Sabtu, 30 Maret 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 22

Assalamualaikum u oll..

Ohoi cik penulis dah buang tabiat ke update entry di kala pepagi buta ni haaa.Hehehe.Ok ni sambungan Dirimu Satu.Selamat membaca dan terima kasih kerana baca karya Ayra Zahra yang serba serbi kekurangan ini.



NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.


BAB 22



       WAKTU makan tengahari sudah pun masuk.Apa lagi aku dan Alia bergegas menuju ke kafetaria yang berdekatan untuk mengisi perut.Hari ni kelas agak penuh memandangkan ada kelas ganti.Perut aku sudah berkeroncong dari tadi lagi.

    “Amani ..Maya join sekali tak kita makan tengahari ni?” Soal Alia sewaktu dalam perjalanan menuju ke kafetaria.

     “Aku dah bagitahu dia yang kita nak pergi lunch dekat kedai Kak Kiah Vogue tu haaaa..”    Ujar aku sambil mempercepatkan langkah.

      “Aah la baru aku perasan dah lama kita tak melepak dekat kedai kak kiah vogue tu kan.” Balas Alia sambil membuntuti langkah aku.

     “Eh Amani yang kau laju semacam ni kenapa?Tak larilah kedai kak kiah tu.” Tokok Alia lagi
    “Laju ke?Kau pun tahukan time lunch orang ramai dekat kafetaria tu.Pukul dua kan kita ada kelas lagi.Lupa ke cik Alia?” Soal aku lalu berhenti dari  berjalan.

    “Aduh aku lupa.Lepas ni kita ada kelas ganti .” Ujar Alia lagi sambil menepuk dahi.
     Aku dan Alia sudah pun memesan makanan.Sementara menunggu makanan sampai sempat lagi aku membelek nota kecil yang aku buat semalam.Minggu depan ada ujian.Jadi aku kenalah merajinkan diri untuk mengulangkaji pelajaran.

    “Korang dah lama sampai ke?” Soal Maya yang baru saja muncul di meja kami.
    “Tak adalah lama.Baru lagi.Eh Maya aku dah order sekali makanan untuk kau tadi.” Ujar aku sewaktu mendongakkan kepala pada Maya.

   “Thank you.Si Alia pergi mana?” Soal Maya lagi.
    “Alia pergi tandas sekejap tadi.” Tingkah aku lagi.Maya terus duduk di depan aku.
    “Eh Maya bila kau sampai.” Alia sudah muncul .

      “Baru je.Korang berdua tak nak beli air ke?Aku haus ni.Aku nak pergi beli air kejap korang nak tak?” Ujar Maya sambil mengeluarkan dompetnya .

   Boleh juga.Aku nak nescaffe ais lah.” Ujar aku sambil tersengih.
   “Kau Alia nak air apa?”

     “Errm kau belikan aku sirap bandunglah.” Tokok Alia lalu melabuhkan punggungnya tepi aku.
   “Ok sekejap aku pergi order.” Maya terus bangun menuju ke bahagian air.

      Malam itu aku banyak menghabiskan masa dengan menyiapkan assignment.Biasalah apabila tiba pertengahan semester banyak sikit kerja belum di tambah dengan projek yang perlu di hantar pada penghujung sem nanti.

     Dari tadi lagi mata aku fokus pada skrin laptop aku mengadap assignment.Kalkulator, kertas dan juga buku penuh di meja di ruang tamu rumah sewa kami.Alia duduk bertentang dengan aku.Matanya juga tidak berkalih melihat buku dan juga skrin laptop.

       “Wah khusyuknya korang berdua, ni aku ada buatkan milo ais .Jomlah minum sekali.”Kedengaran suara Maya yang sudah siap menatang dulang yang membawa tiga gelas air milo dan juga biskut tiger.

      “Bila masa kau pergi dapur buat air ni Maya?” Soal aku sambil mengerut dahi.Setahu aku tadi dia ada di meja ni juga sedang mengadap assignment yang baru dapat siang tadi.Aku tengok kemain lagi si Maya membuat flowchart.Aku rasa si Maya ni buat assignment programming kot.

     “Tu la mana kau nak perasan kalau dari tadi aku tengok kau dengan Alia dok mengadap assignment lepas tu menekan kalkulator.” Tingkah Maya yang sudah pun duduk semeja dengan kami.

     “Hoi cik Alia , tak nak minum ke milo ais yang aku buat ni?Siap milo ais tabur special lagi aku buat untuk korang berdua.” Maya menyergah  Alia.

    “ Oh mak kau”..Terpelanting pensel yang di pegang oleh Alia.Aku dengan Maya sudah ketawa mengekek.

    “Eh sorry kalau aku peranjatkan kau.” Tingkah Maya sambil menepuk bahu Alia yang sedang mengurut dada .

      “Ish kau ni Maya nasib baik aku tak ada penyakit jantung tahu.Kalau tak mahu aku pengsan malam ni.” Tingkah Alia sambil memuncungkan bibirnya.

     “Sorry la beb ..Aku tak sengaja.Ingatkan kau sedar tadi .Tu yang aku main sergah.” Ujar Maya sambil tersengih pada Alia.

    “Ye la.Ye la.Lain kali jangan buat aku terkejut.Tengok tak pasal-pasal aku dah terikut dengan si Amani yang melatah.Dah berjangkit penyakit melatah dari Amani lah ni.” Tingkah Alia sambil tersengih.Mencerlung mata aku pada Alia.

   “Amboi kau Alia aku pula yang di salahkan.Kau yang melatah tadi bukan aku.Jangan nak salahkan aku.” Tingkah aku sambil mencebik bibir pada Alia. Maya sudah ketawa.
    “Tapikan comel la kau melatah tadi Alia.” Maya sudah ketawa.Aku juga turut ketawa.Mahu tak tergelak tengok muka Alia yang terkejut tadi.

    “Aku dah tahu dah yang aku memang comel.” Jawab Alia dengan selamba.
   “Perasaanya kau ni.” Ujar aku dan Maya serentak.

     “Nah minum milo ais ni dulu.Susah payah aku buatkan untuk korang berdua.” Ujar Maya lagi sambil menghulurkan milo ais pada aku dan juga Alia.

     “Terima kasih Maya.Sayang kau lebihlah macam ni.”  Ujar aku sambil tersengih sewaktu menyambut gelas yang berisi milo ais.

    “Thank you Maya.I love you noona..” Sengih Alia sambil menyambut gelas milo ais juga.
     “Banyaklah kau punya noona.Aku sebaya korang ok.Noona tu kakak.” Tingkah Maya pula sambil mengelengkan kepala pada Alia.Inilah pengaruh dengan cerita korea la ni.Aku pun salah seorang peminat cerita korea juga.

   “Laa ..aku ingatkan kau noona.”Usik Alia sambil tersengih.
      “Ok apa panggilan noona tu untuk kau Maya.Sesuai gitu.” Tokok aku lagi sambil menggulung rambut panjang aku lalu aku mengambil penyepit yang bentuknya seperti rama-rama lalu aku menyepitkannya .Rambut dah kering boleh la sepit.Karang kalau tak ikat ke sepit ke jadi hantu kak limah pula.

    “Noona la sangatkan.Jemput minum ye kawan-kawan yang aku kasihi dan sayangi.” Tingkah Maya lalu mencapai milo aisnya.

    “Jom kita berehat sebentar bersama milo.” Tingkah Alia dengan selamba.

          PAGI itu aku kelam kabut lagi sekali.Tahniah Amani anda telah terbangun lambat pagi ni.Bukan saja aku malah Alia dan juga Maya turut sama terbabas tidur kerana malam tadi semuanya bertungkus lumus mengadap assignment.Memanglah Assignment tu hantar pada hujung minggu ni tapi takkan lah aku nak buat esok petang lagi kelam kabut.

    “Weh korang kita dah lambat ni.Cepatlah bangun.” Aku mengejutkan mereka berdua.Inilah padahnya kalau sambung tidur selepas subuh.Nasib baik dah solat subuh kalau tak memang terlepas subuh la jawabnya.

   “Dah pukul berapa ni Amani?” Soal Alia sambil menggosokkan matanya.
     “Dah pukul tujuh suku.Cepat bangun.Aku mandi dulu.Kau tolong kejutkan Maya .” Tingkah aku lalu berlari ke tempat penyidai tuala.

    “Maya bangun dah pukul tujuh suku ni.” Alia menepuk bahu Maya sewaktu aku bergeas bergegas berlari menuju ke bilik air.

      Kelam kabut bersiap menuju ke kampus.Dahlah kelas pagi ni pukul lapan pagi .Kelas Maya juga bermula pukul lapan pagi.Kami bertiga memang tak sempat nak bersarapanlah pagi ni.Aku terus menyarung sandal .

     “Amani kau turun dulu ,ambil kunci kereta aku ni kau pergi panasnya enjin kereta dulu.Aku hantar korang berdua dulu.Fakulti korang dengan aku pun dekat je.” Tingkah Maya sewaktu menyarungkan sandalnya.

    “Ok aku tunggu kau dengan Alia dekat bawah.Alia cepat sikit.Kita dah lambat ni.” Laung aku di muka pintu rumah sewa kami.

    “Ye .. ye aku dah siap dah ni.Jom-jom.” Tingkah Alia yang sedang berlari menuju ke pintu utama rumah.Aku terus menoleh ke depan lalu meluaskan langkah .

     “Amani nak ke mana tu?” Kedengaran  satu suara yang memanggil aku dari belakang.Terus saja aku memberhentikan langkah dan menoleh ke belakang.

    Alamak Encik Kamarul la pula.Apa alasan aku nak bagi ni.Alia pula tak ada ni dia pergi ke koperasi sekejap.

    “Ye encik kamarul ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” Soal aku sambil memaniskan muka.Memang manis sangat la muka aku kalau dah jumpa encik penyibuk ni kan.

        Kenapalah suka sangat kacau aku .Dia ni tak faham bahasa ke apa ni.Aduhai fikir Amani .Cari helah untuk mengelakkan diri dari encik kamarul ni.Aku sudah memicit dahi aku.

    “Lajunya awak jalan.Nak kemana?” Soalnya sewaktu berada setentang dengan aku.
    “Maaflah encik kamarul saya ada hal ni.Sibuk sikit.Kenapa encik kamarul panggil saya ni?” Soal aku sambil tersenyum tawar.

     “Hari tu saya tunggu awak, kenapa senyap macam tu je.Amani awak kan tahu yang saya suka dekat awak.” Ujar encik kamarul.

      “Maaflah encik kamarul.Saya memang ada hal hari tu.Encik kamarul dah berapa kali saya nak bagitahu yang saya hanya hormatkan encik sebagai pensyarah saya tak lebih dari tu.Tolonglah encik faham keadaan saya.” Ujar aku lagi.

  “Takkan tak ada ruang untuk saya?” Soalnya lagi
      “Encik , dekat kampus ni ramai lagi yang perempuan yang encik boleh cari dan jadikan calon tetapi bukan saya.Lagipun saya ni tunang orang.” Eh aku ke yang cakap macam tu.Gila punya idea macam ni.Idea nak menyelamatkan diri namanya ni.

      “Hah awak dah tunang?Awak tipukan.Mana mungkin awak dah tunang.Saya tak percaya.” Tingkahnya lagi.

     “Terpulanglah pada encik nak percaya atau tidak tapi saya memang dah bertunang.Maaf ye encik.Saya hanya sayangkan tunang saya.” Aku menjawab lagi.Aduhai Amani sejak bila pula kau pandai menipu ni.?Cari nahas macam ni.

      “Kalau betul awak dah bertunang.Mana cincin dan siapa tunang awak?” Soal encik Kamarul tidak puas hati.

       “Owh cincin saya tertinggal dekat rumah sebab pagi tadi kelam kabut sangat nak datang kampus.Kalau saya cakap siapa tunang saya bukan encik kenal pun.” Tingkah aku lagi dengan muka serius.Sabar Amani .Aku menarik nafas dalam –dalam.

      “Amani awak jangan nak tipu saya.Kalau awak dah bertunang mesti Mazlyn tahu kan.” Tingkahnya lagi.

     Ish encik penyibuk ni sampai ke lubang cacing ke dia nak tahu.Geramnya aku.
     “Suka hati enciklah.Saya nak minta diri dulu.Saya ada hal.” Aku meminta diri untuk pergi dari situ.Kalau ikutkan hati aku nak cabut lari je ni dari encik penyibuk ni.

      “Amani saya tak puas hati dengan jawapan awak.” Ujar encik kamarul lagi menyebabkan aku memberhentikan langkah aku lalu aku kemnali menoleh ke belakang.

       “Encik Kamarul tak percaya ? Nanti saya kenalkan tunang saya tu.Hari ni tak dapatlah dia  kerja .Minta diri dulu ye encik kamarul.” Dengan selamba aku menjawab.Jelas sekali berubah wajah sedikit wajah encik kamarul sewaktu aku menyebut akan perkenalkan tunang aku tu.

      “Gila kau Amani.Mana nak cari tunang palsu?” Aku membebel sendirian sewaktu berjalan sempat lagi aku mengetuk perlahan kepala aku berfikir apa yang aku harus lakukan.

      Kalau aku minta tolong abang Am agaknya dia boleh tolong tak?Aku bermonolog sendirian.Masalahnya abang Am tu bukan lekat pun dekat rumah.Terbang sana sini.Habis tu aku nak minta tolong siapa.Haaa kalau aku minta tolong zarith pun ok juga.Eh kejap zarith nampak muda pula tak sesuai .Aku mula menggarukan kepala aku.Tetiba terlintas di kotak fikiran aku  tentang cadangan abang aku hari tu.

     “Abang rasa abang tahu siapa yang boleh jadi tunang atau buah hati adik?” Jawab abang Amar selamba sambil mengenyitkan mata pada aku.Haa sudah abang aku dah bagi idea gila.
    “Siapa?” Mereka menyoal  serentak dengan aku.

        Ya aku dah tahu siapa yang boleh tolong aku.Aku harap dia boleh tolong aku.Baru aku faham maksud kata-kata abang aku .Sempat lagi abang aku mengusik aku hari tu.Aku terus mengeluarkan telefon aku dengan pantas aku menekan mesej.

Assalamualaikum Rafique
Sorry ganggu.
I need your help right now.

    Setelah itu aku terus menekan butang send.Mudah-mudahan Rafique balas mesej aku.Sekarang ni hanya rafique yang boleh tolong aku.

Waalaimussalam Amani.
Kenapa ada masalah ke?

       Aku tersenyum senang apabila membaca mesej dari Rafique.Lepas ni aku akan mengatur strategi dan berlakon dengan Rafique  depan encik Kamarul.Sebelum tu aku harus menerangkan pada Rafique satu persatu rancangan aku ni.Aku harap apa yang dirancang berjalan dengan lancar,terpaksalah guna cara macam ni.Kalau tak memang aku tak boleh nak larikan diri dari encik penyibuk tu la.

     Mata aku kembali menatap skrin handphone.Dengan lincah aku menekan untuk membalas mesej Rafique.

Nanti saya call awak .Saya sangat perlukan pertolongan awak .

      Selepas itu lagi sekali aku menekan butang send.Belum sempat aku memasukkan telefon aku ke dalam beg , telefon aku sudah menjerit-jerit berbunyi .Aku pandang nama yang tertera .
     “Rafique.Bukan aku cakap aku yang akan call dia ke tadi.Dia pula yang call ni.” Bebel aku sendirian lalu menjawab panggilan dari Rafique.

  “Assalamualaikum..”

   “Waalaikumussalam.Amani kenapa ni?awak ada masalah apa ni?Awak dekat mana ni?” Soalnya bertalu-talu.

     “Saya ada dekat kampus.Ye saya ada masalah ni.Saya perlukan bantuan awak.” Ujar aku sambil berjalan .

   “Ok , awak nak saya tolong apa.?” Soalnya lagi.

     “Macam ni…..Saya nak minta tolong awak menyamar jadi tunang saya.Tolong saya.” Ujar aku .
  “Hah awak serius ke main-main ni?”
  “Seiuslah .Tolonglah…”

     Selepas itu aku mula menceritakan dari A sampai Z pada Rafique mengapa aku menyuruh dirinya menyamar sebagai tunang aku.Maaflah encik Rafique saya terpaksa minta tolong awak.Hanya dia saja yang boleh tolong aku buat masa ni.Aku kena bertindak sebelum encik kamarul siasat.Kalau tak habislah aku kalau dia tahu yang aku menipu yang aku dah bertunang.

      “Kau ni dah kenapa Amani?Aku panggil dari tadi kau tak dengar ke?” Alia menyiku aku  sewaktu aku duduk berteleku di kerusi yang tersedia di bawah pokok ni.
    “Hah..Bila kau ada dekat sebelah aku ni?” Soal aku dengan pelik.

      “Weh kau ni demam ke apa?Aku sampai tadi bercakap dengan kau .Kau tak sedar ke?Berangan je kau ni.”Bebel Alia.Aku tayang muka sengih.

     “La ye ke.Sorry aku tak perasan.Kepala aku tengah merancang strategi  ni.”

     “Strategi apa kebenda pula ni?” Soal Alia dengan pelik.Aku hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata pada Alia.Bekerut dahi Alia melihat aku.

    “Adalah nanti balik rumah aku ceritakan pada kau dan Maya.Jomlah kita balik rumah.”  Tingkah aku lalu bangun dari tempat yang aku duduk tadi  sambil menarik tangan Alia.

Bersambung ....

NotaHujungKaki. Hari sabtu selesai dua bab .Alhamdulilah.Bulan 4 coming soon.DMS pon bakal sampai ke penghujung dah.Hehhehe.Kawan aku gelak saja apabila masuk part sweet Rafique dengan Amani.Okeh segan sebenarnya aku nak tulis.Wakaka.Maap ler kalau tak sweet sangat.Hehehhe..:D

SaLaM KaSiH