Rabu, 23 Januari 2013

TEASER TAK CUBA KEMBALI

Assalamualaikum u oll..

Selamat petang aku ucapkan dekat korang.Hari ni aku tak nak cakap banyak sangat cuma aku nak memperkenalkan Teaser Untuk Novel bersiri aku yang kedua yang aku bakal tulis.Idea ni datang dengan tiba-tiba saja.Jalan cerita pun dah ada tunggu masa untu menulis.Tapi masalahnya aku punya yang pertama Dirimu Satu masih lagi progress , then tiba2 muncul idea yg kedua ni.Walau apa pun aku kena dahulukan yang Dirimu Satu dulu , aku sendiri pun tak sabar untuk menyudahkan cerita  Dirimu Satu.

Ok berbalik pada cerita ni yang aku berikan tajuk TAK CUBA KEMBALI.Cerita ini aku buat berkisahkan tentang seorang gadis yang bernama Dian Batrisya .Kisah seorang gadis yang mempunyai penyakit kemurungan selepas kematian adik kembarnya Dhiya' Batrisya di dalam kemalangan.Selepas accident tersebut Dian menjadi seorang yang murung.Pelbagai cara di usahakan oleh keluarganya untuk memulihkan kembali Dian Batrisya.Hadirnya seorang Dr yang bernama Rafiqi Aryan yang cuba mengubati penyakit kemurungan Dian Batrisya.Dalam diam ada cinta bertapak di hati Dr Aryan namun sayang seribu kali sayang bunga yang menjadi pujaannya sememangnya tunang kepada Zafran .

Sebuah ikatan cinta bagaikan terlerai di tengah jalan apabila Zafran mula membuat onar sewaktu Dian sakit.Dimanakah terletakknya  Kesetian sebuah Cinta.Dimana Zafran sewaktu Dian memerlukan dirinya? Apabila kesihatan Dian pulih dia kembali ceria seperti selalu namun bahagia yang dimiliki hanya sementara bila dapat tahu yang Zafran mendustai cintanya.Beralih kasih kepada kawan baik Dian iaitu Hana.

Perlukah dia memaafkan Zafran dan Hana?Rapuhnya cinta Zafran terhadap dirinya.Kali ni Dian nekad dengan keputusannya dan sama sekali tidak akan cuba kembali pada sejarah lama.Cukup sekali dia di khianati begitu.

Dimanakah titik noktah kisah cinta Dian Batrisya.Perlukah dia menerima kasih dari Dr Rafiqi Aryan yang sememangnya yang mencintai dia atau menerima kembali tunangnya Zafran yang berusaha kembali mendapatkan semula cinta Dian?

           "Maaf Aku Takkan Cuba Kembali ".....   Dian Batrisya


Begitulah serba sedikit jalan cerita yang bakal aku pamerkan dalam novel TAK CUBA KEMBALI.Apa-apa pon aku kena siapkan Dirimu Satu terlebih dahulu.Doakan aku supaya dapat siapkan kedua-duanya.Selagi watak dan bayangan mereka bermain di ruang mata aku memang aku tak boleh bersenang lenang.Thanks to my housemate yang support di belakang aku.Thanks Kuya.Keranamu aku kembali menulis setelah aku berhenti hampir tiga, empat tahun.

p/s : Nama watak pun aku pun dah listkan.Thanks kuya sebab tolong aku dalam nama watak 2 dalam cite nih.Muahahhaa .Good Luck Ayra Zahra and Good Luck to my housemate yang kini menyiapkan part2 akhir CJKP .Weehoooo..:) 

SaLaM KaSiH