Jumat, 04 Januari 2013

Busy And Busy.. - Ayas Liaa Min

Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat untuk Lia ucapkan Selamat Tahun Baru kan? Tahun ini, Lia telah menjejakkan kaki ke sekolah baru, iaitu SMK Sultan Badlishah. Kini Lia sudah pun berada di Form 1.. Dan Lia sekolah petang! Jadi Lia busylah.. Bangun pagi lepas tu pakai baju, around pukul 11 dah pergi sekolah sebab Lia kan pergi sekolah dengan van so lagi awallah. Balik, sampai rumah dah pukul 7 malam. Layan Setia Hujung Nyawa lagi.. Lepas makan malam, buat kerja sekolah yang kaang-kadang Lia pun tak faham apa jenis soalan yang cikgu bagi ni! So, hari Lia memenatkan dan Lia sangat busy. Tambahan pula, Lia kena siapkan novel Hana Syafika. Novel itu, rasa-rasanya Lia nak tukar namalah tapi lain kali baru Lia fikir.. So, cerpen-cerpen Lia mungkin lambat update. Lia minta maaf sangat-sangat k? Doakan Lia dapat bahagikan masa dengan novel dan belajar k?

Ops! Terlupa pula.. Jangan lupa baca cerpen terbaru dari Lia, I Hate You.. But.. I Love You... Juga cerpen terbaru dari Ayiz Jus Oren Vs Air Kelapa
 
 
Sincerely by..
 
Ayas Liaa Min