Sabtu, 04 Mei 2013

Jika Benar Kau Cinta ( Bab 6 )

BANGKU yang terletak di tepi makmal Fizik menjadi pilhan Hamna untuk melepaskan lelah setelah penat mencuci tandas. Tiba- tiba Hamna tersenyum sendirian saat teringatkan peristiwa di dalam tandas lelaki sebentar tadi. Memang dia malu malah rasa mahu dicabut wajahnya dan diletak ke tepi. Nasib baik dia sempat menutup mata, kalau tidak….
“ Eh, Hamna kau buat apa dekat sini?” soal satu suara membuatkan Hamna mendongak.
“ Eh, Elyas..aku rehat sekejap. Penatlah cuci tandas tadi. Kau dari mana?” soal Hamna kembali sambil membiarkan Elyas duduk di sisinya.
Lelaki itu kelihatan santai dengan memakai t-shirt berkolar dipadankan dengan seluar jeans. Beg galas masih terlekat di belakang lelaki itu. Sekali pandang wajah Elyas memang kacak malah lebih kacak daripada Isyraq.
“ Aku baru balik daripada ofis ustaz. Kau cuci tandas? Sorang je?” Elyas merenung wajah Hamna yang kelihatan berpeluh.
Hamna tersenyum manis. Kepalanya digelengkan.
“ Nak buat macam mana Elyas, dah kena denda inilah nasib aku. Tadi aku cuci tandas dengan Is tapi tak tahu dia pergi mana sekarang ni,” terang Hamna.
“ Is cuci tandas? Macam tak percaya je aku,” balas Elyas sambil tergelak kecil.
Hamna berpaling ke arah Elyas. Dahinya berkerut.
“ Kenapa pulak kau tak percaya? Ini arahan daripada Encik Fakhri, jadi kita orang kena ikut kalau tak lagi teruk kita orang kena,”
“ Selama ni bukan main banyak lagi denda yang Encik Fakhri bagi semuanya Is langgar sebab dia berpegang pada prinsip peraturan dibuat adalah untuk dilanggar. Tapi bila kau cakap dia ikut arahan Encik Fakhri, memang betul- betul menakjubkan,” balas Elyas menunjukkan muka yang teruja.
Hamna terdiam seketika. Alah apa nak dihairankan Isyraq lelaki pelik yang pernah dia kenal. Asyik menyinga 24 jam mana ada lelaki yang berperangai macam tu. Isyraq sorang je.
“ Dia dah berubah kut,”
“ Pasti ada sebab kenapa dia berubah, kan?” balas Elyas sambil menjeling pada Hamna yang berada di sebelahnya.
Hamna hanya menjongketkan bahu. Entah, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu diperkatakan tentang sikap Isyraq yang berubah. Suasana menjadi bisu buat sementara waktu. Hamna menyeka peluh yang ingin menitis menggunakan jarinya namun huluran tisu daripada Elyas menghentikan perbuatan Hamna. Dia tersenyum dan menyambut huluran daripada Elyas.
“ Terima kasih. Tapi aku musykil dengan satu perkaralah…”  ucap Hamna tiba- tiba.
“ Apa dia?” soal Elyas.
“ Kenapa Is garang sangat hah? Perangai macam gangster tapi yang pelik kenapa dengan perempuan je dia garang bukan main? Dia anti dengan perempuan ke?” soal Hamna.
Elyas tersenyum kecil. Dia tahu pasti Hamna atau mana- mana perempuan tidak puas hati dengan sikap Isyraq yang sombong dengan perempuan walaupun satu kelas. Semua itu terjadi bukan kerana kehendak Isyraq tetapi ada sesuatu yang menyebabkan Isyraq menjadi seperti itu.
“ Taklah, Is bukannya anti perempuan tapi perempuan anti dengan dia…” ucap Elyas sambil tergelak.
“ Memang semua perempuan anti dengan dia. Asyik nak menengking je bila bercakap. Siapa yang tahan?”  balas Hamna. Dia membuang pandangan ke satu tempat apabila dia terasa diperhatikan. Namun, apabila dia mengangkat pandangan, tiada sesiapa yang memandang. Dia terasa pelik.
“ Aku tengok kau tahan je dengan dia. Siap melawan lagi tu. Selama ni tiada siapa yang boleh tahan dengan perangai kuat buli Is tu, kau sorang je,” balas Elyas selamba.
“ Aku buat macam tu sebab nak bela diri. Kau tak jawab lagi soalan aku, kenapa dia jadi macam tu. Apa sebabnya?” soal Hamna lagi.
Elyas menarik nafas panjang sebelum melepaskan perlahan- lahan. Dia memandang ke satu sudut.
“ Sebab itu….” Elyas memuncungkan mulutnya ke satu arah.
Hamna menoleh. Kelihatan Isyraq yang cuba melarikan diri daripada seorang gadis yang sedang mengekori di belakangnya. Wajah lelaki itu kelihatan tegang. Siapa gadis itu erk? Apa hubungannya dengan Is? Soal hati Hamna.

“ IS, tunggu dulu. Awak nak ke mana tu?” panggil gadis itu membuatkan langkah Isyraq terhenti. Dia berpaling dan berdiri sambil memeluk tubuhnya.
“ Kau nak apa lagi, hah? Berapa kali dah aku cakap, jangan ganggu aku. Kau ni tak reti bahasa ke?” tanya Isyraq kasar. Dia merenung wajah wanita yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.
Damia tersentak. Kasarnya bahasa lelaki ini. Mana pergi sifat lembut dan penyayang yang pernah lelaki itu tonjolkan dulu?
“ Amboi, kasarnya bahasa awak. Saya  Cuma…”
“ Cuma apa? Sekali lagi aku tanya kau, kau nak apa? Kalau setakat nak buang masa aku, baik tak payah. Aku banyak kerja lagi yang boleh aku buat daripada mengadap muka kau. Mana kekasih kau yang kau sayang tu. Siapa dia? Anak datuk? Huh!” sinis Isyraq tanpa menghiraukan perasaan Damia yang terguris.
Damia tersentap. Dia menelan air liur. Isyraq benar- benar telah berubah. Sikapnya cukup garang membuatkan Damia kecut perut.
“ Saya dah berpisah dengan dia…”
“ Oh, dah berpisah. Sekarang kau nak balik dengan akulah. Lepas duit aku kau kikis, kau berambus pergi dekat anak datuk tu. Bila kau tak suka anak datuk tu, kau datang balik pada aku. Senangnya hidup kau! Kau ingat aku nak terima kau ke? Eh, boleh jalan daaa!” cukup bersahaja Isyraq menutur kata. Perempuan macam ini perlu diajar supaya jangan sewenang- wenang nak permainkan perasaan orang. Dia ingat dia cantik aku kebulur sangat? Pleaseeee!
“ Saya tahulah kita dah berpisah tapi tak boleh ke awak cakap elok- elok dengan saya?”
“ Kau siapa untuk aku cakap elok-elok? Kau tu bekas aku. Faham tak B.E.K.A.S aku! Kau boleh blah la pada mana- mana jantan yang kau suka tapi pastikan bukan aku!” tempik Isyraq lagi dengan wajah yang menyinga.
Wajah Damia yang keruh dipandang tanpa bersalah. Aku dah lali dengan air mata perempuan yang hipokrit macam kau. Sorry, air mata kau tak berkesan dekat hati aku. Bisik hatinya.
“ Saya mintak maaf. Tak ada ruang ke dalam hati saya untuk awak? Saya tahu awak masih sayangkan saya,kan?” soal Damia berani.
Isyraq ketawa lepas. Kedengaran cukup sinis dan menyakitkan hati. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“ Perasannya kau perempuan, buat pengetahuan kau. Aku dah jumpa pengganti yang lebih baik daripada kau!” ujar Isyraq kemudiannya. Entah dari mana dia mendapat idea itu, dia sendiri tidak tahu asalkan dia dapat lepaskan diri daripada Damia yang asyik mengejar ke mana saja dia pergi. Dia rimas.
Jelas Damia terkejut. Dia memandang wajah Isyraq inginkan kepastian namun lelaki itu hanya menayang wajah selamba tanpa perasaan.
“ Saya tak percaya! Siapa perempuan tu?” tanya Damia lagi.
“ Kau ni banyak songehlah. Eh, suka hati kaulah nak percaya ke tidak. Bukan urusan aku. Aku ada kerja, kau boleh berambus tak? And, jangan kacau aku lagi.” ucap Isyraq cukup kasar.
“ Saya takkan berhenti kacau awak selagi awak tak tunjuk siapa perempuan yang awak maksudkan itu!” tegas Damia berkeras.
Isyraq mendengus. Matanya melilau- lilau mencari seseorang yang dapat menolongnya ketika ini kemudian matanya menangkap pada seorang gadis yang duduk di samping Elyas. Hah, dah dapat. Nampaknya kau jadi korbanlah dalam cerita aku ni. Bisik hatinya jahat. Dia tersenyum penuh makna.
“ Okey, kau nak tengok sangat kan, jom aku kenalkan kau.” Ucap Isyraq sambil melangkah menuju ke arah Elyas yang sedang rancak berbual.
“ Inilah dia pengganti kau. Puas hati? Lepas ni jangan ganggu aku lagi. Aku rimas dengan perempuan yang tergedik- gedik dekat aku,” ujar Isyraq sambil menunjuk ke arah Hamna yang tercengang- cengang.
Hamna dan Elyas berdiri. Dia memandang Isyraq dengan Damia silih berganti. Orang yang paling terkejut adalah Hamna. Sejak bila pula aku jadi pengganti perempuan ni? Siapa perempuan ni? Soal hati Hamna.
Damia memandang figura gadis yang berada di hadapannya. Dia mencebik. Ingatkan cantik sangat rupa- rupanya tak ubah macam Ugly Betty. Dengan cermin mata yang besar, tudung yang ketinggalan zaman dipadankan dengan baju kurung yang lusuh. Memang betul- betul buruk pilihan Isyraq kali ni. Apa dah habis ke stok perempuan cantik dalam kolej ni?
“ Tak adalah cantik mana pun perempuan yang awak pilih. Kalau awak nak cari pengganti saya, carilah yang lebih cantik daripada saya ini tidak dah macam Beauty and The Beast saya tengok awak dengan dia,” kutuk Damia selamba. Dia memeluk tubuh,
Berdesing telinga Hamna mendengar kata- kata gadis yang berdiri di hadapannya. Dia ingat dia cantik sangat ke? Setakat pakai gincu merah sampai tak nampak bibir, dah nak berlagak. Dah macam babun aku tengok. Kutuk hati Hamna.
“ Kau ingat kau cantik sangat ke? Aku dah serik bercinta dengan perempuan cantik. Cantik rupa tapi hati busuk macam tangki kumbahan, buat apa?” tambah Isyraq membela Hamna.
Berubah  wajah Damia apabila disamakan dengan tangki kumbahan. Bertambah sakit hati apabila melihat senyuman yang mekar di bibir gadis yang berdiri di sebelah Isyraq.
“ Sampai hati awak, Is cakap saya macam tu…”
“ Sampai hati ke sampai kaki ke, kau peduli apa? Lebih baik kau blah dan jangan kacau aku lagi. Aku dah bahagia dengan dia…” ucap Isyraq tanpa memandang wajah Hamna.
Hamna melopong. Dia bahagia dengan aku? Bahagia tengkorak cicak dialah. Asyik bergaduh je, itu dikatakan bahagia. Dah gila agaknya Taufiqul Isyraq ni. bentak hati Hamna.
Damia tidak berkata apa- apa. Sebaliknya dia berpaling dan berlari meninggalkan Isyraq yang menarik nafas lega. Fuh, bla juga dia akhirnya. Aman hidup aku!
“ Eh, yang kau mengarut dan melalut tak tentu pasal ni kenapa? Sejak bila aku jadi pengganti perempuan tadi? Kau ni gila ke apa?” soal Hamna inginkan kepastian.
Dia memetik jari di hadapan muka Isyraq apabila melihat lelaki itu termenung. Elyas yang berada di sebelahnya hanya ketawa kecil melihat pertelingkahan yang berlaku.
“ Alah, itu pun nak kecoh. Dah tak ada perempuan lain dekat dalam kolej masa ni, terpaksalah aku gunakan sekejap. Kalau ikutkan hati, mati hidup balik pun aku tak nak mengaku kau ni kekasih aku,” balas Isyraq selamba.
Buntang biji mata Hamna mendengar. Oh, senangnya dia berkata- kata. Memang sengal betul Isyraq ni.
“ Aku pun tak inginlah jadi kekasih kau. Kalau kau satu- satunya lelaki yang hidup atas muka bumi ni, aku rela tak kahwin sampai ke tua!” balas Hamna geram.
Isyraq terkedu. Kurang asam punya perempuan. Ingat aku suka sangat dengan dia ke?
“ Dan kalau kau satu- satunya perempuan yang hidup atas muka bumi ni, aku lebih rela membujang seumur hidup daripada kahwin dengan Minah Gendut macam kau. Buek habis ke boreh jo!” sempat lagi Isyraq bercakap dialek Negeri Sembilan.
Elyas tidak tahan akhirnya ketawa meletus. Dia menggelengkan kepala melihat perbalahan dua rakannya itu.
Hamna dan Isyraq memandang Elyas yang ketawa lepas. Apasal pula dengan mamat ni?
“ Kau ni kenapa?” soal Isyraq dan Hamna hampir serentak.
“ Kau orang ni bergaduh macam apa entah. Tup- tup nanti korang berdua kahwin, baru padam muka korang berdua!” ucap Elyas sebelum berlalu dengan sisa ketawa yang masih kedengaran.
Isyraq dan Hamna terdiam. Kata- kata Elyas berlegar- legar di fikiran. Mereka berdua menggelengkan kepala sebelum berpandangan sesama sendiri.
“ Memang taklah!!” jerit mereka berdua sebelum membawa haluan masing- masing.