Senin, 08 April 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 25

Assalamualaikum u oll...

Selamat pagi semua dan selamat hari selasa.Ok sementara aku  menunggu untuk wat kerja dekat opis ni maka aku update la sambungan DMS .Aku akan update sampai bab 29 saja d blog ni .Hehehhe.Terima ksih kerana membaca DMS ye...:D



NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 25



    AKU meletakkan kembali naskah Al-Quran di rak yang telah tersedia berdekatan dengan tingkap di rumah sewa aku.Aku baru selesai menunaikan solat isyak dan juga baru selesai mengaji .Selepas itu aku terus membuka telekung yang aku pakai tadi lalu aku sidai telekung dan sejadah di tempat yang telah aku khaskan untuk telekung dan sejadah yang terletak berdekatan dengan penjuru meja belajar aku.

     Setelah itu aku berganjak ke cermin lalu mencapai sikat dan menyikat rambut ala-ala hantu kak limah ni haa.Bukan senang nak jaga tahu.Enam tahun kot aku simpan untuk panjang mengurai rupa ini.Ibu kata muka aku tak sesuailah kalau rambut pendek.
   “Korang lapar tak?”Soal Maya sewaktu aku keluar dari bilik .

   “Mestilah lapar .Lainlah orang tu dah kenyang siang tadi dah pergi dating.” Usik Alia sambil memandang aku.Maya sudah tergelak.Sah Maya dah tahu pasal Rafique ni.Biasalah diorang berdua ni  kalau bab mengenakan aku memang juara.

   “Amboi cik Alia perli cik Amani ke?” Soal aku sambil tersengih.
   “Alia cemburulah kot.” Usik Maya pula.

   “ Oit agak-agaklah.Tak kuasa aku nak cemburu ni haa.Aku bukan seperti Mazlyn ok.” Ujar Alia sambil menarik muncung.

      “Ala kitaorang gurau je la.Aku tau korang berdua sahabat baik aku selalu ada dengan aku.” Pujuk aku pula.

    “ Haaa tau tak apa.Korang jomlah makan.Kesian perut aku asyik nyanyi je dari tadi.” Alia mempamerkan muka sedih.Aku dan Maya sudah tergelak melihatnya.
     “Kau memang bab makan nombor satu.” Tokok Maya pula..

     “Eleh cakap orang kau pun samalah cik Maya oit.” Bidas Alia lagi sambil memfokuskan matanya pada skrin televisyen.

      Kemain lagi mata Alia mengadap skrin televisyen yang sedang menunjukkan iklan syampu Pantene.

     “Oit tak payahlah kau nak berangan rambut macam model dekat tv tu hah.Nak makan tak?Pergilah bersiap cik Alia..” Maya menepuk bahu Alia yang sedang ralit menonton televisyen.
      “Ish kau ni.Ye la aku pergi siap.” Tingkah Alia lalu bangun dan menuju ke kamarnya.
     “Dah tak payah nak bertekak.Jomlah bersiap.Kita keluar makan.Aku pun lapar ni.” Aku pula bersuara sambil mengusap perut yang sememangnya lapar.

     Siang tadi aku keluar dengan Rafique pergi minum je.Waktu tu perut tak terasa lapar lagi.Kalau tak dah boleh aku paw si Rafique tu banyak sikit.Biasalah bab makan aku memang tak boleh tolak ansur tapi tu la perut aku siang tadi kenyang lagi.Keluar minum dan borak-borak je la dengan Rafique.Ye la dah la susah payah dia datang kampus sebab aku.Kalau tak ada Rafique tak tahulah aku macam mana rupa nak hadap muka encik Kamarul yang suka menyibuk hal orang tu.Huh Bosan dan merimaskan.

     Malam itu selepas menyiapkan tugasan aku terus bergolek di atas tilam.Fikiran aku melayang-layang sambil  melihat kipas yang sedang berputar.Aku teringat kembali tentang Mazlyn.Apa maksud Mazlyn tentang rahsia lama.Rahsia apa  ye agaknya? Takkan la aku tak tahu menahu apa-apa pun.

       “Cik koala kau agakkan apa sepupu aku cuba sampaikan pada aku siang tadi?Aku tak fahamlah cik koala.Aku rasa macam sesuatu saja.Ada yang tak kena saja.” Aku membebel sambil menepuk patung koala yang dihadiahkan oleh abang Am.

      “Ish dah satu hal pula aku nak kena fikir .Aduhai Amani baik kau tidurlah dari fikir  pasal Mazlyn.Buang masa sajalah.Aku harap satu hari nanti Mazlyn dan aku boleh jadi rapat seperti mana aku rapat dengan sepupu aku yang lagi sorang siapa lagi kalau bukan Kak Sofea.
  “Kau ni tidur ke berangan?” Tetiba terjengkul muka si Alia dengan rambut diikat dua kiri dan kanan.Kanak-kanak ribena tengok pun kalahlah.Bantal di kepit sebelah kananya.

      “Kau ni Alia buat terkejutkan aku je.Eleh cakap  orang yang kau tu tak tidur lagi kenapa?Dah buang tabiat ke malam-malam ni?” Ujar aku namun aku masih lagi berbaring di atas bantal sambil memeluk koala.

     “Sorry beb aku tak boleh tidurlah.Susah pula mata aku ni nak lelap, nak kata perut aku kenyang sangat tak ada la juga.Kalau kenyang mesti lagi senang aku nak tidurkan.” Alia bermonolog sendirian lalu menghenyakkan diri di sebelah aku.

       “Kesian.Kau teringat dekat siapa malam-malam ni.Takkan la kau teringat dekat mamak yang jual roti canai tadi kot.”Usik aku pula sambil tersengih.

      “Amboi kau Amani tak sayang mulut ke?Malaslah nak layan kau.Aku nak tumpang tidur dekat sini boleh?”Ujar Alia sambil menepuk-nepuk bantalnya di sebelah bantal aku.
          “Ala tidur je.Ada juga aku teman malam ni.”

         “Amboi korang tidur sekali tak ajak aku.Merajuk ah macam ni.” Ujar Maya sambil tersengih.Bantal dikeleknya sebelah kanan , teddy bear nya pula di kelek sebelah kiri.
Maya terus saja masuk kebilik aku lalu berdiri tegak di tepi tilam aku.
       “Jomlah Maya kita serang bilik Amani malam ni.Aku tak boleh tidurlah.” Ujar Alia sambil melambaikan tangan menyuruh Maya tidur sekali.

     “Dah tak payah kau nak berdiri dekat situ.Tidur sini sebelah aku.”Tingkah aku sambil menepuk tilam aku.Maya tidur di sebelah kiri aku manakala Alia pula tidur di sebelah kanan dan aku pula berada di tengah-tengah mereka.

   Maya terus menghenyakkan dirinya ke tilam aku lalu berbaring di sebalah aku sambil memeluk teddy bear kesayangan dia.

    “Alia kau tak terasa ke nak cari boyfriend ke sorang?” Ujar Maya matanya berkelip-kelip memandang kipas yang berpusing.

    “Hah boyfriend? Ish tak nak la aku.Belajar tak habis lagi.” Tingkah Alia.
    “Ye la nanti Amani asyik berkepit dengan Rafique la selepas ni.Habis tu kita macam mana ?nak berkepit dengan siapa.” Balas Maya lagi kini matanya sudah memandang Alia sambil tersengih.

       “Amboi korang berdua ni sukalah kan kenakan aku.Bila masa aku berkepit dengan Rafique hah.Jangan nak buat cerita.” Ujar aku sambil memasamkan muka.

    “Ala Maya apa susah kau berkepit je la dengan aku.” Ujar Alia sambil tersengih.
        “Eeeee tak naklah aku.Mulut kau tu dah la macam murai tercabut ekor.” Usik Maya pula.
       “Tak sayang mulut nampak.” Tingkah Alia pula.Aku sudah tersenyum melihat gelagat mereka berdua ni.

      “Korang berdua ni datang bilik aku ni nak tidur ke nak bertekak?” Bidas aku pula.
      “Dua-dualah.” Alia sudah tersengih.

       “Malaslah aku nak melayan korang berdua .Aku nak tidur.Kalau korang nak tidur sila tutup lampu ye .” Tingkah aku lagi sambil memejam mata dan memeluk koala.
     “Ye la tuan puteri .Silalah beradu.” Maya bangun lalu menutup lampu.
      “Selamat malam korang.” Balas aku sambil mata terpejam.
      “Selamat malam.” Ujar Alia dan Maya serentak.

       PEJAM celik pejam celik dah sampai nak sampai ke pertengahan semester dah.Ini bermakna minggu depan cuti pertengahan semester la.Kalau bab cuti memang aku suka.Ye la boleh relax sekejap tak payah nak fikir assignment yang berlambak, tak payah nak fikir projek itu projek ini dan juga hidup aku akan aman dari encik Kamarul.Itu yang pasti.Hati aku melonjak kegembiraan hari ni memandangkan hari ni hari akhir kuliah sebelum bermulanya cuti pertengahan semester.

     Awal-awal pagi lagi aku bersiap sambil bernyanyi-nyanyi gembira.Pagi ni kelas berjalan seperti biasa.Apa-apa pun aku gembira kerana kelas hari ni sampai ke tengahari saja.Kalau ikutkan hati petang nanti aku dah boleh lari balik ke rumah tapi aku malas nak balik hari ni memandangkan Alia juga ingin turut serta bercuti seminggu di rumah aku dan Maya.Kiranya tiga hari di rumah aku dan tiga hari di rumah Maya.Baru adil kata Alia.

    Kalau ikutkan hati Alia memang dia nak balik kampung tetapi tak jadi balik kerana keluarganya tiada di rumah kerana pergi ke Perak ada kenduri kahwin sedara katanya.Alia tak nak ikut sebabnya dia kata nanti kalau dia ikut sedara mara dia mulalah bertanya

    “Alia bila nak kahwin,umur makin meningkat.” Ajuk Alia pada malam semalam sewaktu kami bertiga menghabiskan masa berada di depan televisyen.Aku dan Maya apa lagi tergelaklah.
   “Bosan betul tahu asal balik je orang tanya rupa itu.Mama dengan abah aku ok je sebab dia tahu anak dia macam mana. Yang menjadi masalahnya orang-orang sekeliling ni haa asyik nak mengusik aku tanya tu tanya ni.Alahai rimas la weh..” Luah Alia tidak puas hati.

    “Biasalah Alia.Cuba kau kira umur kau , aku dan Maya dah berapa tahun ni.Memanglah orang akan bertanya.Apa susah kau tak tahu je.Sampai jodoh nanti kahwinlah.” Ujar aku sambil tersengih.

   “Tu la .Aku pun selalu cakap rupa itu.Aku malas nak pergi kenduri dekat perak sebab tu la.Karang tak pasal-pasal pula diorang carikan jodoh untuk aku dekat Perak.Ish tak naklah aku.Biar aku cari sendiri hero pujaan hatiku.”Tingkah Alia lagi.
    “Dah mulalah tu nak berangankan.” Usik Maya pula.

     “Kacau je la kau ni.Aku baru berangan muka Lee Min Ho.” Alia menyambung kembali berangan sambil tersengih-sengih.

    Ish Lee Min Ho juga yang dia nak.Ada ke orang yang tak kenal siapa Lee Min Ho tu?Kalau anak remaja zaman kini mustahillah tak kenal siapa Lee Min Ho tu.Pelakon drama korea yang berlakon dalam cerita Boys Over Flower, Personal Taste tu la.Haa baru-baru ni pula dia ada berlakon dalam drama apa namanya.Aku dah ingat dah nama drama tu Faith.Kalau nak tahu cerita Faith tu senang je tanya saja pak cik google.Dia ada jawapannya.Ahaks.

     “Ohoi pepagi buta kau dah berangan ke cik Amani.” Terkejut aku dengar suara nyaring Alia.Kus semangat.Hilang terus lamunan aku tadi.Pengacau betul la minah sorang ni.Suka sangat main sergah.

   “Kau ni Alia suka sangat terkejutkan aku.Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu.Kalau tak aku rasa terus masuk IJN kena sergah macam ni.”Bebel aku sambil mengurut dada.

   “Kau jangan nak salahkan aku ye cik Amani.Aku panggil kau dari tadi tak menyahut pun.Rupa-rupanya berangan dekat depan cermin .Tahulah mood holiday dah mai tapi janganlah asyik berangan rupa itu.Apa kau berangan kau kahwin dengan Rafique ke?” Tu dia sekali Alia buka kemain panjang lagi bebelnya.

     “Amboi nama Rafique juga yang kau sebut.Apa kahwin-kahwin, karang ada juga aku telefon mak kau suruh carikan kau carikan calon menantu.Nak?” Ugut aku pula.Alia hanya mencebikkan bibir.

       “Telefonlah  tak takut pun.” Tingkah Alia sambil berjalan menuju ke arah aku.
        “Maya mana ?Dah siap belum?” Soal aku pula sambil meletakkan tudung di atas kepala.
       “Walawei aku dengan Maya dah siap dari tadi lagi ok.Tunggu kau la ni lambat sangat.Berangan je kerja.Ish kau ni Amani.Cepatlah.Nanti kita tak sempat nak sarapan pagi dekat kafe nanti.” Ujar Alia lagi sambil menggelengkan kepala pada aku.

      “Ye tengah siaplah ni.Ish kau ni membebel macam mak nenek.” Usik aku pula.Alia tersengih.
     “Mak nenek ke, mak ke apa aku kisahkan.Dahlah aku tunggu kau dekat depan.Cepat tahu.” Ujar Alia sambil berlalu menuju keluar dari bilik aku.
   “Baiklah mak nenek.Sekejap ye.” Tokok aku sambil tersenyum nipis sewaktu aku sedang pinkan tudung aku.
     Selepas keluar keluar tadi aku tersenyum puas.Walaupun bakal bercuti seminggu namun ada juga kerja yang perlu aku siapkan dalam cuti ini.Alia menarik tangan aku dengan tiba-tiba.
   “Kau ni dah kenapa tarik tangan aku macam ni rupa.” Soal aku pada Alia.

    “Syyhh kau tahu tak tadi nyaris-nyaris encik Kamarul nak nampak kau.Kalau dia nampak kau habislah dah la sekejap lagi si Mazlyn tu keluar sekali.Tak pasal-pasal bom atom meletup karang kau dengan aku juga yang susah.Kau macam tak kenal sepupu kau yang baik hati tu macam mana rupa.” Ujar Alia denga panjang lebar.

   Sebaik saja mendengar nama encik Kamarul aku terus berselindung di sebalik tiang.Aduhai waktu macam gini juga ke nak terserempak dengan mamat atau encik penyibuk ke?Dibuatnya Mazlyn nampak encik Kamarul datang dekat aku mahu tak mengamuk .Karang tak pasal-pasal pula Mazlyn terkam aku seperti harimau lapar.Siapa nak jawab?

    “Mana encik Kamarul?Aku tak nampak pun.” Soal Aku dengan mata melilau-lilau ke depan mencari kelibat encik Kamarul.

    “Awak berdua cari saya ke?” Aku dan Alia tersentak lalu berpandangan sesama sendiri.Aku membuat muka tidak puas hati.Macam mana encik penyibuk tu boleh ada dekat belakang kitaorang ni?Pelik aku.

    “Eh eh encik Kamarul.Apa khabar?” Soal Alia sambil tersengih sewaktu menoleh ke belakang.Aku pula buat senyuman paksa sambil mengaru dahi yang jelas sekali tidak gatal.
    “Saya sihat je.Kebetulan pula ye kita jumpa dekat sini.”Ujar encik Kamarul lagi.
    “Banyaklah kebetulan.padahal dia mengekori aku.” Tingkah aku dengan perlahan.Alia dengar sempat lagi dia menjeling arah aku.

    “Awak cakap apa Amani?Saya kurang jelas?” Soal encik Kamarul .Aku mendongak dan pamerkan satu sengihan.

   “Eh tak ada apa-apalah encik Kamarul.Saya cakap kebetulan terjumpa encik Kamarul di sini.” Tingkah aku .Padahal dalam hati kemain lagi aku sumpah seranah.menyibuk betul.Suka sangat cari aku.Ish menyampahnya aku.Cepatlah dia blah dari sini.Sakit mata aku tengok.
    “Jangan-jangan kita berjodoh tak?” Usik encik Kamarul dengan selamba.Alia sudah buat gaya terbatuk kecil.Aku mengetap bibir pada Alia.

      “Maaf terbatuk pula saya.Baru baik dari demam katakan.”Dalih Alia dengan selamba.
     “Encik Kamarul buat apa dekat sini?” Soal aku .
      “Saya datang cari awaklah.” Terlopong sekejap aku.

      “Cari saya ?Ada hal apa ye?” Soal aku dengan sopan lagi.Bila dia nak pergi ni.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

     “Saja rindukan awak Amani.” Tingkah encik Kamarul sambil tersenyum penuh makna.
      “Maaflah ye encik Kamarul.Daripada encik Kamarul buang masa rindu saya ni yang sememangnya menjadi tunangan orang baik tak payahlah.Carilah orang lain yang lagi sesuai dengan encik Kamaru;Ada orang lain yang sukakan encik Kamarul.Tak perlulah encik Kamarul untuk terus menerus mengejar saya ni.Lagipun tak lama lagi saya bakal berkahwin.Saya harap sangatlah encik Kamarul faham situasi saya.Tolong ye encik Kamarul.”Tokok aku dengan lembut tanpa melukakan hati dia.Sebaik mungkin aku menolak.

    “Apa kurangnya saya Amani?” Soalnya lagi.
     “Encik Kamarul tak kurang apa-apa , Cuma dalam hati saya ni tak ada ruang untuk encik Kamarul.Ruang itu saya dah bagi pada tunang saya Rafique.” Betul ke aku yang cakap rupa itu.Ya Allah ampunilah dosa aku kerana menipu encik Kamarul.Aku tiada pilihan lain buat masa ni.Ampunkan aku.Aku menunduk ke lantai.Alia mengusap tangan aku sambil mengangukkan kepalanya pada aku.

     “Cintakan boleh di pupuk.” Tingkahnya lagi.Nampak gayanya encik Kamarul masih tidak berputus asa ni.

   “Maaf sekali lagi.Hati saya hanya ada satu dan dia adalah milik Syed Rafique Iskandar.” jawab aku dengan selamba.Gila la kau Amani .Sejak bila hati kau untuk mamat perasan tu?Ah lantaklah janji aku boleh lepaskan diri dari makhluk depan aku ni.
   “Encik Kamarul maaf ye saya nak menyampuk sedikit ye.Saya rasa ada baiknya encik Kamarul cari orang lain yang boleh bahagiakan encik Kamarul.Amani ni tunang orang kot.Tak baik kita cuba meruntuhkan perhubungan yang baru saja terbina ini.” Ujar Alia .Sekali tengok dah rupa bagi ceramah pula Alia ni.

    “Erm tak apalah.Kalau macam tu saya minta diri dululah.Ada masa nanti kita jumpa lagi.” Tingkah encik Kamarul sambil memandang muka aku dan Alia silih berganti.
    Aku dan Alia sekali lagi berpandangan sesama sendiri lagi.Macam mana nak lepaskan diri dari mamat ni ye?

     “Hati-hati ye encik Kamarul.” Tingkah Alia sambil tersengih.Aku menarik nafas lega bila melihat encik Kamarul sudah berjalan ke depan.

   “Fuhhh lega aku dah pergi encik penyibuk ni.Aduhai macam mana lagi aku nak buat ni supaya dia tak ganggu aku lagi.” Tingkah aku sambil mengelap peluh dengan tisu.Sampai berpeluh aku di buatnya.
      “Lega tak lega.Tu haa lagi satu bala muncul.” Alia menyiku aku .
     “Hah bala apa pula ni Alia?” Soal aku pada Alia.
       “Tu haaa dah datang sepupu kau yang baik sangat tu.Mahu jap lagi taufan atau ribut yang melanda.” Aku menoleh ke depan.

    “Masak aku macam ni.Yang tu dah pergi yang ni pula yang datang.” Bebel aku sendirian.
    “Bersiap sedia my dear.Dia dah datang tu.kalau nak lari pun memang tak sempat sebab dia dah nampak kita dekat sini.” Tambah Alia lagi.

     “Ermm Amani , Alia kenapa korang tak balik lagi ni?” Soal Mazlyn sewaktu tiba di hadapan kami berdua.
    “Aku nak balik la ni.Kau ada nak cakap apa-apa ke?Kalau tak ada hal penting ke tak ada hal nak cakap aku nak balik ni.” Jawab aku  dengan selamba.

   “Erm cepatnya nak balik.Tadi kemain lagi aku tengok korang berdua berborak dengan encik Kamarul tu.Kau ingat aku tak nampak?”  Mazlyn sudah bercekak pinggang.
   “Oh tadi kebetulan encik Kamarul lalu sini.Dia tegurlah kitaorang.Tak kan lah tegur pun tak boleh.Lagipun dia tu kan pensayarah kita.kenalah hormat sikit.” Sampuk Alia dengan selamba.
    “Oh kebetulan ke?Bukan sengaja ke?” Dalih Mazlyn lagi.
    “Mazlyn kitaorang balik dulu la.Hari nak hujan dah ni.” Kedengaran suara Lina yang melaung .Terus Mazlyn menoleh ke belakang.

    “Ok korang baliklah dulu.Aku ada hal sikit dan settle dengan cousin aku.” Ujar Mazlyn sambil melambaikan tanganya pada Lina, Fiqa dan juga Rozi.
   “Jomlah Amani balik,hari nak hujan dah ni.” Alia sudah mula menarik tangan aku.
    “Eh kejap-kejap.Hal kita belum settle lagi.” Tingkah Mazlyn sambil menghalang laluan aku dan Alia.

    “Kau nak cakap apa sebenarnya ni Mazlyn.Aku nak balik.Hari nak hujan ni.Aku lupa bawa payung hari ni.” Dalih aku pula.padahal ada je payung dalam beg aku ni haa saja je cakap rupa itu .Ini kes nak melarikan diri dari Mazlyn la.Aku bukan apa malas nak bertekak dengan dia.
   “Kau ni Amani lupa ye apa yang aku pesan hari tu kalau kau jumpa encik Kamarul.” Ujar Mazlyn sambil bercekak pinggang.Aku mengerut dahi.

   “Apa pula ni.Aku tak fahamlah Mazlyn.Cuba kau cakap dengan jelas sikit.” Aku mengeluh dengan perlahan.Cepatlah aku nak balik ni.

   “Kau ni memang tak sedar dirikan.Hari tu aku dah pesan jangan nak dekat atau mengedik depan encik Kamarul tapi kau degil.”

   “Hello cik Mazlyn , bila masa aku menggedik ni?” Soal aku tidak puas hati.Ewah suka hati dia je mengata aku.Ingat aku nak sangat ke encik Kamarul tu.bagi percuma aku tak naklah.
   “Habis tu yang dia selalu cari kau tu kenapa?Kau ni kan tak padan dengan anak pungut,Suka rampas hak orang.Tak sedar diri betullah kau ni.” Ujar Mazlyn dengan marahnya.
  “Wait apa kau cakap tadi?Ulang sekali lagi”. Tingkah aku tidak puas hati.

   “Aku cakap kau ni anak pungut.Kau tu yang tak sedar diri.Kau tahu tak kau tu anak pungut je.Anak siapalah kau ni agaknya ye.” Lantang sekali suara Mazlyn berbicara .Aku terkejut.
   “Apa maksud kau Mazlyn?” Soal aku tidak puas hati.Apa maksud Mazlyn.

   “Hei kau ni kenapa bengap sangat.Setiap sem kemain dekan tapi dalam hal macam ni boleh pula kau buat rupa itu.Aku cakap kau anak pungut.Puas hati.” Tingkah Mazlyn.Aku tergamam
   “Mazlyn apa semua ni.Kau jangan nak buat cerita pula.” Alia sudah menyampuk apabila ternampak mata aku berkaca-kaca.

    “Aku anak pungut?” Aku melurut jatuh ke lantai.Alia terus memegang aku.Mata aku yang tadi berkaca sudah pun mengalir di pipi.
     “Lepas ni sedarlah diri tu sikit.” Tambah Mazlyn sambil tersenyum sinis sewaktu aku mendongak melihatnya.
     “Amani jangan macam ni.Jangan percaya kata-kata Mazlyn.Aku tahu dia saja buat cerita.” Pujuk Alia pada aku.Hanya air mata saja yang mengalir di pipi.Aku tak mampu untuk bersuara.Betulkah aku ni anak pungut?Abang, abah ibu betul ke adik anak pungut.
   “Amani jom kita balik.”Pujuk Alia lagi.

  “Hello Maya tolong ambil aku dengan Amani depan fakulti kitaorang ni.Tolong Maya , Amani ..Amani menanggis ni.” Ujar Alia sewaktu menghubungi Maya.

   “Bangun Amani.Mari kita balik dulu.” Alia memapah aku selepas meletakkan telefon miliknya di dalam beg.Aku berdiri dan memandang langit .Hujan sudah pun turun sama seperti air mata aku yang mengalir.Apa maksud semua ni Ya Allah….


Bersambung .....

NotaHujungKaki. :Manuskrip DMS dah siap sepenuhnya.DMS sudah di hantar untuk di nilai...=)

SaLaM KaSiH