Jumat, 01 Februari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 12

Assalamualaikum u oll..

         





BAB 12





“ABANG..abang..yang ni cantiklah .Berkenan la adik tengok nampak simple sesuai sangat dah dengan Kak Raisya.” Aku menepuk bahu abang aku mata sememangnya dah terarah pada cincin emas yang berkilauan dalam almari kaca .

“Mana Amani?” Kedengaran suara Kak Raisya menyoal.
“Yang ni kak.Cantikkan.Nampak simple je.”
“Ye ke adik ni?bukan boleh percaya sangat cakap si Amani ni Sya .” Kedengaran suara abang aku .Mulalah tu nak mengusik aku.

“Ok kalau macam tu adik baliklah.Lagipun bukan adik yang nak tunang.Ok Bye .” Aku mula merajuk lalu berdiri .Baru nak berpusing tangan aku dan di cengkam oleh abang aku.
“Haii sejak bila adik abang jadi sensitive ni?Ok sorry , jangan nak buat perangai hari ni adik kena temankan abang dengan Kak Raisya.” Tingkah abang aku.

“Ni abanglah punya pasal, tak pasal-pasal Amani merajuk.Amani temankan akak shopping eh hari ni.Please janganlah merajuk.Nanti kejap lagi akak belanja makan nak?” Kak Raisya sudah memancing aku.

“Errm ye la.Amani temankan akak hari ni, tapi belanja makan jangan di lupa ye “ Aku sudah menyengih ke arah Kak Raisya.

“Cantik.No problem hari ni akak belanja Amani makan.Cakap je nak makan apa ok.Jom duduk sini pilihkan cincin untuk akak .” Kak Raisya sudah menarik tangan aku dan aku kembali terduduk di kerusi tadi.

“Adik sorry eh.Abang main-main je tadi .” Kedengaran abang  aku sambil buat muka kesian bersebelahan dengan Kak Raisya.
“Ok .Adik acah je tadi .Saja nak tengok reaksi abang.Ye la nak harapkan abang yang belanja adik memang taklah.Kedekut.” Aku sudah tergelak.Yes dapat aku kenakan abang aku.

“Amboi kemain.Meh sini abang sekeh kepala tu.Makin lama makin nakal ye.”.Aku hanya mencebik bibir ke  arah abang aku .Kak Raisya pula sudah tergelak .

Dari satu kedai hingga ke satu kedai kami bertiga jelajah setelah membeli cincin.Lama jugalah berada di kedai emas Poh Kong tu.Tilik punya tilik akhirnya jumpa jua cincin yang dicari.Kak Raisya memilih cincin yang aku tunjuk tadi, muat-muat pula tu tersarung di jari manis Kak Raisya.

“Abang kita nak pergi cari apa pula ni?” Soal aku sambil menghentikan langkah.Abang aku dengan Kak Raisya sudah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.
“Ehem tak payahlah nak buat drama romatik dekat sini.Tak lari gunung di kejar abang oit”. Aku berdehem pada mereka berdua.Kemain lagi main mata.Maklumlah orang nak tunangkan.Eh macam ni ke gaya orang nak bertunang eh?

“Perlilah tu.Ok sekarang kita pergi ke kedai kain.Abang nak belikan kain pasang untuk di letakkan atas pahar nanti.”

“Dan akak juga nak carikan kemeja untuk abang Amani untuk di letak di atas pahar sebagai hantaran.” giliran Kak Raisya pula yang menyampuk.
“Oh gitu.Ni berapa dulang abang nak bagi dekat Kak Raisya?” Soal aku lagi.
“Abang bagi lima dulang, Sya balas tujuh dulang .” Jawab abang aku.
“Mak aihh banyaknya.Ini baru nak tunang habis tu nanti kahwin macam mana pula?” Aku sudah mengerut dahi.

“Benda tu semua sekadar adat je.Benda tu tak menjanjikan kebahagian pun.Yang penting kehidupan berumah tangga nanti. Jangan sampai kita membazir sudahlah.Apa orang kata buat sekadar yang mampu tak gitu bang?.” Tu dia Kak Raisya sudah menerangkannya.
“Yup betul-betul.Sampai masa nanti giliran adik pula yang merasa seperti kami.” Usik aku sambil mengenyitkan mata  pada aku.

“Mulalah tu nak usik adik.Ni adik nak tanya abang dengan kak Raisya guna warna apa untuk atas dulang.Ibu pesan tadi suruh adik belikan bekas, reben, bunga , apa lagi eh.Kejap adik check .” Aku sudah membawa keluar kertas di mana sudah tersedia list yang telah di tulis oleh ibu sebelum keluar tadi.

“Huyooo siap list semua.Terbaiklah ibu .” Abang Amar terus mengambil list tersebut di tangan aku sambil menilik satu persatu.

“Abang tak tahu ke yang ibu kesayangan kita tu sememangnya memang pandai bab-bab mengubah ni.Ibukan selalu ambil upah tolong gubah untuk jiran tetangga kita tak pun kawan-kawan dia yang ada anak yang bakal kahwin ke tunang ke mesti cari ibu.Dulu adik suruh ibu buka kedai tapi ibu kata tak nak.Buat dekat rumah je senang.” Dengan panjang lebar aku menerangkan pada abang aku.

“La ye ke?abang ingat ibu dah pencen dah buat benda alah tu semua.Ye la abangkan dah lama tak tengok ibu mengubah lagi.”

“ Kalau abang nak tahu barang-barang untuk di letakkan di atas dulang dari pihak Sya juga sudah Sya tempah dengan ibu abang dan mak Sya akan tolong sekali nanti.” Ujar Kak Raisya pula .

“Patutlah ibu suruh cepat belikan barang-barang ni semua.Habis tu adik tak tolong ibu ke?” Soal abang aku pula .Sempat lagi dia bertanya sewaktu berjalan.
“Mestilah adik tolong.Adik nak menuntut ilmu gubahan dengan ibu manalah tau satu hari nanti adik boleh buka kedai gubahan ke nanti. “ Aku sudah mula berangan.Sempat lagi tersenyum .

“Haaa bab berangan memang adik abang power boleh geng dengan Sya.” Usik abang aku pada bakal tunangnya.

“Amboi bang perli Sya ke tu?” Soal Kak Raisya.
“Alah kak ,  abang ni memang suka perli orang.Jangan di layan .Jom kak kita jalan berdua biar abang  jalan dekat belakang.” Aku terus menarik tangan Kak Sya supaya berjalan seiringan dengan aku.Sempat lagi aku menjelirkan lidah pada abang aku.Dia hanya tergelak memandang kerenah aku dengan Kak Raisya.

MATA aku berkalih memandang jam tangan.Sudah masuk waktu zohor.Mata aku melilau-lilau mencari sign board yang menunjukkan arah surau.Aku mendongakkan kepala melihat sign board yang tertera terus aku tersenyum melihat icon surau terpampang di situ menunjukkan arah ke surau  dekat depan lagi.

“Akak jom kita pergi sembahyang dulu lepas tu baru kita makan dan sambung shopping balik".” Aku sudah menoleh ke belakang memandang abang dan Kak Raisya.
“Jom kita solat dulu, nanti akak belanja makan kejap lagi.” Aku sudah tersenyum dan mengangkat ibu jari membuat gaya thumbs up.

“Ok sekejap lagi kita jumpa depan surau.Surau lelaki dan perempuan bersebelahan je kan.” Kedengaran suara  abang aku pula.

“Yup.” Aku mengiakannya lagi.Lalu kami bertiga terus melangkah menuju ke arah surau.Abang aku sudah pun berada di depan surau Lelaki.

“Korang berdua hati-hati.Beg dengan barang-barang tu jaga.Dekat surau ni kadang kala ada yang mencuri.” Ujar abang aku mengingatkan aku dan Kak Raisya lalu dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk de dalam surau.

Aku dan Kak Raisya bergerak menuju ke surau Wanita yang terletak di depan sana ada dalam lebih kurang tujuh lapan langkah macam tu.
“Buk …
“Auntie  sorry.Amani tak sengaja terlanggar auntie.Auntie ok ke?” Aku mengutip beg  plastik yang jatuh di bantu oleh dengan Kak Raisya.

“Minta maaf sangat-sangat auntie.” ujar aku dengan penuh rasa bersalah.
“Tak apa, nak buat macam mana dah nak terlanggar.” Kedengaran suara auntie itu pula.Aku terus bangun dan menghulurkan beg plastik tadi ke arah autie tersebut sambil tersenyum.

“Maaf lagi sekali ye auntie.” Ujar aku lagi.Auntie itu hanya memandang muka aku tanpa berkelip.Muka aku comot ke ?Aku mula meraba-raba pipi aku.
“Auntie..auntie…”Kedengaran Kak Raisya memanggil auntie itu namun mata auntie tersebut tidak berkalih menilik wajah aku.

“Auntie..ok ke tak ni?” Soal aku sambil melambai-lambaikan tangan depan wajah auntie tersebut lalu dia tersedar.
“Sorry , raut wajah anak ni mengingatkan pada anak auntie yang perempuan .” Ujar auntie itu lagi .

“Ye ke.Sorry .Boleh Amani tahu siapa nama auntie?” tambah aku lagi.
“Lupa pula auntie nak perkenalkan diri.Nama auntie Zalida.Nama kamu berdua pula?” Auntie Zalida memperkenalkan diri sambil tersenyum.

“Nama saya Amani auntie.Ni pula bakal kakak ipar saya nama dia Raisya .” Jawab aku sambil bersalaman dengan auntie Zalida .Kak Raisya juga turut bersalaman .
“Auntie sorang je ke?” Soal Kak Raisya pula.
“Taklah auntie dengan suami dan anak lelaki auntie.Mereka berdua ada di suarau sebelah tu.” Jelas auntie Zalida lagi.

“Kalau begitu kami berdua minta diri dululah auntie, nak solat dulu.” Aku meminta diri untuk menunaikan solat zohor.
“Yelah.Auntie pun nak gerak dah ni.Auntie pergi dulu ye .” Balas auntie Zalida sambil bersalaman dengan kami berdua.

Setelah selesai menunaikan solat zohor, aku dan kak Raisya  keluar dari surau dan ternampak kelibat abang aku Amar yang sedang duduk di kerusi yang tersedia ada di depan surau sambil membelek handphone miliknya.

“Sorry bang , dah lama tunggu?” Kedengaran kak Raisya bertanya .Abang Amar terus berpaling lalu menghadiahkan senyuman manis kepada kak Raisya.
“Baru je.ni kita nak makan dekat mana?” Soal abang aku pula.
“Amani nak makan dekat mana?” Soal kak Raisya kepada aku pula.

“Errm mana-mana je kak, Amani tak kisah.Kalau nak belanja makan Pizza Hut lagi bagus .” Aku sudah ketawa mengekek.Saja nak paw kak Raisya.
“Amboi demand betul adik abang ni?” Tingkah abang aku sambil mengecilkan kelopak matanya pada aku.

“Eh boleh je.Hari ni kan akak belanja.”Balas Kak Raisya sambil tersenyum.
“Sayang akak.Abang kedekut “ Aku memeluk lengan kak Raisya sambil tersenyum manakala sewaktu menoleh ke arah abang aku aku mencebik bibir.

“Sya jangan ikut sangat kepala Amani ni.” Tingkah abang aku lagi.Aku hanya mempamerkan muka selamba badak je.
“Sebelum abang lupa, tadi Am call abang tanya adik ada rumah tak,Abang cakap adik dengan abang dekat sini.”

“Hah abang Am call, dia nak apa abang?” Soal aku pelik.
“Dia kata nak bagi ole-ole dari Australia hari tu.Am tu bukan lekat dekat rumah sangat .Terbang sana terbang sini.Ni dia baru balik semalam kot dari Dubai.” Terang abang aku sambil berdiri handphone miliknya sudah di masukkan ke dalam poket seluarnya.
“Alamak adik lupa nak tuntut ole-ole tu dari abang Am.”Aku menepuk dahi.
“Am kata dia datang sini kejap lagi.” Ujar abang aku lagi
“Ye ke?Hehehe bagus boleh adik paw dia sikit.” Aku sudah gelak jahat.
“Ewah tak malu  betul budak ni .” Tingkah abang aku

“Ala adik gurau je.Tapi kalau betul apa salahnya”. Aku sudah ketawa.Abang aku sudah mencerlung mata ke arah aku.
“Buat macam tu abang sekeh kepala tu nanti.”
“Amboi garang juga abang ye.” Usik Kak Raisya pula.

“Eh taklah , abang garang dengan spesis macam Amani je Sya .” Dalih abang aku.
“Iye ke?Boleh caya ke Amani?” Soal Kak Raisya pada aku.Aku sudah tersengih jahat.

“Jangan percaya kak.Itu semua satu konspirasi untuk menjatuhkan Amani.Jom kak kita pergi makan .Perut Amani dah nyanyi ni.”  Aku menarik tangan Kak Raisya.Abang aku sudah geleng kepala sambil menuruti langkah aku dan kak Raisya yang sudah berada di depan.Nasiblah siapa suruh bawa adik dia kalau nak keluar dating.Memang aku tak bagi can lah.Hahhaha..


AKU sudah tidak memandang kiri dan kanan bila dah nampak pizza depan mata.Bab makan memang aku juara kan tambah pula perut aku yang lapar makin la berselera aku nak makan ni.Sedapnya.

“Amboi kemain dia tenung pizza abang?” Kedengaran suara kak Raisya sewaktu melihat aksi teruja aku.Teruja sebab lapar sebenarnya.

“Amani ni memang kalau bab makan juara habis.Abang pun kalah dengan dia.” Balas abang aku pula sambil memandang kak Raisya yang berada di sebelahnya.Manakala aku duduk bertentangan dengan kak Raisya.

“Tak peduli la abang nak kata apa.Perut adik lapar ni.Kak kalau Amani nak makan boleh?” Soal aku pada Kak Raisya sambil tersengih.Garpu dan pisau sudah aku pegang.
“Mestilah boleh.Makan je kan tadi akak dah cakap akan belanja.Dah jom kita melantak.Akak pun dah lapar ni.Menggoda sungguh bau pizza ni.” Tingkah kak Raisya sambil mengenyitkan mata pada aku.Apa lagi aku mencapai sepotong Hawaiian Chicken dan sepotong Pepperoni Delight.Sempat lagi aku mengambil sudu menyuap mushroom soup ke dalam mulut.

“Assalamualaikum ..” Kedengaran orang memberi salam .Aku mendongakkan kepala .
“Waalaikumussalam …Eh abang Am..”

“Am duduklah makan sekali.” Suara abang aku kedengaran menjemput abang Am duduk.
“Aku tak menganggu korang semua ke Amar?” Soal abang Am pada abang Amar.
“Tak adalah.Aku shopping barang untuk majlis tunang nanti.Dua minggu lagi aku dah nak bertunang dengan Raisya.Kau nanti datanglah sekali eh?”  Ujar abangku lagi.
“Ye ke, Tahniah  .Rasanya aku tak dapat nak ikutlah.Aku janji nanti majlis kahwin aku akan pastikan aku ada time kenduri tu.” Ujar abang Am lagi.

“Abang Am mana ole-ole untuk Amani?” Aku pula menyampuk sambil memandang abang Am yang duduk bersebelahan aku.

“Ada dalam kereta.Nanti Amani nak balik karang abang Am ambilkan.” Ujar abang Am sambil tersenyum memandang aku.
“Apa yang abang Am belikan untuk Amani?” Soal aku.
“Adik….” Abang aku sudah memotong..

“Ala adik tanya je”. Protes aku sambil menyuap pizza ke mulut.
“Abang Am belikan beruang koala untuk Amani.” Jawab abang Am sambil tersenyum.
“Waaaa koala.Sukanya Amani..Thanks abang Am.” Jawab aku dengan teruja.Memang aku teringin nak beruang koala tu.

“Sama-sama ..”
“Am kau jangan nak layan sangat karenah adik aku ni.Pokai kau nanti dikerjakan dia.Eh jemputlah makan.Jangan malu-malu.Ni semua idea Amani ni nak makan.Kau tengok dia makan”. Tingkah abangku lagi

“ Kuat juga ye Amani makan .Kalah abang Am macam ni.” Abang Am sudah tergelak kecil memandang aku.

“Abang Am baru tahu ke.Haaa kalau nak ajak Amani keluar makan pastikan poket penuh ye .” Ujar aku selamba.Abang aku, Kak Raisya dan abang Am ketawa .Aku hanya menjungkit bahu.Malas nak layan .Misi utama kenyangkan perut terlebih dahulu.
“Korang nak sambung shopping lagi ke lepas ni?” Abang Am bertanya pada abang aku sambil tanganya lincah memotong pizza.

“Yup ada barang lagi nak kena beli.Jomlah kau ikut kitaorang sekali.Ada geng juga aku nak borak.Kalau tidak aku keseorangan je kat belakang.Ye la si Amani dah kebas aku punya bakal tunang ni berkepit dengan dia.” balas  abang Amar .Aku dengan Kak Raisya sudah berpandangan sesama sendiri dan tergelak kecil

“Siapa suruh bawa adik.padanlah muka abang tu.” Dengan selamba aku membalasnya.
“Kesian kau Amar.Tak dapatlah kau berdating hari ni.” Usik abang Am pula sambil tergelak.Aku mengangkat ibu jari pada abang Am buat gaya thumbs up.

“Tau tak apa.Nasib aku hari ni.” Balas Abang Amar sambil tergelak kecil sambil menyuap pizza ke dalam mulut kembali.

 SaLaM KaSiH