Kamis, 01 Agustus 2013

CERPEN - CRISTALL BALL VS ALMOND LONDON PART 2

Assalamualaikum u oll...

Ambik kau hari ni dua entry sekaligus aku update.Satu entry sambungan ADU, manakala satu entry lagi sambungan cerpen cristall ball vs almond london.Sepatutnya semalam aku update cerpen ni tapi tu la sibuk sikit.Dua tiga hari ni asyik keluar saja cari persiapan raya.Next week kan dah nak raya.Ok ini sambungan cerpen crsitall ball vs almond london.Cerita ni biasa2 saja x da konflik mana pun .Santai saja..



                                 




PART   2



    SEMINGGU BERLALU….
     Sara dan opahnya baru saja turun dari masjid berdekatan dengan rumah mereka.Sara dan dan opahnya baru saja selesai menunaikan solat terawih.
    “Sara , Timah kamu berdua dah nak balik ke?” Soal nek wan kepada mereka berdua.Sara terus menoleh ke belakang manakala opahnya pula sedang menyarungkan selipar di kaki.
    “Haaa Wan, kamu tak nak balik lagi ke?Marilah balik sekali dengan aku.” Ucap opah Sara.Waktu itu nek wan baru saja menuruni tangga masjid.
    “Aku nak balik dah ni.Marilah balik sekali dengan cucu aku Timah.Zakwan tunggu dekat depan sana.” Ujar nek wan pula.Sara terus berubah wajahnya.Kalau tadi kemain lagi Sara senyum sebaik saja mendengar nama Zakwan terus mati senyumannya.
   Huh mamat bandar tu lagi ke?Perasan tahap gaban.Menyampah aku.Gerutu Sara sambil membantu opahnya berjalan.
     “Eh tak apalah wan.Aku dengan Sara balik jalan kaki  sajalah.Bukan jauh pun rumah aku .” Balas opah Sara pula.
     “Betul tu nek wan.Biar Sara dengan opah balik jalan kaki sajalah.Bukan tak biasa balik jalan kaki nek wan.” Balas Sara pula.
     “Dah jangan banyak jawabnya.Marilah balik sekali.Kamu bukannya sihat sangat Timah oi..Lutut kamu tu sama je dengan aku asyik sakit saja.” Dalih nek wan pula.Opah Sara sudah memandang teman baiknya sambil tersenyum.
     “Nek wan jomlah kita balik.Opah marilah balik sekali.Zakwan hantarkan .” Pelawa Zakwan pula sebaik saja terpandang wajah nek wan dan juga opah.Sara sudah diam tidak berkutik.Kalau di ikutkan malas nak naik kereta mamat bandar yang suka perasan tu.Kalau berjumpa dengan mamat bandar tu kecoh satu kampung .Asyik bertekak sampai kering air liur di buatnya.
    “Hoi budak kampung, kau buat apa hah?” Soal Zakwan sewaktu sampai di pintu dapur rumah opah.
    “Oh mak kau..” Sara melatah lalu menoleh ke belakang.Satu jelingan tajam di hadiahkan pada mamat bandar.
     “Waalaikumussalam…” Dengan selambanya Sara membidas Zakwan yang sedang tersengih padanya.
     “Uish garangnya budak kampung ni.” Tingkah Zakwan lagi.Sengaja nak memanaskan hati Sara.
     “Kau nak apa datang sini budak bandar.?” Soal Sara sambil menyusun biskut cristall ball di dalam balang .Ada banyak lagi biskut cristall ball yang belum di bakar.
     “Aku nak jumpa opah.Nek wan kirimkan barang sikit dekat opah.Pandai juga kau buat biskut ya budak kampung.” Dengan selambanya Zakwan melangkah masuk dan mendekati meja yang di mana di atas meja sudah di penuhi dengan peralatan membuat biskut dan juga balang yang nak di isi dengan biskut.
     “Bolehlah.Inilah rezeki aku kalau bulan puasa.Barang apa kau bawa.Letak saja di situ.”Balas Sara .Matanya di tumpukan pada biskut yang sedang di masukkan ke dalam bekas.
      “Banyak ke tempahan kau hah?Kalau aku nak order juga boleh ke?” Zakwan masih ralit melihat biskut yang sudah masak.Dengan selambanya Zakwan mengambil sebiji dan di hidu dengan hidungnya.
     “Woi kau jangan nak buat kerja gila.Karang batal puasa.Letak balik.”Arah Sara dengan geram.
      “Garanglah kau ni, patutlah mamat handsome dekat kampung ni tak nak dengan kau.Garang macam singa betina.” Bidas Zakwan.Sara mengetap bibirnya dengan geram.
        Kurang ajar mamat bandar suka hati mengata aku.Karang orang lain buka puasa dengan nasi kau buka puasa dengan penampar aku baru tahu.Gerutu Sara sendirian.
      “Mulut tu jaga sikit ya.Dah pergi balik.Jangan kacau aku buat kerja.” Sara membuat aksi menghalau Zakwan dengan menunjukkan jari telunjuknya ke muka pintu.Zakwan tersengih.
      “Marah ke?Aku nak tempah biskut juga boleh.Aku nak juga rasa biskut kau tu sedap ke tak.?Ya la aku tengok susah  payah kau mengadap biskut ni semua.Raya lambat lagi kot.” Ujar Zakwan sambil berpeluk tubuh.
    “Kau nak tempah biskut apa?Hello memanglah raya lambat lagi.Ini orang tempah aku kena siapkan.Tahun ni banyak pula tempahannya maka aku kenalah buat awal lagi.Sibuk betul kau ni.Kau tak ada kerja ke hah selain mengacau aku.?” Soal Sara sambil mengangkat keningnya.
     Sejak kali  pertama bertembung dengan mamat bandar ni boleh di katakan hari-hari dia cari gaduh dengan aku.
     Alahai cik pontianak ni kalau marah makin comel pula aku tengok.Zakwan tersenyum di dalam hati sambil memerhati gerak geri Sara.Sejak berada di kampung Sara la yang jadi kawan dan musuhnya.Sabar sajalah.Mama dah suruh tinggal dengan nek wan.Bila nak dekat raya nanti mama dengan papa datanglah.Tahun ni memang giliran beraya di kampung mama di sini.Daripada bosan duduk KL terperuk dalam rumah baik duduk kampung teman nek wan.Selepas raya nanti aku dah nak kena balik London.Pelajaran aku di sana belum habis lagi.
     “Kau nak suruh aku buat biskut apa?” Soal Sara dengan tiba-tiba sambil memandang tepat pada Zakwan.Terperanjat Zakwan sewaktu matanya bertembung dengan Sara.Namun Sara hanya tayang muka blur .
      “Tak kisah.Aku nak cristall ball ni boleh.Nak juga try.Kalau sedap aku belilah.Kalau tak sedap aku hantar balik.” Sengaja Zakwan nak kenakan Sara ketika ini.
       “Biskut raya cik Sara mestilah sedap.Paling sedap biskut cristall ball ni.Aku bagi sikit nanti kau balik makan waktu berbuka nanti.” Tingkah Sara lagi sambil mengambil satu bekas kecil untuk di berikan pada Zakwan.
       “Eleh ye la tu,biskut almond London lagi sedap.Kau tahu buat biskut tu.Wooo sedap giler biskut tu.Kalau kau nak tahu tu biskut favourite aku.” Ujar Zakwan lagi sambil menongkat dagunya.Entah bila masa Zakwan duduk di depan Sara pun tak pastilah..Mata Sara hanya tertumpu pada biskutnya sahaja.
      “Tengok tanganlah.Mestilah aku tahu buat.Next week baru aku buat biskut tu.Minggu ni aku siapkan tempahan biskut cristall ball ni.” Balas Sara pula.
        “Kau suka biskut cristall ball ke?” Soal Zakwan .Sara tersenyum.
         “Aaah biskut ni memang favourite aku.Biskut ni juga kegemaran arwah ibu dan ayah aku.” Balas Sara sambil tersenyum tawar sewaktu menilik biskut di tangannya.Rindu pada arwah ibu dan ayahnya bertamu lagi.Selepas itu Sara menghela nafasnya lalu menyambung semula menyusun biskut tersebut.
       “Sorry…Janganlah kau sedih.Aku kan ada.” Tingkah Zakwan.Anak mata Sara terus memandang wajah Zakwan.
      “Kau?buat apa.Kacau bilau hidup aku kalau ada kau.Hilang kententeraman aku dekat kampung ni.Hari-hari kerja kau nak bertekak dengan aku.” Balas Sara lagi sambil menggelengkan kepalanya.
     “Kalau aku tak ada mesti kau rindu aku kan.Maklumlah aku kan  jejaka terhangat di pasaran .Kau tengok awek-awek dekat kampung ni pun jatuh cinta dengan aku.Kau tu je yang tak nampak.Jangan jealous ya cik pontianak.” Usik Zakwan sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
     “Apa dia? jejaka terhangat.Eeeuuwww perasannya.Tak kuasa aku nak jealous dengan kau.Yang kau panggil aku pontianak tu kenapa?” Soal Sara sambil bercekak pinggangnya.
     “Ya la .Gelaran pontianak sesuailah dengan kau.Dah lah rambut kau serabai panjang mengalahkan hantu kak limah.Memamng boleh geng dengan cik ponti.” Saja Zakwan nak menaikkan darah Sara.
    “Kurang ajar.Kau kata rambut aku macam pontianak.Memang mamat bandar mata rabun.Dah pergi balik.Kalau datang nak menyakitkan hati aku tak payah.” Ucap Sara.
     “Apa yang korang berdua bertekak ni?” Soal Opah sambil berjalan dengan perlahan menuju kea rag meja.
     “Ni la opah mamat bandar ni asyik nak mengacau Sara saja.” Bidas Sara dengan geram lalu menjeling tajam pada Zakwan sebelum Sara membantu opahnya berjalan.Zakwan menarik kerusi untuk opah.
    “Mana ada opah.Cik pon ni yang kacau Zakwan.Oh ya opah nek wan suruh hantar barang tadi.Ni haaa…” Zakwan sempat membela dirinya.Sara sudah berasap telinganya.
   “Dah jangan nak gaduh-gaduh.Orang kata jangan membenci nanti orang yang kita tak suka atau benci tu la jodoh kita.Cakap dengan nek wan terima kasih.” Balas opah pula.Sara sudah menarik muka masam.
    “Eee tak nak lah..” Sara dan Zakwan jawab dengan serentak .Opah tersenyum.Mudah-mudahan perancangannya bersama nek wan menjadilah nanti.
     “Ok opah dah sampai pun.Mari Zakwan tolong opah.” Ucap Zakwan lalu mematikan terus lamunan Sara.Zakwan buka pintu kereta lalu membantu opah.
       “Nek wan , Sara dengan opah naik dulu.Terima kasih.” Ucap Sara sambil tersenyum pada nek wan.
       “Ya la..Elok-elok ya..” Balas nek wan sambil menganggukkan kepalanya.
        “Terima kasihlah Zakwan.Opah nak dulu.” Ujar Opah lalu berjalan dengan perlahan-lahan.
       “Errm terima kasihlah budak bandar.” Ucap Sara pada Zakwan.
      “Sama-sama.Biskut aku tempah jangan lupa ya.Biskut Almond London.Kalau tak sedap esok juga aku hantar balik pada kau.” Balas Zakwan.Sara sudah mencebik.

     “Ya esok pagi aku buat.Petang nanti aku hantar dekat rumah kau .Aku masuk dulu.Hati-hati bawa kereta.” Tingkah Sara lalu berlalu masuk ke dalam rumah.Zakwan pula kembali ke keretanya.Sebaik saja kereta Zakwan bergerak barulah Sara menutup pintu rumahnya lalu di kunci.Opahnya sudah pun berada di ruang tamu sambil melipat telekung.

Bersambung..

NotaTersepit : Tak panjang mana pun cerita ini.Ada lebih kurang 4 part lagi .Hhehee..