Rabu, 17 April 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 28

Assalamualaikum u oll...

selamat pagi aku ucapkn.OK hari ni aku akan update 2 bab DMS.seperti yang di janjikan hari ni aku update bab 28 dan juga teaser special.Lepas ni aku tak update dah DMS.Selepas ni giliran ADU lak..Mekasih ya kepada yang follow cerita Dirimu Satu Dari awal.


NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 28


    ALHAMDULILAH malam tadi aku boleh tidur juga tidak seperti malam sebelumnya.Namun begitu hati aku masih tertanya-tanya siapakah ibu kandung aku.Lega sikit kepala aku rasa apabila aku mengetahui bahawa aku ni bukan ‘anak pungut’ seperti yang di war-warkan oleh Mazlyn tempoh hari.

   Jam di dinding sudah pun berginjak ke angka sepuluh pagi.Selepas bersarapan tadi aku naik ke bilik .Mata aku pun dah tak boleh nak tidur jadi aku mengemas la sikit blik aku.Buku-buku dan novel yang berada di atas meja aku susun di rak kecil yang tersedia di tepi dinding berdekatan dengan pintu bilik aku.

   Aku mendengar telefon bimbit aku berbunyi.Dengan pantas aku mencapai dan melihat siapakah gerangan yang menelefon aku pagi-pagi ni.Aku sudah tersenyum melihat nama yang tertera.

    “Assalamualaikum mama.Apa khabar?”  Mama angkat aku yang call.Sudah agak lama aku tidak menjenguk mereka sekeluarga.

   “Waalaikumusaalam.Alhamdulilah mama sihat.Anak dara mama ni sihat tak?” Soal mama angkat aku di talian.

   “Amani sihat mama.” Balas aku lagi.
   “Amani tengah cuti kan.Ni mama nak jemput Amani datang rumah mama.Tok wan dengan nek wan ni ada buat makan sikit.Ala makan-makan ahli keluarga je.Amani datang ye bawa sekali family .Boleh kita berkenalan ?Mama rindukan Amani.” Kedengaran suara mama angkat aku memujuk.
   “Memang Amani tengah cuti mama.Ye la Amani nanti dalam satu jam lagi ke Amani sampai sana.Amani pun rindu dengan nek wan, tok wan dan juga Zarith.” Tingkah aku pula.Memang tak dinafikan aku merindui suasana di rumah mereka.

   “Datang tahu.Mama tunggu ni.” Ujar mama angkat aku lagi.
    “Ye Amani datang.Jumpa nanti ye mama.Assalamualaikum..” Tokok aku pula sambil tersenyum.
    “Mama ..mama.ada je..” Bebel aku sendirian.

    Apa-apa pun aku kena minta kebenaran dari ibu dan abah aku dulu untuk ke rumah auntie Zalida.
    “Adik dah siap belum?” Laung abang aku.Tersentak aku sewaktu menyemburkan sedikit minyak wangi jenama Enchanteur Paris Mon Amie.

    “Ye adik dah siap dah.” Sahut aku pula.Aku mengambil beg tangan lalu berjalan menuju ke bawah.
   Kali ni aku pergi dengan abang aku.Ibu dan abah kata aku pergi dengan abang aku je la memandangkan ibu dan abah aku nak keluar ke tempat kenduri juga katanya.Aku tak tanya pula kenduri di mana.Erm tak apalah abang Amar ada boleh temankan aku hari ni.Lagipun si Rafique tu dah siap jemput abang aku.Abang Amar dengan Rafique sememangnya kawan rapatkan.

    “Rumah auntie Zalida tu dekat mana dik?Abang tak pernah pergi lagi rasanya.” Tingkah abang aku sewaktu dia sedang memandu keretanya.

   “Owh rumah dia dekat Kota Kemuning.Eh bukan Rafique tinggal situ ke?Tak kan abang tak pernah pergi kot.” Ujar aku pula.

   “Itu bukan rumah tok wan dia ke?” Balas abang aku dengan blur.Alahai slow pula abang aku ni.
    “La memanglah, Rafique memang tinggal dengan tok wan dia.Mummy dengan Daddy dia bukan dekat oversea ke?” Aku menoleh kea rah abang aku yang sedang khusyuk memandu.

   “Eh eh tahu je adik bakal mummy dengan daddy tinggal mana.Dah tak lama tu.” Usik abang aku.Apa lagi aku hadiahkan satu jelingan tajam.

   “Abang jangan nak cari pasal eh.Karang orang lain makan nasi abang makan pinggan dekat rumah Rafique.” Aku sudah memberi amaran keras pada abang aku namun dengan selamba badaknya dia tersengih.Apa dia ingat mood aku dah ok ke?Aku masih lagi keliru dan di belenggu siapakah ibu kandung aku.Ermm nampak gayanya malam ni aku kena tanya ibu dengan abah aku lagi.Aku nak tahu siapakah ibu kandung aku .Ibu yang melahirkan aku di dunia ini.?

   “Alah gurau sikit tak boleh.Adik dah ok belum ni?” Soal abang aku sambil memandang aku sewaktu berhenti di lampu isyarat.

  “Entahlah bang.Adik tak tahu.Sekarang ni yang menganggu fikiran adik siapa ibu kandung adik.”Ujar aku dengan mengeluh.
   “Sampai rumah auntie Zalida nanti jangan mengeluh macam ni.Kita nak pergi makan-makan jangan adik sedih pula.Kesian diorang nanti.” Ujar abang aku lagi.

   “Ye adik tahu.InsyaAllah adik ok.” Jawab aku sambil tersenyum tawar.
    Aku dah ok ke? atau aku masih lagi dalam keadaan K.O ? Aku sendiri tidak pasti.Entah mengapa hari ni perasaan aku tidak menentu.Mengapa perasaan aku terasa galau.

     “Assalamualaikum mama.” Aku memberi salam di pintu utama sewaktu tiba di banglow milik keluarga tok wan.

   “Waalaikumussalam.Haa sampai pun anak angkat kesayangan mama ni.Jemputlah masuk.Ni siapa Amani?” Aku bersalaman dengan mama kemudian aku menoleh ke belakang pada abang aku.
   “Ok kenalkan .Ini abang Amani mama.Nama dia Amar Mikhail.” Aku memperkenalkan abang Amar pada mama.
   “Apa khabar auntie.” Ujar abang aku sambil bersalaman dengan mama angkat aku.
   “Alhamdulilah sihat.Eh tak payahlah panggil auntie.Amani pun panggil mama.Amar pun boleh panggil auntie dengan panggilan mama.Orang kata lagi mesrakan.” Tingkah mama aku pula.Aku dan abang saling berpandangan dengan senyuman terukir di bibir.

  “Eh jemputlah masuk.Mereka ada dekat dalam.” Tokok mama angkat aku lagi.
   “Tok wan dengan nek wan apa khabar?” Soal aku sebaik saja tiba di rumang tamu di mana di kala itu mereka berkumpul di situ.
   “Haa sampai pun cucu angkat nek wan .Mari sini Amani.” Ujar nek wan sambil menggamit aku ke arahnya.Aku terusa saja mendekati mereka lalu bersalaman .

   “Sampai hati Kak Amani.Tegur tok wan dengan nek wan je.Zarith dekat sebelah sini tak nampak pun.” Rajuk Zarith.Aku terus menoleh .

    “La Zarith ada juga rupanya.Mana Kak Amani perasan kalau dah duduk landing rupa itu.”Usik aku pula.Zarith sudah tersengih .

   “Kenalkan ni abang Kak Amani.Nama dia Amar Mikhail.” Aku memperkenalkan abang aku pada Zarith.Mereka berdua bersalaman selepas itu aku melihat abang Amar  menuju ke arah tok wan untuk bersalam.

   “Rafique tak ada ke?” Soal abang aku pada tok wan.
   “Kamu kenal Rafique ke Amar?” Soal tok wan pula.

  “Kalau tok wan nak tahu abang ni dengan Rafique memang kawan baik di sekolah menegah tapi sekejap je lepas tu dah terpisah baru-baru ni je dia jumpa dengan kawan dia tu.” Belum sempat abang aku buka mulut aku sudah menjawab terlebih dahulu.Tok wan sudah tersenyum.

    “Itu pun sebab Amani juga tok wan.” Kedengaran suara seseorang di belakang aku.Yang pasti suara itu milik tunang palsu aku , siapa lagi kalau bukan Rafique.Aku menoleh ke belakang.Rafique tersenyum manis pada aku.Handsome pula dia hari ni.Wake up Amani.

    “Amar dah lama ke kau sampai?” Ujar Rafique pada abang aku yang berada disebelah aku.
    “Baru je lagi.Kau pergi mana baru sampai?” Soal abang Amar pula.

    “Aku pergi belakang kejap.Bagi makan pada kucing aku kat belakang tu hah.”Tingkah Rafique pula.Oh baru aku tahu mamat ni suka pada kucing.Jarang ni lelaki sukakan kucing selalunya perempuan yang suka dengan kucing ni.

    “Eh sejak bila kau jadi pembela kucing ni?” Soal abang aku dengan pelik.
     “Dah lama dah.Sewaktu habis sekolah dulu.”

      “Amboi borak je.Makanan dah terhidang dekat meja ni tak nak makan ke?” Kedengaran suara mama angkat memanggil kami .
   “Mak Jah mari makan sekali.” Ujar mama sewaktu mak jah sedang menatang dulang yang berisi gelas-gelas kaca.
  “Eh tak apalah.Korang makanlah.” Tolak mak jah pula.

   “Makan sekali Jah.Mari duduk makan sekali dengan kami.” Ujar nek wan pula.Kali ni mak jah sudah tidak boleh menolak lagi apabila nek wan sendiri mempelawanya.

    “Ye la kak.” Balas mak jah pula sambil tersenyum.

   SETELAH selesai makan-makan kami berkumpul di ruang tamu lagi sambil berborak panjang.Yang lelaki sibuk dok membincangkan hal bola dan juga kereta.Bagi yang perempuan pula bercerita tentang resepilah dan juga hal anak dan cucu.

  “Haa zarith tak ada buah hati ke mama?” Soal aku apabila mereka menyebut perihal Zarith.
     “Apa ni sebut nama Zarith.Mengumpat Zarith la tu kan.?” Soal Zarith sewaktu dia menoleh pada kami.Dengar saja namanya disebut.

     “Dengar je telinga dia kan mama.” Usik aku lagi.Selepas itu aku mula mengeluh perlahan.
     “Amani kenapa?Hari ni mama tengok Amani tidak seceria seperti selalu.Muram je mama tengok.” Tingkah mama sambil menepuk paha aku.Alamak mama perasan muka aku ke?

   “Erk tak ada apa-apalah mama.Biasa je.Mungkin penat kot.”Dalih aku pula sambil tersenyum.
    “Tapi hati mama berkata Amani ada masalah je.Amani tak nak kongsi dengan Mama ke?” Soal mama angkat aku lagi.

    “Amboi kemain rancak lagi berborak.” Kedengaran suara seorang lelaki yang baru saja muncul di ruang tamu.

   “Pak Su marilah sini.Sembang dengan kitaorang,Belah situ orang perempuan punya part.Lelaki punya part sebelah sini.” Tingkah Rafique sambil tersengih.

   Terlupa pula aku nak kenalkan siapakah pak su Rafique ni.Pak su Rafique ni merupakan suami kepada mama angkat aku merangkap papa angkat aku.

   “Papa tak payah join sana.Baik join dengan kitaorang banyak gossip.” Ujar aku sambil tersengih.Sempat lagi aku mengangkat kening pada Rafique.Dia pula hadiahkan aku satu kenyitan mata yang nakal.Cis !
   “Abang jangan layan sangat budak berdua ni.Amani dengan Rafique ni memang suka bertekak sikit.Rafique ni suka sangat mengusik Amani.” Mama angkat aku pula menyampuk.

     “Aah yang tu memang betul, dia suka menyakat Amani.” Tambah aku sambil menoleh padanya.Rafique tersenyum.
    “Diorang berdua memang selalu macam tu.” Tambah abang aku pula.Mereka yang lain hanya ketawa memandang aksi aku menjeking pada Rafique.Dari ekor mata aku perasan yang tok wan kemain lagi lebar senyumnya.Amboi tok wan.

    “Assalamualaikum…” Kedengaran orang memberi salam.Tak apa Ida , Man biar ayah yang pergi tengok siapa yang datang.

    Aku terjenguk-jenguk melihat siapakah tetamu yang bertandang ke mari.Sebaik sahaja tetamu tersebut menuju ke ruang tamu aku membeliakkan mata aku.Ibu dengan abah?Diorang kata tak nak datang tadi.

     “Ibu .. abah..” Aku memanggil kedua ibu bapa aku dengan terkejut.Bagaimana ibu dengan abah tahu rumah tok wan ni.Pelik pula.Abang aku juga menoleh melihat ibu dan abah aku di depan mata.

   “Eh ibu  dengan abah kata tadi ada kenduri.”Ujar abang aku pula dengan pelik.Aku memandang abang aku dan abang aku juga turut memandang aku sambil menjungkit bahu.

    “Abang….” Kedengaran mama angkat aku pula yang bangun memandang abah dan ibu aku silih berganti.
   Aik sejak bila mereka berkenalan?Setahu aku mama angkat aku tak pernah jumpa pun ibu dengan abah aku sebelum ni?Ke mereka dah kenal sebelum ni.Mungkin juga mama angkat aku kawan mereka berdua ke.

   “Kamu Hisham.” Kedengaran suara nek wan pula .Aku melihat nek wan membetulkan cermin mata yang di pakainya.

   “Eh sekejap.Nek wan dengan mama kenal ke ibu dengan abah Amani?” Soal aku dengan pelik.Lagi pelik sewaktu aku melihat muka terkejut mama angkat aku dan juga nek wan.Kenapa dengan diaorang ni?

    “Adik mari dekat abah.” Ujar abah aku.Aku berlalu menuju ke arah abah aku.Abang dan Rafique serta Zarith  sudah pun berdiri melihatnya.

   “Adik dengar baik-baik apa yang abah nak cakapkan dengan adik.Ingat tak malam tadi abah ada janji dengan adik kan untuk beritahu siapa ibu kandung adik?” Ujar abah aku lagi .Aku sudah mengerut dahi.Apa maksud abah?

    “Ye semalam abah cakap nanti abah ceritakan pada adik.Siapa ibu kandung adik?” Soal aku dengan pelik.Semua mata tertumpu pada aku.

      “Adik sebenarnya orang yang adik panggil mama tu la mama kandung adik.Dia yang lahirkan adik.”.Ujar abah aku menyebabkan semua yang berada di situ terkejut kecuali tok wan.Aku memandang abah berkali-kali.Aku melihat mama aku pula yang sudah jatuh terjelepuk.

    “A…aapaa maksud abah?” Soal aku dengan tersekat-sekat.Mata aku sudah berkaca.
     “Ya Allah abang..”Mama aku sudah pun meraung.Papa sudah memeluk bahu mama aku.

     “Ye Amani.Amani adalah cucu kandung tok wan .Itu memang mama kandung Amani.” Tambah tok wan pula.Matanya juga memerah.Air mata aku sudah pun menitis sebaik saja mendengar kata-kata dari tok wan.
    “Abang apa semua ni?” Tingkah nek wan dengan muka keliru.

    “Maafkan abang Mun.Memang abang dengan Hisham sengaja rahsiakan hal ini dari semua orang.” Jawab tok wan dengan jujur.

     “Abang ..Amani anak Ida..Anak  Ida..Ariana Imani.Ya Allah anak aku.” Raung mama aku di dalam pelukan papa.

    “Ye..Sabar Ida..” Pujuk papa lagi.Aku melangkah dengan longlai menuju ke arah mama kandung aku,Ye dia mama kandung aku.Aku terjatuh depan mama aku air mata semakin lebat membasahi pipi.
    “Maamaa…” Aku memanggilnya..Mama aku mendongak lalu memegang kedua belah pipi aku .Terus saja dia memeluk aku erat

     “Ya Allah..Amani anak mama.” raung mama aku sambil memeluk erat aku seperti tidak mahu melepaskan aku lagi.Selepas itu dia mencium pipi aku semahu –mahunya.Aku memegang tangan mama sambil mencium tangan seorang ibu.Ibu kandung aku.Ibu yang melahirkan aku.Ya Allah.Terima kasih kerana kau telah menemukan aku dengan ibu kandung aku.

   “Ida abang minta maaf sebab rahsiakan yang Amani masih hidup.Abang terpaksa buat begini.” Tingkah abah aku.Ibu aku juga turut basah dengan air mata.

   “Kenapa abang buat Ida macam ni.Abang tahu tak betapa seksanya Ida , sakitnya Ida kehilangan satu-satunya anak Ida?Sampai hati abang.Abang kejam.” Luah mama aku sewaktu dia melepaskan aku dari pelukannya.

   “Ida , ayah minta kamu jangan sesekali menyalahkan Hisham.Apa yang dia buat demi keselamatan kamu dan juga Amani.Percayalah Hisham juga tidak sanggup untuk berpisah dengan kamu dulu.Apa yang terjadi ada sebabnya.Hisham dah banyak berkorban untuk kamu dan Amani.” Tingkah tok wan dengan panjang lebar.Mereka yang lain masih lagi terkejut.masing-masing mendiamkan diri.

   “Apa maksud ayah?Ida tak faham?” Soal mama aku pula sambil menyapu air mata yang baru saja gugur.
    “Apa maksud abang ni?Mun tak faham.” Ujar nek wan pula.Aku melihat tok wan memandang abah aku.Kemudian tok wan menarik nafas dalam-dalam.
    “Baiklah , ayah akan ceritakan apa yang menyebabkan kamu terpaksa berpisah dengan Hisham dan juga anak kamu Amani atau Ariana Imani.Hisham mari duduk dulu.”Ujar tok wan sambil menghenyakkan badannya ke sofa.Abah aku juga turut melabukan punggung di sebelah tok wan.Ibu aku pula mendekati aku lalu memeluk bahu aku.Aku menghamburkan tangisan di dada ibuku pula.

   “Sabar Amani.Dengar apa yang abah dengan tok wan Amani nak cerita.Inikan yang Amani nak tahu kan semalam.” Pujuk ibu aku pula.

      Ya memang aku nak tahu semuanya.Apa yang berlaku dua puluh empat tahun dahulu.Perpisahan yang menyakitkan hati .

Mekasih kerana membaca DMS ...

NotaHujungKaki..:Entry lagi satu aku update Teaser special DMS..:D