Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 21

BAB 21
DIA termenung sendirian. Bosan betul jadi anak tunggal! Tiada teman berbicara, tiada teman untuk bergaduh. Yang dia punya ialah ibu bapa yang sibuk bekerja. Tidak mengertikah mereka tentang perasaanku ini. Yang kesepian inginkan teman. Biarpun hanya sehari mereka meluangkan masa bersama diri ini, aku sudah pun merasa bahagia.
            Mama, papa.. Akif mohon.. Sehari aje.. Biarlah Akif merasakan kasih sayang kalian. Cuma sehari.. Please.. I beg you for a pardon!! Ini tidak! Biarpun sejam untuk menyambut hari kebahagiaannya. Biarpun sejam untuk melihat anaknya itu berjaya menggenggam segulung ijazah! Rasa-rasanya, apabila hari perkahwinanku pun mereka sibuk!
            Teman? Wajah Ikram, Daiyan dan Haikal muncul di hadapannya. Ya! Hanya mereka yang sentiasa bersamanya.. Hanya teman yang menghiburkannya. Membawa kebahagiaan di dalam hidupnya.. Menghilangkan rasa kesepiannya. Bersama mereka, dia terasa bagai mati hidup semula. Umpama tidak pernah merasakan derita. Itu perasaannya..
            Dia menjadi seorang yang suka berfoya-foya akibat dari sikap kesepiannya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang amat sukar untuk jatuh cinta. Membuatkan dia makin keseorangan di dalam kebahagiaan..
            Kedatangan teman-temannya itu ialah pada ketika itu.. Flashback semula!
            “Woi!” jerit sekumpulan lelaki. Akif terkedu. Dia ditolak ke dinding.
            “Bagi duit kau, kalau kau nak hidup lama!” ujar seorang pemuda.
            “Dan, berhenti membuli jika nak duduk di sekolah ini lama!” ujar Akif pula. Dia memang pantang jikalau ada orang buli dia.
            “Kau memang nak kena!” ujar lelaki itu lalu sebuah penumbuk hinggap di badannya. Kawan-kawan lelaki itu mara lalu menumbuk tubuh Akif. Akif tidak berdaya untuk menghalang apabila tumbukan yang bertalu-talu hinggap di badannya.
            “Woi! Dengan dia pandai kau nak tunjuk gangster! Jom, lawan dengan kita orang,” ujar seorang lelaki yang lain. Kumpulan lelaki itu memandang ke arah lelaki itu dengan tajam. Akif mengambil peluang itu untuk menumbuk semula kumpulan lelaki itu. Lelaki-lelaki yang baru muncul itu menumbuk semula kumpulan lelaki itu.
            “BOYS!!!” jerit Puan Zaharah. Pengetua sekolah itu. Mereka terkaku.

“THANKS, sebab tolong aku tadi. By the way, nama aku Akif,” ujar Akif.
            “Daiyan,”
            “Ikram,”
            “Haikal,”
            Mereka berempat berjabat tangan. Sejak dari itu, mereka berkawan baik.
End of flashback!
            Wow! So tragic, right? Itulah apa orang yang akan cakap kalau mengetahui macam mana kita orang boleh berkawan. Ketika itu, harapannya ialah hanya mereka yang akan sentiasa bersamanya.
            Akan tetapi, hadir gadis itu menyentak sanubarinya. Sikapnya yang pendiam, membuatkannya dia terpegun. Masih ada lagikah gadis yang seperti itu? Gadis yang sukar didekati dan sukar untuk berbicara dengan kaum Adam? Kenapalah Ikram menyembunyikan adiknya itu? Kan lebih baik diperkenalkan kepada kami semua.. Mungkin dia tak percayakan aku..
            Apabila bersamanya dengan yang lain, gadis itu lebih selesa mendiamkan diri, manakala temannya yang becok bercakap.
            YA ALLAH, adakah dia pemilik hati ini? Adakah dia pelengkap diri ini? Ah! Daripada berteka-teki sendiri lebih baik dia membuat solat istikharah!

HAIKAL terjaga dari lenanya. Wajah Ariana yang sedang tidur menyapa pandangannya. Mesti susah kan kalau tidur sambil terduduk? Haikal mengangkat Ariana lalu dibaringkan di atas katilnya.
            Dia mengerling ke arah jam. Sudah pukul 2 petang. Dia masuk ke bilik air untuk mengambil wudhu’.
            Usai solat Zohor, Haikal membaringkan badannya di sebelah Ariana. Dia mengucup perlahan kening isterinya itu.
            ‘Tidurlah Ariana.. Mesti kau penat kan jaga aku tadi?’ Haikal memeluk Ariana lalu tidur di sisi gadis itu.

“ASTAGHFIRULLAH!” Ariana terbangun daripada pembaringannya. Macam mana aku boleh tidur sebelah dia ini? Dia peluk aku pula tu! Ergh!
            Ariana memandang ke arah jam. Hah!! Digosok matanya berulang kali. Pukul 6 petang!! Alamak!! Dahlah solat Zohor pun aku terbabas, solat Asar pula lambat! Ergh!
            Bergegas Ariana ke biliknya untuk mandi dan solat.

“WAKE up Haikal! Woi! Dah nak dekat maghrib dah ni! Bangun! Ish! Aku nak buat macam mana ni? Hah! Ingat apa dengan ustaz tu cakap! Renjis air, kalau tak bangun-bangun, simbah air. What a good idea!” Ariana bangun lalu mengambil air di dalam bilik air sebelum disimbahnya ke atas tubuh Haikal.
            Serta-merta, Haikal membuka kelopak matanya. Matanya mencerun tajam ke arah Ariana yang membuat muka selamba itu. Diketap bibirnya geram.

            Dia bangun lalu berjalan menuju ke bilik air. Apa-apa pun, solat mesti didahulukan. Ariana di luar tersenyum sinis. Tercapai juga hasratnya untuk menyimbah Haikal.