhirnya setelah seminggu jd writer block  dapat juga menulis kembali.Fuh tarik nafas lega bila blh menulis kembali..