Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 32

BAB 32

DIA memandang tasik yang terbentang di hadapan matanya itu. Kepalanya kusut sekarang.
            “Hai, Ann.” Asyraf mengambil tempat di hadapan Ariana.
            “Awak siapa?” Ariana mengerutkan keningnya. Siapa lelaki ini? Adoi! Waktu aku ada masalah pula lelaki itu nak menguji mindanya.
            “Saya pernah merawat Farhan dan saya pernah menyelamatkan awak 4 tahun lepas. Clear?”
            “Saya tak ingat, dan saya tak nak dera otak saya untuk fikir hal-hal macam ni. Cukuplah! Saya dah ada banyak masalah sekarang ini,” ujar Ariana. Dia mengeluh lemah.
            “Awak perlukan kawan untuk meluahkan perasaan awak. Kalau awak simpan sendiri masalah itu, awak mungkin akan jadi gila. Mind to tell me your problem?” Asyraf menongket keningnya.
            “Entahlah, saya dah penat dengan semua ni. Mula-mula saya dipaksa kahwin. Okey, saya terima. Sekarang tak sampai 2 bulan kahwin, dia nak kahwin dua pula. Saya tak tahan! Saya terima ibu mertua saya benci saya. Saya terima semua tu. Tapi, siapa yang tahan kalau akan dimadukan,” air mata mengalir deras di pipi Ariana. Asyraf terkedu. Dia tidak sesekali menduga yang wanita di hadapannya kini bersuami. Dia mencintai isteri orang! Ya Allah! Dia mengucap syahadah.
            “Awak bertahan ye.. Kerana saya pasti awak akan menemui kebahagiaan awak. Selepas turunnya hujan lebat, pasti pelangi akan menanti kan, lagipun mendung tidak beerti hujan,” pujuk Asyraf.
            “Saya minta diri dahulu, lagipun dah petang ni. Takut nanti suami saya marah pula balik lambat,” ujar Ariana lalu berlalu pergi.
            ‘Ariana, aku redha apabila cintaku selama ini tidak berbalas. Kerana aku pasti kau mencintai suamimu itu, jika tidak.. Kau tidak akan menitiskan air mata kerananya,’ ujar Asyraf di dalam hatinya.
            Tanpa diduga, pertemuan yang terjadi di antara Asyraf dan Ariana diperhatikan oleh sepasang mata. Dia mengetap bibir.

ARIANA melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang pelik ke arah Haikal yang duduk di atas sofa. Apa yang lelaki ini buat? Nak kata tengok tv, tv tak buka pun. Ariana menjongket bahu lalu berjalan menuju ke tingkat atas.
Haikal memandang ke arah Ariana tajam. Hatinya panas sekarang.
            “Apa hubungan kau dengan lelaki itu?” tanya Haikal keras. Serta-merta langkah Ariana terhenti. Lelaki mana pula ni? Lelaki yang dia jumpa hari ini adalah Asyraf. Takkan dia kot? Mungkinlah kot. Sebab dia sahaja lelaki yang dia jumpa hari ini.
            “He’s just my friend,” balas Ariana perlahan. Hatinya gentar apabila melihat wajah Haikal yang menyinga.
            “Kawan ke kekasih? Cakap je kalau dah ada kekasih, senang aku nak lepaskan kau! Tak usah aku tanggung dosa kerana dayus!” lancang kata-kata yang keluar dari bibir Haikal. Ariana terduduk di atas sofa. Tidak menyangka yang suaminya sendiri mampu mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa. Tanpa disedari, air matanya menitis.
            Ariana menarik nafasnya. Kini, dia terpaksa membongkar segalanya supaya lelaki itu memahami dirinya. Dia menyusun kata-katanya.
            Haikal bangkit dari duduknya. Dia ingin berlalu pergi namun kata-kata yang terbit dari bibir Ariana menyentak kalbunya.
            “Bagaimana mungkin aku mampu mencintai lelaki lain selain kau, Haikal? Setiap helaan nafasku, aku hanya menyebut nama kau. Hati yang selama ini aku tutup pintunya, aku buka untuk mencintai kau. Hati yang selama ini kosong tanpa sebarang ukiran, kini terukir nama kau. Bagaimana mungkin aku mampu mencintai lelaki lain? Sedangkan aku hanya mencintai kau,”
            Haikal terkedu. Hatinya ingin mengungkapkan kata cinta namun akalnya menghalang. ‘Bukankah dia yang menolak cinta kau dahulu? Bukankah dia yang mengatakan cinta kau umpama sampah? Dia dah hina kau, takkan kau hendak terima dia dengan sesenang hati kau? Lagipun kau akan berkahwin dua,’
            “Aku takkan terima cinta dari perempuan yang pernah menghina aku dahulu,” Haikal melangkah pergi.
            Ariana terpana sendiri. Air mata makin laju menuruni pipinya. ‘Ya Allah, aku buntu di ketika ini. Tolong berikan aku jalan keluar. Aku sedikitpun tidak pernah menyangka yang lelaki yang pernah aku hina cintanya ketika dahulu merupakan jodohku. Ya Allah, andai dapatku putar masa, aku tidak akan pernah menghancuri hatinya. Aku tidak akan pernah membuatkan dia membenci diri ini. Ya Allah, bukakanlah pintu hati suamiku, untuk memaafkan diriku yang banyak berdosa kepadanya. Bukakanlah pintu hatinya, untuk mencintai aku seperti mana aku mencintainya. Ya Allah, hanya kepadaMu tempat aku memohon,’

HAIKAL tersungkur di tanah akibat menerima tumbukan padu daripada Aizriel. Dia mengesat darah yang mengalir di bibirnya.
            “Itu kerana engkau sakitkan hati adik aku. Dan ini..” Aizriel menumbuk pipi Haikal lagi sekali.
            “Kerana kau tergamak memadukan adik aku!” ujar Aizriel lalu berlalu pergi.
            Haikal memegang bibirnya. Sakit gila mamat ni tumbuk aku! Macam nak patah gigi dah rasanya.

ARIANA menyimpan tekad. Hari ini dia akan menggoda lelaki itu habis-habisan. Agar lelaki itu jatuh di tangannya. Biarlah lelaki itu menganggap dia apa pun, yang penting misinya itu sukses!
            Dia tak mungkin biarkan Haikal jatuh di tangan bakal madunya itu. Jadi, biarlah dia menggoda lelaki itu dulu. Agar, mudah untuk dia mengikat lelaki itu.

ARIANA menerpa ke arah Haikal. Pipi Haikal yang lebam itu dipegangnya.
            “Auch! Sakitlah! Pergi ambil ketul ais untuk aku!” arah Haikal kepada Ariana. Ariana segera pergi ke dapur, namun dia berasa aneh. Siapa yang tumbuk Haikal? Don’t saya he is Aizriel!
            Ariana membawa ketul ais itu ke bilik Haikal. Kelihatan lelaki itu sedang lena tidur di atas katil. Ariana duduk bersimpuh di sebelah lelaki itu.
            ‘Sanggupkah aku untuk berkongsi lelaki ini dengan wanita lain? Sanggupkah aku untuk melihat lelaki ini bersama wanita lain? Sanggupkah aku untuk melihat wanita lain memeluk, mengucup dan mengusap Haikal sedangkan aku tidak mampu melakukan semua itu? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melihat lelaki ini mengusap wanita lain. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu yang teramat lemah ini. Kuatkanlah diri ini, tabahkanlah hati ini, berikanlah kekuatan kepada diri ini untuk berkongsi kasih lelaki ini dengan orang lain. Hanya kepadaMu aku memohon,’
            Ariana mencapai ketul ais lalu menuam pipi lelaki itu.
            Kesejukan di pipi Haikal membuatkan dia tersedar. Dia tersentak apabila melihat wajah Ariana yang teramat dekat dengannya. Serentak dengan itu hatinya berdebar. Namun, dia pantas tersedar yang dia tidak boleh mencintai gadis yang merupakan musuhnya itu. Meskipun, gadis itu menyintainya.
            “Aku buat sendiri, kau boleh keluar dari bilik ini,” arah Haikal kasar. Ariana buat muka selamba.
            Haikal menelan liurnya. Tambah-tambah lagi, gadis itu memakai baju tidur satin yang tiada lengan dan amat pendek. Nanti ada juga yang kena terkam!
            Ariana yang menyedari pandangan penuh bermakna dari lelaki itu membuat muka selamba sedangkan hatinya berdebar kencang. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Haikal, sengaja ingin menggoda lelaki itu.
            “Aku boleh buat sendiri, Anna!” tekan Haikal.
            “Tapi, saya tak boleh biarkan awak buat semua ini sendiri. Lagipun, awakkan suami saya,” Ariana berbisik lembut di teling Haikal. Haikal pantas bangun dari pembaringannya.
            “Just lie down. Saya tolong tuamkan,” ujar Ariana lalu membaringkan tubuh Haikal di atas katil. Dia membuka perlahan butang baju lelaki itu.
            Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Haikal. Dia memandang tepat ke dalam mata Haikal.
            “Kenapa?” dia menjongket kening. Haikal bangun lalu menindih tubuh Ariana.

            “Kau nak goda aku kan? Fine, aku akan tunaikan permintaan kau itu,” Haikal mendekatkan wajahnya dengan wajah Ariana sebelum mengucup lembut bibir gadis itu.