Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 26

BAB 26

NOW, tell me what’s happen now?” tanya Haikal keras. Dia memandang isterinya denagn pandangan yang tajam. Ariana memandang Haikal semula.
            “Nisrina.. Dia kena rogol waktu U,” kata Ariana perlahan. Kisah yang selama ini dipendam oleh kawannya akan dibuka semula. Hanya kerana Daiyan...
            “What? I can’t get it! At where? Malaysia or Korea?” tanya Haikal kembali.
            “Malaysia.. Waktu tahun pertama. Waktu itu kita orang baru 19 tahun, masih mentah dalam menghadapi liku-liku kehidupan,” kata Ariana beberapa patah.
Where are you?” tanya Haikal dengan suara yang cukup keras menandakan bahawa dia serius. Ariana tersentak. ‘Apa kena mengenanya dengan aku pula?’
            “Huh?”
            “Di mana awak apabila kejadian itu berlaku?” tanya dia semula. Perempuan ini takkan faham kalau cakap belit-belit.
            “Oh.. Di rumah..” balas Ariana selamba. Dah betul!
            “Yang lain?” tanya Haikal semula. Takkan tak ada sesiapa yang ikut Nisrina?
            “Di rumah,”
            “And,dia keluar dari rumah tanpa ada sesiapa ikut dia?!” tanya Haikal keras. Yang itu bukan pertanyaan lah cik abang, itu pertanyaan sekali dengan jawapan. Dah tahu answer nak tanya lagi.
            “Yup!” ujar Ariana perlahan.
            “Who is that guy?” intonasi suara Haikal mula berubah lembut. Kesian pula dia melihat Ariana yang agak takut.
            “Farhan Mukhriz bukan Farhan Arsyad,” tekan Ariana. Haikal mengangguk.
            “Mommy suruh kita makan malam di rumah dia. Risau menantu dia tak makanlah tu,” ujar Haikal selamba. Terbuntang mata Ariana dibuatnya.
            “Hello, Mr. Haikal. Selama ini yang kau asyik duk makan bukan aku yang masak? Sesedap hati kau je kata aku tak masak!” bentak Ariana.
            “Hello, Mrs. Ariana. Aku tak cakap pun yang kau tak masak. Aku cuma cakap yang mommy risaukan menantu dia yang tak makan!” balas Haikal.
            “Kalau aku tak masak, kau tak makanlah pak cik oi!”
            “Aku boleh makan kat luarlah mak cik oi!”
            “Whatever...”ujar Ariana lalu melangkah ke biliknya. Haikal tersenyum sinis. Di dalam peperangan ini, orang yang selalu menang adalah dia.

“MOMMY!!” Ariana memeluk Puan Sri Sukainah. Erat. Haikal yang berada di luar ditinggalkannya begitu sahaja. Teruja punya pasal. Suami pun boleh ditinggalkan, apa punya isteri lah?
            “Mana Haikal?” Ariana memuncungkan mulutnya. Tak ada benda lain ke nak tanya? Anak mommy ni sihat ke? Apa ke? Ni terus tanya pasal mamat tak cukup skru tu buat apa?
            “Hey, kenapa buat muncung itik ni? Mommy just tanya,” ujar Puan Sri Sukainah.
            “Mommy ni lebihkan Haikal lah! Ann ni mommy buat tak peduli je!” ujar Ariana manja. Haikal yang mendengar membuat muka hendak termuntah. Ariana menjeling ke arah Haikal tajam lalu menyiku perut Haikal.
            “Adoi! Sakitlah Puan Ariana!” ujar Haikal sambil memegang perutnya yang senak. Adoi! Naya juga aku!
            “Ariana Yusrina!” mata Puan Sri Sukainah tajam memandang ke arah anak bongsunya itu. Mereka ni memang tak ngam! Kerja gaduh aje!
            “Peacemommy! Ann pergi dulu.. Tata..” ujar Ariana lalu naik ke biliknya. Pintu biliknya dikunci. Nanti tak pasal-pasal je si Haikal tu masuk! Naya hidup aku.
            Ariana berbaring di atas katilnya. Tanpa disedari dia terlelap..

HAIKAL cuba membuka pintu bilik Ariana. Kunci! Argh! Minah ni tak bagi aku masuk bilik ke?
            “Ariana.. Ariana.. Bukalah pintu ni! Aku nak masuk!” ujar Haikal. Tangannya ligat mengetuk pintu kamar isterinya itu.
            Setelah beberapa kali mengetuk, Haikal mulai putus asa. Tidak lama lagi bapa mertuanya dan abang iparnya akan balik. Dia duduk di ruang tamu sambil menonton tv.
            “Tak rehat dalam bilik dulu ke?” sapa Puan Sri Sukainah.
            “Tak, anak kesayangan mommy tu kunci pintu,” ujar Haikal. Puan Sri Sukainah menggelengkan kepalanya perlahan. Sah! Budak-budak ni tak berdamai lagi. Sejak dulu lagi, mereka berperang. Entah apalah yang aku nak buat dengan mereka ni?
            “Pergilah rehat dekat bilik tetamu dulu. Mommy nak panaskan lauk untuk makan malam,” ujar Puan Sri Sukainah. Haikal hanya mengangguk. Dia melangkah ke bilik tetamu.

“HEY, my lovely mummy,” ujar Ariana lalu mengucup perlahan pipi Puan Sri Sukainah.
            “Hey, my beautiful lady,” balas Puan Sri Sukainah.
            “Hey, my hansome daddy,” ujar Ariana lalu mengucup pipi Tan Sri Mansur.
            “Hey, my cute little girl,” balas Tan Sri Mansur. Senyuman mekar di bibirnya. Almaklumlah, dipuji handsome!
            “Hey, ma boy,” Ariana mengucup perlahan pipi Aizriel. Panas hati Haikal dibuatnya, namun diberitahu hatinya itu bahawa lelaki itu abang kandung Ariana.
            “Hey, my beautiful angle,” balas Aizriel canggung. Mana tidaknya, dirinya dipandang tajam oleh Haikal.
            “And,abang. Tu tempat Ann, okay?” ujar Ariana sambil menunjuk ke arah kerusi yang diduduki oleh Aizriel.
            “Sebelum kahwin, tempat kamu lain. Selepas kahwin, tempat kamu lain. Dah! Duduk sebelah Haikal aje,” balas Aizriel sambil menunjukkan kerusi di sebelah Haikal. Ariana memuncung.
            “Abang, bangunlah!”
            “Nope! I don’t want!” balas Aizriel pula. Matanya difokus ke arah makanan di hadapannya, tidak mahu terpujuk dengan puppy eyes yang dibuat oleh adiknya itu.
            “Sudah, depan rezeki jangan bergaduh. Ann, duduk aje sebelah Carl. Bukan orang lain, suami kamu juga,” kata-kata Tan Sri Mansur meleraikan pergaduhan di antara mereka. Aizriel tersenyum kemenangan manakala Ariana memasamkan mukanya. Geram kerana kalah!

HAIKAL memandang ke arah Ariana yang sedang menonton tv. Seketika dia teringat akan kata-kata Ariana. My lovely mommy? My handsome daddy? Ma boy? Then aku ni apa?
            “My lovely mommy? My handsome daddy? Ma boy?” tanya Haikal dengan dahinya yang sudah berkerut. Ariana menjeling tajam ke arah Haikal. Nak perlilah tu!
            “Nak perli oranglah tu! Sesedap hati dia je!”
            “Aku tak perli tapi kalau dia orang ada nama gelaran kenapa aku tiada?” tanya Haikal keras. Ariana menjeling tajam. Dia cuba mencari akal untuk membalas kata-kata yang keluar dari bibir Haikal.
            “Sebab mereka tu family aku!” balas Ariana. Seketika dia tersedar dengan kesilapan diri, Haikal pun family dia juga. Pangkat suami dia pula tu.
            “Aku suami kau right? So, aku juga family kau,” balas Haikal pula.
            “Yelah, my lovely sweetheart,” balas Ariana. Mulutnya memuncung namun hatinya suka. Dia suka memanggil lelaki itu begitu kerana terasa seperti lelaki itu suami yang romantik, yang penyayang. Tapi, Haikal bukannya romantik pun! Jauh sekali penyayang!
            “Macam itulah, my sweet honey,” balas Haikal sambil tersenyum.
            Mak oi! Rasa macam nak muntah je kat sini! My sweet honey? Yelah tu. Tak pasal-pasal dari my sweet honey jadi come aku introduce bakal madu kau. Naya je!
            “Aku rasa macam nak muntah je!” balas Ariana sengaja ingin menyakiti hati Haikal.
            “Terer juga aku ni! Tak buat apa-apa lagi, dah nak muntah!” sakat Haikal.
            Argh! Bukan dia yang sakit hati tapi aku yang makan hati! Sesedap hati dia je cakap macam tu!

            Ariana menjeling Haikal tajam. Dia mengambil bantal lalu dibaling ke arah Haikal. Gatal punya mamat!