Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 24

BAB 24
DAIYAN termenung sendirian di balkoni. Sanggupkah dia menerima gadis yang dimaksudkan Nisrina tadi? Soalan yang kedengaran cukup simple namun hendak membuat keputusannya ialah sangat sukar.
            “What are you doing here, Nisrina?”
            “Meet my future husband,”
            “Future husband? But, Nis..”
            “Please.. Let Nis and Ann handle this problem. You don’t have to worry about it, okay?”
            Apa maksud Aizriel? Masalah apa yang disebutkan itu? Ann.. Yes! Ann is the keyword! Dia ialah jawapan kepada semua persoalan yang sebegitu rumit ini.
            Dia mencapai telefonnya lalu menghubungi Haikal.
            “Haikal, aku nak alamat rumah baru kau. Aku nak jumpa Ann. This is important! About my life. Kau tahanlah si Ann tu dari keluar rumah. Aku ada masalah besar ni! Ah! Pandai-pandai kaulah!” ujar Daiyan. Setelah Haikal memberikan alamat, Daiyan segera mencapai kunci kereta dan memandu ke tempat tinggal Haikal dan Ariana.

“ADA apa nak jumpa aku?” tanya Ariana sambil menghidangkan air.
            “Amboi! Kau ni memang straight to the point la! Tak ada ke belok-belok sikit ke? Mukadimah ke?” tanya Daiyan pula sambil tersengih.
            “Tak ada.. Aku memang straight to the point. Tak suka aku cakap tak suka!” ujar Ariana.
            “Kalau nak ehem.. ehem.. Terus cakap ke?” tanya Daiyan sambil tersengih nakal. Terbuntang mata Ariana dan Haikal mendengarnya.
            “Kau tak ada benda lain nak cakap ke?” tanya Haikal keras. Daiyan hanya tersengih.
            “Aku hempuk jugak mamat ni dengan dulang ni kang!” wajah Ariana memerah. Perasaan marahnya memang hampir ke puncak. Tambah-tambah lagi, apabila melihat sengihan tidak bersalah Daiyan.
            “Oh.. Oh.. Janganlah! Tak pasal-pasal je aku amnesia kang. Naya bakal isteri aku,” ujar Daiyan.
            “Yelah! Cepatlah! Apa yang kau nak cakap ni? Nanti, aku nak pergi tengok adik Ara,” Ariana menggesa Daiyan. Kalau tak disebabkan Haikal halang dia tadi, sekarang dia dah ada di hospital.
            Mimik wajah Daiyan kembali serius. Sudah hilang wajah dan sikap keanakannya tadi.
            “Siapa Nisrina sebenarnya? Kenapa aku rasa dia macam seorang yang penuh dengan rahsia yang tidak terungkap? Please answer me, Ariana Yusrina,”
            Ariana terkedu. Soalan jenis apa ni? Macam tak ada jawapan je aku rasa..
            “Please explain it clearly, Daiyan. What makes you think that she has a lot of secrets?” tanya Ariana pula. Haikal hanya diam sambil memerhati ke arah keduanya.
            “She told me a story, and asked me to answer the question that she asked based on the story. A question that has nothing to do with our marriage!” ujar Daiyan.
            Ariana menelan liurnya. Kesat. Apakah jawapan Daiyan? Dan apakah cerita itu? Jangan-jangan..
            “Can you tell me the story, please?” Liur ditelan kesat.
            “There was a girl, yang sangat naif dan lemah. Huluran kasih dari seorang lelaki yang baru dikenalinya itu diterimanya dengan senang hatinya. Pada suatu malam, gadis ini diajak keluar untuk makan malam. Then, lelaki itu meletakkan sesuatu minuman gadis itu yang boleh membuatkan gadis itu pengsan. The next day, girl tu bangun. Bila dia bangun baru dia sedar yang dia berada di suatu tempat yang sangat asing baginya. When she look at her own body, she reliezed that she was been raped, she reliezed that the man is a bastard!
            Itu cerita dia..”
            Ariana terkedu. Begitu juga Haikal. Apa kaitannya dengan perkahwinan ini? Fikir Haikal sendiri.
            “The question?”
            “Sanggupkah awak menerima dia seadanya?”
            “And your answer?”
            “Aku tak jawab lagi. Dia bagi masa aku tiga hari untuk aku jawab soalan itu,” ujar Daiyan.
            “Jawapannya hanya ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Boleh kau beritahu kita orang jawapan kau?” tanya Ariana.
            Daiyan termangu. Haikal tersenyum sendiri.
            “It is a yes. Semua perempuan inginkan jawapan itu terbit dari bibir kita. Kerana, mereka akan berasa tenang apabila kekurangan mereka diterima oleh seorang lelaki,” ujar Haikal.
            “Aku tanya Daiyan, bukan kau.” Ariana menjeling ke arah Haikal tajam.
            “Apa maksud dia apabila dia berkata.. I have nothing!” mata Daiyan mencerlung ke arah Ariana. Ariana mulai gelisah. Peluh dingin mulai menitis.
            “You need to ask her by herself,”ujar Ariana pula.
            “If you don’t want to give the answer, I will ask Aizriel,” Ariana memandang wajah Daiyan.  Tajam!
            “Jangan heret Aizriel ke dalam hal ini,”
            “Kau yang buatkan aku terpaksa libatkan Aizriel, Ann..”
            “Kau tidak perlu mencari jawapannya kerana dia yang akan datang kepada kau untuk memberikan jawapannya,” tutur Ariana tegas.
            “Nak suruh aku tunggu berapa lama? Sejam? Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun? Huh?” tanya Daiyan pula.
            “Seabad..” balas Ariana selamba. Daiyan menjegilkan matanya.
            “Okey.. okey! Kau akan dapat tahu kurang dari sebulan. I promise!” ujar Ariana.
            “Okey, aku tunggu saat itu..” ujar Daiyan lalu mencicip air sebelum berlalu pergi.
            “Ariana, you better tell me what is going now!” ujar Haikal tegas. Ariana mengeluh perlahan. Lepas satu.. Satu.

NISRINA mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka mesej yang dikirim oleh Ariana.
            ‘Babe, aku dalam masalah ni! Daiyan serang aku tadi. Dia tanya aku apa maksud cerita kau. Sekarang, Daiyan dah blah. Haikal pula tanya. Masaklah aku kalau macam ni! Boleh tak aku beritahu Haikal? - Ariana’
            Banganglah si Daiyan ni! Mesti balik muka tak puas hati ini, dahlah si Ann tu kaki kelentong. Entah apa yang akan dikelentongnya lagi pun aku tak tahu.
            ‘Woi, minah! Kau kelentong apa kat Daiyan? Kau beritahu Haikal tapi suruh dia janji dulu yang dia tak akan beritahu sesiapa. Atau, aku bunuh suami kau tu! – Nisrina’
            Ariana membuka mesejnya. Mak oi, ayat! Sesedap hati dia je nak bunuh suami aku? Banyak cantik muka kau, Nis!
            ‘Oi, minah! Sesedap nasi goreng ayam kau nak bunuh suami aku. Woi! Kau tahu tak kalau kau bunuh orang, kau akan dijatuhkan hukuman berdasarkan Seksyen 302 - Kanun Keseksaan kau tahu tak? – Ariana’
            Nisrina mengerutkan keningnya. Apa pasal sekali dengan kanun-kanun semua masuk ni? Perempuan ni lawyer ke ahli perniagaan? Curious juga aku!
            ‘Oi! Ni dah terkeluar jauh dah ni dari tajuk. Aku bagi soalan BM yang kau pergi jawab soalan Matematik tu buat apa? Sekarang, aku nak tahu apa yang kau kelentong kat Daiyan? – Nisrina’
            Ariana tersenyum sendiri. Sengaja dia memberikan jawapan sebegitu rupa. Hanya kerana dia ingin lari dari soalan Nisrina.
            ‘Kau ni.. Aku baru ingat nak lari tadi. Yelah, aku cuma kata yang dia tidak perlu untuk mencari jawapan bagi persoalan yang menghantui mindanya kerana kau sendiri akan datang untuk memberikan jawapan yang dia ingini. Then, dia tanya aku, sampai bila dia perlu menunggu. Aku jawab, tak sampai sebulan. So.. Kau pandai-pandai cari ayat yang patut ok? And, thank you sebab benarkan aku beritahu hal ini pada Haikal. – Ariana’

            Nisrina mendengus. Sedap-sedap hati dia aje! Aku nak cakap apa nanti kat Daiyan. Argh! Buntunya!