Sabtu, 13 April 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU - PROLOG -

Assalamualaikum u oll...

Mimpi apakah aku malam ni yang buat aku terasa nak update karya kedua aku - Aku Ditakdirkan Untukmu. Untuk sesi pengenalan la orang kata kan.Di bawah ni adalah Prolog untuk novel ke 2 Ayra Zahra.Selamat membaca dan terima kasih..=)





PROLOG



     DIAN BATRISYA mundar mandir di dalam biliknya.Cincin di jarinya di tanggalkan  lalu di tenung lama.Dian menilik cincin emas yang di pegangnya.Kemudian Dian menyarung kembali cincin emas tersebut ke jarinya.

   Dian menuju ke katilnya lalu menghenyakkan punggungnya di situ.Pandangan Dian kemudian terarah kepada frame gambar di sebelah katilnya.Gambar dirinya bersama adik kembarnya Dhiya’ Batrisya.Dian mengambil frame gambar tersebut lalu merenung dan mengusap gambar mereka berdua.

   “Dhiya’ apa yang harus Dian lakukan sekarang ni.Kalaulah Dhiya’ ada di sisi Dian .Dian rindukan Dhiya’.Dhiya’ ..Dian buntu di kala ini.”Tingkah Dian Batrisya sewaktu mengusap-ngusap frame gambar tersebut.Air matanya menitis ke pipi.Kemudian di letakkan frame gambar tersebut di tempat tadi .Di capai pula frame gambar yang kedua.Gambar sewaktu majlis pertunangan Dian Batrisya dan juga Zafran Nufail.

   Makin di renung gambar pertunangannya makin sakit hatinya.Makin menanggis dan terluka hatinya.Air mata Dian menitis lagi.Kepalanya kini berserabut memikirkan tentang tunangnya.Sampai hati tunangnya mengkhianati dirinya sewaktu dirinya tengah sakit.Lagi sakit bila mengetahui kawan baik sendiri yang menikam dari belakang.Dian memejam mata rapat-rapat kemudian Dian membuka kembali kelopak matanya lalu melihat gambarnya bersama Zafran Nufail.Selepas itu terus Dian mencampakkan frame gambar tersebut ke dinding .Berkecai kaca dari frame tersebut bertaburan di lantai.Dian menunduk ke lantai sambil menanggis.

   “Aku benci kau Zafran.Aku benci kau Hana.Korang berdua mengkhianati aku .Kau khianati cinta aku Zafran dan Hana kau khianati kawan baik kau sendiri..” Tingkah Dian Batrisya lagi sambil menanggis lalu disembamkan muka ke bantal.

   Setelah puas menanggis Dian Batrisya bangkit lalu berjalan menuju ke pintu biliknya.Dian memulas tombol pintunya lalu Dian melangkah menuju ke ruang tamu.Dian nekad dengan keputusannya.Ya dia telah buat keputusan.Apa nak jadi lepas ni jadilah Dian sudah tidak kisah lagi.Hatinya terluka.

    Dian mencari-cari kelibat mak dan ayahnya di ruang tamu namun jelas mereka berdua tidak kelihatan di situ .Di ruang tamu hanya kedengaran suara televisyen sahaja.Dian mengesat air matanya yang masih bersisa lalu mencari mak dan ayahnya di dapur.

    “Mak..Ayah….” Ujar Dian di depan pintu menuju ke dapur.Langkahnya terhenti disitu seketika.
     “Kenapa Dian?”Soal ibunya Puan Sakinah.
     “Dian kenapa ni?”Soal ayahnya Dian pula iaitu Encik Yusuf.
      “Dian ada hal penting nak beritahu mak dengan ayah.”Balas Dian lalu melangkah menuju ke meja di mana mak dan ayahnya sedang minum .Dian menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan maknya.

      “Dian nak beritahu apa?”Soal Puan Sakinah lagi.Mak dan ayah Dian sedang  memandang arah Dian.

       Dian melihat kembali cincin emas yang tersarung di jarinya.Sekali lagi Dian menanggalkan cincin tersebut.Terkebil-kebil mata mak dan ayah Dian sewaktu melihat Dian menanggalkan cincin pertunangannya.Dian menarik nafas sedalam-dalamnya.

      “Mak ..Ayah ..Dian sudah fikir masak-masak  dan Dian sudah buat keputusan.Dian nak putuskan pertunangan Dian dengan Zafran.” Ujar Dian pada Puan Sakinah dan Encik Yusuf.
     “Dian yakin dengan keputusan Dian.?”Soal Encik Yusuf pada satu-satunya anak dara perempuan yang dia ada..Encik Yusuf memandang isterinya Puan Sakinah.

     “Dian yakin ayah.Dian tak mampu lagi untuk menyintai dan meyayangi Zafran setelah apa yang dia buat .Dian hilang kepercayaan pada Zafran.Maafkan Dian mak , ayah ,”Ujar Dian lagi sambil menunduk.Maknya Dian Puan Sakinah mengusap bahu anak perempuannya.

     “Mak faham Dian.Mak tahu Dian terluka dan kecewa sekarang ni.Tapi mak nak Dian fikir sebaik-baiknya.Dian tahukan majlis perkahwinan Dian sudah di tetapkan.” Ujar Puan Sakinah pula.
     “Dian yakin mak.Dian tak mampu untuk teruskan perkahwinan ini.Mak , ayah Dian dah buat keputusan dan keputusan Dian adalah muktamad.Dian nak putuskan pertunangan ini sekaligus nak membatalkan majlis perkahwinan Dian dengan Zafran.Hati Dian tak boleh terima Zafran lagi mak , ayah.Maafkan Dian mak, ayah.”Tingkah Dian.Menitis kembali air matanya.Kemudian Dian mengucup tangan maknya Puan Sakinah.Encik Yusuf terus memerhati anak perempuannya.

    “Kalau mak dengan ayah nak teruskan juga perkahwinan itu , Dian akan teruskan tapi bukan kahwin dengan Zafran.Mak dan ayah carilah orang lain.Dian rela kahwin dengan orang lain tapi bukan Zafran Nufail.Dian tak nak Zafran Nufail.” Sambung Dian lagi sewaktu mendongak mukanya pada wajah maknya.Terkejut Encik Yusuf dengan Puan Sakinah.

   Encik Yusuf dan Puan Sakinah berpandangan sesama sendiri.Terkejut dengan permintaan Dian jikalau mereka ingin meneruskan perkahwinan tersebut.Dian memeluk Puan Sakinah lalu menanggis di bahu maknya.Puan Sakinah mengusap kepala Dian.Berkaca-kaca matanya melihat Dian.

   “Dian hal kahwin jangan di buat main-main nak.” Tingkah Encik Yusuf pula.
   “Dian tahu ayah.Dian akan kahwin tapi bukan dengan Zafran Nufail.Maafkan Dian sebab malukan ayah dengan mak.”Tokok Dian lagi dengan esakan kecil.

    “Sabar Dian.Mak dengan ayah ada..” Ujar Puan Sakinah sambil memeluk bahu Dian.Dian melentokkan kepalanya di dada Puan Sakinah.Encik Yusuf menarik nafas dalam-dalam.
    
Bersambung ....

NotaHujungKaki : mencari -cari mood untuk menulis Aku Ditakdirkan Untukmu.Hhehehe..Sila merajinkan dirimu duhai Ayra Zahra..:D 

SaLaM KaSiH