Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 36

BAB 36

BADAN Husna melurut jatuh ke bawah. Hancur hatinya apabila mengetahui yang abangnya koma dan kemungkinan besar abangnya akan hilang ingatan akibat hentakan di kepalanya.
            Satu-satu kejadian yang menimpanya diingati semula, kakak iparnya kemalangan dan masih koma. Ibunya pula baru sahaja meninggalkan dunia yang fana ini, sekarang? Abangnya pula sedang berperang dengan maut dan mungkin akan hilang ingatan?
            Kini, hanya papanya yang menjadi tunggak hidupnya. Hanya papa! Memikirkan itu air matanya menitis lagi.
Ya Allah! Aku tak sanggup! Aku lemah! Aku tak mampu terima semua dugaan ini. Ya Allah! Kau ringankanlah penderitaan ku ini..
Husna mengambil telefon bimbitnya. Dia akan pastikan orang yang melanggar abangnya tadi terima balasan yang setimpal.

FARHAN Arsyad merenung ke arah seorang gadis yang sedang menekur lantai. Bahu gadis itu terhinjut-hinjut sedikit. Gadis itu menangis? Dia seperti pernah melihat susuk tubuh gadis itu, tapi di mana?
            “Abang tengok apa itu?” tanya Fara Aira. Dari tadi dia melihat abangnya seperti sedang memerhati ke satu arah.
            “That girl... she was crying,”ujar Farhan Arsyad perlahan. Fara Aira turut memerhati ke arah yang sama.
            “Abang tengok dia duduk di mana. Wad kecemasan kan? Of course someone from her family dalam itu. Sebab itulah dia menangis,” ujar Fara Aira.
            “Abang rasa seperti pernah lihat perempuan itu. Tapi tak tahu di mana,” ujar Farhan Arsyad lagi.
            “Abang ni.. Okeylah Fara pergi tegur dia,” ujar Fara Aira lalu melangkah ke arah gadis itu. Farhan Arsyad mengikut jejak langkah adiknya itu.
            “Are you okay?” satu pertanyaan dari Fara Aira membuatkan gadis itu mendongakkan kepalanya.
            “Awak.. Husna kan? Adik ipar kak Ariana? Kenapa tak pergi jenguk kakak Ariana?” tanya Farhan Arsyad.
            “Abang Haikal.. dia accident,” ujar Husna. Air matanya tumpah lagi. Fara Aira terus menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Farhan Arsyad terkedu. Padanlah dia tidak melihat bayang Haikal di dalam wad yang mana ditempatkan Ariana.
            “I don’t know why. But it just.. I’m tension right now. Dengan kak Ann koma, mama baru sahaja meninggal. Abang pula berperang dengan maut sekarang. Keadaan di rumah memang kelam kabut sekarang ini.. It happen so suddenly, I can’t take it anymore..”
            “Innalillah...” ujar Farhan Arsyad dan Fara Aira serentak.
            “Bila mama awak meninggal?” tanya Farhan Arsyad.
            “Pagi tadi,” ujar Husna.
            “Awak sabar ye, Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan masing-masing. Dia tak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Awak tahu tak yang jika Allah itu menguji kita bermakna yang Dia sayangkan kita? Ini bahagian awak jadi awak kena sabar dan harungi semua ini seadanya.. Awak hanya kena ingat yang Allah akan sentiasa berada di sisi kita di dalam keadaan apa-pun,” ujar Farhan Arsyad sambil tersenyum manis.
            Husna hanya terdiam kemudian menganggukkan kepalanya.

ARIANA berjalan dan terus berjalan ke suatu arah yang tidak pasti. Keadaan di sekelilingnya hanya putih tanpa ada apa-apa. Dia semakin bingung dan terus berlari.
            Tiba-tiba dia terpandang Haikal yang sedang mengendong seorang bayi. Automatik dia memegang perutnya. Aku tak pernah mengandung, jadi anak siapa itu? Adakah ibu kepada bayi itu adalah madunya?
            Memikirkan hal itu, semangatnya terus jatuh merudum. Tiba-tiba dia terdengar satu suara..
            “Sayang,tolong bangun. Bangun demi mommy. Kuatkan semangat kamu sayang.. Mommy sentiasa akan ada di sisi kamu. Jangan tinggalkan mommy? Bangun sayang.. Demi mommy,”
            Ya! Dia tidak akan mengalah! Dia akan bangkit! Dia memandang ke arah Haikal yang sedang berjalan pergi.
            Jangan tinggalkan Ann! Carl! Jangan tinggalkan Ann! Jangan!!
            Dia terjatuh. Bayangan Haikal mula pergi meninggalkannya.
            Haikal!!!

MATANYA perlahan-lahan dibuka. Kelihatan mommynya sedang merenungnya dengan penuh kasih.
            “Mommy..” panggilnya perlahan.
            “Ya! Ini mommy sayang! Syukur Ya Allah! Aku bersyukur ke hadratMu.. Ann nak apa? Minum air dulu yer?” Puan Sri Sukainah mengambil air lalu diberikan kepada Ariana.
            “Mommy.. Berapa lama Ann pengsan?” tanya Ariana.
            “Sudah 2 minggu sayang, syukur anak mommy tak apa-apa,” ujar Puan Sri Sukainah lalu mencium dahi Ariana.
            2 minggu? Maknanya Haikal sudah berkahwin dan mungkin sedang berbulan madu bersama isteri keduanya.. Memikirkan itu, hatinya mulai sakit. Sakit dadanya apabila mengetahui yang dia sudah mempunyai madu. Jika sebelum ini pun dia tidak mampu menawan hati Haikal apatah lagi selepas dia mempunyai madu? Mesti harapannya untuk menyulam bahagia bersama Haikal akan hancur bekecai begitu sahaja..
            “Ann tak nak jumpa Haikal?” tanya Puan Sri Sukainah. Ariana menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Tak naklah Ann ganggu Carl.. Mesti sekarang ini dia sedang berbulan madu. Ann tak nak ganggu dia dengan isteri kedua dia,” ujar Ariana perlahan.
            Fahamlah Puan Sri Sukainah kini bahawa anaknya mengira yang dia sudah mempunyai madu sedangkan, hakikatnya tidak sebegitu. Biarlah.. Biarlah anaknya berfikir sebegitu dari hatinya semakin kecewa melihatkan keadaan Haikal yang tidak mengenali siapa-siapa. Dia lebih rela melihat anaknya berfikir yang Haikal sedang berbulan madu dari melihat anaknya kecewa akibat keadaan Haikal.

“ANN!! Rindunya aku dengan kau!” ujar Arani lalu memeluk tubuh Ariana bagai tidak mahu melepaskannya lagi.
            “Sikit-sikit sudahlah! Sesak nafas aku!” ujar Ariana lalu meleraikan pelukan. Wajah Arani yang masam dipandang. Merajuk lah tu.
            “Alamak! Kawan kita sudah merajuklah pula!” perli Nisrina. Kemudian bilik itu gamat dengan ketawa Azzalea, Nisrina dan Ariana.
            “Kau orang ni! Bukannya nak pujuk aku! Ketawakan aku lagi adalah! Mogok cakap dua hari!” Arani membalikkan tubuhnya.
            “Mak oi! Woi! Cik Arani! Kau tu dah tua! Tak boleh blahlah muka kau merajuk tu! Pandang sini boleh tak? Aku rasa macam nak tangkap gambarlah pula!” ujar Ariana lalu menarik tangan Arani supaya memandangnya.
            “Kau ni pun sama Ann! Patutnya bela lah aku! Ni tak? Dia pun sama naik dengan yang lain. Suka perdajal aku!” muka Arani kian mencuka. Ariana tergelak kecil.
            “Janganlah nangis! Tak comel dah! Alolo! Azza! Call Ikram, suruh pujuk Ara ni..” ujar Ariana selamba.
            “Ann!”
            “Set!” Azzalea mencapai telefon bimbitnya.
            “Kau jangan mengada Azza! Aku lempar kau punya Samsung nanti baru tahu!” spontan Azzalea melekapkan telefon bimbit pemberian Ikram itu ke dadanya.
            “Mana boleh! Abang aku beri ni! Dia tu dah lah kedekut! Susah nak keluarkan duit untuk adik dia yang satu-satunya ini,” Azza membalas.
            “So, janganlah call dia kalau tak nak aku lempar kau punya Samsung ke bawah,” ugut Arani.
            “Nis.. call aje..” bisik Ariana ke telinga Nisrina. Nisrina menunjukkan tanda ok menggunakan tangannya lalu berlalu ke tandas.
            “Okey.. Okey.. Aku tak call!” Azzalea mengangkat kedua-dua tangannya separas dada apabila melihat arahan dari Ariana.
            “Tahu takut!” ujar Arani selamba lalu duduk di tepi katil Ariana. Ariana hanya menggelengkan kepalanya. Tengoklah nanti Arani. Adakah kau boleh seselamba ini?
            Bunyi pintu dibuka menyentakkan Arani. ‘Aduh! Siapa pula yang masuk ni?’ getusnya dalam hati. Ariana, Azzalea dan Nisrina sudah mula tersenyum.
            “Hai! Tadi dengar ada orang merajuk! Siapa ye?” Daiyan masuk dengan wajah selambanya. Ariana menjeling tajam ke arah Nisrina.
            “Aku call Ikram, tak sangka dia hantar wakil,” bisik Nisrina di telinga Ariana.
            Arani merenung tepat ke dalam mata Ariana, Azzalea dan Nisrina.
            “Kau orang beritahu aku handphone siapa yang patut kena lempar sekarang atau tiga-tiga sekali?” tanya Arani keras.
            “Aku suggest tiga-tiga sekali,” ujar Nisrina selamba. Spontan Ariana dan Azzalea memandang tepat ke arah Nisrina.
            “Why?” tanyanya dengan riak wajah blur.
            “Aku pula suggest kau lempar handphoneNis dengan dia sekali!” Azzalea berkata sinis.
            “Woi! Jangan woi! Bini aku tu!” bantah Daiyan.
            “Aku pula suggest kau lempar handphoneNis, dengan dia dengan suami dia sekali!” ujar Ariana pula.
            Terbuntang mata Nisrina dan Daiyan mendengarnya.
            “Kejam kau orang bertiga!” serentak Nisrina dan Daiyan berkata.
            “Apa yang kejam?” tiba-tiba Ikram muncul dari belakang Daiyan.
            “Mak we kaulah! Nak lempar kita orang pula!” balas Daiyan.
            “Wait for a minute! Aku rasa macam dah terlepas kereta api la pula. Mak we Ikram? Ara? Mak we Ikram? Bila?” Ariana mula terpinga-pinga.
            “Ops! Lupa pula kawan kita ni kan dah terlepas kereta api selama 2 minggu!” ujar Azzalea selamba.
            “Wei.. Janganlah perli aku! Aku tanya betul-betul ni!” ujar Ariana geram. Dia serius mereka main-main pula.
            “Ikram dengan Ara akan bertunang minggu depan. Tinggal aku sahaja yang kesepian perlukan teman,” sampuk Akif yang baru tiba.
            “What?! Express giler kau orang!” ujar Ariana.
            “Couple kan haram..” ujar Ikram dan Arani serentak.
            “Oh yeah! That’s right!” ujar Ariana pula.
            “Tapikan Kif. Kau tak sendiri, Azza kan ada,” ujar Daiyan sambil menjongket kening.
            “Woi! Apa kaitan dengan aku ini?” Azzalea menyampuk dari belakang. Akif tersenyum sedikit. ‘Mungkinkah ini masanya?’ hatinya bersuara.
            “Aku minta izin lamar adik kau,” bisik Akif di telinga Ikram. Ikram yang mendengar hanya mengangguk.
            “Apa jadi waktu aku koma 2 minggu lepas?” tanya Ariana.
            “Apa jadi? Aku kena risik! Dan Haikal...”
            “Woi! Kau kenapa Akif? Kenapa kau melutut macam nak lamar orang atau..” kata-kata Ariana terhenti lalu dia tersenyum manis.
            “Bersaksikan semua yang hadir, saya Mohd Akif Al-Islam hendak melamar Azzalea Mariah untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Azzalea Mariah, will you marry me?” Ariana terkedu manakala Azzalea terkaku.
            ‘Nak terima ke tak ni?’ tertanya-tanya Azzalea di dalam hatinya. Dipandangnya Ikram yang hanya mengangguk. ‘Abang betul-betul membuatkan aku berada di persimpangan,’
            Akhirnya, Azzalea mengangguk jua. Terbias wajah ceria di wajah Akif. Daiyan menepuk bahu Akif.