Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 30

BAB 30

HUSNA memusing tombol itu buat kali entah ke berapa kali. Anehnya! Ianya masih terkunci. Ah! Siapa yang perdajal aku malam-malam buta ni?
            Dia mengetuk pintu itu berkali-kali. Kuat pula itu! Takkan tiada siapa yang mendengar kot? Atau, semua dah keluar? Ma! Janganlah keluar.
            Tiba-tiba lampu terpadam dengan sendirinya. Blackout! Oh no! Husna terduduk sendiri. Air mata mula mengalir di pipinya. Sungguh dia takut di ketika ini. Selalunya ada Haikal yang mententeramkannya. Di dalam kegelapan itu dia mencuba untuk bangun.
            Dia meraba-raba untuk mencari di mana katil. Setahunya, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil. Dia mencuba menelefon Haikal. Tidak dapat. Dia mencuba menelefon Ariana pula.
            “Yes, Husna. Why?” kedengaran suara Ariana di corong telefon. Husna merasa sebak. Air matanya mengalir dengan lebih deras lagi.
            “Akak, Husna takut. Blackout!” ujar Husna terketar-ketar.
            “Abang kan ada?” ujar Ariana lembut.
            “Husna takut... Pintu kunci... Husna tak boleh keluar. Husna dah jerit, tapi tiada yang menjawab. Husna takut, akak. Husna takut.”
            Ariana membuat pusingan U. Yang penting, dia perlu pulang ke rumah dengan segera. Husna perlukan dia.
            “Dah try call abang?” tanya Ariana.
            “Dah, tapi abang tak jawab. Kak jangan end call, Husna takut..” Husna memeluk lututnya. Air matanya mengalir deras.
            “Okey, okey. Akak try cepat,” ujar Ariana. Dia memusing masuk ke halaman rumah. Nasib dia memandu tidak terlalu laju. Jikalau tidak, pasti lambat untuk dia pulang ke rumah semula.
            Pintu rumah cuba dibuka. Kuncilah pula. Argh! Problem! Ariana mencari kunci rumahnya berpandukan lampu dari telefon bimbitnya.
            Jumpa pun! Dia membuka pintu. Dia mencari suis elektrik. Memang sudah menjadi kebiasaan kepada Haikal untuk menutup suis elektrik jika hendak keluar. Tetapi, dia tidak tahukah yang adiknya masih berada di dalam rumah?
            Ariana mencapai kunci pendua bilik Husna lalu mencuba membuka pintu bilik Husna.
            Husna meluru ke arah Ariana. Dia memeluk tubuh Ariana. Erat. Dia amat takut tadi. Mujur Ariana segera pulang. Jika tidak, dia pun tidak pasti apa yang akan terjadi kepada dirinya.
            “Terima kasih, akak. Kerana sudi menjadi pengganti abang di ketika ini. I appreciate it very much,” ujar Husna sebak. Ariana memeluk erat tubuh Husna yang lansing itu.

ARIANA menanti dengan sabar. Dia mematahkan jari-jarinya, perkara yang dia paling suka lakukan apabila sedang marah.
            Kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah. Dia menanti suaminya menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.
            Dia duduk di atas sofa. Mukanya sudah merah akibat menahan marah. Bunyi pintu terbuka membuatkan Ariana tersentak. Dia mencerlung tajam ke arah Haikal yang baru melangkah masuk.
            “Where have you been?Sekarang baru balik,” ujar Ariana.
            “Ikut suka hati akulah,”
            “Ikut suka hati? Hey, Haikal! Sesedap hati je kau cakap macam tu! Kau tahu tak Husna punya takut tadi?! Woi, Haikal! Abang apa kau ni?! Tinggalkan adik kau seorang diri dalam rumah, lepas tu kau off suis elektrik tu! Kau sendiri tahu yang dia takut gelap! Then,bilik dia kau kunci pula! Abang apa kau ni! Aku tak boleh fikir la kenapa daddy aku nak sangat kahwinkan aku dengan kau!” marah Ariana.
            “Husna? Takut? Gelap? Kunci? Woi, apa yang kau cakap ni?” tanya Haikal dengan muka yang berkerut.
            “Hah? Kau ni memang tak tahu ke buat-buat tak tahu. Argh! Whatever! Sekarang kau tidur di luar! I don’t want to see your face in this room! Out!” ujar Ariana kasar.
            Haikal terkedu. Tadi bukan dia bawa Husna keluar ke? Sejak bila Husna dalam bilik?
            “Bukan kau keluar dengan Husna ke tadi?” tanya Haikal. Makin membara hati Ariana dibuatnya. Dia mengambil bantal dan bantal peluk serta selimut lalu dilempar ke arah Haikal.
            “Tengkorak kau! Sejak bila aku keluar dengan Husna kalau Husna terkunci dalam bilik, huh? Get lost from this room right now! Please..” air mata mulai menitis di pipi Ariana.
            Mak oi! Minah ni tadi bukan main marah, sekarang menangis pula? Spesies apa perempuan ni? Ataupun, dia ni jika marah akan menangis? Mungkin..
            “Alright.. But, I don’t know what the hell that are you talking about. Aku memang tak tahu yang Husna terkunci dalam bilik. Eryna just tell me kata kau dengan Husna keluar. Makan dinner di luar,” jelas Haikal sebelum berlalu keluar.
            Ariana terduduk sendiri. Dia mula menyusun apa yang diperkatakan oleh Haikal. Dan, akhirnya dia dapat simpulkan satu jawapan. Kejam kau!!

HAIKAL menggelengkan kepalanya perlahan. Apalah nasib? Dihalau keluar oleh isteri sendiri atas kesalahan yang dia sama sekali tidak tahu-menahu tentangnya.
            Dia mengambil kunci bilik Ariana di hadapannya lalu melangkah masuk. Nasiblah dia ada kunci bilik perempuan ini kalau tak naya juga dibuatnya. Takkan nak tidur di ruang tamu kan?

ARIANA tersenyum sinis. Kelibat Eryna yang tersedak itu membuatkan tawanya hendak meletus. Rasakan! Air kicap dari aku! Sesuka hati kau aje nak perdajal Husna ye?
            “Woi, Ann! Kau memang tak pandai bancuh air ke?!” tanya Eryna kasar. Ariana menjongket kening.
            “Setahu aku, aku dah rasa air tadi. Okey je. Ataupun, lidah kau ada masalah, apa kata kalau nanti kita pergi hospital check lidah kau tu,” perli Ariana.
            “What?! Hello Mrs. Ariana!Air yang kau berikan kepada aku ni air kicap tahu! Atau, kau dah tak pandai nak beza air sarsi dan air kicap,” ujar Eryna. Matanya sudah memerah.
            “Ariana..” meleret nama Ariana dipanggil oleh Haikal.
            “As I said before, I’ll not respect the person who aren’t respect me!” ujar Ariana pula.
            “Apa yang aku dah buat dengan kau sampai kau buat macam ni kepada aku?” tanya Eryna.
            “Kau tak buat apa-apa kepada aku tetapi sebaliknya kepada Husna.”
            “Bu.. buat apa?”
            “Just tell me the truth lah, Eryna. You are the one that locked Husna’s door right?” spontan mata Haikal dan Husna memandang ke arah Eryna. Eryna tersenyum sinis. Dia tahu lambat-laun perempuan itu akan mendapat tahu tentang hal ini. Tak apalah, yang penting semalam dia boleh meluangkan masanya bersama Haikal.
            “So what?” senyuman sinis dilemparkan kepada Ariana. Haikal terbangun dari duduknya. What? Kau memang nak kena Eryna! Kalau tak difikirkan kau tu kawan ibu aku dah lama aku tampar-tampar muka kau.
            “Nothing but pandai juga kau rancang semuanya. Kau kunci bilik Husna then kau halau aku untuk beli makanan kepada kau hanya untuk keluar dinner dengan Haikal? Aku tak pernah duga plan tu. Kau ada plan lagi? Boleh kongsi dengan aku? Aku pun nak tahu, tambah-tambah plan kau yang buatkan mama sayangkan kau. I’m so impressed with that. Please, tell me wwhat is it..” ujar Ariana selamba. Eryna agak terlopong namun dia segera mengawal riak wajahnya agar tidak nampak ketara. Husna yang tertunduk terus memandang ke wajah Ariana tidak percaya.
            “Ops! Itu rahsia semesta alam. Memang tak boleh kongsi,”  ujar Eryna selamba.
            “Sekarang juga kau kemas beg-beg kau and get lost from this house!” arah Ariana tegas. Mati terus senyuman yang terbit di bibir Eryna tadi.
            “Why? Kau ingat aku akan lupakan semuanya, hello girl! Aku tak akan maafkan orang yang buat keluarga aku menangis tahu! Now, get lost from this house! Aku tak nak tengok muka kau lagi di rumah ni! Go away!” Ariana mula menyinga. Eryna hanya buat muka selamba kerana dia tahu yang Ariana tidak akan menghalaunya.. Well, she has Tengku Sofiah to depends on!
            Ariana mendengus. Tak apa kau! Just wait! Ariana melangkah ke bilik Eryna lalu menyimpan segala barang ke dalam beg lalu membawa beg itu ke luar rumah.
            “Well.. Aku tak sangka lah yang kau sanggup keluar dari rumah ni demi aku. Wow! Thanks a lot, Ariana,”ujar Eryna angkuh. Husna di belakang Eryna mula berasa gelabah. Kalau tiada Ariana di rumah ini, dia yang akan kena teruk. Tambahan pula, ibunya sentiasa membela Eryna. Tiba-tiba dia teringat tentang sesuatu.. Spontan dia memegang pipinya. Sakit ditampar oleh Tengku Sofiah kerana menghalau Eryna masih terasa. Sejak itu, dia menjadi takut untuk melawan kata-kata Eryna.
            “Who says, I’m going to left this house? The one who going to left this house.. is you.” Ariana tersenyum sinis. Dahi Eryna berkerut seribu. Kenapa pula?
            “Why must I?”
            Ariana menolak Eryna ke tepi beg itu lalu melangkah ke pintu.
            “Because, the owner of that bag is you,” ujarnya lalu menutup pintu dan menguncinya. Apabila dia memandang ke belakang, Haikal memandangnya dengan pandangan yang sukar diertikan.
            “As I said, I will respect the person who respect me. Ann tak kisah kalau mama nak serang Ann esok. Lagipun, Ann tak peduli,” ujar Ariana lalu melangkah ke dapur. Husna sudah lama lesap ke biliknya. Haikal menuruti langkah Ariana ke dapur.
            “Thanks..”
            “For what?” dahi Ariana sudah mula berkerut.
            “Sebab bela adik aku,” ujar Haikal.
            “Didn’t you say that your family is my family too. Then, it is my responsible untuk bela dia.” ujar Ariana.
            “Once again, thank you,” ujar Haikal lalu berlalu pergi. Ariana hanya mengangkat bahu menandakan bahawa dia tidak kisah.