Sabtu, 19 Januari 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 14





BAB 14

ARIANA melepaskan rambutnya, terasa lemas pula jika diikat sebegitu. Dia mengering-ngeringkan rambutnya yang terasa melekit. Ah! Kalau nak mandi pun kena tunggu beberapa minit ni! Dia mengambil baju yang selalu dipakainya.Singlet tanpa lengan dengan seluar panjang. Biarlah lelaki tu nak masuk ke apa ke! Yang penting ialah aku masih aku.
Setelah beberapa lama mengeringkan badan. Ariana masuk ke bilik air untuk mandi.

HAIKAL masuk ke dalam bilik sambil tersenyum nipis. Kawan-kawannya masih seperti dahulu. Masih macam budak – budak. Dia berbaring di atas katil. Eh! Ni tudung siapa pula ni? Alamak! Aku terlupalah pula yang aku dah kahwin pagi tadi.
Haikal menepuk-nepuk dahinya. Rasa kesal mula bertamu. Sekarang baru pukul 7:00 malam, tadi aku dah solat asar di masjid. Aku tidur dululah.

“ASTAGHFIRULLAH! Haikal! Kenapalah kau pergi tidur di situ! Dengan baju yang bau peluh! Ish! Sakit hati aku!” Ariana yang baru keluar dari bilik air menepuk dahinya. Dia berlalu ke arah Haikal lalu menepuk lembut kakinya. Orang tua-tua pesan nak kejut orang, tepuk di kaki. Entah betul entah tak pun dia tak tau.
“Ish! Kacau jelah! Orang nak tidurlah!” rungut Haikal.
“Ish! Budak ni! Haikal Izhar bangunlah!” jerit Ariana di sebelah telinga Haikal. Nasiblah bilik tu jenis apa yang mereka cakap dalam bilik tidak dapat didengar di luar. Baik jerit pun orang tak dengar, kalau tak buat malu je..
“Kau kenapa?! Ikut suka hati oranglah nak tidur ke apa!” bentak Haikal keras. Ariana mendengus.
            “Jangan menyesal Tengku Haikal Izhar.. Sekarang dah pukul 7.45 malam tahu! Pukul 9.00 malam nanti kita kena keluar, ada makan-makan sikit,” ujar Ariana tegas.
            “Yelah! Yelah! Susah betul kalau ada nenek kebayan dalam bilik ni! Mentang-mentang dia tu nenek, semua nak ikut dia!” ujar Haikal selamba. Ariana membuntangkan matanya.
            “Tengku Haikal Izhar!” Haikal masuk ke dalam bilik air dengan muka selamba. Manakala, Ariana mendengus.
            “Sesedap hati dia je panggil aku nenek kebayan, dia tu apa?! Datuk kebayan?! Ergh!” Ariana membebel sambil memakai telekung. Dia menunaikan solat maghrib yang pertama sebagai seorang isteri..

HAIKAL keluar dari bilik air dengan memakai tuala hingga paras lutut. Dia memandang Ariana dengan pandangan tidak percaya. Tidak menyangka yang gadis itu akan memakai singlet dan seluar panjang ja! Budak ni dah kena hasut dengan benda apa? Tiba-tiba je pakai baju macam tu! Depan aku pula tu! Aku kan..eh! Aku suami dialah! La! Terlupa lagi!
Hish! Budak ni mesti nak goda aku. Mentang-mentang aku ni handsome. Haikal berjalan ke arah Ariana beserta senyuman yang menggoda.
“Ariana...” fokus Ariana terhadap kerjanya terganggu apabila Haikal memanggil namanya. Ariana mengalihkan pandangan ke arah belakang.
“Kau nak goda aku ke?” kata Haikal sambil mempamerkan senyuman yang menggoda.
“Tak pun.. But this is my style at home. I hope you don’t care. And, please wear your clothes and pergi solat,” kata Ariana selamba. Namun, hatinya tetap merasa getar apabila melihat lelaki itu yang hanya mengenakan kain tuala.
“Malu ke?” kata Haikal lalu duduk di sebelah Ariana.
“Apa nak dimalukan? Bukannya aku tak pakai baju pun,” ujar Ariana selamba.
“Kau pakai baju ke? Tengok pakai singlet je pun.. Jangan salahkan aku kalau aku terkam kau!” ujar Haikal selamba.
“Tak, aku tak akan salahkan kau. tapi, aku salahkan nafsu kau! Pantang nampak perempuan cantik!” ujar Ariana selamba lantas masuk ke bilik air. Nak mengelakkan diri dari Haikal sebenarnya!

SELEPAS solat Isya’, Ariana mencapai jubah berwarna hijau yang telah diseterika olehnya sebentar tadi lalu memakainya. Kemudian dia mengambil tudungnya lalu dipakai dan di pin.
Sementara Haikal mengambil baju melayu berwarna biru muda lalu dilemparkan ke arah Ariana yang sedang memeriksa kedudukan tudungnya itu.
“Seterika!” arah Haikal.
“Ek eleh mamat ni! Macamlah tak boleh buat sendiri! Semua nak harapkan orang!” rungut Ariana.
“Kau isteri aku! Ikut jelah apa yang aku cakap! Jangan melawan! Ni tidak, melawan je kerjanya. Memang nenek kebayanlah minah ni!” ujar Haikal.
“Kau tu! Datuk kebayan?!” marah Ariana pula. Muka Haikal memerah.
“What? Sememangnya aku ni dah tua ke?” tanya Haikal.
“Sememangnya aku ni dah tua ke?” ujar Ariana pula. Haikal mengetap bibir.
“Apa-apa ajelah nenek oi! Janji kau seterika baju aku,” ujar Haikal. Ariana mendengus. Dia mengambil seterika lalu menyeterika baju Haikal. Apalah nasib? Dia suami, aku isteri. Ikut jelah cakap dia..

“KAKAK!” Husna menerpa ke arah kakak iparnya itu. Siapa kata kakak iparnya tak cantik! Malah, lebih cantik daripada perempuan plastik tu!
 “YA ALLAH, Husna! Terkejut akak!” Ariana mengurut-urut dadanya lalu dipaut bahu adik iparnya itu.
“Hehe! Akak! Abang Carl ada buli akak tak?” tanya Husna.
“Buli! Ya! Dia buli akak! Baju melayu dia pun nak suruh orang seterika. Seterikalah sendiri! Bukannya tak boleh  buat,” balas Ariana.
“Akak! Sebenarnya abang tu lansung tak pandai seterika baju! Baju kerja dia, baju sekolah dia, baju melayu dia semuanya Mak Mah seterika! Teruk betullah abang tu!” kutuk Husna.
“Siapa teruk?” pertanyaan dari Haikal membuatkan Husna terdiam. Tak sampai beberapa saat dia mula tersenyum kembali.
“Abanglah, siapa lagi! Suka buli orang! Kesian kakak ipar Husna kena buli dengan abang!” Husna memeluk Ariana.
“Amboi! Bukan main berkepit dia dengan kakak dia ye? Belajar tak lagi! Minggu depan nak periksa?” tanya Haikal.
Husna terus menarik Ariana masuk ke biliknya dengan mukanya yang masih cemberut
“Tengok abang tu! Tak pernah beri peluang kat Husna lansung. Husna nak duduk dengan akak tapi dia paksa orang pergi belajar,” Ariana hanya tersenyum apabila melihat gadis itu berbicara.
Exam Husna lagi seminggu, kan? Jom belajar! Tapi, sebelum tu Husna ambil apa?” tanya Ariana.
“Husna ambil business! Akak belajar business juga, kan? Tolong ajar Husna!” pinta Husna. Ariana hanya bersetuju. Apa salahnya menolong adik ipar belajarkan? Erk.. Adik ipar?!