Rabu, 13 Februari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 14

Assalamualaikum u oll...

Lambat lak update .Mentang2lah cutikan.Holiday sakan.Selamat membaca...







BAB 14





ROMBONGAN dari pihak aku dan keluarga sampai ke rumah Kak Raisya dalam pukul tiga setengah petang.Aku menaiki kereta dengan Maya dan Kak Sofea.Manakala abang aku naik kereta sekali dengan ibu dan ayah aku.Mak Long, Pak Long dan abang Shah sebuah kereta .Selepas itu Mak Ngah dengan Pak Ngah naiki kereta bersama anaknya Firdaus.Nasib baik sepupu aku yang lagi sorang iaitu kakak kepada firdaus tidak hadir.Menurut kata Mak Ngah , Mazlyn pergi bercuti ke Langkawi dengan kawan baiknya.Aman sikit majlis hari ni.Kalau dia ada aku tak tahulah apa yang jadi.Ribut taufan kot.Entahlah.Ada lagi dua buah kereta yang mengikut ke rombongan ini.Dua buah kereta lagi milik jiran kami merangkap kawan baik ibu dan abah aku.Owh ye Mak Som pun ada sekali Cuma abang Am je yang tak ada.

Majlis di mulakan dengan upacara doa yang di bacakan oleh family Kak Raisya.Selepas itu bermulah perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga.Kemain lagi diorang berpantun.Aku hanya melihat dari jauh.Kesian abang aku ada dekat luar seorang diri.Ibu kata jangan masuk lagi sebelum di panggil.Orang suruh duduk rumah tak nak .Mengada betul abang aku ni.Tak sabar nak tengok kak Raisya  keluar.

Setelah selesai upacara menyarung cincin kepada Kak Raisya , aku dan Maya terus melangkah menuju ke atas pelamin kecil yang menempatkan kak Raisya lalu aku memeluknya sambil tersenyum.

“Tahniah kak Sya.Selamat bertunang.” Ujar aku selepas melepaskan pelukan .
“Selamat bertunang dan tahniah Kak Raisya.” Maya pula mengucapkan tahniah sambil memeluk kak Raisya.

“Thanks korang berdua.Jangan lupa makan tau.Banyak yang akak sediakan untuk korang berdua.” Usik kak Raisya.

“Haa ni yang Amani sayang akak ni.” Luah aku pula sambil tersengih.
“Eh abang  Amani mana? Mari kita ambil gambar sekali.” Kedengaran suara seorang wanita yang bertanyakan kepada aku.

“Kenalkan ni mak Su Kak Sya.” Kak Raisya memperkenalkan mak Sunya.

“Panggil je Mak Su.” Balas Mak Su sewaktu menyambut huluran dari aku untuk bersalam
“Abang ada dekat luar.Sekejap ye Amani panggilkan dia.” Aku melangkah menuju ke luar rumah untuk memanggil abang aku yang berada di kereta yang di parking di bawah pokok.
“Abang , diorang panggil abang masuk untuk bergambar.Jomlah.” Ujar aku sewaktu aku berada  di depan abang aku.

“Ye ke.Dah selesai ke upacara sarung cincin?” Soal Abang aku
“Dah semua dah selesai.Jomlah masuk.” Aku menarik tangan abang aku.

“Kejaplah dik , abang tunggu member abang datang ni.” Balas abang Amar lagi sambil matanya melilau ke jalan raya.Aku mengerut dahi.
“Kawan abang?Siapa?” Soal aku dengan pelik.

“Assalamualaikum..Sorry lambat sikit.Jalan jamm.” Kedengaran suara seorang lelaki aku terus menoleh.

“Awak Rafique?” terkejut aku melihat si Rafique ada di depan mata.
“Yup saya,kenapa pelik ke?” soal Rafique.Aku mengalihkan pandangan aku kepada abang aku.Aku memandang muka abang aku dengan keliru.

“Sejak bila abang kawan dengan Rafique ni?” Soal aku tidak puas hati.Setahu aku abang aku jumpa Rafique sewaktu aku meminta pertolongannya untuk memberikan baju yang aku gantikan sewaktu accident kecil dengan rafique ni.

“Adik sebenarnya, Rafique ni member lama abang masa sekolah.Kitaorang dah lama terputus hubungan selepas tamat sekolah.Tup-tup jumpa balik masa adik minta abang bagi baju dekat dia hari tu la.” Terang abang aku.Aku mengerut dahi.Apa mereka ni berkawan dah lama.Aku sudah terlopong memandang muka mereka berdua.

“Thanks Amani.Kalau bukan sebab accident hari tu saya pun tak kan kenal awak dan saya juga tak kan jumpa kembali member baik saya waktu sekolah dulu.” Tingkah Rafique sambil menepuk bahu abang aku..Aku pula hanya mendiamkan diri.Aku tak tahu nak kata apa.Hanya tersenyum je la.Biar pun dekat kepala terselit seribu persoalan kan.

“Sama-sama.Errmm abang jomlah masuk Kak Sya dah panggil tadi.” Aku menarik lengan abang aku.

“Jom Rafique masuk sekali.” Abang aku menepuk bahu si Rafique .Kami bertiga terus menuju ke dalam rumah Kak Raisya.

“Oit macam mana si Rafique boleh ada sekali dekat majlis ni?” Soal Maya dengan tiba-tiba sewaktu aku duduk termenung jauh.Termenung fikirkan pasal abang aku dengan mamat perasan tu la.Satu kerja pula aku nak kena fikir.Aku ni kalau nak tahu sesuatu sampai ke lubang cacing aku gali.

 “Tu la, kau tahu tak si Rafique tu member abang Amar sewaktu sekolah Menengah.Adoyai masak aku macam ni.” Bisik aku dengan perlahan.

“Korang berdua ni mengumpat siapa?” Kedengaran suara Kak Sofea yang sudah bercekak pinggang di meja makan kami.

“Gosip baru kak.Rafique ada dekat sini.” Ujar Maya denga perlahan.
“Hah ye ke?Mana-mana?akak nak tengok rupa dia sikit.” Balas Kak Sofea matanya sudah melilau memadang ke kiri dan kanan mencari orang yang bernama Rafique.Haish Kak Sofea ni coverline la sikit.

“Ish akak ni perlahanlah sikit.Karang mamat perasan tu nampak kita naya je.” Tingkah aku sambil mengangkat jari telunjuk ke bibir.,
“Yang mana satu Amani?” Soal Kak Sofea lagi.

“Tu yang pakai T-Shirt biru muda tu haaa.Sebelah abang Amar tu kak.”
“Owh handsome juga si Rafique tu ye.” Tingkah Kak Sofea sambil menoleh semula ke arah aku sambil tersengih.

“Sepadankan Kak dengan Amani.” Maya pula yang menyampuk sambil tersengih.
“Korang semua ni dah makan belum?Kemain lagi bersembang  akak tengok.” Kedengaran Kak Raisya yang cantik berbaju kurung modern bewarna coklat cream dan berselendang coklat cair.

“Baru je lepas.Kak Sya dah makan ke?” Soal aku pula sambil tersengih.
“Akak tuan rumah tak apa.Korang ni jangan tak makan pula.Family akak masak special lagi tau.” Balas Kak Raisya lagi.

“Terima kasih kak , perut Amani dah full ni.” Ujar aku lagi sambil tersenyum.
“Hai korang…” Muncul abang aku dengan tiba-tiba dan di sebelahnya pula  si Rafique a.k.a mamat perasan.

“Eh abang dah makan belum?” Soal Kak Sya sambil tersenyum pada tunangnya.
“Dah abang dah makan dengan Rqfique.Oh ye lupa abang nak kenalkan dekat Sya , kenalkan ni Rafique member abang masa sekolah menengah.” Abang Amar sudah memperkenalkan Rafique.

“La ye ke.Nice to meet you Rafique.” Ujar Kak Sya lagi sambil tersenyum.Aku hanya diam seribu bicara.

“ Eh adik abang ni kenapa senyap je,selalunya mulut adik bukan main kepoh lagi macam murai tercabut ekor.” Kedengaran abang aku bersuara untuk mengenakan aku.

“Perut dah kenyang sebab tu mulut pun dah diam .” jawab aku sambil tersengih pada abang aku namun langsung tidak memandang muka Rafique.Karang kalau buka mulut mahu je mulut aku ni bertekak dengan mamat perasan ni.

“Kuat makan juga ye Amani ni Amar.” Tu dia mulut si mamat perasan ni dah berbunyi.Aku cili baru tahu.

“Kuat tak  kuat jugalah.Kalau setakat dua pinggan boleh je.” Balas aku sambil memandang Rafique.Dia boleh senyum tengok muka bengang aku memang tak patut betul.
“Amani kenal ke dengan Rafique ni?” Soal Kak Sya dengan pelik .

“Errmm diorang ni memang dah kenal, tapi barulah lagi kot.Nantilah ada masa abang cerita dekat Sya.” Tingkah abang aku.Rafique pula sudah tersenyum manis.Aku pula buat muka tak ada perasaan.Malas nak melayan.

“Kak Sofea , mana abang Shah?” Soal aku dengan tiba-tiba.
“Entah tadi ada, mana dah hilangnya.” Balas Kak Sofea sambil melilau matanya mencari kelibat abang Shah.

“Mazlyn kenapa tak datang Amani?” Soal Maya pula sambil tersengih.
“Entahlah.Bagus juga dia tak datang , aman sikit hidup aku ni.Cukup-cukuplah aku tahan telinga dekat kampus dengan kerenah dia.Bosan.” Aku membebel sambil mendengus.
“Mazlyn ada kacau adik ke?” Soal abang Amar aku pula.Alamak terlepas cakap pula tadi.
“Errk..”

“Kalau abang nak tahu kitaorang dengan geng Mazlyn memang tak sekepala.Ada je benda yang dia nak kecohkan.Lagi satu Mazlyn ni suka dekat pensyarah kelas diorang ni apa dah nama dia.Haaa Encik Kamarul.Masalahnya Encik Kamarul ni pula ada hati dengan Amani.” Sudah Maya dah membuka cerita hal Encik Kamarul.

“Kenapa adik tak bagitahu abang?” Tingkah abang aku.
“Sorry, adik malas nak kecohlah bang.Lagipun setakat ni semuanya ok lagi.One more thing adik dengan Encik Kamarul tu tak ada apa-apa .Adik hormatkan dia sebagai pensyarah adik je tak lebih dari tu.” Balas aku pula.

“Famous juga ye cousin akak ni.” Usik Kak Sofea.
“Memang famous kak ..Amani ni..Adoii…” Belum sempat Maya menyudahkan kata-katanya aku sudah hadiahkan dia penyepit ketam.Padan muka.

“Orang cantik mestilah ramai yang berkenan..” Sampuk Rafique.Terus mata aku memandang ke arahnya.Sempat lagi dia mengenyitkan mata dekat aku.Wah-wah aku cungkil biji mata tu baru tahu.Siap dia nanti.!

PADA malam itu seluruh family aku berkumpul di ruang tamu.Family Mak Long dan Mak Ngah bermalam di rumah aku untuk dua tiga hari ni.Bila family berkumpul macam gini banyaklah ceritanya.Aku dengan Kak Sofea lepak di dapur sambil buat air .Manakala abang aku, abang shah dan juga Firdaus duduk melepak di luar rumah sambil berborak.Abah dan ibu aku pula di ruang tamu berbual bersama Mak Long, Pak Long, Mak Ngah dan Pak Ngah.

“Bila kamu nak bagitahu dia Sham?” Soal Pak Long aku pada abah aku sewaktu aku membawa dulang yang berisi air teh dan juga biskut .Aku melangkah menuju ke arah mereka.

“Jemput minum semua..” Aku menyusun cawan yang berisi air teh di depan mereka.
“Terima kasih Amani.” Pak Long aku bersuara.

“Sama-sama.Amani minta diri dulu ye nak pergi dekat luar.Mereka yang lain ada dekat luar tu.” Ujar aku sambil berdiri semula dan mula melangkah ke pintu utama.

“Entahlah abang Long, tak tahulah dari mana nak mula.Risau pun ada.” Aku terdengar abah menjawab sewaktu aku melangkah tadi. Telinga lintah betul aku ni kan.Apa yang abah risaukan?abah ada masalah ke?tapi tak ada pula aku dengar.Errmm.Eh cik Amani hal orang tua jangan nak masuk campur.

Aku pantas berjalan menuju ke luar rumah.Apalah yang abang aku dan sepupu-sepupu aku tu borak malam –malam gini.Kalau dah semua lelaki berkumpul kalau bukan hal bola mesti hal kereta yang mereka bincangkan, tak pun hal perempuan.Apa ingat orang lelaki ni tak tahu bergosip ke.Ada tau yang suka bergosip ni sekali diorang buka cerita kalah perempuan gossip ok.

“Ehem..Kemain borak.Bergosip ke mengumpat ni?” Soal aku sewaktu melabuhkan punggung di atas kerusi batu.
Kak Sofea sudah pun ada di ada di situ sewaktu aku tiba tadi.Dia sedang menghulurkan cawan ke arah mereka bertiga.

“Aah kitaorang bergosip tentang hal adik.” Balas abang aku dengan selamba.
“Eh apasal pula nak gosip hal adik?Adik ni bukannya retis.” Tingkah aku pula sambil mencebik bibir pada abang aku.

“Ala Amani ni hal orang lelaki, mestilah bergosip hal lelaki.” Kedengaran suara Firdaus pula.

“Ye la tu.Kak jomlah kita borak dua.Kita dua je perempuan kat sini.Jom kita lepak berdua.”

“No hal.Kalau diorang bergosip hal lelaki , kita berdua gosip hal perempuan.” Tingkah Kak Sofea sambil tersngih.

“Ala jangalah merajuk pula.Duduklah sekali.Lagipun bukan senang kita nak berkumpul begini.” Tingkah abang Shah pula.

“Tengok abang Shah je yang sayangkan kitaorang.” Usik aku sambil tersengih.
“Jangan di layan kepala si Amani ni.Kau tak tahu Sofea budak ni makin besar makin kuat loyar buruknya.” Abang aku pula bersuara sempat lagi tangannya membuat aksi edisi menyekeh kepala aku.Dengan pantas aku mengelak.

“Kak jangan dengar.Itu semua spekulasi nak menjatuhkan Amani.Jangan percaya tau.” Tingkah aku sambil mencebik bibir pada abang aku.

“Berapa lama lagi Amani bercuti ni?” Soal abang Shah dengan tba-tiba.
“Ada dalam dua minggu lagi lepas tu dah masuk semester baru.” Balas aku lagi sambil mengeluh.

“Hai mengeluh je bila sebut semester baru?kenapa?” Kak Sofea mula menyoal.
“Tak ada apa-apalah kak.”

“Amani , Mazlyn kacau kau ke dekat kampus?” Soal Firdaus sambil mengerut dahi
“Eh taklah.Aku dengan dia ok je”. Tingkah aku sambil tayang gigi.Biarpun aku dengan si Mazlyn tu tak penah nak sebulu.

“Habis tu yang adik mengeluh je kenapa?” Tu dia abang aku mula menembak lagi.
“La tak ada apa-apalah.” Tingkah aku lagi.

“Ke Amani risau Encik Kamarul ganggu Amani ?” Tembak Kak Sofea.Tembakan dia memang mengena.Walawei macam mana aku nak jawab ni.Abang Amar,abang Shah dan Firdaus sudah memandang muka aku tanpa bekelip.

“Encik Kamarul.” Soal abang aku
“Mana akak tahu ?” Soal aku pada Kak Sofea.

“Alia ada cerita pada akak sewaktu korang datang ke Melaka .” Jawab Kak Sofea jujur.
“Ish Alia ni tak boleh simpan rahsia langsung.” Bebel aku sendirian.
“Adik abang tanya ni.?” Soal abang aku dengan serius.

“Erk ...Dia pensyarah adik ala yang adik cerita siang tadi.” Jawab aku jujur .
“Then..?” Soal abang Amar lagi.

“Dia suka dekat adik tapi adik taklah layan.Adik hormatkan dia as my lecturer. That all.”
“Encik Kamarul?...Dia orang yang Kak Mazlyn sukakan? Tembak Firdaus.
“Mana kau tahu?” Soal aku pelik.

“You know what Kak Mazlyn tampal gambar Encik Kamarul tu dalam bilik dia.Di gambar tu tertera nama tu.” Ujar Firdaus ,aku sudah ternganga.Gila ke apa Mazlyn ni?
“Jadi selama ni adik tak sebulu dengan Mazlyn sebab Encik Kamarul la?” Abang aku pula menambah.

“Akak tak tahu pula yang Amani dengan Mazlyn tak sebulu.” Sampuk Kak Sofea sambil mengerutkan dahi.

“Amani dengan dia dari dulu lagi tak sebulu kak bukan sebab Encik Kamarul.” Balas aku.
“Kak Mazlyn bukan apa, dia jeleskan kau je Amani.Aku tahu kakak aku tu, tapi aku pelik apa yang dia dengki dengan kau pun aku tak tahu.Aku pun tak faham dengan perangai dia.Sekejap mood dia ok sekejap mood dia tak ok.” Ujar Firdaus.

“Masalahnya aku sendiri pun tak tahu.Aku ada buat salah ke dengan dia.Kalau dia nak Encik Kamarul tu bagus juga aman hidup aku tanpa ganguan.” Balas aku lagi.

“Macam ni la, kalau dia kacau Amani lagi kan, Amani cakaplah yang Amani dah bertunang ke dah berpunya ke mesti dia tak kacau punya.” Kak Sofea memberikan idea.

“Ish akak ni tu idea mengarut tu.Kalau cakap rupa itu nanti dia tanya mana orangnya mana Amani nak cari.Cari nahas namanya tu.” Tingkah aku .Mereka yang lain tersenyum penuh makna.

“Abang rasa abang tahu siapa yang boleh jadi tunang atau buah hati adik?” Jawab abang Amar selamba sambil mengenyitkan mata pada aku.Haa sudah abang aku dah bagi idea gila.

“Siapa?” Mereka menyoal  serentak dengan aku.
“Abang rasa tak perlu kot menyamar.Terima je orang tu.Lagipun abang tengok dia dah suka dekat adik.” Balas abang aku lagi.

“Siapa Amar?” Soal abang Shah pelik.
Siapa yang abang maksudkan ? takkanlah abang Am kot.Ish mustahillah takkan la abang Am ada hati dekat aku kot.Mengarut je semua ni.Mengarut.

“Nanti korang akan tahu siapa.Kita tunggulah nanti.” Jawab abang Amar sambil tersengih.
“Siapa pun pilihan Amani , kitaorang sokong.” Kak Sofea pula menyampuk.

“Yup aku pun sokong Amani.Tak adalah si Mazlyn tu meroyan nanti kalau kau tak pilih encik Kamarul.” Firdaus pula menambah sambil tersenyum.
“Kau mengata kakak kau sendiri Firdaus?” Soal aku

“Sebab aku tahu dia kakak akulah , aku setuju kau buat macam tu.Aku kenal kak Mazlyn tu.Dia akan pastikan dapat apa yang dia inginkan.Aku tak nak tengok kau susah .Dia kakak aku , kau pula sepupu aku.Dua-dua aku sayang .” Balas Firdaus dengan panjang lebar.Walaupun beza umur aku dengan Firdaus beza setahun je tapi dia ni lagi matang dari kakak dia.Jauh bezakan perangai diorang berdua.Errmm entahlah belalang…



BERSAMBUNG.....

SaLaM KaSiH