Kamis, 13 Desember 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 11

BAB 11
 
“KAU apa cer sekarang?” tanya Akif sambil memandang ke arah Daiyan.

“Entahlah, mak aku suruh aku kahwin!” luah Daiyan.

“Habis tu? Kahwin je la! Girls berlungguk nak kahwin dengan kau! Pilihlah satu,” selamba je Akif berkata.

“Aku dah tersangkut kat seseorang,” luah Daiyan berserta senyuman hambar di bibir.

“So? Pinang je lah,” kata Akif lagi. Daiyan memandang Akif.

“Susah. Kena cari dia dulu,” Akif  hampir terjatuh mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Daiyan.

“Kau kan kaya, arahlah penyiasat suruh cari perempuan tu, anyway,apa nama perempuan tu?” Akif menjongketkan keningnya.

“Nisrina, Farisah Nisrina binti Malik,” ujar Daiyan.

“Woa! Lamanya kau tunggu dia,” luah Akif tidak percaya. Daiyan mengangkat bahu.

“Entah, bila dia tiada, aku rasa hidup aku ni kosong sangat. Apa-apa yang aku buat, of course aku akan nampak muka dia, cara dia bercakap, cara dia bergerak, hmm..” Akif melayang-layangkan tangannya ke muka Daiyan yang sedang mabuk cinta itu.

“Parah! Ni kanser jiwa tahap 10 dah ni! Kena cari penawar cepat!” Akif menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“ANNA! Daddy nak kamu kerja di syarikat daddy, daddy tak ada anak lain, hanya kamu dan abang kamu ja, sekarang abang kamu hilang entah ke mana, kot-kot dah terpikat dengan minah jepun sana kot?” luah Tan Sri Mansur.

“Yelah, daddy. Terpaksalah anak daddy yang cute ni kena kerja bagi pihak abangnya,” Ariana buat muka sedih. Puan Sri Sukainah hampir tergelak dengan anak bongsunya. Tak pernah serius. Main-main je kerjanya.

“Hah! Kamu lihat lah Su, orang cakap main-main, orang cakap main-main. Hey! Ikut siapa lah budak ni?” luah Tan Sri Mansur.

“Ikut ayahnyalah, kan Ann?” Puan Sri Sukainah mengenyitkan mata kepada anak bongsunya itu.

“Hehe,” Ariana menggaru-garu kepalanya.

 

“CARL, papa dengan mama nak keluar ni!” jerit Tengku Helmi. Anaknya memang pekak!  ‘Orang terjerit-jerit dari tadi. Dia boleh tak keluar dari bilik dia! Putus cinta ke apa budak ni? Ish! Lebih baik aku pergi dulu, lagi bagus!’ kata Tengku Helmi dalam hati.

Dia terus masuk ke dalam kereta.

“Carl tak keluar ka?” tanya Tengku Sofiah.

“Tak,” balas Tengku Helmi bersahaja.

“Awak ni! Betul ka kita nak jodohkan anak kita dengan budak tu? Saya lebih suka Eryna,” rungut Tengku Sofiah.

“Dan saya lebih suka budak tu! Saya bencikan Eryna! Pakai baju macam tak ada kain! Harap je orang kaya tapi nak beli baju pun tak cukup duit!” kutuk Tengku Helmi. Bibir Tengku Sofiah makin memuncung.

 

HAIKAL termenung sendirian di dalam biliknya. Umur baru 26 tahun. Tapi, kena paksa kahwin macam orang dah jadi bujang terlajak tu! Hailah nasib..

            ‘Siapa eh? Yang akan jadi pilihan mama dengan papa? Memanglah anak kawan papa. Tapi yang aku curious ni. Budak ni tak laku ke? Sampai nak dijodohkan. Entah-entah dah berpangkat andalusia pa? Tak mahulah aku! Aku muda lagi tapi dia dah tua bangka! Simpang malaikat 44!’ monolog Haikal di dalam hati.

 

“MOMMY! Daddy! Apa lagi ni?! Tak cukup dengan serahkan syarikat tu dekat Ann! Sekarang Daddy suruh Ann kahwin! Ann baru je urus syarikat tu! Now! Daddy nak Ann kahwin? With who? Ann tak ada calon! Ann tak pernah bercinta!” protes Ariana.

“Baguslah Ann tak pernah bercinta lagi senang Ann nak jatuh cinta dengan lelaki tu. He is such a hansome boy,” provoke Puan Sri Sukainah.

What?! Mommy pleaselah! Ann tak nak kahwin!” Ariana masih menunjukkan protesnya.

“Ariana Yusrina! Kalau kamu tak nak kahwin dengan dia! Daddy tak akan benarkan kamu pijak kaki di rumah ini lagi!” Tan Sri Mansur mula mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan perintah itu tidak boleh dimungkiri.

“Daddy!!! What the..? Ah!” Ariana makin serabut. Perintah Tan Sri Mansur tidak boleh  dimungkiri. Tapi, dia masih baru habis pengajian. Dia baru berusia 23 tahun. It’s too young to get married!

Then, what’s your choice, Ariana!” tegas kata-kata yang keluar dari bibir Tan Sri Mansur.

Give me time,” Ariana mengorak langkah ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Papp! Bunyi pintu dihempas.

Tan Sri Mansur dan Puan Sri Sukainah menggelengkan kepalanya dengan perangai anak bongsunya itu.

“Abang tak rasa kejam sangat ke kalau jika dia tak nak kahwin, abang takkan bagi dia jejakkan kaki di rumah ni,” luah Puan Sri Sukainah.

“Eleh, apa susahnya jumpalah kita kat luar,” selamba je ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Mansur. Puan Sri Sukainah hampir tertawa. Rupa-rupanya dalam tegas berperikemanusiaan juga suami Puan Sri Sukainah ni!

“Betul! Betul! Abang memang bijaklah,” Puan Sri Sukainah memuji-muji kepintaran suaminya.

Well! Tengok oranglah,” Tan Sri Mansur mengangkat keningnya. Puan Sri Sukainah terus mengambil bantal lalu dilemparkan ke muka Tan Sri Mansur. Padan muka! Berlagak sangat!

 

“HAIKAL!” panggil Tengku Helmi dari tingkat bawah.

            “Yes, papa!” balas Haikal.

            “Turun bawah sebentar,” ujar Tengku Helmi. Haikal segera turun lalu duduk di atas sebuah sofa.

            “Apa pa?” ujar Haikal selamba.

            “Ni gambar dia. Papa nak kamu kahwin dengan perempuan ni,” ujar Tengku Helmi. Haikal mengambil gambar-gambar itu.

            Dia membuntangkan matanya apabila melihat gambar perempuan yang selama ini dimusuhi olehnya.

            No, pa.. You must be kidding right? I don’t want to marry her pa! She’s my enemy pa. Kita orang tak mampu hidup bersama, pa!” ujar Haikal. Dia menggelengkan kepalanya.

            “Sayangnya, you need to marry her. Dia gadis yang sangat baik, Carl. Papa percaya. Selepas kahwin ini, dia akan melayan kamu dengan baik. Kamu berdua akan hidup bahagia. Papa percaya itu,” ujar Tengku Helmi.

            “Pa..”

            I don’t want to hear anymore excuse from you Haikal. My decision is final!” ujar Tengku Helmi. Haikal melepaskan keluhannya. Jika hitam cakap papanya, maka hitam lah jawabnya. Kalau putih katanya, maka putih jugalah jawabnya. Tak boleh diajak berbincang lansung!

 

“WHAT?! Papa kau suruh kahwin dengan si Ariana tu! Dasyhat! Rupa-rupanya kita punya gurauan dulu akan menjadi kenyataanlah!” Akif berkata girang sambil menjongketkan keningnya.

“Kau tau tak! Aku tengah tension sekarang ni! Jangan sampai aku halau kau keluar dari pejabat aku!” tegas dan kasar ayat yang keluar dari bibir Haikal.

“Relaxlah Haikal! Kita orang gurau je! Tu pun nak ambil kisah ke?” segera Daiyan menenangkan sahabatnya yang dikenali sejak di sekolah menengah  lagi.

“Yelah! Aku tengah tension sekarang ni! Kau orang buat lawak Hawaii pulak dah!” getus Haikal.

“Aku rasa kau umpama penyelamat akulah, Haikal,” tiba-tiba Daiyan bersandar di kerusi dan membuat suara ala-ala orang yang sedang berfikir.

“Ya Allah! Apa pasal pulak kau ni?! Tiba-tiba je jadi sentimental!” Haikal menguis bahu kawannya itu.

“Hati dia kena curi, Carl,” selamba je Ikram menuturkannya.

“Sorry, aku tak sangka dalam badan kau dah tak ada hati, sorryek,” selamba je Haikal menuturkannya dan menepuk-nepuk bahu Daiyan.

“Oit! Sesedap hati kau orang je kata aku tak ada hati, kalau aku tak ada hati dah lama aku mati tau tak?” Daiyan menguatkan suaranya, geram dengan sahabatnya  yang asyik main-main.

“Dia yang kata hati kau kena curi,”kata Haikal lalu menunjukkan ke arah Ikram. Ikram hanya membuat muka selamba sambil bermain telefonnya.

“Dah kau mabuk cinta, aku cakaplah hati kau kena curi ngan Nisrina,” selamba je Ikram menuturkannya.

“Siapa yang beritahu kau?! Akifff!!!” jerit Daiyan. Matanya mencerlung ke arah Akif.

“Alamak aku pecut dulu la wei!! Singa dah mengamuk!! Aaa!!”Akif terus berlari keluar. Daiyan mengejarnya.

“Macam budak-budak,” Ikram menuturkannya tanpa ada reaksi di mukanya.

“Nak buat camna, redha je lah,” kata Haikal lalu memandang ke arah pintu.