Rabu, 18 September 2013

[NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 11

Assalamualaikum u oll...

Kali ini entry auto publish..Ini sambungan BCIP.Mekasih singgah dan baca.. Rindu pulak pada Hayyan ni..Bila agaknya dia nak balik ya..Ngeee.. :D


                     





BAB SEBELAS


    “QAIREEN Imanina..Masuk bilik saya sekarang.” Panggil Hadif Fakhri sekali lagi.Dari tadi dia mencari setiausaha dia.Entah kemana menghilang.Reen yang baru saja melabuhkan punggungnya ke kerusi terus tersentak sebaik saja mendengar suara tuan singa di intercom.

     “Aduhai apa lagi bos aku ni.Baru nak hilang penat dah panggil aku.” Bebel Reen lalu bangun dan membawa makanan tengahari yang di pesan oleh bosnya.

    “Ya Tuan Hadif.Ada apa?” Soal Reen sambil mengelap peluhnya yang menitik.Kelam kabut tadi dia membeli makanan apabila Tasha menghubungi yang Tuan Hadif mencarinya.

    “Kau pergi mana tadi?” Soal Hadif Fakhri sambil merenung tajam pada setiausahanya.
     “Erk.Saya keluarkan belikan makanan Tuan Hadif la.Bukan Tuan Hadif ke nak makan spaghetti tadi lepas cakap pukul satu makanan mesti dah ada di atas meja.” Ujar Reen dengan jujur.
    “Yang kau pergi lama sangat tu kenapa?” Soal Hadif Fakhri sambil merenung lagi wajah Reen.

    “Orang ramai Tuan Hadif.Kita kenalah tunggu dan mengikut giliran.Kita ni Tuan Hadif kalau nak sesuatu mestilah bersabar sikit.Sabar itu kan separuh dari iman.”Dengan selambanya Reen menjawab.

     Sekali terkena daa kena setiausaha aku.Padan muka sendiri.Gerutu Hadif di dalam hatinya
    “Kalau aku cakap kau menjawab.Dah mana sapegtti aku?Perut aku dah lapar.Pukul dua nanti kau ikut aku.” Tuan Hadif memberi arahan.Reen menghulurkan bekas yang sudah berisi dengan spaghetti.Selepas itu Reen juga menghulurkan air epal yang telah siap di bungkus tadi.

    “Nasib baik kau beli air.Aku terlupa nak pesan tadi.”Jawab Hadif.Reen menganggukkan kepalanya.Kadang-kadang Reen pelik dengan sikap bosnya.Kalau mood dia ok mesti dia akan bercakap saya awak kalau kepala angin dia dah datang tak ada dah saya awak haa terus keluar aku kau.

    “Saya tak tahu Tuan Hadif suka air apa.Saya main beli je ni.Maaflah kalau air ni bukan air kesukaan Tuan Hadif.” Balas Reen pula.

      “Ok tak apa.Ingat pukul dua kau kena ikut aku.Jangan lambat.” Balas Tuan Hadif sambil membuka bekas yang berisi dengan spaghetti .

       “Kita nak ke mana Tuan Hadif?” Soal Reen dengan lurus.
       “Jangan banyak tanya.Aku suruh ikut kau ikut saja.Kau pergilah keluar lunch .”Ujar Hadif lagi sambil menilik jam di pergelangan tangannya.

      “Baik Tuan Hadif.” balas Reen sambil tersenyum lalu melangkah keluar dari bilik pengarah urusan.

       “Ish tuan singa ni nak bawa aku ke mana pula lepas ni?” .Soal Reen sendirian sambil berfikir.
      “Reen jom makan.Perut aku dah lapar ni.” Safi sudah muncul di meja Reen .Di tangannya pula sudah di bawa purse miliknya.

     “Kita nak makan dekat mana?” Soal Reen.
     “Tempat biasalah.” Balas Safi.Reen menganggukkan kepalanya.Kalau tempat biasa tak adalah lewat sangat dia nak terkejar-kejar.Tuan Hadif tu dah la right on time.Susah kalau terlambat nanti.

     “Cepat tahu.Pukul dua aku kena keluar dengan tuan singa tu .” Bisik Reen di telinga Safi.
      “Hah kau nak keluar dengan dia.Pergi mana?” Soal Safi dengan pelik.

      “Itu masalahnya.Aku tak tahu dia nak ajak pergi mana.Dia kata jangan banyak tanya.Ikut saja.Pukul dua nanti dia nak gerak.” Ujar Reen pula.

        “Adalah tu berkaiatan dengan hal pejabat.Jomlah.Cepat kita pergi cepatlah kita balik.” Tingkah Safi pula.Reen mengekori Safi dari belakang. 

         “Safi pagi tadi aku terserempak dengan Aqil dekat bawah.Dekat parking kereta.” Ujar Reen sewaktu mereka berdua sama-sama menjamu selera.

        “Hah ye ke?Dia buat apa dekat sini?” Soal Safi sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
       “Dia kata nak jumpa client.Aku tak adalah tanya lebih-lebih.”Balas Reen pula sambil menghirup air sirap limau.

      “Kau tak rasa nak marah ke tengok muka dia?” Soal Safi .Reen mengerut dahinya.
      “Marah pasal apa?” Soal Reen dengan lurus.

      “Ya la.Orang kalau dah berceraikan tak boleh berjumpa.Ada je rasa nak marah.Semua benda tak kenalah.Aku tengok kau ni macam tak ada perasaan je.” Reen tersenyum Safi memandang dengan muka pelik.

      “Oh pasal tu ke.Kes cerai dah selesai kan.Buat apa aku marah Safi.Aku ni siapa?Walau apa pun jadi kehidupan mesti di teruskan.Kau ingat senang ke aku nak hadapi.Kau nampak je aku tabah tapi hakikatnya dalam hati aku ni hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa.Aku malas nak fikirlah Safi.Aku dengan Aqil tak ada apa-apa..” Balas Reen sambil menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

    “Alah Aqil tak nak kau , orang lain ramai lagi yang dekat luar ni nak kan kau Reen.” Balas Safi.Namun jauh di sudut hati Safi dia bangga dengan Reen.Memang dia tabah.Reen banyak diamkan diri apabila di kutuk dan di hina oleh bekas mertua.Kalau orang lain dah lama rasanya perang dunia meletus antara menantu dan juga mertua.

    “Memanglah ramai.Aku seriklah Safi.Lagipun aku sekarang ni sudah bergelar janda.Kau ingat ada orang nak pandang ke janda seperti aku ni?” Soal Reen kepada Safi.

    “Haa kau jangan tak tahu Reen.Sekarang ni anak dara ke janda ke sama-sama meletup.Orang kata janda pun saham makin tinggi adakalanya kalah anak dara kau tahu.” Balas Safi dengan selamba.

    “Iye la tu.Cik Safi, perempuan kalau dah bergelar janda tak ada orang nak pandanglah.Orang pandang serong memang banyak.Aku kalau boleh tak nak pegang title ni .”Balas Reen lagi.

    “Itulah aku pun pelik.Kalau lelaki bergelar duda tak ada pula orang nak kisahkan.Kalau perempuan bergelar janda ada saja yang tak kena dan dipersalahkan.”

     “Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza cik Safi.”Ujar Ree dengan senyuman.Safi mengangguk kepalanya tanda setuju.

      “MAK Long abang Aqil tak datang ke?” Soal Sarah.Sekarang ini Puan Salmah dan juga Sarah berada di butik perkahwinan .Hari ini sepatutnya Sarah dan juga Aqil mencuba baju kahwin mereka berdua.

     “Sekejap lagi abang Aqil kamu sampailah.Mak long pergi luar sekejap.Kamu pergi cuba baju yang kamu pilih tu dulu.” Ujar Puan Salmah kepada Sarah.Sebaik saja Sarah masuk ke dalam fitting room terus Puan Salmah keluar dari butik tersebut lalu mendail nombor telefon anak lelakinya.

      “Assalamualaikum mak..” Ujar Aqil .
      “Waalaikumussalam .Kamu ke mana Aqil.Cepat datang sini.Sarah dah lama tunggu kamu di sini.Kamu jangan buat hal Aqil.” Bebel Puan Salmah.

       “Mak boleh bersabar tak.Aqil tengah drive la ni nak pergi ke sana.Tak boleh nak tunggu ke?” Soal Aqil dengan geram.Kalau ikutkan hatinya memang dia tidak ingin langsung untuk pergi butik mencuba baju pengantin.Aqil memang tidak mahu berkahwin dengan sepupunya Sarah.

     “Kalau macam tu cepat sikit.Mak dengan Sarah tunggu sini.” Balas Puan Salmah sebaik saja mendengar yang anaknya sudah pun dalam perjalanan ke mari.

     Puan Salmah sebenarnya tidak sabar untuk menerima menantu kali kedua.Puan Salmah mengharapkan perkahwinan ini akan membuat anaknya bahagia dan juga meberikan dia cucu.
    “Mak long cantik tak?” Soal Sarah sebaik saja keluar dari fitting room.Di badannya sudah tersarung dengan gaun putih .

    “Cantiknya Sarah.Ini belum mekap lagi.Kalau mekap nanti mesti lagi lawa.”Balas Puan Salmah dengan teruja.Di belek-belek gaun yang di pakai oleh Sarah.Apa lagi kembang setaman la Sarah apabila di puji sebegitu.

    “Sarah ibu kamu kenapa tak nak datang tadi?” Soal Puan Salmah kepada anak sedaranya.Sarah terus tersentak.

    “Ibu ada kerja sikit tadi.Dia sibuk nak uruskan perkahwinan Sarah la mak long.”Dalih Sarah.Padahal ibunya merajuk tidak mahu ikut ke mari.

     “Ibu .Jomlah ikut Sarah dengan mak long pergi cuba baju kahwin Sarah.” Pujuk Sarah .
     “Kamu pergi sajalah dengan bakal mak mertua kamu Sarah.Ibu tak nak ikut.”Balas ibu kepada Sarah.

     “Ibu masih marahkan Sarah ke?” Soal Sara sambil menggengam tangan ibunya.

      “Kalau ibu marah pun bukan kamu nak dengarkan.Ibu dah kata ibu tak suka kamu kahwin dengan Aqil.Kamu tahukan Aqil anggap kamu sebagai adik.Ibu kasihan dengan abang Aqil kamu.Mak long kamu pun satu hal suka  hati dia je nak buat apa.Ibu kasihan pada Reen.Ibu bimbang satu hari nanti mak long buat macam tu juga pada kamu bila kamu dah kahwin dengan Aqil.” Sarah menundukkan kepalanya.

     “Biarlah Pah.Sarah tu memang suka Aqil.Awak restu sajalah.Lagipun Sarah kahwin bukan dengan orang lain sepupu dia juga.” Balas ayahnya Sarah pula.
     “Abang cakap senanglah.” Balas Puan Sharipah .

     “Kalau awak tak setuju patutnya awak tolak awal-awal lagi sewaktu kak long awak tu merisik Sarah.”Tambah ayah Sarah lagi.

    “Saya dah berusaha menolak bang tapi anak abang ni yang degil nak juga dengan si Aqil .Bukan abang tak tahu anak abang ni memang sukan Aqil sejak dulu lagi.Saya tak tahulah bang apa yang buat si Sarah ni suka sangat dekat Aqil.” Bebel Puan Sharipah lagi.

     “Ibu restulah Sarah dengan Aqil.Sarah sayang sangat dengan abang Aqil.” Rintih Sarah pula .Puan Sharipah hanya melihat wajah sayu anaknya.

      “Ikut suka kamulah Sarah.kamu dah besar panjang dan dah tahu buat keputusan sendiri.Ibu tak ada hak kan nak halang kamu.Ikut suka kamulah.” Balas Puan Sharipah lagi.Sarah menundukkan kepalanya.

     “Sarah sudahlah tu.Kamu pergi siap cepat.Sekejap lagi di buatnya mak long kamu sampai lambat pula.Pergi cepat.” Ujar ayahnya Sarah yang sedang membaca surat khabar di depan ruang tamu.Puan Sahripah hanya berdiam diri.

    Bukan dia tidak suka melihat anaknya di sunting orang.Masalahnya sekarang orang yang menyunting anak daranya itu adalah kakaknya sendiri.Jauh di sudut hati Puan Sharipah dia bimbang sekiranya anaknya akan menerima nasib seperti mana nasib Reen.Puan Sharipah tidak mampu berbuat apa-apa .Sarah memang sayang dan suka pada Aqil.

   Kalau Puan Salmah boleh buat begitu pada Reen tak mustahil kalau dia juga buat perkara yang sama jikalau Sarah tidak dapat memberikan dia cucu.Puan Sharipah menghela nafasnya dengan berat sekali.Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia dalam rumahtangga.

     “Sarah apa yang kamu menungkan tu?” Soal Puan Salmah apabila melihat Sarah termenung.
    “Eh tak ada apalah mak long.Sarah sebenarnya takut mak long.” Jawab Sarah.
     “Kamu takut nak kahwin ke Sarah?” Soal Puan Salmah dengan senyuman.

       “Bukan.Sarah takut kalau Sarah tak mampu berikan mak long cucu nanti.” Ujar Sarah.Perkara itu sering kali bermain di kotak fikirannya semenjak Reen bercerai dengan Aqil.

     “Ish apa pula kamu cakap macam tu.Keturunan kita kan boleh beranak .Jangan mengarutlah.Jangan fikir.Sekarang ni Sarah kena fokus pada majlis kahwin .Mak long yakin yang Sarah boleh berikan mak long cucu.” Jawab Puan Salmah.


    Tinggi sekali harapan Puan Salmah tu.Janganlah pisang berbuah dua kali nanti.Janganlah Sarah mengalami nasib yang sama seperti Reen. Di awal perkahwinan dulu di tatang Reen bagai minyak yang penuh tapi sekarang lihat apa yang jadi.Puan Salmah bencikan Reen.

Bersambung...

NotaTersepit :Semoga semuanya berjalan dengan lancarlah dekat ipoh ni.. InsyaAllah.. :)