Sabtu, 19 Januari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 9

Assalamualaikum u oll..

Sebelum aku post sambungan novel bersiri ni aku nak bagitahu yang tajuk novel bersiri ini bukan lagi Ku Ingin Kamu.Aku telah menukar tajuknya kerana jalan cerita dia sudah berubah.So tajuk Ku Ingin Kamu tidak lagi sesuai untuk di guna.By the way tajuk baru untuk novel bersiri ini adalah DIRIMU SATU.


DIRIMU SATU bakal mengungkap kisah kehidupan Amani dan juga kisah silam keluarganya.Kasih seorang ibu yang kehilangan anaknya dan juga kasih seorang suami yang sentiasa berusaha mendapatkan cinta seorang Isteri.


Ok dah masuk bab 9.Selamat membaca u oll..





GAMBAR DARI PAK CIK GOOGLE




BAB 9.





PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa dua jam lebih juga la.Tak kisahlah dua jam ke empat jam ke janji selamat sampai ke destinasi ya tak?Lama juga aku tidak berkunjung ke Melaka dah banyak perubahan ye.Melaka semakin Maju .Rumah Mak Long Rosnah terletak di Bukit Katil.Nasib baik aku masih ingat jalan menuju ke kawasan perumahan rumah Mak Long , kalau tak ingat tadi memang sah-sah la aku makan buah langsat kan.Boleh tahan kuat juga memori aku ni pasal jalan.Hehehhe..

“Assalamualaikum”. Aku mula memberi salam sewaktu terpacak di pintu pagar rumah Mak Long.Alia dan Maya juga turut terpacak di belakang aku.

“Waalaikumussalam ..Haaa dah sampai pun anak buah Mak Long “ .Kedengaran suara Mak Long Rosnah yang sudah pun berada di muka pintu lalu menuju kearah aku sambil tersenyum.

“Mak Long sihat ?”  Aku bersalaman dengan Mak Long , Alia dan Maya juga turut sama bersalaman.

“Alhamdulilah , Mak Long sihat , ni Ibu dengan Abah kamu sihat? .Soal Mak Long Rosnah lagi sambil tersenyum.

“Alhamdulilah Ibu dengan Abah sihat.Abang Amar pun dah balik “.
“Alhamdulilah .Ye ke.Dah tu kenapa Amar tak ikut datang sekali?Eh masuklah dulu tak kan nak borak depan pagar ni.Amani jemput kawan-kawan kamu sekali”. Ujar Mak Long sambil menepuk bahu aku.

“Abang sibuk.Dia baru mula kerja .Mak Long , mana Pak Long , Kak Sofea dengan Abang Shah ?” Soal aku lagi sewaktu menuju ke pintu utama rumah Mak Long

“Pak Long kamu keluar sekejap , Kak Sofea kamu tak balik lagi tadi katanya nak pergi rumah kawan dia hantar barang.Abang Shah kamu tu memang tak ada dia pergi Outstation kat Penang.Baru pergi semalam “. Dengan panjang lebar Mak Long aku explain.

“Owh ye ke ?Patutlah  sunyi je rumah ni”. Balas aku pula manakala Mak Long aku sudah tersenyum .

“Ni kawan kamu ni nama apa Amani?” Soal Mak Long aku sewaktu kami bertiga berkumpul di ruang tamu.Maya dan Alia tersenyum manis mendengar pertanyaan dari Mak Long.

“Nama saya Alia “. Jawab Alia sambil tersengih.Laju je dia perkenalkan diri.Tak sempat aku nak cakap tadi...

“Saya pula Maya Mak Cik .” Giliran Maya pula mengenalkan diri.
“Korang bertiga mesti penat kan.Jalan jauh.Dah mari Mak Long tunjukkan bilik korang bertiga.Berehat la dulu nanti baru kita bercerita panjang.Mak Long pun dah lama tak bercerita panjang dengan kamu Amani”.

“Baik Mak Long “. Balas aku lagi sambil tersenyum.Alia dan Maya sudah tersenyum gembira.Penat jalan jauh tak hilang.Tak ada la jauh sangat.Rasanya jauh Alia lagi.Ye la kampung dia kan dekat Kelantan . Kalau nak balik kampung Alia mahu makan masa enam ke tujuh jam.Itu pun kalau jalan tak jamm.Aku , Alia dan Maya menurut belakang Mak Long yang sedang mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

“Haaa ni bilik korang bertiga.Berehat la dulu ye.Dah makan tengahari belum ni?” .Soal Mak Long dengan tiba-tiba .

“Belum lagi Mak Long .”  Aku sudah pun duduk diatas katil.Alia dan Maya masih lagi di muka pintu sambil melilau melihat suasana bilik ni.

“Kalau macam tu nanti turunlah makan.Mak Long siapkan,Alia dengan Maya masuklah bilik ni jangan malu-malu pula.Kamu bertiga berehat la dulu ye.Mak Long turun bawah dulu.” Ujar Mak Long Rosnah lagi sambil melangkah ke muka pintu.Waktu itu Alia dan Maya sudah pun berada di penhuru katil.

“Ala Mak Long tak yah la susah-susah.nanti kalau kitaorang bertiga nak makan kitaorang turun.”

“Ye la.Tapi jangan tak turun makan pula.Mak Long turun dulu.” Mak Long Rosnah terus berjalan menuju ke tingkat bawah selepas selesai berkata-kata.Bilik aku duduk ni pun berdekatan dengan tangga.

“Penatnya.Aku rasa nak nak golek-golek tidur ni”. Maya mula bersuara .Tu dia siap landing lagi minah sorang ni.Kesian Maya dia yang bawa kereta mahu tak penat aku dengan Alia tolong tengok sambil buat kecoh dalam kereta.Macam-macamlah kitaorang buat sewaktu on the way tadi daripada berborak , buat konsert , dengan makan jajan-jajan yang dibawa lagi.Memang tak ingat dunia.Time buat konsert tiga-tiga test vocal.Ada peluang ni nak masuk Vocal Bukan Sekadar Rupa yang ditayangkan dekat TV3.

“Aku pun penat juga.Penat melalak dalam kereta tadi.Tengok suara aku dah serak.” Aku pula menambah rasa.

“Haaaa aku setuju tu Amani.Aku pun dah sakit tekak dok buat konsert dalam kereta tu.Agak-agak kau la kan kalau aku nak masuk Mentor, tunjuk ajarku sifu yang dekat TV3 tu lepas tak kalau pergi audition.” Alia pula meyampuk sambil melompat ke katil berdepan dengan aku dan Maya .Kemain tersengih lagi si Alia.Aku dan Maya sudah berpandangan sesama sendiri dan selepas itu meletuskan tawa kami.Alia sudah menarik muka masam bila aku dan Maya gelak.

“Aku rasa kalau kau pergi audition confirm tak sempat nak nyanyi ya tak Amani.” Balas Maya sambil sambil memandang kearah aku.

“Kenapa pula tak sempat nyanyi?” soal Alia lagi sambil membuka tudungnya lalu bangun dan disidai tudungnya di kerusi tepi dinding.

“Ye la juri pun terkejut dengar suara kau menjerit.Tambah-tambah bawa lagu yang memang tone tinggi.Aku rasa pengsan juri nanti .” Aku mwnjawab sambil tergelak.
“Cis amboi tak sayang mulut nampak cik Amani kita ni.” Alia sudah mengecilkan kelopak matanya memandang ke arah aku sambil bercekak pinggang.Marahlah tu .

“Ala sekali sekala kan usik kau.” Aku mencampak bantal kecil ke arah Alia.Dengan pantas Alia menyambutnya .

“Kau memang suka usik aku kan.Nah ambik ni.” Balas Alia sambil melemparkan kembali bantal kecil yang aku baling kearahnya tadi .

“Bertekaklah korang berdua.Aku nak tidur sekejap.Amani nanti kejutkan aku ye.” Maya pula bersuara lalu meletakkan kepalanya di atas bantal.Penat drive katakana.
“Ye la.Kau tidurlah kejap.Nanti aku kejutkan kau.”

“Aku pun nak tidur jugalah.Mengantuk ni .” Ujar Alia sambil memanjat katil lalu merebahkan diri disebelah Maya.Aku sudah pun bangun menuju ke meja solek lalu membuka pin di tudung.Selepas itu aku terus menyikat rambut lalu aku sanggul tinggi rambutku dan memulakan langkah menuju ke bilik air untuk mandi.Terasa melekit badan aku ni haaa tu yang tak selesa nak kena mandilah .

Pada sebelah malam Mak Long dan Pak Long aku membawa aku makan malam di Tom Yam Klasik  yang terletak di Jalan Sungai Putat. Restoran  ini juga dikenali sebagai Restoran Klasik Terapung pada suatu ketika dahulu.Namun kini  nama restoran telah berubah nama kepada Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik ) Gardent Restaurant Melaka .Suasana pada malam hari di Restoran ini sangatlah cantik.aku pernah berkunjung disini bersama family aku.

Disini banyak jenis menu pilihan dimana terdiri daripada masakan ala Thai , Melayu, Cina dan makanan Barat.Kalau nak tahu menu istimewa disini sudah semestinya Tomyam yang juga merupakan favourite aku, ikan siakap stim , Asam pedas , dan banyak lagi.Manakala minuman seperti sirap bandung cincau , ABC special , Ice blended , air kelapa dan banyaklah lagi.Sebut pasal pelbagai jenis makanan dan minuman memang akan buat aku terasa nak makan .Untuk dinner pada malam ni Pak Long and Mak Long aku order banyak makanan maklum sajalah anak buah dia datang kan.Aku , Alia dan Maya apa lagi kalau bab makan memang tak usah cakaplah.

“Haaa dah sampai pun tomyam . Amani makan banyak-banyak Pak Long tahu tomyam ni memang favourite Amani”. Ujar Pak Long sambil tersenyum.
“Terima Kasih Pak Long.” Balas aku pula.

“Jemput makan semua.Amani suruh kawan kamu berdua tu makan banyak-banyak.” Kedengaran suara Mak Long pula.

“Mana Kak Sofea tak sampai lagi?Dia pergi mana Mak Long?” Soal Aku pula sambil melilau mata kearah jambatan Tomyam Klasik ni.Dah nama pun Restoran Terapungkan.Dekat bawah jambatan ni ada ikan-ikan tapi aku tak tahulah ikan apa yang ada kat dalam ni yang diorang pelihara.Aku nampak kelibat ikan dalam air tu.Ada jugalah ikan yang besar.

“Kak Sofea kamu, kata sekejap lagi dia sampailah.Kak Sofea kamu tu kemain sibuk sekarang ni nak uruskan hal perkahwinan dia.Tinggal tiga dan empat bulan lagi Kak Sofea kamu tu nak kahwin dengan Abang Hafiz kamu.

“Nak kahwin ni banyak benda yang nak kena uruskan.Itulah inilah.Ni Abang Amar kamu Amani bila nak kahwin?” Soal Pak Long pula.

“Tak tahulah Pak Long.Abang nak kumpul duit dulu la kot.” Jawab aku sambil tersengih sambil menghirup kuah tomyam.Errmm sedapnya tomyam dia..

“Amani tolong hulurkan aku Asam Pedas tu.Aku nampak macam sedapnya asam pedas tu ?” Kedengaran suara Alia pula.

“Kau memang bab makan semua sedap.”
“La makan Alia.Jangan malulah.Kalau malu rugi.Bukan senang Pak Long Amani kamu ni nak belanja makan malam ni?” Ujar Mak Long lagi sambil tersenyum mesra ke arah Pak Long.

“Hah ye la tu,Alia dengan Maya kamu jangan nak malu ke segan ke.Makan je.Buat macam si Amani ni bab makan memang dia juara.” Seloroh  Pak Long pula.

“Terima kasih Pak Long, Mak Long.Sebenarnya saya dengan Alia ni lebih kurang sama je dengan Amani.Suka sangat kalau bab makan.” Sampuk Maya sambil tersengih sambil menambah kuah tomyam ke dalam pinggan nasi miliknya.

“La ye ke.Baguslah gitu.Bolehlah korang habiskan makanan yang banyak ni.” Usik Pak Long lagi.

“Tak ada hal Pak Long.Serahkan pada Amani.” Aku sudah tersengih  .
“Assalamualaikum “..Kedengan orang memberi salam
“Haaa sampai pun Sofea.” Ujar Mak Long sewaktu menoleh ke ke belakang.

“Sorry Mama .Sofea lambat sikit.Tadi lepas ke rumah Sarah terus pergi petronas isi minyak sekejap.” Balas Kak Sofea sambil melabuhkan punggung di sebelah Mak Long.Aku pula duduk bertentangan di hadapan Pak Long, Alia berdepan dengan Mak Long manakala  Maya pula mengadap Kak Sofea.

“Makan Kak Sofea.” Aku menjemput Kak Sofea makan.
“Eh makan-makan.Perut akak pun tengah lapar juga ni.Sedapnya bau tomyam ni.” Balas Kak Sofea sambil tersengih.

“Ni lagi dorang geng si Amani.Diorang berdua ni memang bab makan memang power .Sebab tu abah order banyak malam ni.” Kedengaran suara Pak Long menoleh ke arah Kak Sofea.

“Ala abah macamlah tak kenal anak dara abah ni macam mana .” Ujar Kak Sofea sambil ketawa.

“Yeaaa give me five “ Aku  pula sempat main give me five dengan Kak Sofea.Kak Sofea memang sepupu aku yang baik.Jauh beza dengan sepupu aku yang lagi sorang.Ala yang selalu nak tunjuk over depan aku tu la yang buat mata aku berbulu .Haish sempat lagi mengutuk ye cik Amani.Lupa ke orang yang awak kutuk tu kaum kerabat awak juga.Kak Sofea pun melayan juga karenah aku nih.

“Alia dengan Maya jangan terkejut melihat Amani ni.Diorang ni memang kamcing sikit.Walaupun jarang jumpa tapi sekali jumpa memang tak ingat dunia la.” Mak Long aku pula bersuara .Maya dan Alia tersenyum sambil membuat gaya thumbs up.

“Esok korang nak pergi mana?Esok akak tak ada hal nak buat boleh akak temankan korang jalan-jalan dekat Melaka ni?” Ujar Kak Sofea sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Amani ingat nak pergi dekat area Makhkota Prade.Jalan-jalan sekitar Bandar hilir ke, Dataran pahlawan ke , shopping dan makan-makan.Si Alia dengan Maya ni teringin nak pergi muzium .Ingat nak bawa diorang pergi area Stadthuys , Muzium Samudera ,Taman rama-rama. Banyak sangat tempat dekat Melaka ni .”

“Ok .Boleh-boleh.Kalau hari akak tak bekerja akak temankan korang.Korang holiday dekat sini seminggu kan.Boleh la pergi jalan banyak tempat.”

“Thanks kak.Sayang akak lebih la macam ni?” Aku mula mengusik Kak Sofea.
“Ala apalah sangat.Lagipun alang-alang keluar tu boleh la akak pergi cuci mata juga.Dah lama akak tak keluar dengan Amani kan.” Balas kak Sofea lagi.

“Banyak juga ye tempat di Melaka ni.Excited pula aku Amani.Dekat Melaka ada pantai tak?” Sampuk Alia pula sambil tersengih .

“Ada je.Kalau nak pergi pantai pergilah Pantai Pengkalan Balak.Cantik juga pemandangan di situ .Orang pun ramai yang berkunjung ke situ.” Jawan Kak Sofea.

“Bestnya pantai.Lama tak pergi pantai.” Sampuk Maya pula dengan teruja.
“Baguslah tu.Bila lagi nak berjalan kalau bukan time cuti.Alang-alang nak pergi pantai tu bolehlah korang picnic sekali.” Mak Long pula bersuara sambil memandang ke arah kami semua.

“Aaah la.Boleh kita picnic.Jom kak Sofea kita pergi picnic”. Aku pun memang suka tengok laut.

“Boleh-boleh.Akak pun cuti esok dan lusa.” Jawab Kak Sofea lagi sambil menganggukkan kepalanya.Aku dan yang lain sudah tersenyum senang.Tak sabarnya nak picnic.Boleh tengok laut.Boleh main pasir pantai , hirup udara segar sambil menikmati keindahan alam .

AKU sudah pun bersiap – siap pagi ni dengan memakai seluar jean  dan juga blous warna cream bercorak hijau.Tinggal nak pakai tudung je.Errm nak pakai tudung bawal or nak pakai selendang.Aku ni memang suka pelbagai jenis shawl.Baju dah warna cream jadi aku pakai shawl warna hijau mudalah memandangkan corak pada baju ini warna hijau pucuk pisang.

“Wow kemain kau bergaja hari ni.Tahulah nak keluar jalan-jalan.”
“Oh mak kau..” Aku melatah terus aku memusing badan ke arah muka pintu.
“Kau ni kenapa.Saja nak terperanjatkan aku ke apa.Cuba bagi salam dulu tak pun ketuk pintu dulu ke.Ini tak main redah je.Terkejut aku , kalau dibuatnya aku sakit jantung siapa nak jawab?” Aku menjeling tajam kerah Alia yang hanya pamerkan muka tak bersalah.

“Alah mana aku tahu kau tengah berangan.Lain kali kalau nak berangan cakap dengan aku dulu .Bagi hint sikit ke tak adalah aku terperanjatkan kau.” Jawab Alia sambil melabuhkan punggung di atas tilam.

“Banyaklah kau punya hint.Ni Maya mana?” soal aku pula mata aku sudah melilau ke arah pintu bilik.

“Maya ada dekat bawah.Dia tengah borak dengan Mak Long kau tu haa.”
“Amani dah siap belum?” Kedengaran suara Kak Sofea di muka pintu.Dengan laju sekali kaki Kak Sofea melangkah  ke dalam bilik lalu berdiri tegak di depan aku.

“Dah siap dah kak , destinasi kita hari ni ke mana Kak Sofea?”
“Kamu tak siap lagi ke Alia.Ke tak nak ikut keluar jalan-jalan?hari ni kita pergi shopping then akak nak bawa korang dekat suatu tempat yang baru saja di buka.” Balas Kak Sofea sambil tersengih.

“Tempat apa tu Kak Sofea?” Dengan teruja si Alia ni bertanya.
“Dekat mana tempat tu Kak?Amani pernah pergi ke situ ke sebelum ni?” Soal aku pula sambil berkerut seribu.Kemanakah tempat baru tu?Kalau setakat shopping tu banyak je dekat Melaka ni.Aku pernah pergi dekat Makhkota Prade , Dataran Pahlawan tu.Shopping dengan ibu dan abah aku.

“Rahsia.Dah jom gerak.Korang kalau shopping sekejap lagi mahu lamakan?Nanti lambatlah kita sampai dekat tempat baru tu.”

“Ish Kak Sofea ni suka sangat buat Amani tertanya-tanya. “ Aku mula mempamerkan muka sepuluh sen depan Kak Sofea.

“Dah tak payah  nak tayang muka rupa itu.Kita tunggu dan lihat je.Jom jom.Naik kereta akak lah eh?” . Kak Sofea sudah pun mengeluarkan kunci kereta lalu dimain-mainkan di jari telunjuknya.Tetiba mata aku terasa berputar tiga ratus enam puluh darjah.Mahu tak berputar kalau dah mata dok mengikut rentak kunci tu berpusing-pusing.Yang aku pun satu pergi tenung kunci kereta  di jari Kak Sofea tu kenapa?

“Jom gerak.” Kak Sofea sudah pun menarik tangan aku dan Alia.Kini Kak Sofea berada di tengah.Sebelah kanan dia aku manakala sebelah kiri dia pula si Alia.

“One Two Three Go..I Love You Kak Sofea sebab hari ni jadi driver kitaorang .” Aku tersenyum puas.Tak payah la susah-susah Maya drive hari ni.Nak harapkan aku drive memang taklahkan.Lagipun tu kan kereta orang bukan kereta aku.Kalau kereta aku dah lama dah aku drift.Ehemm berani ye cik Amani nak drift.Amboi Amani over kau ni.
“I Love You Too my cute cousin.” Balas Kak Sofea pula sambil mengenyit mata sewaktu kami semua berada di kereta Myvi Hitam miliknya.

“Yeah kita enjoy.” Kedengan suara Alia bertempik riang sambil mengangkat kedua belah tangannya dengan meniru gaya Nora Danish dalam cerita puteri. Dah macam kanak-kanak ribena aku tengok.Minah ni kalau bab berjalan memang laju.

“Banyaklah kau punya enjoy Alia.Jom kita dah nak gerak ni.” Balas Maya pula yang baru saja selesai menepuk bahu milik Alia lalu dia membuka pintu kereta .

“Kau ni kacaulah Maya.Aku baru nak ambil feel ni?” Ujar Alia sambil mencebik bibirnya lalu memasuki ke dalam perut kereta.Meletus ketawa kami semua seaktu berada di dalam perut kereta.


 SaLaM KaSiH