Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 37

BAB 37

SUDAH tiga hari dia berkurung demi mematuhi kata-kata Aizriel. Hari ini dia tekad untuk keluar demi melihat alam semula jadi yang sudah lama tidak dilihatnya.
            Dia mengatur langkah perlahan-lahan, nanti tak pasal-pasal sahaja dia bertembung dengan abangnya itu. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Aizriel, Husna dan ibunya yang seolah-olah sedang membincangkan hal yang serius. Tanpa membuang masa, dia memasang telinga tentang perbualan itu.
            “Sampai bila lagi kita nak rahsiakan semua ini daripada kak Ann, aunty? Dia ada hak untuk tahu. Abang Carl suami dia!” ujar Husna.
            “No.. Please dengar cakap aunty, dia tak boleh tahu yang Haikal sedang terlantar di hospital,” ujar Puan Sri Sukainah. Tersirap darah Ariana apabila mendengarkan tutur bicara yang keluar dari bibir ibunya itu.
            “Sampai bila mommy? Riel kesian tahu tengok Ann yang ingat Carl sedang berhoneymoon sekarang ini sedangkan Carl tu kahwin dengan si Eryna tu pun belum lagi!” ujar Aizriel pula.
            “Sampai kita jumpa orang yang langgar Haikal,” ujar Puan Sri Sukainah.
            Tiba-tiba telefon Husna berdering. Husna segera mengangkat panggilan telefon itu. Setelah habis bertutur dengan pemanggil itu dia mematikan panggilan bersama senyuman ceria di bibirnya.
            “Our nightmare is end. Polis dah tangkap orang yang langgar abang Carl dan orang yang melanggar dia tak lain tak bukan si Eryna stok menyampah tu!” ujar Husna dengan penuh kegeraman.
            “Jom, pergi balai polis,” ujar Puan Sri Sukainah. Mereka berlalu pergi tanpa menyedari kehadiran Ariana di situ sebagai pemerhati.

“NO! Jangan tangkap aku! Aku tak salah! Aku tak salah! Aku tak sengaja..” Eryna menjerit kuat.
            “Woi! Lebih baik kau diam kalau tak aku hempuk kau!” ujar seorang wanita di dalam jel itu kasar.
            Eryna terduduk sendiri. Dia menangis dan meratap.
            “Mama.. Tolong Eryna.. Eryna tak sengaja! Eryna tak salah..” dia meratap sendirian di dalam jel itu.
            Husna yang baru sampai segera menuju ke arah jel itu.
            “Husna! Husna! Aku tak salah! Aku tak sengaja! Aku tak sengaja langgar Haikal! Aku tak sengaja!” Husna menggelengkan kepalanya. Minah ni dah psiko ke? Dengan rambutnya yang serabai, mekapnya yang comot.
            “Tapi, kau harus bertanggungjawab! Kau dah buatkan aku dengan papa aku sengsara. Sebab perkataan-perkataan kasar kau pada mama aku, mama aku kena serangan jantung dan akhirnya meninggal kemudia kau langgar pula abang aku sampai hilang ingatan! Kau ingat aku boleh maafkan kau ke?! Kesian kak Ann tahu! Selepas dia sedar, dia kena terima hakikat pula yang suami dia dah lupakan dia, kau ingat aku boleh maafkan kau ke?! Kau dah buatkan kami sengsara! Kau  tak guna!” amarah Husna kini meletus. Kalau boleh hendak sahaja dia menampar muka perempuan tu.
            “Sudahlah Husna, jom kita balik,” ujar Puan Sri Sukainah. Dia memeluk erat tubuh gadis itu. Husna berpaling dan baru setapak dia berjalan nama dia dipanggil.
            “Husna jangan tinggalkan aku! Lepaskan aku Husna! Lepaskan aku!” jerit Eryna. Husna hanya buat tidak tahu kemudian dia berlalu pergi.

ARIANA terkedu. Automatik dia memegang dadanya. Terasa sakit dadanya ketika itu. Dia menapak perlahan ke bilik yang didiami Haikal.
            Terasa sesak nafasnya apabila melihat figura yang lesu di atas katil itu bersama wayar yang berselirat di tubuhnya. Dia memegang lembut tangan itu. Tangan yang sudah 2 minggu tidak disentuhnya. Air matanya akhirnya menitis di tangan itu.
            Tiba-tiba, mata Haikal terbuka. Dia merenung pelik ke arah seorang perempuan yang memegang tangannya sambil menangis.
            “Maafkan Ann, Carl. Ann dah tuduh Carl macam-macam, Ann sama sekali tidak tahu yang Carl sedang terlantar di hospital. Fikir Ann, Carl sedang berbulan madu dengan isteri kedua Carl hingga lansung tidak menjenguk Ann. Maafkan Ann ye, Carl,” Ariana ingin berlalu namun tiba-tiba tangannya terasa digenggam. Dia memandang ke arah Haikal yang merenungnya pelik.
            “Siapa awak?” tanya Haikal aneh. Automatik, kening Ariana berkerut. Dia ni hilang ingatan ke?
            “Dia isteri kau, Carl. Ariana Yusrina binti Mansur. Remember anything Carl?” soal Aizriel. Ariana memandang pelik ke arah Aizriel. Sejak bila pula lelaki ini ada di sini?
            “No.. Even a single memory,” ujar Haikal.
            “Sejak bila abang ada di sini? Bukan abang pergi balai polis ke?” tanya Ariana pelik sementara Haikal merenung lembut wajah perempuan itu. ‘Tinggi juga cita rasa aku dulu, ye?’ ujarnya di dalam hati. Nakal.
            “Tak pun, abang turun cafe tadi. Sengaja, beri adik chance nak jumpa Haikal,” ujar Aizriel selamba. Ariana mengetap bibir.
            “Hampeh punya abang! Dah! Pergi blahlah! Dahlah kurung Ann tiga hari. Nasib Ann curi keluar hari ini kalau tak sampai bila-bila pun Ann tak tahu tentang hal ini,” ujar Ariana geram.
            “Kita tahulah yang dia tu nak bermanja-manja dengan suami dia, sebab itulah dia sanggup halau abang dia sendiri keluar,” ujar Aizriel dengan nada yang sedih.
            “Do I care? Now, get lost from this room!” ujar Ariana tegas. Aizriel berlalu keluar dengan gelengan di kepalanya manakala Ariana mencebik. Ada hati nak merajuk konon? Boleh blahlah wei!
            “Sejak bila kita kahwin?” tanya Haikal. Ariana mengurut dadanya. Terkejut cek!
            “Dah dua bulan,” ujar Ariana sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di sisi Haikal.
            “Kalau perkahwinan kita masih muda, kenapa saya berkahwin dua?” tanya Haikal pula. Satu soalan yang begitu memerangkap Ariana.
            “You should ask yourself. Ann tak tahu apa-apa, Ann cuma tahu yang Carl nak berkahwin dua sebab arahan mama. Yang lain, Ann tak tahu,” ujar Ariana.
            “Kita berkahwin tanpa restu ke?” ‘Erk! Ada ke tanpa restu? Aku rasa dah terlebih restu dah tu!’ ujar Ariana di dalam hati.
            “Kita berkahwin atas pilihan keluarga. Entah apa silap Ann, mama bencikan Ann,” ujar Ariana. Haikal memegang lembut tangan Ariana sementara Ariana terkedu. Haikal mana pernah pegang tangan dia.
            “So, are we in love?” kening Ariana berkerut.
            ‘In love? Memang taklah sebab aku pun tak tahu apa perasaan Haikal terhadap aku, yang aku tahu aku cintakan Haikal. Yang itu je yang aku tahu,’ ujar Ariana di dalam hatinya.
            “Hey, kenapa berangan?” tanya Haikal sambil memegang lembut pipi Ariana. Ariana tersentak. ‘Oh! I love this new Haikal! Tetapi adakah sikap penyayang dia akan berkekalan selepas dia kenal siapa diri dia yang sebenarnya?’
            “Dreaming again?” Haikal menepuk lembut pipi Ariana.
            “Hah? Taklah.. Apa yang Carl tanya tadi?” tanya Ariana semula.
            “Are we..”
            “Carl! How are you today?Ingat apa-apa tak lagi?” pertanyaan Akif memotong percakapan Haikal.
            “Lari sebelum dia tanya kau soalan yang tak mampu kau jawab,” bisik Daiyan perlahan di telinga Ariana. Pantas Ariana berjalan keluar dari wad Haikal lalu menuju ke wadnya.
            “Aku nak tanya kau orang satu soalan. Aku cintakan Ann tak?” tanya Haikal.
            “She was your first love,Haikal. Sampai kau sanggup batalkan  perkahwinan kau dengan si Eryna tu hanya kerana kau dapat tahu yang Ann accident.Dan, kau hanya berada di sisi dia selama dia tidak sedar sehinggalah kau dapat panggilan dari adik kau yang membawa khabar kematian ibu kau. Then, kau kena langgar. Sebab itulah kau hilang ingatan sekarang ni,” ujar Ikram.
            Haikal hanya menganggukkan kepalanya. Faham dengan situasi yang terjadi pada dirinya.

“HOMEsweet home!” ujar Ariana sebaik sahaja mereka tiba dirumah milik mereka. Lega hatinya apabila akhirnya Haikal dibenarkan keluar dari hospital.
            “Carl berehat dahulu di bilik ye,” ujar Ariana lalu menolak Haikal masuk ke biliknya. Kemudian, Ariana melangkah masuk ke biliknya.
            “Apa alasan yang aku nak berikan kepada Haikal, apabila dia tengok barangan peribadi aku di sini? Argh! Kan bagus kalau mommy benarkan aku balik ke rumah semalam. Ini tidak! Kena tinggal di rumah mommy dulu pula,” rungut Ariana perlahan. Akhirnya, dia mencapai baju tidurnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

HAIKAL mencari kelibat Ariana. Di dapur tiada, di ruang tamu tiada. Di bilik lagilah! Ke mana pula perempuan ini pergi? Dia melangkah naik ke tingkat atas. Mungkin Ann sudah masuk ke bilik. Maybe.
            Ariana mengelap rambutnya. ‘Ah! Haikal tentu dah lapar. Apalah aku ni?’ Ariana mengetuk kepalanya perlahan kemudian dia keluar dari biliknya. Terpaku dia sebentar apabila melihat kelibat Haikal di hadapannya.
            Haikal terpaku apabila melihat kelibat Ariana di hadapannya. Singlet dan seluar tiga suku? Perempuan ni tak sejuk ke? Lagipun kenapa dia keluar dari bilik yang bertentangan dari aku?
            “Ann dari mana?” tanya Haikal lembut.
            “Dari bilik,”  ujar Ariana perlahan.
            “Carl cari Ann tadi. Carl lapar,” Haikal memegang perutnya. Terletus juga ketawa dari bibir Ariana.

            “Lapar yer.. Carl tunggu di bilik dulu, nanti bila Ann dah siap masak, Ann panggil yer,” ujar Ariana lalu melangkah turun ke dapur. Haikal terus masuk ke dalam bilik yang Ariana keluar tadi. Dia membuka almari itu. Baju? Lebih banyak dari yang ada dalam bilik aku sedangkan masih ada ruang kosong. Guys! You need to explain about this!