Minggu, 13 Januari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 8

Assalamualaikum u oll..


Bila dia, mendekati diriku

Hatiku rasa sesuatu

Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu




BAB 8.



             ALARM handphone sudah pun menjerit-jerit dicuping telinga aku.Dengan gaya bermalas-malasan aku meraba handphone yang berada di tepi bantal tidur aku.Tangan je yang meraba-raba handphone tapi mata tak juga lagi nak celik.Alia yang tidur terbongkang sebelah aku ni lagi la langsung tak dengar jam aku menjerit-jerit.Minah sorang ni kalau rumah terbakar tak tersedar gamaknya.Aku terus bangun dan mengepit rambut yang panjang mengurai lalu menapak ke bilik air.

        Alia menumpang tidur di rumah keluarga aku untuk beberapa hari ni.Maklum sajalah kampung Alia jauh di Kelantan sana.Sekali si Alia cakap Kelantan dengan family dia mahupun pelajar yang dari senegeri dengannya mahu aku blur saja.Sepatah haram aku tak faham.Pekat woo bahasa dia.Sebenarnya sebelum Alia bertolak balik ke Kelantan , aku dan Maya sudah plan untuk holiday ke Langkawi pada mulanya tetapi disebabkan Abah aku sudah menggunakan kuasa vetonya bahawasanya kalau nak pergi Langkawi tunggu pergi dengan abang aku sekali.Kiranya trip holiday bersama family.Ye la kami bertiga kan semuanya perempuan.Jangan haraplah abah aku tu kasi nak bagi holiday jauh-jauh.

     Jadi disebabkan itu rancangan aku bertukar tempat dari Langkawi ke negeri Melaka . Sudah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke Melaka Bandaraya Bersejarah .Last sekali aku berada di Melaka sewaktu bertandang kerumah Mak Long Rosnah pada raya tahun lepas .Mak long Rosnah merupakan kakak sulung kepada ibu aku.Mak long aku menetap disana sebab suaminya merangkap pak long aku tu sememangnya orang Melaka.

    “Alia bangunlah . Sembahyang subuh dulu. Rumah aku solat berjemaah cepat siap.Karang bising pula Abah aku tu .” Aku mengejutkan Alia sambil menepuk-nepuk lengan Alia.Namun dengan selamber badak saja si Alia ni tarik selimut. Mata aku menjadi segar selepas mengambil air wdhuk sebentar tadi

“Bangunlah, Cepat. “ Aku mula memekak dicuping telinga Alia.Sejurus itu aku penyet hidung mancung milik Alia biar padan muka dia.Ambik kau tak nak bangun sangat.

“Amani kau ni nak bunuh aku ke apa main tutup-tutup hidung ni “. Marah Alia kepada aku sambil berdiri tegak.Aku sudah mengekek ketawa melihat muka masam  Alia .

“Sorry la weh.Aku suruh kau bangun tak nak.Dah cepat pergi siap kejap lagi kita solat subuh berjemaah .Kalau tak nak dengar abah kesayangan aku tu bagi ceramah free pepagi buta ni silalah kau bergerak ke bilik air sekarang ye.” Alia menarik muka geram.Marah dekat akulah tu .

“Ye la aku bangun dah ni kan.Eh kejap-kejap abang kau ada sekali ke nanti?Seganlah aku.Dengan abah dan ibu kau aku memang tak segan tapi dengan abang kau tu aku malulah”. Alia mempamerkan muka malu rimau dia.

“Tak payah nak mengada-ngada malu .Cepat siap.Jangan risau abang aku tu baiklah dan paling sporting tau.”.Balas aku lagi.

“Nasib baik abang kau tu dah berpunya tau kalau tak memang aku dah masuk jarum dah.Abang Amar kau tu dah la handsome .Siapa tengok pun cair woo”. Ujar Alia sambil tersengih.

“Dah kau jangan nak berangan and jangan nak buat drama tak komedi pula pagi-pagi ni.Aku keluar dulu.Cepat tau .” Aku sudah pun membawa keluar telekung aku.

“Eh kau dah ambik air sembahyang dah ke?” Soal Alia lagi sambil mengikat rambut panjang miliknya.

“Dah tadi.Cepat sikit .” Laung aku pada Alia yang sudah pun bergerak ke bilik air yang berada di tepi almari pakaian aku.

“Ok kejap.Bagi aku dua minit.” . Balas Alia pula sambil mengangkat dua jarinya.Sekali tengok dah rupa peace okeh.Peace Yaw..Dah kenapa aku ni dah terikut gaya AC Mizal dalam Maharaja Lawak Mega tu.Aku tersengih sendirian lalu memulas tombol pintu bilik lalu melangkah menuju ke ruangan solat berjemaah .

“SEDAPNYA bau mee goreng ibu ni.Perut Amani pun dah berbunyi-bunyi ni ibu.” Aku menerjah ke ruangan dapur sambil tersengih depan ibu aku.

“Memang sedap,bertuah punya anak dara bukan nak menolong Ibu dekat dapur ni .” Balas ibuku sambil mengelengkan kepala.Tangannya lincah memasukkan mee goreng yang telah dimasak ke dalam mangkuk besar dan  aku dengan selamba tersengih tanpa rasa bersalah.
“Ibu biar adik buatkan air la eh?” Ujar aku lagi sambil berjalan menuju ke arah ibu aku.
“Boleh sangat.Errmm pagi ni adik  buatkan milo panas je la.Abang dengan abah adik nak minum milo panas pagi ni.Lepas solat subuh tadi diaorang bagitahu dekat ibu .” Balas Ibuku panjang.Beruntung abah dapat ibu aku kan.

“Ok baik bos “. Aku mula bergerak ke cabinet lalu mengambil teko , milo dan juga susu pekat manis.

“Wow Ibu betul ke ni apa yang abang nampak ni?Adik buatkan air pagi ni?Adik mimpi apa semalam eh?” . Kedengaran satu suara di belakang aku.Siapa lagi pemilik suara tu kalau bukan abang aku yang sorang tu.Sengajalah nak perli aku.

“Eh air milo adik buat ni sedap tau.Lagi sedap dari kedai mamat dekat simpang sana haaa..”

“Iye ke?Entah-entah air milo adik rasa macam air teh o .” Ujar  abang aku sambil mengangkat kening.

“Kenapa air milo nak jadi air teh o pula?” Dengan lurus aku bertanya sambil berkerut dahi.
“Ye la mana tahu kot-kot adik dah tak kenal yang mana satu milo mana satu teh  .Adik kan memang  ‘rajin’ masuk dapur .” Kemain abang aku ketawa . Cis kurang asam punya abang.Memang nak kena dengan aku ni .

“Tak sayang mulut nampak.Karang orang lain makan mee abang makan pinggan kosong.” Aku mula menarik muka masam.Sengaja betul suka sangat menyakat aku.Sejak balik dari oversea ni asyik aku je kena buli dengan dia.Haip.Tahulah aku sorang je adik dia yang comel  sempat lagi aku  puji sendiri .Ahaks..

“Marah ke dik?Ala abang gurau je la .Janganlah merajuk.Adik merajuk muka adik macam ..macam nenek kebayan la”. Abang aku terusan ketawa.

“Korang berdua ni kalau tak bertekak sehari memang tak sah,Dah siap belum air milo tu adik.Abang panggilkan abah turun bawah sarapan.Haaa adik kawan adik si Alia mana?”  Ibu aku sudah bersuara .Terbantut niat aku nak kenakan abang aku balik.

“Ya Allah lupa pula Alia ada dekat atas.Tadi masa adik nak turun dia tengah mandi.Milo panas dah siap ni ibu , adik naik atas kejap nak panggil Alia turun sarapan.” Aku terus meletak dulang berisi teko milo panas dan juga beberapa biji cawan diatas meja .Dengan pantas juga aku melangkah menuju ke tingkat atas untuk memanggil Alia turun sarapan.Pukul sepuluh pagi nanti Maya akan datang ambik aku dan Alia dekat sini dan terus gerak ke Melaka.

“Alia kau dah siap belum?Jom sarapan pagi .” Sempat lagi mulut aku melaung sewaktu memanjat tangga menuju ke tingkat atas.

“Abah jom sarapan.Ibu dan siapkan sarapan pagi”. Kedengaran abang aku Amar memanggil abah yang sedang duduk di atas kerusi sambil membaca surat khabar sewaktu aku mendaki tangga selepas aku  menjerit memanggil nama Alia.

“ PIN PIN  “ Kedengaran bunyi hon di luar pagar rumah aku. Abang Amar menjenguk kearah tingkap melihat siapa gerangannya.Aku perhatikan gelagat abang aku dari jauh. Rasanya bunyi hon tu milik kereta Maya kot.

“Adik . kawan baik adik dah datang tu ?” Laung abang aku.Kemain laung macamlah aku jauh dari dia.Aku sembunyi di balik dinding kat tepi tangga tu je haaa.

“Alia cepatlah , Maya dah sampai ni.” Aku pula menjerit memanggil Alia .Bergegas Alia keluar dari bilik air dekat dapur mendengar Maya sudah terpacak di depan rumah aku.
“Jap weh.Kau ni Amani menjerit macam Pontianak la.Ni kalau ada jiran sebelah rumah kau nak masuk minang terus tak jadi dengar kau menjerit begitu rupa “. Alia nak mengusik akulah tu .

“Opppss kuat sangat ke aku jerit.Alahai kalau Mak Cik Som dengar aku jerit confirm dia reject aku.Dah la anak dia si abang Am tu handsome.”.Aku menutup mulut sambil tersengih kearah Alia.

“La ye ke?Apasal kau tak cakap.Jiran kau ada anak teruna handsome.Boleh aku ushar kot “. balas Alia lagi

“Amboi kemain.Dah-dah jom kita gerak.Karang masuk kereta jap lagi mahu si Maya tu membebel.Dia tu kan right on time “.

“Ok bos .Sekejap aku nak pergi salam dengan Ibu dan Abah kau.” Ujar Alia pula sewaktu menganggut beg baju yang akan dibawa ke Melaka

“Ok sekejap lagi aku menyusul kau.Aku nak ambik handphone aku jap “.

“Adik nanti kirim salam dekat Mak Long dan Pak Long ye? “ Pesan ibuku sewaktu aku bersalaman dengannya.

“Yelah nanti adik sampaikan dekat Mak Long .” Jawab aku sambil tersengih.Kemudian aku menghulurkan tangan kearah abah pula.

“Nanti sampai Melaka telefon “. Abah aku pula memesan .
“Yee nanti adik call abah “. Seterusnya aku menuju kearah abang aku pula.
“Jangan nakal-nakal pula dekat sana”. Giliran abang aku pula memesan
“Eh mana ada adik nakal.Adik budak baik la kan ibu “. Ujar aku sambil tersengih
“Baiklah sangat kan” . Agang aku menyampuk dengan tiba-tiba.

“Aduhh sakitnya.Suka sangat cubit pipi orang.Ibu tengok abang ni “. Aku mengadu pada Ibuku .

“Kamu berdua ni ada je nak bertekaknya “. Ujar Abahku pula.
“Budak berdua ni memang bang .Sama nakal “. Giliran ibuku pula menambah secukup rasa.

“Mak cik , Pak cik , abang Amar rasanya kitaorang gerak dulu la.Pergi dulu ye “. Balas Maya lalu menghulurkan tangan bersalam dengan ibu dan abah aku.Haaa jangan salam dengan abang aku sudah la..

“Ye la .Bawa kereta hati-hati ye “.
“Mak cik minta diri dulu “. Ujar Alia pula.Dia sudah siap bersalaman dengan Ibu dan Abah aku tadi.Kemain excited nak pergi Melaka.Aku pun kemain excited nak pergi jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah.

“ Assalamualaikum “.. Kedengaran seseorang memberi salam sewaktu aku ingin membuka pintu kereta.

“Waalaikumussalam “ Abah , Ibu dan juga abang Amar menjawab salam
“La Am rupanya.Dari mana ni ?” Soal Ibuku pula.

“Am baru balik dari airport ni . “
“Am kau baru balik fly dari mana?” Soal Abang Amar aku pula.Aku masih lagi berdiri kaku dengan pintu kereta terbuka.Maya dan Alia hanya memandang seribu kerutan di dahi.
“Amani cepatlah masuk.” Alia sudah membebel.

“Aku baru sampai dari Australia .” Jawab Abang Am sambil tersenyum .
“Syhhh   Sekejaplah.”

“Hai Amani.Nak kemana ni?” Soal Abang Am pada aku.Aku sudah tersengih.Abang aku dah mengecilkan kelopak matanya kearah aku.Saja nak usik aku .Mentang-mentang la dia tahu aku suka dekat abang Am ni.

“Amani nak pergi holiday dekat Melaka Abang Am “. Balas aku malu-malu.Sebenarnya kan aku memang suka dekat abang Am.Sebab dia baik macam abang aku juga tapi kalau abang aku ada sekali memang dia  berpakat untuk membuli aku.

“La ye ke.Tengah cuti eh.By the way Abang Am ada bawa ole-ole dari Australia .”
“Amani …kamu minta apa dengan abang Am kamu?” Soal Abahku pula.
“Erk Amani main-main je abang Am hari tu .” Aduhai habislah aku.Abah jangan marah .Masak aku kena syarahan nanti.

“Tak ada apa-apa Pak Cik.Memang Am nak hadiahkan pada Amani tanda terima kasih Am pada Amani sebab tolong tengokkan Mak Am masa mak demam hari tu.Am dah susahkan family Pak Cik.Bukan buah tangan untuk Amani saja yang Am bawa balik tapi untuk semua.” Dengan panjang lebar abang Am menerangkan pada Abah.

“Am kamu jangan ikut sangat karenah Amani ni.Botak kepala kau nanti dikerjakan si Amani ni.Tak payah la sampai beli ole-ole .Mak kamu tu kan jiran kami.” Luah Ibuku pula.Aku sudah menarik muka masam kearah Ibu.Abang aku sudah tergelak kecil bersebelahan dengan ibuku .

“Aah Am kalau kau ikut si Amani ni memang botaklah kepala kau tu.” Abang Amar menambah secukup rasa.Geramnya aku tengok.Rasa nak cubit-cubit je lengan Abang Amar.Sempat lagi aku hadiahkan satu jelingan kearah abang aku.

“Ala Mak cik , Amar  bukan hadiah mahal pun.Biasa-biasa saja .” Balas Abang Am lagi sambil tersenyum manis.

“Ye la Am tapi  tak pasal-pasal pula menyusahkan kamu .” Luah Abah pula sambil menggeleng kearah aku.Aku pula hanya menunduk sahaja.

“Tak ada susahnya Pak Cik. “
“Errmmm Amani gerak dulu la., nanti lambat sampai .” Aku baru berkira-kira memasukkan kaki kanan aku ke dalam kereta.Aku duduk seat depan bersebelahan pemandu manakala Alia pula duduk di belakang.

“Ye la hati-hati Maya bawa kereta.Nanti sampai sana adik call Ibu.Ingat tu “. Balas Ibuku pula.

“Ye la ibu.Nanti adik call eh “.
“Amani nanti hadiah tu abang Am bagi selepas Amani balik dari holiday eh .”  Laung Abang Am pula.

“Ok nanti Amani balik Amani tuntut hadiah  tu nanti .” Aku tersengih sambil membuat gaya peace kearah Abang Am.

“Gerak dulu.Assalamualaikum .” Selepas itu aku terus menarik pintu kereta .Maya pula sudah bersedia untuk memandu kereta proton Preve miliknya.

“HUYOOO handsome wooo.Siapa lelaki yang tinggi lampai tu tadi ?” Soal Alia pula.Aku dah agak dah memang si Alia akan bertanyakan soalan ni.

“Aah la Amani.Siapa gerangan lelaki yang bercakap dengan kau tu tadi .” Giliran Maya pula bertanyakan pada aku sewaktu kereta kami berhenti di traffic light.

“Haaaa kalau korang berdua nak tahu yang tadi tu la Abang Am.” Aku sudah tersengih.
“Hah Abang Am?” Soal member aku berdua tu serentak.

“Ye la Abang Am.Nama penuh dia Armshaheezed Idham.Handsome kan .”
“Perh nama pun kemain lagi.Oh jadinya Abang Am tadi tu anak Mak Som yang kau cakap tu eh ?” Soal Alia pula.

“Pandai pun kau Alia”. Aku sudah tersengih .
“Umur dia berapa Amani?” Soal Maya pula 
“Umur dia kalau tak silap aku dalam dua puluh tujuh tahun kot.”
“Dah ada awek belum?Kalau tak ada aku nak cucuk jarum ni”. Ujar Ali sambil tersengih.
“Itu aku tak pasti .Tapi aku pun minat juga dekat abang Am tu.Handsome dan baik.“ Ujar aku sambil berangan masa depan la kononya.

“Korang berdua jangan nak berebut pula ye.Karang tak pasal-pasal kawan baik jadi musuh.” Balas Maya pula.

“Haish kau ni ke situ pula.Tak adanya sampai nak gaduh-gaduh.Aku memang la minat dia tapi tak ada la sampai feeling habis “

“Betul-betul.Aku setuju.Tapi apa salahnya kan kalau kita minat .Mana tau kot-kot kita bermadu ke Amani “. Alia sudah ketawa besar.Kemain lagi .

“Amboi tak sayang mulut nampak.Kau nak ke bermadu ?” Soal aku pula.
“Ok apa bermadu dengan kau.Confirm tak akan gaduh punya.”

“Kau jangan cakap tu ibarat doa tahu.Dibuatnya betul-betul jadi macam mana?sanggup?” Aku menyoal lagi

“Ala kau ni Amani aku gurau je la .Kalau tak dapat jadi madu jadi kakak ipar pun boleh juga.” Bidas Alia selamber sambil tersengih.

“Ohh ada hati dekat Abang Amar eh Alia?” Soal Maya sambil tersengih.
“Oooppss terlepas cakap pula.Malunya.” Alia menutup mulutnya.Aku dan Maya sudah tergelak.

“Maya , kalau nak tahu cik Alia kita ni memang syok dekat abang aku tuh haaa..” Aku mula mengusik Alia. Sempat lagi Alia menepuk bahu aku.

“ Ala aku suka-suka macam tu je.Tak ada la sampai feeling habis “. Balas Alia sambil mencebik bibirnya kearah aku,

“Hai macam kenal je ayat tu.Kau kenakan aku ke Alia?” Aku sudah ketawa.Alia dan Maya juga ketawa.

“Korang nanti berhenti la dekat petronas ke, R&R ke? Aku nak beli jajan.Rasa lapar pula perut aku ni.”

“Hai tadi dah makan dekat rumah aku lapar lagi ke cik Alia?” Soal aku lagi.
“Bukan lapar tapi mulut ni haaa yang terasa nak makan.Berjangkit dengan kau la ni.Asyik nak makan je .” Bidas Alia sambil tersengih.

“Tu nama seleramu seleraku jua .” Aku sudah tergelak kecil.Memang pun sejak Alia jadi kawan rapat dengan aku selera dia pun dah ikut rentak aku.Time perut lapar makan.Tak ada maknanya aku nak berdiet ni.Diet apa kebenda kalau badan kerding macam lidi.
“Ok nanti aku berhenti dekat petronas nanti.Mulut aku pun rasa nak makan juga ni ” Balas Maya pula sambil tersengih.Aku dah agak dah seleraku seleramu jua.Ahaks..

 SaLaM KasiH