Minggu, 21 April 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 3

Assalamualaikum u oll...

Selamat pagi...Hari ni akan di update Aku Ditakdirkan Untukmu bab 3.Hhehehe.Mekasih kepada yang baca dan menunggu sambungan cerita ini.Selamat membaca...=)


                                




BAB TIGA


   “DIAN..DIAN…Dah bangun belum?” Kedengaran suara Puan Sakinah mengetuk pintu biik Dian dengan perlahan.Dian masih lagi tidur dengan berselubung.Kepalanya terasa pening dan tekaknya juga berasa perit.Sah Dian demam .Demam sebab mandi hujan petang semalam.Dian membuka matanya dengan perlahan-lahan.Dian memandang kanan dan kiri.Dian cuba untuk bangun namun kepalanya masih lagi pening.Dian merasakan biliknya sedang berpusing –pusing.

    “Dian bangun.Dah pukul berapa ni?” Kedengaran suara Puan Sakinah lagi di sebalik pintu bilik.
    “Ya mak.Dian dah bangun.”Jawab Dian dengan mata yang terpejam dan tangannya memicit kepala yang pening.

     Dian gagahkan diri untuk bangun .Dengan perlahan-lahan Dian cuba turun dari katilnya kemudian Dian berusaha untuk bangun .Sebaik saja kakinya sudah mencecah ke lantai Dian mula melangkah .Di capai tuala di tempat penyidai lalu berlalu menuju ke bilik air dengan perlahan-lahan.

    “Dian tak bangun lagi ke mak?”Soal Dhiya’ yang  baru saja keluar dari biliknya.
    “Dah bangun kot.Tadi dah dengar suara dia menyahut.Ni Dhiya’ bersiap-siap ni nak pergi ke mana.Hari ni kan hari minggu.”Soal Puan Sakinah apabila melihat Dhiya’ .
   “Dhiya’ kena kerjalah mak hari ni.Ada benda nak kena uruskan.Kalau ikutkan hati memang malas nak berehat dekat rumah tapi memandangkan kerja ni penting Dhiya’ terpaksalah mengorbankan waktu berehat di hari minggu Dhiya’.” Jawab Dhiya’ pula.

    “Kamu ni Dhiya’ kalau bekerja memang tak ingat dunia kan.Kakak dengan adik sama saja.Jangan di kejar sangat hal kerja tu sangat sampai lupa nak cari pasangan hidup.Kamu berdua tu dah besar panjang.Umur kamu pun dah nak masuk dua puluh lima.” Bebel Puan Sakinah pada Dhiya’.Di kala itu juga Dhiya’ menayang muka sengih.

     Dah tahu dah maknya akan bercakap rupa itu.Bukan pertama kali Dhiya’ mendengarnya tapi dah banyak kali dah.Sampaikan telinganya sudah merasa lali dengar pasal cari teman hidup.
   “Ala mak janganlah risau.Tiba masanya nanti Dhiya’ dengan Dian kahwinlah.Biarlah kitaorang bermanja sakan dulu dengan mak dengan ayah.Nanti bila kami berdua kahwin kena tinggal mak dengan ayah.”Balas Dhiya’ sambil memeluk bahu Puan Sakinah.Dhiya’ sudah membuat muka sedih.

   “Dah tak payah Dhiya’ nak buat muka sedih rupa itu.Macamlah mak tak kenal kamu kan.Bila mak cakap ada saja alasan kamu kan.Itulah inilah .Dah jom turun sarapan dulu sebelum kamu  pergi kerja.Ayah kamu dah tunggu dekat meja makan untuk sarapan.” Tingkah Puan Sakinah .Dhiya’ pula menurut dari belakang.

    “Dhiya’ kamu nak kemana hari minggu begini.Dian mana?”Soal Encik Yusuf sewaktu melihat kelibat anak daranya yang bongsu.Di kala itu Encik Yusuf sedang membaca suratkhabar.
    “Morning ayah.Dhiya’ kena kerjalah hari ni ayah, tapi kerja half day je la .Jangan risau nanti lepas kerja Dhiya’ balik.Ayah dah sarapan belum?” Jawab Dhiya’ sambil meletakkan beg laptopnya di sofa .

    “Jangan asyik kerja saja Dhiya’.Kerja sampai bila tak habis.Mari kita sarapan dulu.Dian mana tak turun lagi ni?” Encik Yusuf melilau-lilau mencari kelibat anak daranya yang lagi sorang.
     “Dian sekejap lagi turunlah tu bang.Kita sarapanlah dulu.” Ujar Puan Sakinah pula sewaktu menuangkan milo panas ke dalam cawan.

     “Mak , ayah .Kalau Dian tak turun mak dengan ayah tengokkan dia ye.Dhiya’ takut Dian demam je.Petang semalam hujan.Dian terkena hujan .Dhiya’ lambat sampai sikit dekat tempat kerja dia semalam.” Ujar Dhiya’ sambil menarik kerusi.
    “Kena hujan? anak dara awak mesti demam.” Balas Encik Yusuf kepada Puan Sakinah.
    “Dian memang dari kecil sampailah sekarang sensitif sikit apabila terkena hujan Mudah sangat dia demam.Tak apalah Dhiya’ sekejap lagi mak tengok dia.” Balas Puan Sakinah pula.

    “Mak , ayah .Dhiya’ pergi dululah ya.” Ujar Dhiya’ sambil tersenyum manis lalu bersalaman dengan Encik Yusuf dan Puan Sakinah.
    “Ya la.Hati-hati sikit bawa kereta Dhiya’.” Pesan Encik Yusuf.Dhiya’ anggukan kepala kepada ayahhya sambil tersenyum.

      Jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi namun kelibat Dian masih lagi tidak kelihatan.Puan Sakinah rasa tidak sedap hati.Anaknya masih lagi terperap dalam bilik.Puan Sakinah terus menuju ke bilik Dian bersebelahan dengan bilik Dhiya’.

    “Dian..Dian buka pintu ni.” Ujar Puan Sakinah sambil mengetuk pintu bilik anaknya Dian.
      Dian tersedar apabila mendengar suara dari maknya.Selepas mandi tadi Dian terus sambung tidur memandangkan kepalanya masih lagi berdenyut.

     “Dian buka pintu ni sayang.” Tambah Puan Sakinah lagi.
      Dian cuba untuk bangun.Dengan perlahan-lahan Dian menolak selimut yang yang membaluti badanya.Selepas mandi badanya terasa sejuk dan menggigil.Dian menurunkan kakinya ke lantai lalu berpegang ke katil dan kemudian melangkah menuju ke pintu biliknya.
   “Mak….” Ujar Dian sewaktu membuka pintu biliknya.
   “Ya Allah Dian.Kamu demam ni.” Tingkah Puan Sakinah sewaktu melihat raut wajah anaknya yang pucat.Puan Sakinah meraba-raba dahi Dian yang panas.

   “Dian nak tidur mak.” Ujar Dian sambil meletakkan kepalanya di bahu Puan Sakinah.
   “Abang…abang…” Puan Sakinah memanggil suaminya Encik Yusuf.Sebaik saja terdengar panggilan dari isterinya Encik Yusuf terus bergegas menuju ke bilik anaknya.Waktu itu Encik Yusuf sedang berehat di ruang tamu.

   “Kenapa Kinah?” Soal Encik Yusuf kepada isterinya.
   “Abang ..Dian demam ni.Kita bawa dia ke kliniklah.Panas sangat badan dia ni.” Balas Puan Sakinag.Dian terlena lagi di bahu Puan Sakinah.
   “Dian..Dian bangun nak..” Ujar Encik Yusuf sambil mengejutkan Dian.Kemudia tangannya meraba ke dahi anaknya.Memang panas.

   “Jomlah kita pergi klinik.Awak dengan Dian pergilah bersiap.”Ujar Encik Yusuf kepada isterinya.Puan Sakinah anggukan kepala.Kemudian Encik Yusuf terus berlalu sambil mengambil kunci keretanya di dinding .

    “Dian ..Kita pergi klinik.Pergi tukar baju dulu.” Puan Sakinah membawa Dian ke biliknya.Dian membuka mata dengan perlahan dan menganggukkan kepalanya saja.

     “Cik Dian Batrisya silakan masuk.” Kedengaran nama Dian di panggil oleh pembantu klinik.Dian meletakkan kepalanya di bahu Puan Sakinah.

      “Dian bangun.Masuk jumpa doktor.Pergilah .Mak dengan ayah tunggu Dian dekat sini.”Ujar Puan Sakinah.Dian bangun menuju ke bilik Doktor.Pintu bilik doktor tersebut sudah pun di buka oleh pembantu yang memanggil nama Dian sebentar tadi.

    “Jemput duduk Dian.” Pelawa doktor yang bertugas.Dian membuka mata seluas-luasnya sambil mengerut dahi.

    Alahai kenapalah doktor lelaki.Ini yang aku tak berapa nak suka.Bukan ke klnik ni doktor perempuan  sejak bila pula bertukar ni.Desis Dian sendirian di dalam hati.
      “Bila lagi awak demam ?”Soal doktor lelaki itu

      “Baru hari ni.Semalam saya kena hujan.”Jawab Dian dengan selamba sewaktu doktor  tersebut sedang memeriksa suhu badan .

      Teknologi makin canggih.Kalau dulu termometer di letak bawah lidah namun kini ada alatan yang canggih termometer digital .Sekali tengok dah rupa pen pun ada.Senang saja tak payah susah payah buka mulut letak saja benda itu di dahi seketika .Selepas itu dapatlah baca suhu pesakit..Sempat lagi Dian membebel di dalam hatinya.

     Sebaik saja selesai memeriksa Dian , doktor tersebut tersenyum manis pada Dian.Ish senyum pula doktor ni.Aku tengah pening ni.Marah Dian di dalam hatinya.

    “Ok Cik Dian.Saya akan bagi awak beberapa jenis ubat.Balik rumah makan, banyakkan minum air masak dan juga banyakkan berehat ya.”Ujar doktor lelaki tu lagi sambil mencatit di kertas keras yang bewarna biru muda.

    “Terima kasih doktor.”Ujar Dian .Di paksa bibirnya untuk senyum.Terpukau seketika mata doktor tersebut sewaktu melihat senyuman Dian.

     “Sama-sama.Kalau masih tidak kebah datang klinik lagi.” Balas doktor lelaki itu lagi.
      “Ya la.Sekali lagi terima kasih.” Balas Dian lalu bangun , namun kepalanya masih lagi pening.Dian hampir- hampir rebah namun sempat di sambut oleh doktor lelaki tadi.Terkejut Dian seketika.

    “Hati-hati Dian Batrisya.”Ujar doktor itu lagi.Dian sudah menjeling tajam pada doktor  tersebut.Ambik kesempatan ke apa?

       “Saya ok.”Jawab Dian sambil menarik tangannya dari pegangan doktor lelaki tadi.Buat malu saja kau ni Dian.Kepala aku pun satu hal salah masa la pening waktu begini.

        “Sorry..sorry..Saya tak sengaja.”Tingkah doktor lelaki itu lagi.Dian melirik matanya ke arah meja .Baru Dian perasan di situ tertera nama doktor yang merawatnya.

         “Doktor Rafiqi Aryan” .Dian membuka mata seluasnya sewaktu  membaca nama yang tertera di situ.

        “Ya itu nama saya.”Jawab doktor tadi sambil tersenyum pada Dian.
         Alahai Dian yang kau pergi sebut nama dia kuat-kuat tu pasal apa.Buat malu je.Haish.Marah Dian di dalam hati.Kemudian Dian memicit kepalanya yang pening.

        “Terima kasih sekali lagi.Saya balik dulu.” Balas Dian lalu mengatur langkah menuju ke pintu.Terus saja tangannya memulas tombol pintu bilik tersebut.Sebelum keluar sempat lagi Dian menoleh ke belakang melihat doktor yang bernama Rafiqi Aryan.

        “Jumpa lagi.”Ujar doktor Rafiqi Aryan kepada Dian .Kemudian Dian hanya tersenyum tawar kepada doktor Aryan.Sempat lagi Dian tayang muka blur.

        “Dian ok tak ni.?”Soal Puan Sakinah sebaik saja melihat Dian berjalan ke arahnya.Dian terus melabuhkan punggungnya di sebelah maknya.

       “Dian ok mak.Sekejap lagi ambil ubat lepas tu kita boleh baliklah.Dian nak tidur je ni.”Jawab Dian pula.

      “Balik rumah makan dulu lepas tu makan ubat baru Dian tidur.Dari pagi lagi Dian tak makan apa-apa.” Pujuk Puan Sakinah.Sebelum ke klinik lagi Puan Sakinah menyuruh Dian makan namun di tolaknya .Menurut Dian dia tidak ada selera nak makan,.Tekaknya terasa pahit.

       Selepas mengambil ubat di kaunter, Dian terus bergerak menuju ke kereta ayahnya.Dian di pimpin oleh Puan Sakinah.Sebaik saja encik Yusuf menutup pintu kereta kedengaran telefon bimbit miliknya berbunyi dengan nyaring sekali.Tertera nama Dhiya’. Terus saja tangan encik Yusuf menekan punat hijau.

    “Assalamualaikum ayah?Dekat mana?Dhiya’ balik rumah tak orang pun.Ayah , mak dengan Dhiya pergi mana?” Soal Dhiya bertalu-talu.

    “Waalaikumussalam.Haa Dhiya’.Ayah  dengan mak ada dekat klinik.Ayah bawa Dian ke klinik.Badan dia panas sangat tadi.Kami dah nak balik ni.Ayah dah nak gerak ni.”Balas Encik Yusuf kepada anaknya.

    “Dhiya’ dah agak dah mesti Dian demam punya.Dian memang tak boleh kena hujan.”Bebel Dhiya’ di talian.

    “Ya la.Ayah nak memandu ni.Sampai rumah nanti kita cerita.”Ujar Encik yusuf kepada Dhiya.
     “Dhiya’ tu dah mula la gelabah kalau Dian demam.Abang bukan tak tahu macam mana Dhiya’ kalau Dian sakit.”Tingkah Puan Sakinah sebaik saja suaminya mematikan talian sebentar tadi.

   “Dah nama pun kembar .Kalau kakak sakit adiknya bukan boleh duduk senang lenang.Begitu jugalah sebaliknya.Awak tak ingat dulu macam mana.Kalau Dhiya’ yang demam macam mana anak awak Dian .Duduk sebelah Dhiya’ je.Kalau Dhiya’ tak makan Dian pun tak nak makanlah.” Bebel Encik Yusuf lagi.

    Dian yang berada di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri saja.Matanya memang mengantuk.Apa yang di cakapkan oleh ayahnya memang betul.Kalau Dian sakit Dhiya’ tak boleh nak duduk diam.Kalau Dhiya’ sakit Dian lagi tak boleh duduk diam.

      “Jomlah bang kita balik.Tak senang duduk Dhiya’ tu dekat rumah sekali dia tak nampak Dian depan mata.”Tingkah Puan Sakinah lagi sambil memandang Dian yang sedang memejamkan mata di tempat duduk belakang.
    
bersambung ....

NotaHujungKaki : Mencari mood untuk terus menulis ADU...Chaiyok chaiyok Ayra Zahra =)