Rabu, 29 Mei 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 14

Assalamualaikum u oll..

Good morning..Hari ni dah hari khamis.Jadi seperti biasa akan di update bab seterusnya.Terima kasih kepada semua yang baca kisah Dian ini.Selamat membaca dan teruskan menunggu bab seterusnya . =)

                         



BAB EMPAT BELAS



  HUJUNG minggu datang lagi.Seperti pasangan lain Dian menghabiskan hujung minggu bersama tunang tersayang.Sekarang ni kerja di pejabat makin bertambah kadang kala nak jumpa dengan tunang sendiri tak sempat.Kerja tetap kerja dan kena laksanakan tugas yang diberikan dengan sebaiknya.Sekarang ini juga susah untuk Dian dan Zafran duduk dan makan bersama.Masing-masing sibuk dengan kerja.

    Pada hujung beginilah mereka berdua boleh meluangkan masa bersama.Hari ini Dian dan juga Zafran banyak menghabiskan masa di pusat beli belah.Bermula dari tengok wayang sampailah keluar berjalan-jalan.Dian dan Zafran singgah dari satu kedai ke satu kedai.Dalam masa yang sama juga Dian dan Zafran  mencari barang-barang keperluan untuk kahwin kelak.

   Majlis kahwin bukan mudah untuk di buat.Banyak benda yang harus di fikir dan juga buat.Dian berjalan menuju ke kedai Carlo Rino untuk melihat koleksi beg tangan dan juga kasut.Zafran hanya mengekori tunangnya dari belakang.Di tangannya pula sudah terisi dengan beg kertas yang mengandungi pakaian yang di belikan oleh Dian.Ada juga baju untuk dirinya juga yang di hadiahkan oleh Dian.

    Dian membelek satu persatu beg tangan yang berada di depan matanya.Di teliti satu persatu bahagian beg tersebut.

    Amboi Dian cerewet juga awak ya dalam memilih barang.Kalau ikutkan memang kita boleh ada sikap cerewet sedikit dalam memilih barang.Bukan mudah untuk membuat pilihan yang baik.Tak gitu?
    “Yang ni cantik tak ?” Soal Dian Batrisya kepada tunangnya.

    “Cantik.Sesuai dengan Dian.”Jawab Zafran Nufail sambil menilik beg tangan yang di pegang oleh Dian.
     “Dian yang ni pun boleh tahan cantik, nampak elegant .”Tingkah Zafran Nufail sambil menunjukkan salah satu beg yang tersusun di atas rak.

   “Aah la.Yang ni pun cantik.Dian dah pening tak tahu nak pilih.Semua cantik.” Jawab Dian sambil memandang sekeliling rak yang tersusun dengan beg tangan yang cantik .

    “Kalau macam tu beli semualah.” Tingkah Zafran dengan selamba.Sengaja nak mengusik Dian tu.
    “Bagus juga cadangan tu.Beli semua selepas tu yang bayar adalah awak encik Zafran.” Balas Dian sambil menganggkat keningnya pada Zafran.

    “Alamak botaklah kepala Zafran kalau begitu.” Jawab Zafran Nufail sambil menepuk dahi.Dian sudah tergelak kecik memandang tunangnya.

    “Haaa tau pun.Tu la jangan suruh beli semua..” Jawab Dian dengan selamba sambil mencebik ke arah Zafran yang hanya menggarukan kepalanya.

    “Dian  tak nak tengok high heel ke?”Soal Zafran sewaktu melihat high heel yang terususn rapi di rak .
      “Mestilah nak tengok.Jom kita tengok yang dekat lorong tu.” Tingkah Dian sambil berjalan menuju ke suatu rak yang terletak di hadapan pintu masuk ke kedai ini.Zafran Nufail mengekori Dian dari belakang.
   Sedang Dian dan juga tunangnya Zafran sedang leka melihat high heel tetiba telefon bimbit milik Dian berbunyi.Dian menyeluk tangannya ke dalam tas tangan yang berada di atas bahunya lalu mengeluarkan telefonnya lalu melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

    “Assalamualaikum Hana..” Ujar Dian di talian.
     “Waalaikumussalam Dian…Dian dekat mana ni?Hana bosanlah.Hana ingat nak ajak Dian keluar pergi jalan-jalan , makan-makan, Ajaklah Dhiya’ sekali.Dah lama ni kita tak lepak sekali ni.” Balas Hana sebaik saja menjawab salam dari Dian sebentar tadi.

    “Dian ada dekat Berjaya Times Square ni keluar jalan-jalan dengan Zafran.Kami pun dah lama tak keluar bersama.Tasha ke mana Hana?” Jawab Dian pula .

    “Ye ke.Kalau macam tu tak mengapalah.Tasha tak ada dia keluar ada hal.” Jawab Hana acuh tidak acuh.Sebaik saja mendengar nama Zafran sesak dadanya seketika.Hana terasa hampa seketika.Hana baru saja ingin cakap untuk meletakkan telefon Dian sudah memintasnya.

    “Kesianlah Hana sorang-sorang.Ermm apa kata Hana datang dekat sini.Kita jalan-jalan sambil makan ke.Shopping ke.Nak tak?” Soal Dian pula .Dian merasakan serba salah pada Hana.Yalah tak kan Dian ingin membiarkan saja .Hana tu pun bukan orang lain kawan baiknya juga.

   “Eh tak apalah.Hana tak nak kacau daunlah.” Jawab Hana Yasmin di sebelah sana.Namun pada ketika itu tangan kiri Hana sedang memintal baju yang di pakainya.Hatinya mahu menjerit di kala ini.

   “Tak apalah.Kalau Hana rasa nak datang sini datanglah tapi jangan lewat sangat nanti kitaorang berdua dah nak balik.” Jawab Dian lagi.Zafran hanya mendiamkan diri sebaik saja mendengar Dian mempelawa Hana ke mari.

    Sayang kenapa awak ajak Hana datang sini.Hari ni saya nak  berjalan dengan awak saja.mengapa perlu ada Hana sekali.Bebel Zafran sendirian di dalam hatinya.

    Ikutkan hatinya di kala itu , memang dia tidak akan membenarkan Dian mengajak Hana namun apa yang boleh Zafran buat kalau Dian sudah mempelawanya.

    “Tengoklah macam mana.Kalau rasa  rajin Hana pergilah ke sana.” Jawab Hana acuh  tak acuh saja.Hana memintal pula rambunya.

     “Ok.Kalau nak datang nanti telefon Dian tahu.” Jawab Dian lagi.
      “Errmm ya la.” Jawab Hana pula .Selepas itu Hana meminta diri lalu mematikan talian.
       Hana mundar mandir di dalam biliknya.Bosan tahap gaban kot si Hana ni, tak ubah seperti cacing yang kepanasan.

      “Patut ke aku pergi sana?Kalau aku pergi sana apa je yang ada.” Bebel Hana sendirian.
       “Kalau aku tak pergi, mati kutu aku dekat rumah ni.Aku dahlah tengah bosan tahap gaban sekarang ni.Kepala pun berserabut.Ini kalau pergi sana makin buat aku sakit hati saja.” Bebel  Hana lagi.

      Selepas itu Hana nekad.Hana membuka almari pakaian .Ditilik satu persatu pakaian yang tergantung di dalam almarinya.Entah mood apa yang menguasai Hana Yasmin hari ni untuk melawa dari hari biasa.
      Hai Cik hana Yasmin , apa yang kamu cuba tonjolkan ni?

      Hana menarik beberapa helai pakaian yang tergantung di dalam almari.Kemudian setelah puas dia memilih terus saja dia bersiap untuk pergi ke tempat di mana Dian dan juga Zafran berada.

     Setelah Hana siap .Hana memandang cermin berkali-kali melihat dirinya.Di badannya pula tersarung gaun labuh bewarna biru kemudian di pakai pula tali pinggang .Sebaik saja berpuas hati Hana terus bergegas keluar dari rumahnya.

     “Sayang kita nak beli apa lagi ni?Jomlah makan.Perut dah rasa lapar ni.” Tingkah Zafran Nufail sebaik saja dirinya dan Dian keluar dari kedai buku.Salah satu hobi Dian suka membaca.Itu memang tidak di nafikan lagi.

    “Rasanya dah tak ada nak beli apa-apa kot.Barang-barang yang tak beli tu lagi kita datang shopping lain kalilah.Jomlah kita makan dulu.Perut Dian pun dah nyanyi ni lapar.” Tingkah Dian pula sewaktu menoleh pada tunangnya  Zafran Nufail.

   “Boleh saja untuk sayang.” Usik Zafran Nufail yang membuatkan Dian tersipu malu.
   “Suka sangat ya awak sakat saya .” Balas Dian Batrisya .

    “Mestilah.Awak kan baby saya.Mestilah saya suka sakat awak.” Ujar Zafran Nufail sewaktu mereka berdua berjalan seiringan untuk mencari makan.

    “Baby apanya.Umur Dian dah dua puluh lima kot.Muka tua sudah kelihatan jelas di situ.” Balas Dian dengan selamba .

   “Eh mana ada tua lagi.Dian nampak muda tahu.Masa first time jumpa Dian , Zafran ingat umur Dian dua puluh tiga tahu.” Tambah Zafran Nufail  lagi.

    “Ya la tu.Habis tu kalau dah tua nanti Zafran akan terus menyayangi Dian tak?” Soal Dian dengan senyuman penuh makna.

    “Mestilah sayang.Sampai bila-bila Zafran akan menyayangi Dian.”Jawab Zafran Nufail dengan selamba dan tersenyum.Dian sudah tersipu lagi sekali.Bertuahnya Dian memiliki cinta Zafran dan bertuah juga Zafran dapat memiliki cinta Dian.

    Dian dan juga Zafran berjalan menuju ke Restoran Rasa Utara.Zafran Nufail yang teringin untuk makan di situ.Dian hanya mengikut saja langkah Zafran.

    “Dian nak rasa tak makan dekat sini?” Soal Zafran sewaktu mereka tiba berdekatan dengan restoran tersebut.

   “Mestilah nak.”Jawab Dian sambil tersengih.
    “Ok Jom kita masuk dan makan.” Jawab Zafran pula lalu melangkah ke dalam.Dian pula menganggukkan kepala kepada tunangnya. Satu senyuman tetap terukir di bibir Dian Batrisya.

    Sebaik saja makanan tiba di meja makan, Dian sudah tidak sabar kerana perutnya juga sudah berbunyi dari tadi lagi, namun di tahan.Dian mengusap perutnya dengan perlahan.Perutnya rasa tidak selesa.
     “Kenapa Dian?Muka berkerut semacam saja Zafran tengok.” Tingkah Zafran sebaik saja terpandangkan wajah tunangnya yang duduk bertentangan dengannya.

    “Tak ada apa-apa.Perut tak selesa.Mungkin sebab lapar sangat kot.” Jawab Dian sambil tersenyum tawar.Zafran sudah menggelengkan kepalanya.
     “Haaa Dian ada gastric ya?” Tembak Zafran Nufail sambil memandang tepat pada Dian.Jelas raut wajah Zafran Nufail yang kerisauan.

      “Aaah .Janganlah risau.Dian tak apa-apalah.” Jawan Dian lagi
      “Betul ni?Kalau sakit sekejap lagi Zafran hantarkan ke klinik dulu sebelum Zafran hantar Dian balik rumah.” Ujar Zafran lagi.

    “Betul.Dian tak apa-apa.” Dalih Dian.Kalau boleh Dian tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuklah tunangnya sendiri.
    “Betul.Dian ok.Jomlah makan.” Jawab Dian sambil membuat aksi merayu dengan mata yang comel.
    “Ok jom kita makan.Kalau sakit sekejap lagi Zafran bawa pergi klinik ok.” Ujar Zafran Nufail pula sambil menyuapakan nasi bersama ikan asam pedas utara.

    “Yes bos.”Jawab Dian membuatkan Zafran sudah tergelak kecil .Zafran tidak sangka yang sebenarnya Dian ni seorang yang manja tetapi di menyorokkan sifat manjanay itu.Bertuahnya aku memiliki Dian.Desis hati Zafran sambil memandang Dian yang turut juga menyuapkan nasi dengan ikan asam pedas utara.
    “Hai Dian..Hai Zafran.” Kedengaran satu suara yang baru muncul di meja mereka berdua Di kala itu Dian sedang leka bercerita bersama tunangnya Zafran Nufail.

     “Hai Hana.Jemputlah duduk.” Pelawa Dian sebaik saja dia mendongak ke atas.
      “Terima kasih.Dah lama ke Dian dengan Zafran makan?” Soal Hana dengan senyuman.Zafran Nufail hanya tersenyum tawar dan mendiamkan diri.

      “Eh baru lagi.Hana orderlah dulu nak makan apa.”Ujar Dian pula sambil menambahkan kuah asam pedas ke dalam pinggan  nasinya.

      “Ya lah.” Jawab Hana sambil memandang Dian .Kemudian pandangannya pula beralih kepada Zafran yang berada di depannya.Di kala itu Zafran tidak mengendahkan langsung malah terus menerus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Mata Zafran hanya tertumpu kepada Dian Batrisya.

     Dari wajah Zafran Nufail boleh nampak yang dia tidak berapa selesa dengan kehadiran Hana Yasmin di sini hari ni.Apa yang berlaku antara Hana dengan Zafran ni?

     “Sayang sekejap lagi kita nak ke mana lagi?” Soal Zafran kepada Dian.Hana yang baru saja minum air terus tersedak.Dian menggosokkan belakangnyan Hana.

     “Hana makan perlahan sikit.”Tegur Dian .Hana hanya tersenyum tawar.
     “Hana ok la Dian.” Jawab Hana sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.Zafran Nufail hanya memandang begitu sahaja.

      Dian langsung tidak perasan yang Zafran Nufail menjadi senyap sebaik saja Hana tiba di situ .Dian tak perasan yang Hana dan Zafran tidak ramah seperti selalu.

      “Dian ingat nak jalan je kot.Lepas tu kita baliklah.Selepas kita makan ni kita pergi tunaikan solat zohor dulu ok.” Dian menjawab soalan yang di ajukan oleh tunangnya.

      “Boleh saja.Untuk Dian apa saja.”Jawab Zafran pula sambil tersenyum.
       Ish mereka berdua ni tak nampak aku ke ?Kemain lagi Meluat pula aku tengok mereka berdua ni. Bebel Hana di dalam hatinya.

      Hana terus menerus mempamerkan senyuman plastik di bibirnya ke arah Dian dan juga Zafran Nufail.
    “Terima kasih Zafran.” Jawab Dian lagi.

    “Sama-sama sayang.” Balas Zafran dengan selamba.

     “Hana kau ikut sekali tak ni?Kitaorang nak jalan-jalan lagi selepas ini.” Soal Dian kepada Hana yag sedang menyedut air minumannya.
      “Errm boleh juga.” Jawab Hana pula.Zafran Nufail hanya memberikan pandangan kosong kepada Hana.
    
   
 Bersambung ...

NotaTersepit: Mood keje sekarang ni kelaut.Mood menulis pula selalu block aku.. Y_Y