Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 27

BAB 27

“TIGA hari sudah berlalu, Daiyan. Apa keputusan awak?” tanya Nisrina.
            “Saya akan terima dia seadanya, dia wanita yang teraniaya bukan wanita yang sengaja memberikan harga diri mereka untuk seorang lelaki. Dan, saya berharap akan ada orang yang akan menerima dia seadanya dia,” ujar Daiyan tenang. Jawapannya ini datang dari hatinya yang tulus.
            Nisrina tersenyum sinis. Dia masih belum mempercayai lelaki itu seratus peratus. Lelaki! Mulut memang manis.
            “Tetapi, kenapa awak tanya saya soalan macam tu?” tanya Daiyan.
            “Just wait and see..” Daiyan termangu sendiri. Just wait and see? Apa kaitannya?

NISRINA bermain jari-jemarinya yang dihiasi inai. Kehadiran Ariana amat ditunggu olehnya. Dia gugup dan takut. Bagaimanakah penerimaan Daiyan terhadap dirinya? Ya Allah! Jika dia jodohku aku redha Ya Allah, biarpun terpaksa meredah onak dan duri untuk mendapatkan cintanya. Biarpun dia membenci diri ini.
            “Nis!” Ariana masuk lalu duduk di sebelah Nisrina. Nisrina menggenggam erat tangan Ariana.
            “Aku takut, Ann.. Aku takut. Aku tak boleh bayangkan apa yang terjadi nanti. Aku takut.. Sangat takut,” kelopak mata Nisrina berkaca.
            “Shh.. You can’t cry. This is your wedding. Takkanlah, pengantin baru mata sembab kot? Shh.. Jangan nangis. Habis cair mekap tu nanti,” ujar Ariana.
            “Pengantin lelaki dah sampai,” jerit seorang lelaki dari bawah. Ariana memeluk Nisrina perlahan.
            “Nis, walau apapun yang terjadi kau mesti redha’. Aku redha’ dengan hidup aku. Aku redha’ dibenci oleh suami sendiri. Salah aku semua itu berlaku. Aku yang salah. Aku yang mencipta peperangan itu. Jadi, aku cuba menamatkan peperangan itu walaupun sangat sukar bagi aku. Aku terlampau memegang prinsip aku hingga menyebabkan lelaki itu kecewa. Aku salah. Sehingga sekarang, Haikal masih marahkan aku. Kau jangan jadi macam aku tahu. Aku tak sanggup tengok rumah tangga kawan-kawan aku berkecai. Jaga Daiyan baik-baik. Jelaskan kepada dia perkara yang sebenar, jangan seksa batin dia. Beritahu dia sebelum dia dapat tahu sendiri,” bisik Ariana perlahan. Dia cuba menahan air matanya daripada gugur. Dia melonggarkan pelukannya.
            “Jom, kita keluar,” ujar Ariana. Dia cuba berlagak ceria sedangkan hatinya sudah pun hancur berkecai. Sakit dibenci suami sendiri masih ada dan sekarang dia dibenci oleh ibu mertuanya. Dia ingin melarikan diri tapi takkanlah sebegitu mudah bagi Ariana Yusrina untuk mengalah. Jadi, dia cuba menguatkan dirinya. Dia terasa berdosa kerana berkasar dengan suami sendiri tetapi dia terpaksa. Kerana dialah punca peperangan itu berlaku.

“AKU nikahkan dikau, Muhd. Daiyan Al-Hafiz dengan puteriku, Farisah Nisrina binti Malik dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran,”
            “Aku terima nikahnya, Farisah Nisrina binti Malik dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran,” lancar ayat itu keluar dari mulut Daiyan.
            “Sah?”
            “Sah!”
            Ya Allah! Peliharalah pernikahan ini Ya Allah! Berkatilah hubungan yang suci ini, Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, bukalah pintu hati ini untuk menerima dia dalam hidupku. Bukalah pintu hati ini untuk menyintai dia yang merupakan suamiku Ya Allah. Tetapkanlah hatiku kepada Daiyan Ya Allah. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu. Bukakanlah pintu hati Muhd. Daiyan Al-Hafiz untuk menyintai dan menerimaku seadanya. Amin Ya Rabbal Alamin..

“ABANG,” panggil Nisrina. Daiyan memandang ke arah Nisrina.
            “Come, sit here,” ujar Nisrina. Daiyan bangkit lalu duduk di sisi Nisrina. “Why?” tanyanya sepatah.
            “Nis ada sesuatu nak beritahu kepada abang. Nis harap abang tak marahkan Nis. Nis tak nak merahsiakan apa-apa lagi dengan abang. Jadi, Nis harap sangat abang maafkan Nis,” ujar Nisrina perlahan. Dia mengenggam lembut tangan Daiyan yang kelihatan terkejut. Sudah tiba masanya! Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu in..
            “Nis.. bukan seperti gadis yang abang dan semua lelaki idamkan selama ini. Nis sama sahaja seperti gadis dalam cerita itu. Nis dah tiada apa-apa. Semuanya telah dirampas oleh lelaki itu,” tangisan Nisrina berlagu. Dia redha’ jika lelaki ini menceraikannya.
            “First time, I heard that story. I was thinking, if you are that girl, what must I do? Seperti yang abang beritahu, I accept you the way you are. kerana Allah telah memberikan kita ujian mengikut kemampuan kita,” ujar Daiyan. Nisrina memandang Daiyan dengan riak wajah tidak percaya. Dia memeluk erat tubuh Daiyan.
            “Thanks..” Daiyan membalas pelukan Nisrina itu. Orang bagi free apa salahnya kan?

ARIANA membuka pintu. Kelibat Nisrina dan Daiyan menyapa pandangannya.
            “Ann!!” Nisrina memeluk Ariana erat. Seperti memberitahu bahawa dia bahagia sekarang. Seperti memberitahu bahawa Daiyan menyayanginya seadanya dia. Akhirnya, Nisrina menjumpai cinta sejatinya. Aku bila pula? Haikal sudah pun membenci aku.
            “Haikal mana, Ann?” Daiyan melontarkan soalan.
            “Taman kot,” Daiyan melangkah ke taman. Kelihatan Haikal sudah termenung di taman.
            “Termenungkan apa Haikal? Termenungkan Ariana ke?,” ujar Daiyan sengaja menyakat. Haikal menggelengkan kepalanya.
            “Buat apa aku hendak termenungkan dia? Walaupun, dia yang mengajarkan aku erti cinta, tapi dia juga yang mengajar aku erti kecewa, Daiyan. Aku tak mungkin mencintai dia semula apatah lagi hendak termenungkan dia,” Haikal bersuara perlahan.
“Perasaan kau pada dia tak pernah berubah kan? Kau masih cintai dia, I know it!” Daiyan duduk di sisi Haikal.
“Perasaan cinta aku pada dia sudah hilang bersama kata-katanya dahulu. Dia anggap cinta aku macam sampah! Aku ingat lagi kata-kata yang keluar dari mulut dia Daiyan. Your love is just a rubbish for me!  Huh! Kau fikir bagaimana aku hendak mencintai dia? Cakap!” suara Haikal berubah menjadi kasar. Daiyan menggelengkan kepalanya, kesal dengan kata-katanya tadi. Kata-katanya mengingatkan Haikal kepada kisah lalunya yang menyakiti hatinya.
“Sorry, Haikal. Aku tak bermaksud..”
“It’s okay, aku yang ter feeling kan? Aku redha’ dengan apa yang terjadi sekarang ini. Betul kata dia, aku hanya mencintai dia kerana rupa parasnya sahaja. Aku tak mungkin akan mencintai dia kalau dia gemuk ataupun hodoh.  Aku berdoa agar dia menemui cinta sejatinya dengan secepat mungkin supaya aku tak terkilan untuk melepaskan dia,” Daiyan menepuk perlahan bahu Haikal. Faham dengan jiwa lelaki itu. Cukuplah Ariana, cukup sekali kau lukakan hati Haikal. Jangan lagi kau menambah keperitan di hati Haikal.
            “Eh, majlis kau bila?” tanya Haikal cuba membuang suasana sayu yang menyelemuti mereka.
            “Entah, tak bincang pun lagi. Kau?”
            “Tak tahu.. Tak dengar cerita pun,” balas Haikal. Mereka berdua sama-sama menongkat bahu.

“KAU happy?” tanya Ariana. Nisrina mengangguk. Dia tersenyum bahagia.
            “Kau?” tanya Nisrina kembali. Ariana mengeluh.
            “Aku happy kalau kau happy. Congratulation, Nisrina. Akhirnya kau sudah berjumpa dengan kebahagiaan kau. Kau sudah berjumpa dengan cinta sejati kau. Doakan yang sama untuk aku nanti ye?” ujar Ariana.
            “Kau sudah pun berjumpa dengan kebahagiaan kau. Ariana, Haikal is the best for you! Terimalah dia ye..” Nisrina cuba memujuk.
            “Aku akan mengakhiri semua ini. Mungkin, perpisahan ialah jalan yang terbaik buat kami berdua? Lagipun, jika aku masih di sini. Aku akan membuatkan Haikal makin bencikan aku. Jika aku berpisah dengan dia, mommy dan daddy aku akan terluka. Aku buntu, Nis. Aku tersekat! Aku akan bertahan sejauh mana aku boleh bertahan,” ujar Ariana. Nisrina memeluk tubuh Ariana.
            “Bersabarlah, Ariana. Walaupun awan itu mendung tetapi tak semestinya hujan,” balas Nisrina. Ariana melepaskan tangisannya di bahu Nisrina.
            “Bersabarlah Ariana. Jika mendung itu mendatangkan hujan, pasti ada pelangi yang akan menyinar,” pujuk Nisrina lagi.
            “Nis, aku hendak menjadi seperti matahari yang setia memberikan cahayanya walaupun dirinya yang panas terbakar. Aku akan berkorban apa saja untuk membuat orang yang aku sayangi bahagia, biarpun aku sendiri yang menderita,” ujar Ariana. Nisrina meregangkan pelukannya.
            “Tingginya impian kau! Apa yang kau akan buat eh, kalau Haikal nak kahwin satu lagi?” tanya Nisrina nakal.
            “Aku akan membenarkannya kerana aku ingin melihat dia bahagia. Bahagia di samping orang yang disayanginya. Aku sanggup bermadu biarpun sangat sakit rasanya kerana aku tak mahukan penceraian kerana itu akan melukakan hati mommy, daddy, papa dan mama,” ujar Ariana. Seketika dia berfikir adakah Tengku Sofiah akan merasa terluka dengan penceraian itu ataupun merasa bahagia kerana hajatnya untuk bermenantukan Eryna akan tercapai?
            “Jadi maksudnya kau sayangkan Haikal?” mata Nisrina terbuntang.

            “Yes, I admit it. Aku sayangkan dia sebab itu aku ingin melihat dia bahagia,” ujar Ariana. Nisrina terkedu sendiri. Ariana Yusrina sudah jatuh cinta? Biar betul!