Rabu, 18 Desember 2013

TEASER ALAHAI MISS BLUR

Assalamualaikum u ollss...

Selamat malam semuanya. Ok malam ini cik writer sebenarnya nak bagi sedikit teaser Alahai Miss Blur yang akan berada di blog bulan January nanti InsyaAllah. Ada beberapa orang tanya tentang teaser AMB ni, maka malam ini cik writer dengan baik hatinya meletakkan sedikit teaser dalam AMB. Layanzzzz... Jangan lupa esok sambungan Indah Anugerah CintaMu esok . Mekasih singgah dan baca :D











TEASER ALAHAI MISS BLUR 



   “Ish Kak Awa ni berapa kotak nak beli makanan cookie hah?” Soal Akid sebaik saja terpandang kotak makanan kucing di dalam troli .Awatif tersengih.

   “Jangan banyak songeh tolak cepat pergi bawa dekat mummy. Sekejap lagi Kak Awa datang.” Ujar Awatif lalu memberi troli kepada adiknya. Akid hanya mengikut saja lalu di tolak troli tersebut .
   “Maaf sekali lagi ya auntie dan juga Encik…?” 

   “Hadif..” 

    “Hah Encik Kreatif ?” Soal Awatif dengan muka blur.Hadif menepuk dahinya.

    “Bukan kreatif tapi Hadif.. Di ulang sekali lagi ya, Hadif..” Jawab Hadif dengan geram.Ish perempuan ni betul ke idak? Desis hati Hadif.Datin Khadijah menahan diri dari gelak.Awatif tersengih lalu menganggukkan kepalanya.

   “Maaf ya auntie dan encik Hadif. Minta diri dulu ya. Daaaa..” Jawab Awatif lalu melangkah meninggalkan Hadif dan juga Datin Khadijah.

   “Sewel ke apa budak ni?” Soal Hadif dengan pelik.Datin Khadijah tersenyum.

   “Hadif tak baik cakap orang begitu.Jom.” Ujar Datin Khadijah lalu melangkah.Hadif kemudiannya menolak troli dan berjalan seiringan dengan mamanya.



NotaTersepit : Sikit je ye..  Cik writer sekarang ni tengah selsema sikit namun cuba untuk menulis AMB walaupun dah banyak hari tak menulis..Haish..Sedeh... Y_Y