Minggu, 05 Mei 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 7

Assalamualaikum u oll...

Maaf kerana terlewat update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Sepatutnya semalam aku update tapi terlewat sehari.Hehhehe.Biasalah holiday tak hinggat dunia kejap kan.Ok ni sambungan Aku Di takdirkan Untukmu..Terima kasih . =)


                             






BAB TUJUH




BEBERAPA BULAN KEMUDIAN…..

    PAGI ini Dian Batrisya agak kelam kabut sedikit memandangkan hari ni Dian ada presentation yang harus di lakukan di depan client nya.Benda pertama yang merisaukan Dian adalah hasil kerja tangannya.Tak semua orang akan suka pada kerja yang kita lakukan.Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.Kita tak dapat nak penuhi kehendak semua orang.

   Kadang-kala pening kepala di buatnya dengan karenah client, terutamanya kepada client yang cerewet.,Buat rupa itu tak kenalah.Warna yang di gunakan tak sesuailah.Ada saja yang tidak kena.Apa boleh buat melainkan dengan kesabaran dan paling utama mestilah ‘ Respect Each Other’ .
  Sebaik saja selesai presentation , Dian keluar dari bilik meeting dengan  senyuman manis di bibir.
   “Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.” Ujar Dian sambil menadahkan tangannya.
   “Tahniah Dian.Good job.Teruskan usaha awak.Saya berpuas hati dan client kita juga berpuas hati dengan kerja awak.” Tingkah Datuk Khalid sewaktu keluar dari bilik mesyuarat bersama Kak Hanim.

    “Terima kasih Datuk.” Balas Dian sambil tersenyum.
     “Good job Dian.” Ujar Kak Hanim pula.
      “Terima kasih Kak Hanim.” Jawab Dian lagi.
     “Datuk maafkan saya..Datin sudah menunggu datuk di bilik datuk.” Ujar seseorang yang baru muncul.Dian dan juga staf-staff di sini memanggilnya Pak Akob.
       “Ok.Sekejap lagi saya datang.” Balas Datuk  Khalid.

       “Hanim , sekejap lagi saya nak keluar dengan Datin Zubaidah.Ada hal sikit.Apa-apa hal nanti inform pada saya.” Ujar Datuk Khalid kepada Kak Hanim.
      “Baiklah Datuk.Oh ya.Datuk dengan Datin nak minum  ke?” Soal Kak Hanim kepada Datuk Khalid.Di tangan Kak Hanim sudah tersedia diari.

      “Rasanya tak kot.Tak apalah.Saya minta diri dulu.” Balas Datuk Khalid lagi.Kak Hanim dan juga Dian sudah mengganggukkan kepalanya.

     “Datin Zaubaidah tu jarang datang pejabat ye Kak Hanim.?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Sepanjang Dian bekerja di sini hanya sekali saja dia bertemu dengan Datin Zubaidah.
    “Aaah.Datin bukan suka sangat datang pejabat.Dia akan datang kalau ada hal-hal yang penting saja.Jomlah kita menyambung kerja.” Balas Kak Hanim sambil mengajal Dian.

    “Ya kak.” Balas Dian sambil tersenyum lalu melangkah menuju ke ruang kerjanya.
     “Tahniah Dian..” Sapa Zafran Nufail sebaik saja  menghampiri meja Dian .
       “Eh Zafran.Terima kasih.” Balas Dian dengan senyuman.
      “Sibuk sangat ke hari ni?”Soal Zafran  dengan tiba-tiba.

      “Rasanya tak kot.Memandangkan client pun sudah berpuas hati.So tak ada apalah sangat yang nak kejarkan.”Jawab Dian lagi sambil menyusun kertas dan juga pensel yang berselerak di mejanya.

       “Baguslah kalau macam tu.Bolehlah temankan saya lunch nanti.” Zafran sudah tersengih pada Dian.
      “Boleh tapi Hana ikut sekali.Tak kan kita nak pergi berdua je kot.” Balas Dian pula.
      “No problem .Boleh saja.Jumpa nanti Dian.” Lambai Zafran kepada Dian.Dian yang melihat gelagat Zafran hanya tersenyum saja.

     Hari ni hari yang sudah lama di tunggu oleh Zafran.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.Zafran tidak ingin menangguhkan kali perkara ini.

    Setelah Dian selesai menunaikan solat zohor Dian kembali ke ruang kerjanya untuk menyambung kerjanya.Perutnya juga sudah kenyang tadi makan tenghari bersama Zafran dan juga Hana.Sebaik saja Dian ingin melabuhkan punggungnya ke kerusi namanya sudah di panggil oleh Zafran.

     “Ada apa Zafran.Saya nak buat kerja ni.Ada task baru yang nak kena buat ni.” Ujar Dian Batrisya kepada Zafran yang sudah terpacak di depan mejanya.

   “Sorry Dian saya ganggu awak.Sebenarnyanya saya ada perkara nak cakap ni pada Dian.Perkara ni sangatlah penting.” Balas Zafran.Kedua-dua belah tangannya berada di belakang.
    “Awak nak cakap apa dengan saya?” Soal Dian dengan kerutan di dahi.

    “Dian saya Zafran Nufail ingin melamar awak menjadi teman hidup saya.Adakah awak bersetuju?” Tingkah Zafran Nufail sambil menghulurkan sejambak bunga ros kepada Dian Batrisya.
    Tersentak dan terkebil-kebil mata Dian sewaktu mendengarnya.Dian blur sekejap.Dian memandang Zafran dengan pelbagai soalan.

   “Dian I’m waiting.” Ujar Zafran Nufail.Dian kelihatan speechless.
    “Wow Zafran gentleman nya kau melamar Dian.” Kedengaran suara Suzie dengan tiba-tiba,
    “Apa lagi Dian terima sajalah.” Tingkah Farid pula sambil berdiri di sisi  Zafran.
     “Eh eh eh..Kak Hanim dah terlewat ke ni?Amboi Zafran kemain lagi kamu.” Tingkah Kak Hanim pula yang baru tiba di meja Dian.

     “ Dian terimalah.” Kedengaran beberapa suara pekerja di Khalid Group.Dian Batrisya sudah merahnya mukanya menahan malu.Malu kerana kebanyakan pekerja yang berada di situ memandang aksi Zafran sebentar tadi.Mahu terbeliak mata Dian melihatnya.

     “Zafran apa semua ni?”Soal Dian dengan gugup.Jantungnya berdegup dengan kencang.
      “Dian saya tengah melamar awak ni.” Jawab Zafran sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah.

      Dian Batrisya teragak-agak untuk menerima jambangan bunga itu.Namun apabila memikirkan semua mata yang memandang Dian tiada pilihan.Tak kan Dian nak memalukan Zafran Nufail pula. Dengan perlahan-lahan Dian mengambil jambangan bunga tersebut.

     Sewaktu Dian menyambut huluran bunga ros itu barulah Dian perasan yang di salah satu kuntum bunga ros ada terselit kotak kecil.Dian mengambil kotak kecil yang bewarna merah lalu di bukanya dengan perlahan-lahan.

     Terkebil-kebil mata Dian lagi sekali melihat cincin emas yang tersedia di dalam bekas tersebut.Dian memandang Zafran di hadapannya.Jelas sekali di wajah Zafran mempamerkan muka kerisauan.Zafran sebenarnya bimbang jika Dian menolak cintanya.
     “Terimalah Dian.Si Zafran ni dah lama suka dekat Dian.” Usik Kak Hanim sambil tersenyum.Dian terus menoleh pada Kak Hanim.

     “Tapi Kak Hanim..Dian ..Dian tak tahu nak cakap apa kala ni.Dian speechless.” Balas Dian pula.Matanya kembali terarah kepada kotak cincin di atas jambangan bunga ros merah.

     Apa aku nak buat ni?Si Zafran ni pun satu hal.Selamba badak je dia buat kejutan rupa ini.Apa harus aku buat sekarang ni?Aku hanya ada dua pilihan sekarang ni sama ada nak cakap ya atau pun cakap tidak.Sepanjang kenal Zafran memanglah aku tak nafikan yang dia seorang yang baik.
     “Dian..Hati Dian sekarang cakap apa?Apa Dian rasa di kala ini.” Tingkah Kak Hanim lagi.
     “Dian ..Saya tak paksa awak pun Dian.Saya terima saja apa keputusan awak.Percayalah.” Tingkah Zafran Nufail.

     Walaupun di saat ini wajah  Zafran Nufail kelihatan bimbang namun dia cuba menyelindunginya.Dia sudah berjanji pada dirinya yang dia akan terima kasaja keputusan dari Dian.Zafran hanya mencuba sedaya yang mungkin.Memang Zafran menyukai dan menyayangi Dian Batrisya sejak kali pertama bertemu.

    Dian memandang wajah Kak Hanim kemudian beralih pula ke wajah Suzie sebelum beralih melihat wajah Zafran Nufail.Dian cuba mencari kejujuran dari Zafran Nufail.
     Adakah aku patut memberikan dirinya peluang dan juga peluang untuk diri aku sendiri untuk  di cintai oleh seorang lelaki?Desis hati Dian sendirian.Dian memandang wajah Zafran Nufail dengan lama tanpa berkelip.Kemudian Dian menarik nafas dengan sedalam-dalamnya.

    Sekali lagi Dian memandang wajah Kak Hanim.Di kala ini Kak Hanim sudah tersenyum dan menganggukkan kepalanya begitu juga dengan Suzie.

    “Errmmm…Baiklah saya terima lamaran awak Zafran Nufail.” Balas Dian sambil tersenyum nipis.Tidak salah kiranya dia memberikan peluang kepada Zafran Nufail.
   Sebaik saja mendengar jawapan dari bibir Dian Batrisya, Zafran Nufail sudah tersenyum lebar .Kak Hanim , Farid dan juga Suzie yang berada di situ juga sudah tersenyum manis memandang Dian.

    “Alhamdulilah.Terima kasih Dian kerana memberikan saya peluang ni.” Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum lebar.Hari ni adalah hari paling bahagia buat dirinya kerana inilah yang di nantikannya.Sudah lama dia ingin berterus terang dengan Dian tentang perasaannya.Tidak lena tidur malamnya sewaktu memikirkan untuk melamar Dian Batrisya.

     Selepas itu terdengar tepukan gemuruh dari pekerja-pekerja yang berada di sekeliling Dian .Dian tersentak dan memandang mereka dengan senyuman manis di bibir.
    “Haaa lepas ni apa lagi cepat-cepatlah Zafran kamu masuk meminang Dian.” Usik Kak Hanim pada Zafran Nufail.

    “Itu sudah semestinya Kak Hanim.Walau apa pun saya kena tunggu lampu hijau dari Dian dulu Kak Hanim.Kalau dia kata boleh saya akan jumpa dengan keluarganya dan menyuarakan hasrat saya ni.” Tingkah Zafran dengan selamba.

   Amboi Zafran kemain gentleman lagi.Kalau hati dah sukakan.Beruntung dirinya dapat Dian.
   “Kak Hanim tengok.Nampak sangat tak sabar tu.” Usik Suzie pula sambil menunding jari pada Zafran yang sedang tersengih.

    “Dah-dah.Semua pergi sambung kerja.Dian , Zafran kamu berdua berbincanglah nanti.Jangan lupa jemput kami.”Tambah Kak Hanim lagi.Sempat lagi Kak Hanim mengusik Dian dan juga Zafran.Dian sudah tergelak kecil memandang Kak Hanim.

   “DIAN…” Dhiya’ memanggil Dian dari luar sambil menolak daun pintu.
    “Masuklah Dhiya’.” Pelawa Dian pula.Dian sedang membaca majalah sambil meniarap di atas katil.Dhiya’ sudah tersengih kepada Dian.

    “Dian..Dian..apa cerita siang tadi.Dhiya’ nak tahu dari A sampai Z ok.Dhiya’ tak kira Dhiya ‘ nak tahu juga.”Tingkah Dhiya’ sambil melompat naik ke atas katil dan meniarap bersebelahan dengan Dian.

     “Cerita apa Dhiya’?” Soal Dian dengan pelik.
     “Buat-buat lupalah tu kan.” Ujar Dhiya’ sambil menarik muncung.
      “Dhiya’ dengar ada orang kena lamar dengan seseorang.Ya lah petang tadilah kan adalah orang tu call Dhiya’ cakap dirinya di lamar seseorang.” Tambah Dhiya’ sambil berteleku.Dian sudah tersenyum.

    “Oh ni Dhiya’ nak tahu kisah lamaran tu la eh?” Soal Dian.Sengaja dia mempermainkan Dhiya’ dengan membuat aksi blur.

    “Ya la.Mana cincin Zafran bagi.Dhiya’ nak tengok boleh?” Soal Dhiya’ sambil menghulurkan tanggannya kepada Dian.Selepas itu Dian bangun dari meniarap lalu membuka laci meja di tepi katilnya lalu di bawa keluar kotak cincin yang di berikan oleh Zafran Nufail siang tadi.
     “Cantiknya cincin emas ni.” Tingkah Dhiya’ sewaktu Dian menghulurkan kotak cincin yang sudah di buka oleh Dian kepadanya.

     “Mak dengan ayah dah tahu belum ni?” Soal Dhiya’ lagi.Matanya masih lagi tertumpu kepada cincin yang dipegang olehnya.

    “Belum lagi.Dian belum beritahu lagi.Nantilah Dian bagitahu mak dengan ayah kita.Dhiya’ rasa betul ke apa yang Dian buat ni?” Ujar Dian sambil meniarap kembali ke katilnya lalu memadang wajah Dhiya’.

    “Kenapa Dian tanya macam tu?Dian tak yakin ya dengan perasaan Dian?” Tembak Dhiya’ pula.
    “Mungkin juga.” Jawab Dian dengan perlahan sambil menongkat dagunya dengan tangan.
    “Dian tak salahkan kalau Dian bagi peluang kepada Zafran.” Tingkah Dhiya’.
    “Kalau macam tu, Dian nak Dhiya’ juga bagi peluang pada diri Dhiya’ untuk menerima cinta dari orang lain.Dhiya’ dah dua tahun Ilham pergi.Dhiya’ tak nak cari penganti ke?” Soal Dian sambil memandang Dhiya’.

    Tersentak Dhiya’ seketika mendengar pertanyaan dari kakaknya Dian.Sudah lama Dian dan juga kedua ibu bapanya tidak membuka cerita tentang arwah Ilham.
    “Dhiya’ lain Dian.Dhiya’ sayang sangat pada Ilham.Dhiya’ tak boleh menerima orang lain buat masa ni.Selagi Ilham bertakhtha di hati Dhiya’ selagi itulah Dhiya’ tetap menyanyangi dan mencintai dia.” Jawab Dhiya’ dengan wajah muram.

    Apabila sebut saja tentang arwah Ilham pasti Dhiya’ akan sedih.Dian tahu bukan mudah untuk Dhiya’ menghadapi kehilangan Ilham dulu.
    “Maafkan Dian ya sebab buat Dhiya’ sedih .” Ujar Dian.Melihat wajah adiknya yang keruh Dian jadi serba salah.

    “Tak mengapa Dian.Dhiya’ dah boleh terima kehilangan Ilham dari sisi Dhiya’.Dhiya’ tak mampu menerima orang lain dalam hidup Dhiya’.Biarlah Dhiya’ terus begini.Dhiya’ sayangkan Ilham .”Jawab Dhiya’ dengan sebak .Dian terus memeluk bahu adiknya.
   “Sabar Dhiya’.Dian akan selalu ada dengan Dhiya’.”Tingkah Dian .Dhiya’ tersenyum pada Dian sambil memeluk bahu Dian dengan erat.

    “So macam mana Dian dengan Zafran?” Soal Dhiya’
    “Macam mana apa?” Soal Dian sambil mengerut dahinya.
     “Aduh..Maksud Dhiya’, bila Dian dengan Zafran nak bertunang?” Ujar Dhiya’ sebaik saja dia menepuk dahinya.

      “Pasal hal nak bertunang tu Dian tak tahu lagi.Nantilah kami berdua berbincang.Dhiya’ tak rasa ke hubungan Dian dengan Zafran masih terlalu awal?”Soal Dian pula.Dhiya’ sudah mengjungkit keningnya.

    “Tak adalah awal sangat.Janganlah fikir yang bukan-bukan.Cuba Dian kenal hati budi Zafran.Tak kenal maka tak cinta.” Jawab Dhiya’ dengan selamba sambil tersengih.
      “Betul jugakan.” Jawab Dian sambil tersenyum.

       “Bestnya tilam Dian malam ni..Selesanya..” Tingkah Dhiya’ sambil golek-golek.Dian sudah tersengih.Sudah tahu dah apa yang Dhiya’ cuba katakan.
       “Dhiya’ nak tidur dengan Dian ya malam ni?” Soal Dian sambil tersengih kepada Dhiya’.
       “Eh eh eh..Macam mana Dian tahu ni.”Balas Dhiya’ sambil sengih dan mengerdipkan matanya berkali-kali.

        “Mestilah Dian tahu.Dian kan kakak Dhiya’ tambahan pula kitakan kembar.Mestilah Dian boleh tahu.” Tingkah Dian dengan selamba.Amboi Dian masuk bakul angkat sendiri ke?

        “Ya la tu.Jomlah tidur.Dhiya’ mengantuk ni.” Tingkah Dhiya’ sebaik saja dia mencebik pada Dian .Dian sudah menggelengkan kepalanya pada Dhiya’ yang sudah mula menepuk bantal lalu di letakkan kepalanya di atas bantal tersebut.Dian juga membetulkan bantalnya sebelum dia menutup lampu biliknya.

         “Selamat malam Dhiya’.” Tingkah Dian kepada Dian..
         “Selamat malam Dian..” Jawab Dhiya’ pula.
           
      bersambung...

NotaTersepit : Esok dah kembali bekerja.Cepatnya habis cuti..Uwaaa nk cuti lagi.Ok sila terima hakikat cuti dh hbs sila fokus pada kerja dan paling utama fokus untuk menyiapkan manuskrip Aku Ditakdirkan Untukmu.Fighting ...=)