Rabu, 19 Desember 2012

Cerpen : Takdir Adam Aufa




            “Hari ini saya ingin memperkenalkan seorang gadis yang baru sahaja berpindah ke sekolah ini dan akan belajar di kelas yang sama dengan kalian. Aufa, masuklah!” arah Puan Azizah.

            Aufa yang berdiri di tepi kelas berlalu masuk ke dalam kelas 3 A 10. Para pelajar kelas 3 A 10 tergamam tatkala melihat wajah Aufa yang seiras dengan salah seorang rakan yang juga belajar di kelas mereka.

             “Wei,muka student baru tu sama dengan kau la! Serupa! Sebiji!” ujar rakan gadis yang seiras dengan Aufa.

            “Cuba kau pandang muka budak perempuan itu betul-betul. Betul ke wajah dia seiras dengan aku?” tanya gadis itu.

            “Ha’ah la. Mata dia warna hijau. Cantik!” puji rakan gadis tersebut.

            Gadis itu hanya tersenyum sinis.

            ‘Kenapa kau datang belajar di sini Aufa? Adakah kehadiran kau di sini disebabkan jejaka tersebut iaitu jejaka idaman aku?’ hati gadis tersebut berkata-kata.

            Para pelajar di dalam kelas 3 A 10 mula berbisik-bisik sesama sendiri

“Aufa, perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan.” arah Puan Azizah.

“Hai, semua! Nama saya Nur Izz Aufa Raihanah. Sebelum ini saya belajar di Venus Private School.Sekarang ini saya akan belajar bersama kalian di SMK Sultan Badlishah ini. Saya harap korang boleh beri tunjuk ajar kepada saya.” ujar Aufa lalu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.

“Wei, nama dia nak sama dengan kau la! Wajah pun sama! Kembar kau ek? Nama kau Nur Izz Marissa Batrisya. Nama dia Nur Izz Aufa Raihanah. Kau dan dia ada pangkal nama yang sama.” tanya rakan gadis yang seiras dengan Aufa.

“Memang nama aku dan dia seakan-akan sama. Tetapi, nama aku dan dia jauh berbeza. Pangkal nama tidak membuktikan bahawa dia dan aku adalah kembar.” ujar gadis yang seiras dengan Aufa, Nur Izz Marissa Batrisya.

“Tetapi, wajah dia sudah membuktikan segala-galanya.” ujar rakan Marissa, Aqira.

Marissa yang mendengar ayat yang baru sahaja diungkapkan oleh rakannya hanya tersenyum sinis.

Aqira ialah satu-satunya orang yang yang ingin berkawan dengan Nur Izz Marissa Batrisya yang sememangnya terkenal oleh sifat kesombongannya.

“Ada apa-apa soalan yang hendak ditanyakan kepada Aufa?” tanya Puan Azizah kepada para pelajar kelas 3 A 10.

“Ada, cikgu!” hampir seluruh pelajar kelas 3 A 10 menjawab pertanyaan Puan Azizah.

“Aufa, kamu tak kisah sekiranya mereka menanyakan soalan-soalan?” tanya Puan Azizah kepada Aufa.

“Saya tak kisah, cikgu.” jawab Aufa sambil tersenyum manis.

Nur Izz Aufa Raihanah dan Nur Izz Marissa Batrisya amat jauh perwatakan mereka. Aufa sering melemparkan senyuman yang manis kepada semua orang yang berada di sampingnya manakala Marissa lebih gemar melemparkan senyuman yang sinis.

“Ok, kalian boleh tanya soalan-soalan kepada Aufa.” ujar Puan Azizah kepada para pelajar di dalam kelas 3 A 10.

“Aufa, wajah awak seiras dengan Marissa. Awak kembar dia ek?” para pelajar mula menanyakan soalan kepada Aufa.

“Aufa, nama ayah awak apa?”

“Aufa, kenapa awak pindah sekolah? Sekolah awak kan private school. Semua orang nak bersekolah kat private school. Tetapi kenapa awak pindah?”

“Aufa, awak mesti anak orang kaya en?”

“Aufa, kenapa mata awak  warna hijau? Awak kacukan apa?” para pelajar berterusan menanyakan soalan kepada Aufa sehingga menyebabkan Aufa tidak berkesempatan untuk menjawab soalan mereka.

Aufa hanya tersenyum manis lalu menjawab soalan mereka.

“Wajah saya sememangnya seiras dengan Marissa. Kalau awak nak tahu jawapan bagi soalan itu, awak tanya Marissa. Nama penuh saya Nur Izz Aufa Raihanah binti Afi Iskandar. Saya rasa nama ayah saya telah menjawab separuh daripada soalan awak. Saya berpindah ke sekolah ini atas arahan ibu saya. Saya hanya mengikut arahan ibu saya. Jawapan bagi soalan nombor empat, sekiranya awak lihat saya seperti orang kaya, itulah diri saya. Sekiranya awak lihat saya seperti orang miskin, itulah diri saya. Kenapa mata saya warna hijau? Jawapannya ialah mata mama saya warna hijau. Mama saya kacukan Melayu-Belanda. Bagaimana mata mama saya berwarna hijau? Jangan tanya saya. Tetapi tanyalah Allah SWT.” jawab Aufa sambil tersenyum manis.

“Ok, sesi tanya soalan sudah tamat. Sekarang kita sambung belajar. Aufa, awak boleh duduk di belakang Marissa.” arah Puan Azizah.

“Alah, cikgu.” para pelajar mengeluh.

Aufa bergerak ke tempat yang disediakan untuknya iaitu di belakang Marissa. Tempat itu sememangnya kosong. Tiada orang yang duduk di sebelahnya. Hanya dirinya seorang.

Para pelajar meneruskan pembelajaran seperti hari-hari sebelum ini.

Sementara itu di kelas 5 SC 3 juga menerima seorang pelajar baharu. Pelajar lelaki yang akan menjadi idaman semua pelajar di SMK Sultan Badlishah kerana wajahnya yang sememangnya tampan. Badannya juga tegap. Bibirnya merah menandakan bahawa jejaka tersebut tidak pernah merokok. Hanya sekali pandang wajahnya, semua gadis akan jatuh cinta akan jejaka tersebut. Namun demikian, wajahnya yang tampan masih lagi tidak mampu untuk menandingi dua orang lagi jejaka idaman para gadis SMK Sultan Badlishah.

Dua orang jejaka tersebut tidak pandang wajah pelajar baru tersebut. Mereka melakukan kerja sendiri kerana mereka tidak mahu mengambil tahu perihal pelajar baru tersebut. Salah seorang daripada mereka hanya memejamkan mata seolah-olah menghayati keindahan alam semula jadi sambil minum air manakala jejaka yang lagi satu hanya memandang ke arah luar kelas 5 SC 3.

Pelajar lelaki yang baru sahaja berpindah ke sekolah tersebut memperkenalkan dirinya.

“Hai, semua. Nama saya Muhammad Farhan Amsyar. Sila beri tunjuk ajar kepada saya.” ujar Farhan tanpa perasaan lalu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat .

Jejaka yang sedang memejamkan matanya sambil minum air lantas tersembur air tersebut. Dia menjegilkan matanya kerana terkejut oleh kehadiran Muhammad Farhan Amsyar.

Jejaka yang memandang ke arah luar kelas tersebut iaitu Adam Aiman Aryan lantas memandang tanpa perasaan kepada jejaka yang baru sahaja tersembur air.

Para pelajar kelas 5 SC 3 mentertawakan Muhammad Izz Arfan Asyraf, jejaka yang baru sahaja tersembur air. Namun demikian, Arfan tidak mengambil peduli bahawa dirinya telah ditertawakan. Dalam fikirannya hanya berfikir,

‘Kenapa dia datang sini?’

Setelah Farhan mengambil tempat di tempat yang disediakan untuknya, mereka meneruskan pembelajaran mereka seperti hari-hari sebelum ini.

Arfan hanya memandang Farhan buat seketika sebelum menruskan pembelajaran.

“ Adam, Arfan, datang ke sini sekejap.” arah Encik Arif, guru yang mengajar mereka bagi subjek sekarang.

“Kalian pergi ke setiap kelas dan baca pengumuman yang saya tulis di atas kertas ini.” arah Encik Arif kepada Arfan dan Adam.

“Baik, cikgu. Kami keluar dulu.” ujar Arfan lalu mereka berdua berlalu pergi. Memang ini sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai pengawas di sekolah ini.

Mereka bergerak ke kelas 3 A 10, kelas terakhir untuk memberi pengumuman tersebut. Kelas 3 A10 sememangnya kelas terakhir bagi sesi pagi. Para pelajar tingkatan dua dan satu belajar di sesi petang.

SMK Sultan Badlishah mempunyai dua sesi. Sesi pagi untuk para pelajar berusia 15 tahun hingga 19 tahun, manakala sesi petang untuk pelajar berusia 13 tahun dan 14 tahun. SMK Sultan Badlishah hanya menerima pelajar yang mendapat 5 A dalam UPSR bagi kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India akan diterima belajar di sekolah tersebut sekiranya mendapat 7 A dalam UPSR.

“Assalamualaikum, cikgu. Saya ingin memberi pengumuman kepada para pelajar.” ujar Adam.

Puan Azizah hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

Nur Izz Aufa Raihanah lantas memandang Adam Aiman Aryan. Aufa terpaku melihat wajah Adam yang sememangnya amat tampan. Badannya juga tegap. Kulit Adam yang putih menambahkan lagi ketampanannya. Bibirnya juga berwana merah tanda tidak merokok.

‘Handsomenya!’ puji Aufa tetapi di dalam hati.

Nur Izz Marissa Batrisya yang merasakan bahawa Aufa sedang memandang wajah Adam lantas memandang Aufa. Marissa hanya tersenyum sinis.

‘Aku memang dah agak! Kau mesti datang ke sini disebabkan dia!’ Marissa bermonolog di dalam hatinya.

Muhammad Izz Arfan Asyraf yang terpandang wajah Aufa lantas terkejut.

‘Dia pun datang?! Kenapa pula diorang berpindah ke sini?’ tanya Arfan tetapi pertanyaannya hanya di dalam hati.

Adam Aiman Aryan yang terpandang wajah Aufa lantas terpaku.

‘Cantiknya!’ desis Adam di dalam hati.

Namun demikian, Adam tetap memberi pengumuman. Dia tidak mahu pelajar-pelajar lain sedar bahawa dirinya terlalu ralit memerhatikan wajah Aufa yang begitu cantik.

Wajah Aufa lebih cantik berbanding Marissa walaupun wajah mereka seiras. Bola mata Aufa yang berwarna hijau telah menyerlahkan lagi kecantikkannya.

“Perjumpaan kelab bagi semua kelab pada petang ini dibatalkan. Terima kasih, cikgu.” ujar Adam lantas berlalu pergi bersama Arfan. Namun demikian, dia masih sempat lagi mencuri pandang wajah Aufa.

            Loceng sekolah berbunyi sebaik sahaja Adam dan Arfan berlalu pergi menandakan sekarang ini masa rehat.

            Marissa dan rakannya, Aqira bangun daripada tempat duduk mereka untuk keluar daripada kelas. Marissa masih sempat berbisik di telinga Aufa.

            “Kau tunggu aku selepas waktu balik di dalam kelas. Aku ada benda nak tanya dengan kau.” bisik Marissa lantas berlalu pergi.

            Aufa hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

            Seperti yang dijanjikan, Aufa menunggu Marissa selepas waktu balik di dalam kelas. Pelajar-pelajar lain telah berlalu keluar daripada kelas. Hanya Aufa, Marissa dan Aqira sahaja yang berada di dalam kelas.

            “Kau balik dulu. Aku balik lambat.” ujar Marissa kepada Aqira. Aufa hanya berdiam diri di tempat duduknya.

            “Mesti kau pergi dating dengan Adam kan? Sebab tu la kau balik lambat. Betul tak?” tanya Aqira.

            “Aku pun ada kerja lain la selain pergi dating. Kau ingat kerja aku dating je ke? Pergi balik.”

            “Amboi, halau! Jelas sangat la kau memang tak sabar nak pergi dating dengan salah satu jejaka idaman para pelajar perempuan. Ok, aku pergi dulu. Selamat berdating.” ujar Aqira lantas berlalu keluar daripada kelas.

            Aufa hanya mendengar sahaja.

            Marissa bergerak ke tepi Aufa yang sedang duduk di tempat duduknya.

            “Kenapa kau datang sini?” tanya Marissa dengan kasar.

            “Kan baby dah cakap, baby datang ke sekolah ini atas arahan ibu.” jelas Aufa sambil menundukkan kepalanya. Aufa amat takut akan kakaknya itu. Walaupun mereka kembar, tetapi kakaknya amat benci akan dirinya. Dia tidak tahu mengapa kakaknya tidak suka akan dirinya.

            “Baby? Huh!” Marissa amat menyampah akan adiknya itu. Dia amat benci adiknya atas sebab tertentu.

            “Mesti kau datang ke sini sebab dia kan? Jejaka yang telah lama aku menaruh hati kepadanya. Tak payah la kau libatkan ibu kau ataupun mama aku.” ujar Marissa dengan begitu kasar sekali.

            “Jejaka? Siapa jejaka tu kak? Baby datang ke sini atas arahan ibu. Baby tak ada maksud lain.” terang Aufa sambil memandang mata Marissa menandakan dia tidak berbohong.

            “Kau pura-pura tak kenal dia pula. Aku tak percaya cakap kau la! Lagi satu, adik aku hanya ada seorang je. Nama adik aku Muhammad Izz Aniq Rayyan. Bagi aku, kau hanyalah orang asing. Tidak ada kena mengena dengan aku walaupun wajah kita seiras. Kembar aku hanya ada satu iaitu Muhammad Izz Aniq Rayyan.” ujar Marissa lantas berlalu pergi.

            Aufa menitiskan air matanya.

            ‘Kenapa akak bencikan baby? Kenapa akak tak anggap baby, adik akak? Apa salah baby kepada akak sehingga akak begitu bencikan baby?’ Aufa bermonolog di dalam hati sambil menangis.

            Semua ahli keluarga Aufa menggelar Aufa dengan panggilan ‘baby’ kerana dia merupakan anak bongsu dalam keluarga kandungnya. Aufa mempunyai dua lagi kembar. Mereka merupakan kembar tiga. Aufa dan Marissa seiras manakala seorang lagi kembar mereka tidak seiras. Nur Izz Aufa Raihanah dilahirkan selepas abangnya, Muhammad Izz Aniq Rayyan. Muhammad Izz Aniq Rayyan dilahirkan selepas kakaknya, Nur Izz Marissa Batrisya. Mereka mempunyai seorang lagi abang yang bernama Muhammad Izz Arfan Asyraf.

            Muhammad Izz Arfan Asyraf dan Nur Izz Aufa Raihanah telah diberikan oleh keluarga kandung mereka kepada keluarga angkat mereka. Mereka telah dibesarkan oleh pasangan suami isteri yang bernama Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah dan Puan Sri Siti Nur Aliah. Puan Sri Siti Nur Aliah yang telah menyusukan mereka berdua. Ibu dan ayah kandung mereka bernama Tan Sri Afi Iskandar dan Puan Sri Nur Adni Keisha.

            Arfan dan Aufa diserahkan kepada pasangan suami isteri tersebut atas sebab tertentu walaupun Tan Sri Afi Iskandar dan Puan Sri Nur Adni Keisha amat berat untuk melepaskan cahaya mata mereka.

            Pada zaman atuk Arfan dan Aufa, atuk mereka telah melakukan kesalahan yang amat besar kepada keluarga Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah. Atuk mereka telah membunuh seorang anak ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah, iaitu kakak sulung Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah yang pada masa itu hanyalah seorang bayi kecil yang comel.

            Atuk Arfan dan Aufa mengambil tindakan untuk membunuh bayi tersebut kerana cemburu akan ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah. Ayah Tan Sri Dzaki Rizqullah telah mengahwini dengan seorang gadis yang amat cantik yang menjadi idaman para lelaki di Malaysia.

Atuk Arfan dan Aufa amat mencintai gadis tersebut dan ingin mengahwini gadis tersebut. Namun demikian, ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah telah meminang gadis tersebut untuk dijadikan isterinya. Tambahan pula, atuk Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah tidak berkenan untuk mengambil atuk Arfan dan Aufa lantas atuk Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah menolak pinangan kedua untuk anaknya daripada atuk Arfan dan Aufa mentah-mentah.

Akibat daripada penolakan tersebut telah menghasilkan satu perasaan benci dalam diri atuk Arfan dan Aufa lantas mengambil keputusan yang mengikut nafsunya dengan membunuh anak sulung ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah iaitu kakak sulung Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah. Akan tetapi, ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Setelah beberapa tahun kemudian, atuk Arfan dan Aufa amat menyesal akan tindakannya lantas mengambil keputusan untuk meminta maaf. Ayah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah sanggup memaafkannya dengan satu syarat. Dia mahukan dua orang cucu atuk Arfan dan Aufa sebagai galang ganti bagi anaknya yang telah dibunuh oleh atuk Arfan dan Aufa. Namun demikian, ibu bapa bagi cucu atuk Arfan dan Aufa masih boleh bertemu dengan mereka. Akan tetapi, mereka tidak boleh membesarkan dan menyusukan anak-anak tersebut.

Setelah atuk Arfan dan Aufa berbincang dengan keluarganya, atuk Arfan dan Aufa bersetuju. Bagi mereka, kemaafan itu amat penting untuk menjalani kehidupan di akhirat.

Oleh sebab itu, Muhammad Izz Arfan Asyraf dan Nur Izz Aufa Raihanah diserahkan kepada Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah dan Puan Sri Siti Nur Aliah. Pasangan tersebut membesarkan Arfan dan Aufa dengan penuh kasih sayang dan kasih sayang mereka kepada Arfan dan Aufa sama seperti kasih sayang mereka kepada tiga orang lagi anak mereka iaitu Muhammad Farhan Amsyar, Nur Filzah Arshiya dan Muhammad Faiq Amsyar.

Muhammad Farhan Amsyar lahir pada hari yang sama dengan Muhammad Izz Arfan Asyraf, namun Arfan lebih tua daripada Farhan. Arfan merupakan anak sulung bagi keluarga Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah. Nur Izz Aufa Raihanah yang kini berusia 15 tahun merupakan anak ketiga bagi pasangan tersebut. Anak keempat mereka, Nur Filzah Arshiya yang berusia 13 tahun. Anak bongsu mereka berusia 9 tahun dan diberi nama Muhammad Faiq Amsyar.

Kedua-dua buah keluarga tersebut tahu akan sejarah silam keluarga mereka, namun kasih sayang keluarga angkat Arfan dan Aufa tidak pernah kurang. Farhan, Filzah dan Faiq amat menyayangi Arfan dan Aufa seperti adik beradik kandung  walaupun mereka bukanlah adik beradik kandung. Mereka amat akrab antara satu sama lain.

Ibu dan ayah kandung Arfan dan Aufa juga amat menyayangi mereka. Ibu dan ayah kandung mereka pasti akan datang ke rumah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah untuk bertemu dengan anaknya sekiranya mereka mempunyai masa senggang.

Tan Sri Afi Iskandar dan Puan Sri Nur Adni Keisha mempunyai syarikat yang harus mereka uruskan bersama kerana syarikat itu membuka pasar raya besar dan hotel di Malaysia dan juga di luar negara yang diberi nama The Lucky Star Holding. Tan Sri Afi Iskandar menguruskan pasar raya manakala isterinya pula menguruskan hotel.

Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah pula mempunyai syarikat pembinaan yang diberi nama AF Holding yang begitu terkenal di Malaysia malah di luar negara juga. Puan Sri Siti Nur Aliah seorang suri rumahtangga.

Hanya satu sahaja yang menjadi pertanyaan kepada Aufa, Nur Izz Marissa Batrisya begitu benci akan Aufa sedangkan mereka merupakan adik beradik kandung. Aufa pernah menanyakan soalan tersebut kepada Marissa, namun Marissa tidak pernah menjawab pertanyaan tersebut. Muhammad Izz Aniq Rayyan juga tidak suka akan Arfan dan Aufa. Aufa begitu bingung apabila memikirkan sebab abang dan kakaknya benci akan dirinya dan abang sulungnya. Sememangnya istilah carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum tidak sesuai dengan hubungan kekeluargaan mereka. Hubungan mereka seolah-olah tidak akan pernah baik walaupun kebanyakan pepatah melayu menyatakan bahawa air yang dicincang tidak akan putus.

Aufa segera menyapu air mata yang berlinangan di pipinya. Aufa berlalu keluar daripada kelasnya.

Aufa berjalan di laluan pejalan kaki. Namun demikian, matanya sempat melihat seorang jejaka yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di tepi padang sambil mendongakkan kepalanya untuk melihat langit yang kebiruan.

Aufa segera berhenti berjalan lantas memandang jejaka tersebut.

‘Eh? Lelaki tu kan yang datang ke kelas aku tadi. Apa yang dia lihat kat atas ye? Hanya langit yang kebiruan sahaja yang ada di atas. Kenapa mata dia sarat dengan kesedihan ye? Apa yang dia fikirkan?’ Aufa tertanya-tanya di dalam hati.

Dia ingin pergi ke arah lelaki tersebut. Namun demikian, ada orang yang lebih pantas daripada dirinya. Aufa memberhentikan langkahnya.

Marissa yang terpandang Aufa sedang memerhatikan dirinya dengan Adam lantas memeluk lengan lalu mereka berlalu pergi. Marissa sempat melemparkan senyuman sinis kepada Aufa.

Aufa hanya menundukkan kepalanya sahaja.

Tiba-tiba Aufa terasa ada orang sedang memeluk bahunya.

“Baby, jom balik!” ajak jejaka yang memeluk bahu Aufa, Muhammad Farhan Amsyar. Muhammad Izz Arfan Asyraf yang berdiri di belakang mereka hanya memeluk tubuhnya sendiri sambil tersenyum.

“Baby, jom.” ajak Arfan pula.

Mereka berjalan bersama-sama sehingga menaiki kereta. Sepanjang perjalanan mereka untuk tiba ke kereta keluarga mereka iaitu Toyota Alphad yang dipandu oleh pemandu keluarga mereka, Abang Afiq, semua pelajar di SMK Sultan Badlishah hanya memandang mereka bertiga sahaja.

Arfan amat popular di sekolah tersebut. Tambahan pula, dia diberi pangkat sebagi kapten bola sepak sekolah serta ketua pengawas di sekolah mereka. Para pelajar perempuan amat cemburu apabila melihat pelajar perempuan baru di sekolah mereka begitu rapat dengan Arfan sedangkan mereka amat susah untuk mendekati jejaka idaman SMK Sultan Badlishah. Cemburu mereka bertambah membuak-buak apabila melihat seorang lagi jejaka kacak yang baru pindah ke sekolah tersebut juga rapat dengan Aufa.

Muhammad Izz Aniq Rayyan yang melihat Arfan, Farhan dan Aufa daripada jauh hanya tersenyum sinis.

‘Kenapa kau datang ke sini, baby? Adakah kerana jejaka itu?’ tanya Aniq di dalam hati.

Soalan yang sama terdetik di dalam hati Marissa.

Sebaik sahaja Arfan, Aufa dan Farhan menaiki kereta yang dipandu oleh Abang Afiq, Aufa menyuarakan perasaannya.

“Baby naik seram apabila para pelajar perempuan tengok baby seolah-olah nak telan baby hidup-hidup. Baby tak nak la berjalan dengan Abang Asy dan Abang Am lagi. Susah betul la kalau berjalan dengan jejaka-jejaka kacak!” Aufa menggelar Arfan dengan panggilan Abang Asy, manakala Farhan pula Abang Am.

“Relax la baby, tak payah la baby pedulikan mereka. You just ignore them.” ujar Arfan sambil menepuk bahu Aufa dengan perlahan.

“Relax? Sorry la abang, silap hari bulan baby kena serang dengan diorang. Baby tak nak! Baby muda lagi tau! Kalau serangan diorang boleh membawa maut, baby mati la abang! Baby tak nak mati lagi! Baby tak kahwin lagi!” luah Aufa dengan penuh perasaan.

Abang Afiq yang mendengar hanya tersenyum.

“Kahwin je kan yang baby ingat! PMR dan SPM pun tak ambil lagi. Ada hati nak fikir fasal kahwin.” ujar Farhan.

“Abang, baby pun nak juga merasa alam perkahwinan. Baby nak juga rasa ada anak.”

“Ye lah adikku yang tersayang. Hanya satu sahaja yang perlu Aufa tahu, Abang Asy dan Abang Am akan sentiasa melindungi baby dan adik-adik yang lain. So, jangan risau. You just ignore them.” ujar Arfan.

Farhan hanya mengaggukkan kepalanya tanda setuju.

“Baby sayang Abang Asy dan Abang Am!”

“Abang Asy dan Abang Am je? Baby tak sayang Abang Afiq ke?” tanya Abang Afiq sambil memerhatikan Aufa melalui cermin. Semua pekerja yang bekerja dengan keluarga Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah pasti akan memanggil Aufa dengan panggilan ‘Baby’.

“Baby pun sayang Abang Afiq!”ujar Aufa sambil melemparkan senyuman manis.

Aufa amat gembira kerana masih ada orang yang menyayangi dirinya walaupun dirinya dibenci oleh kakak dan abang keduanya.

Arfan, Farhan dan Aufa segera masuk ke dalam banglo tiga tingkat milik Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah dan Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Ibu, kami dah balik!” jerit Aufa. jeritan Aufa bergema di setiap pelosok banglo tersebut.

Farhan dan Arfan hanya tersenyum melihat keletah adik mereka.

“Ya ampun, baby! Kenapa baby jerit sekuat itu? Bikin sakit telinga bibik je!” ujar pembantu  rumah mereka, Ana. Mereka memanggil pembantu rumah mereka dengan gelaran ‘bibik’.

Pada mulanya, Ana memanggil anak-anak Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah dan Puan Sri Siti Nur Aliah dengan gelaran cik dan tuan, namun Arfan dan adik-adiknya tidak suka dipanggil seperti itu lantas mereka menyuruh Ana memanggil nama mereka sahaja. Mereka lebih selesa dipanggil dengan nama sahaja.

“Hehe. Menjerit la best, bik. Boleh melepaskan stress.” terang Aufa sambil tersenyum manis.

“Ye lah. Memang boleh melepaskan stress, baby. Tetapi silap hari bulan, bibik mati terkejut la.” ujar Ana.

“Menjerit pun boleh bagi mati dah ke, bik?” tanya Aufa dengan naïf.

“Memang boleh mati, baby! Jeritan baby boleh bikin bibik kena heart attack!” ujar Ana dengan selamba.

“Bibik sudah melebih-lebih! Hiperbola betul la ayat bibik ni!” ujar Aufa dengan selamba. Arfan dan Farhan hanya tersenyum.

“Bik, ibu mana?” tanya Arfan.

“Ada di atas. Puan sedang solat.” jawab Ana.

“Ana!” jerit Mak Tun daripada dapur.

“Ye, Mak Tun! Ada apa sih?” jerit Ana daripada ruang tamu.

“Bik, Mak Tun kena heart attack!” jerit Farhan tiba-tiba.

“Amboi, Farhan! Bila masa pula Mak Tun kena heart attack?” tanya Mak Tun yang sedang berjalan ke arah mereka. Mak Tun bergegas ke ruang tamu apabila Farhan menjerit dia kena serangan jantung.

“Ha?! Mak Tun kena heart attack? Arfan, Farhan, papah Mak Tun pergi ke kereta cepat! Suruh Abang Afiq bawa Mak Tun ke hospital!” arah Puan Sri Siti Nur Aliah yang sedang berlari turun tangga.

Sebaik sahaja dia selesai solat, dia terdengar Farhan menjerit mengatakan Mak Tun kena serangan jantung. Dia bergegas turun ke bawah untuk melihat keadaan Mak Tun.

“Eh?! Kak Tun, bukannya Kak Tun kena heart attack ke tadi? Bagaimana Kak Tun boleh sihat berdiri di sini?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah yang pelik melihat Mak Tun sihat berdiri di hadapannya.

Arfan, Farhan dan Aufa yang menahan tawa lantas ketawa.

“Amboi, kau orang memperkenakan ibu ye?!” marah Puan Sri Siti Nur Aliah.

Mak Tun dan Ana mengetap bibir.

‘Aku yang sihat sejahtera ni, diorang kata aku kena heart attack!’ monolog hati Mak Tun.

‘Amboi, mereka perli aku pula!’ getus hati Ana.

“Ibu, bibik sendiri yang kata, jeritan baby boleh bikin orang kena heart attack! That’s why la Farhan menjerit Mak Tun kena heart attack!” terang Arfan sambil menahan tawanya.

            “Betul, ibu!” ujar Farhan dan Aufa sambil menganggukkan kepalanya lagi.

            “Teruk betul la anak-anak ibu ni! Kesian Ana dan Mak Tun. Kamu memperkenakan mereka.” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah.

            “Ibu, kalau dalam sehari kami tak memperkenakan orang, tak aman hidup kami, ibu!” terang Aufa dengan bersungguh-sungguh.

            Puan Sri Siti Nur Aliah hanya menggelengkan kepalanya.

            “Bik, jangan marah ye? Kalau marah kena jual!” ujar Farhan. Dia sengaja ingin mengusik pembantu rumah keluarga mereka.

            “Enggak Farhan! Bibik enggak marah. Tengok muka bibik. Bibik senyum kan?” ujar Ana sambil berpura-pura senyum.

            ‘Kalau aku kena jual betul-betul, mati la aku! Aku tak nak! Aku enggak kahwin lagi! Aku mau juga berkahwin.’ getus hati Ana. Dia takut sekiranya Farhan akan menjualnya. Ana berusia 24 tahun. Dia datang ke Malaysia untuk mencari wang untuk membiayai keluarganya memandangkan dia merupakan anak sulung dalam keluarga mereka.

Arfan, Farhan, Aufa dan Puan Sri Siti Nur Aliah hanya tertawa mendengar ayat Ana.

“Bibik, baby nampak sangat yang bibik pura-pura senyum!” ujar Aufa sambil ketawa.

“Sudah-sudah la usik bibik kamu ni, kesian kat diorang. Bik, Mak Tun, pergilah sambung buat kerja. Kalau dengar mereka cakap, sampai esok pun kerja tak berjalan.” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah.

Mak Tun dan Ana berlalu ke dapur untuk meneruskan kerja mereka yang tergendala.

“So, bagaimana dengan sekolah baru ni? Ok?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa buatan Itali.

“Ok la ibu. Tetapi, Venus Private School lagi best!” ujar Farhan yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak berhadapan Puan Sri Siti Nur Aliah.

Arfan dan Aufa juga melabuhkan punggung mereka di atas sofa yang sama dengan Farhan.

Aufa hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju akan jawapan yang diberi oleh Farhan kepada ibunya.

“Dah nama pun private school, of course la private school lebih hebat daripada sekolah kerajaan.” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah.

            “Abang lupa nak tanya. Kenapa korang pindah ke sekolah abang ye?” tanya Arfan yang sememangnya sudah lupa tentang soalan itu. Pertanyaan Puan Sri Siti Nur Aliah telah mengingatkannya kembali tentang soalan tersebut.

            “Ibu yang suruh.” jawab Aufa dengan selamba. Farhan menganggukkan kepalanya.

            “Kenapa ibu suruh diorang pindah ke sekolah abang? Tak best la kalau diorang ada! Peminat Arfan berkurang la nanti!” ujar Arfan tidak puas hati. Wajah Farhan yang kacak sudah tentu akan menjadi salah satu lelaki idaman para pelajar perempuan di sekolah mereka.

            “Peminat je yang kamu tau!” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah. Arfab hanya tersenyum.

            “Kenapa ibu suruh diorang pindah?” tanya Arfan yang tidak puas hati kerana soalannya belum dijawab oleh ibunya.

            “Ada sebab tertentu yang ibu tak boleh beritahu” jawab Puan Sri Siti Nur Aliah. Sebenarnya, dia hanya perlu menghantar Aufa sahaja ke sekolah tersebut. Ibu kandung Aufa yang menyuruhnya hantar Aufa ke SMK Sultan Badlishah untuk merapatkan hubungan Aufa dengan seorang jejaka yang juga belajar di sekolah tersebut. Sekiranya dia menghantar Aufa sahaja ke sekolah itu, pasti akan menimbulkan pertanyaan dalam hati anak-anaknya.  Oleh sebab itu, dia menghantar ketiga-tiga orang anaknya yang belajar di private school ke sekolah itu.

            “Alah ibu ni! Dengan Abang pun ibu tak nak beritahu ke?” ujar Arfan yang tidak berpuas hati.

            “Sorry, ibu tak boleh beritahu! Suatu hari nanti, kamu pasti akan tahu juga.” jawab Puan Sri Siti Nur Aliah. Itulah jawapan yang diberi olehnya kepada Farhan, Aufa dan Ashiya apabila mereka bertanya.

            Tiba-tiba, Aufa teringatkan jejaka yang datang ke kelasnya dan termenung di tepi padang.

            “Abang, siapa lelaki yang datang bagi pengumuman tadi?” tanya Aufa yang ingin tahu tentang lelaki itu.

            “Oh, lelaki itu! Nama dia Adam. Kenapa tanya? Baby terpikat ye?” tanya Arfan sambil tersenyum.

            “Nama panjang dia?” tanya Aufa tanpa menghiraukan pertanyaan abangnya.

            “Adam Aiman Aryan. Baby tak jawab lagi soalan abang.” ujar Arfan yang tidak puas hati dengan adiknya.

Farhan hanya memasang telinga sahaja. Dia tidak mahu masuk campur kerana dia tidak tahu siapa lelaki yang adiknya tanya itu.

            ‘Adam Aiman Aryan? Setahu aku nama itulah yang disebut oleh mama Aufa. Lelaki yang harus Aufa kenali dan rapat di sekolah itu.’ monolog hati Puan Sri Siti Nur Aliah. Puan Sri Siti Nur Aliah hanya berdiam diri.

            “Baby kesian tengok dia.” jawab Aufa dengan penuh rasa simpati dalam hatinya.

            “Kenapa baby kesian dengan dia?” tanya Arfan yang agak aneh dengan jawapan yang adiknya beri.

            “Baby terserempak dengan dia waktu nak balik sekolah tadi. Dia sedang memandang ke atas untuk melihat langit yang kebiruan.Tetapi dalam mata dia sarat dengan kesedihan.” ujar Aufa kepada abangnya.

            “Dia memang selalu macam tu. Balik sekolah, dia pasti akan merenung langit. Kadang-kadang dia akan balik rumah lambat walaupun tak ada latihan bola sepak. Abang tak perasan pula yang mata dia sarat dengan kesedihan.” ujar Arfan.

            ‘Kenapa adik aku boleh rasa ye? Adakah mereka ada sesuatu hubungan yang telah ditakdirkan sejak di Luh Mahfuz lagi?’ getus hati Arfan.

            “Baby nak selidik tentang Abang Adam. Baby nak tahu apa yang telah menyebabkan dia begitu sedih!” tekad Aufa.

            Puan Sri Siti Nur Aliah, Farhan dan Arfan tergamam mendengar ayat yang baru sahaja diungkapkan oleh Aufa.

            ‘Adakah Adam merupakan jodoh yang telah ditakdirkan untuk anak aku sejak di Luh Mahfuz lagi? Adakah jodoh yang telah ditetapkan oleh family kandung anak aku memang telah ditakdirkan sejak di Luh Mahfuz lagi?’ getus hati Puan Sri Siti Nur Aliah.

            Keesokkan harinya, Aufa melihat Adam masih berada di tempat yang sama iaitu di tepi padang. Dia sedang merenung ke dada  langit. Aufa mengambil keputusan untuk memerhatikan Adam dari jarak yang jauh agar tidak disedari oleh Adam.

            Aufa mengambil keputusan untuk duduk di atas tangga di hadapan galeri. Galeri tersebut terletak di tepi padang. Aufa boleh melihat Adam dari galeri.

            Tiba-tiba ada suara lelaki menegur Aufa.

            “Kenapa baby pindah ke sini?” tanya lelaki tersebut lantas melabuhkan punggungnya di sebelah Aufa.

            Aufa segera mengalih pandangannya yang sejak tadi memerhatikan Adam. Aufa menatap mata lelaki tersebut. Lelaki ini juga membenci dirinya walaupun Aufa merupakan kembar lelaki itu.

            Pelajar-pelajar perempuan yang lalu di hadapan galeri memandang mereka.

            Muhammad Izz Aniq Rayyan juga salah seorang daripada senarai jejaka kacak di SMK Sultan  Badlishah. Aniq terkenal oleh wajahnya yang tampan. Wajahnya yang kacukan Melayu-Belanda telah menyerlahkan lagi ketampanannya.Kulitnya yang amat putih berjaya menarik perhatian para pelajar perempuan. Namun demikian, Aniq mewarisi warna bola mata ayahnya yang berwarna coklat.

            Aufa juga telah terkenal dalam kalangan pelajar lelaki kerana wajahnya yang cantik. Wajahnya yang berkacukan Melayu-Belanda juga telah menyerlahkan kecantikannya. Bola matanya yang berwarna hijau menyerlahkan lagi kecantikannya. Tambahan pula, alis matanya yang lentik, bibir yang merah seperti delima, kulitnya yang begitu putih dan keningnya yang elok terbentuk telah menyerlah kecantikkannya.

            Wajah Aufa sememangnya seiras Marissa. Marissa juga memiliki ciri-ciri yang ada pada wajah Aufa. Namun demikian, Marissa tidak mempunyai warna bola mata yang sama. Bola matanya seperti ayahnya. Jika hendak dibandingkan antara Marissa dan Aufa, Aufa lebih cantik berbanding Marissa, walaupun wajah mereka seiras.

            Arfan pula mewarisi warna bola mata ibunya, hijau sama seperti adiknya, Aufa. Arfan juga memiliki kulit yang putih, bibir yang merah bak delima tanda tidak merokok, kening yang elok terbentuk dan badan yang tegap. Oleh sebab itu, dia juga tersenarai sebagai jejaka yang kacak di sekolah mereka.

            “Ibu suruh.” jawab Aufa sepatah.

            “Betul ke ibu baby suruh? Adakah baby datang ke sini disebabkan lelaki tu?” tanya Aniq sambil memandang padang yang kehijauan.

            “Memang ibu suruh. Kenapa abang tanya soalan yang sama? Kakak pun tanya soalan tu.” ujar Aufa tidak puas hati.

            “Sebab baby tak jawab.” ujar Aniq dengan selamba.

            “Siapa lelaki itu?” tanya Aufa.

            “Baby tak tahu atau pura-pura tahu?”

            “Sumpah! Baby tak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh abang dan kakak. Abang, kenapa abang bencikan baby dan Abang Arfan?” tanya Aufa dengan nada yang lirih.

            “Suatu hari baby akan tahu. Tetapi bukan sekarang. Akak dah lama menaruh hati kepada lelaki itu. Tetapi baby yang menjadi penghalang bagi cinta akak.” jawab Aniq yang masih lagi memandang ke arah padang.

            “Baby tak menghalang pun. Lagipun baby memang tak kenal siapa lelaki yang abang dan akak maksudkan.” terang Aufa.

            Aniq melemparkan senyuman sinis kepada Aufa lantas berlalu pergi.

            “Kakak dengan Abang Aniq sama je! Lepas melemparkan senyuman sinis kat aku, diorang berlalu pergi. Nasib baik aku dan Abang Arfan murah dengan senyuman. Tak lah semua anak Afi Iskandar digelar sombong. Lagipun manis je senyuman aku. Senyuman aku yang manis la yang telah menyerlahkan lagi kecantikkan aku yang memang sudah sedia cantik ni. Perasan betul kau ni, Aufa!” gumam Aufa dengan perlahan.

            Aufa masih sempat lagi memuji dirinya. Aufa memandang Adam kembali. Adam masih setia merenung ke dada langit. Mata Aufa sempat terpandang di tempat meletak kereta di luar sekolah.

            ‘Awal pula, kakak aku balik. Aku tengok Abang Adam ada kat sini lagi. Hari ni, diorang tak dating kut. Wait a minute, adakah Abang Adam ialah lelaki yang dimaksudkan oleh Abang Aniq dan Kak Marissa? Aku pun baru tengok Abang Adam. Dia pun tak kenal aku. Bagaimana pula aku boleh menjadi penghalang cinta kakak aku? Satu soalan yang pelik.” getus hati Aufa.

Tiba-tiba ada suara lelaki lagi yang memanggilnya.

“Baby! Baby tak nak balik lagi ke? Jom balik!” ajak Abang Arfan. Di sebelah Arfan pula ada Farhan yang sedang berdiri sambil memandang Aufa.

“Baby tak nak balik lagi! Baby nak stay kat sekolah sehingga Abang Adam balik.” ujar Aufa dengan selamba.

Arfan memandang kerusi yang terletak di tepi padang. Adam masih setia merenung ke dada langit.

Farhan juga memandang ke arah yang sama dengan Arfan.

‘So, dia la Adam ye? Classmate aku. Muka kacak juga.’ getus hati Farhan.

“Aufa perhatikan dia daripada tadi ke?” tanya Arfan setelah memandang  Adam.

“Ha’ah! Lama la juga dia tenung langit tu. Silap hari bulan, langit tu tembus terus baru dia tau.” ujar Aufa dengan selamba.

“Dia la Adam Aiman Aryan?” tanya Farhan.

“Ha’ah!” jawab Aufa dan Arfan serentak.

“Handsome.” puji Farhan.

Aufa yang mendengar pujian itu hanya tersenyum senang.

“Kami balik dulu ye?” ujar Arfan. Aufa hanya menganggukkan kepalanya.

“Nak balik, call Abang Afiq.” ujar Farhan.

“Ok, boss!” ujar Aufa sambil tersenyum senang.

Arfan dan Farhan berlalu pulang. Aufa kembali memerhatikan Adam sehingga pukul 4:30 petang.

Setelah Adam bergerak pulang, Aufa menelefon Abang Afiq supaya datang mengambilnya.

Hampir empat bulan Aufa melakukan perkara yang sama setelah tamat kelas. Aufa tidak pernah jemu memerhatikan Adam daripada jauh.

Kadang-kala Aufa akan pulang bersama abang-abangnya sekiranya kakaknya menemani Adam. Selalunya kakaknya akan mengajak Adam pulang awal. Majoriti, kakaknya tidak menemani Adam.

Apabila kakaknya menemani Adam. Ada satu perasaan cemburu yang timbul dalam hatinya. Hati Aufa pernah terdetik,

‘Aku nak sangat mendekati Abang Adam seperti kakak. Tetapi aku hanya boleh memerhatikan Abang Adam dari jauh. Aku tak boleh mendekati Abang Adam. Aku tak mendekati Abang Adam pun sudah digelar penghalang cinta kakak. Kalau aku mendekati Abang Adam, sudah pasti aku akan dianggap sebagai perampas kekasih kakak aku. Kakak dan Abang Aniq pasti akan bertambah benci aku. Aku tak nak hubungan kami yang sudah sedia retak akan bertambah retak sehingga hancur berderai. Kaca yang hancur tidak boleh dicantumkan kembali. Hubungan aku dan Abang Aniq serta Kak Marissa ibarat kaca pada masa sekarang. Aku berharap pada masa akan datang hubungan kami, adik beradik akan pulih dan akan akrab seperti keluarga lain. Aku sayangkan mereka! Aku hanya boleh memerhatikan Abang Adam dari jauh. Itu sahaja yang aku terdaya.’

            Sepanjang empat bulan ini, Aufa, Marissa dan Aniq menjalani kehidupan mereka di sekolah seperti biasa. Mereka tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain. Mereka seolah-olah orang asing walaupun mereka merupakan adik-beradik.

            Aufa tidak mempunyai kawan sepanjang dia belajar di sekolah itu. Dia lebih gemar bersendirian.

            “Kak, apa ni? Asyik kalah je! Kakak mengelamun ke? Sebab akak la Kak Ashiya selalu menang! Lebih baik kak tak payah gantikan adik, kalau asyik kalah!” marah Muhammad Faiq Amsyar yang sejak tadi menyokong Aufa.

            Ashiya ketawa terbahak-bahak. Dia bermain dengan kakaknya sebanyak tiga kali. Setiap kali bermain, dia pasti akan menang.

            Aufa tersedar daripada lamunannya.

            “Sorry, akak janji! Akak tak mengelamun dah. Akak akan berusaha menang untuk adik akak yang comel ini.” uajar Aufa sambil mencubit pipi gebu Faiq.

            “Apa la akak ni! Jangan la cubit pipi adik macam tu. Adik dah besar tau! Umur adik 9 tahun tau! Buat malu adik je! Nasib baik kawan-kawan adik tak ada!” marah Faiq sambil menggosok pipinya yang dicubit oleh Aufa.

            Aufa dan Ashiya hanya ketawa melihat gelagat adik bongsu mereka. Arfan dan Farhan tiada di rumah kerana mengikut ayah mereka bermain golf dengan klien.

            Tiba-tiba mereka terdengar ada suara yang bercakap di bawah. Suara daripada orang yang mereka tidak pernah dengar.

            Aufa pergi ke anak tangga. Dia menuruni satu-persatu anak tangga dengan perlahan agar tidak didengari oleh ibunya dan tetamu yang hadir. Aufa mengintip daripada anak tangga. Dia melihat seorang wanita sedang bersalaman dengan ibunya lantas duduk di atas sofa.

            ‘Cantiknya!’ desis Aufa di dalam hati.

            Tiba-tiba dia terpandang seorang jejaka baru masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia melihat wajah jejaka tersebut, dia tergamam.

            “Dia! Dia buat apa di sini?” tanya Aufa dengan perlahan kerana takut didengari oleh ibunya dan tetamu-tetamu yang hadir.

            Tiba-tiba dia terasa ada orang menyentuh bahunya daripada belakang.

            Aufa memandang ke belakang lantas menyuruh adik-adiknya diam.

            “Akak mengintip orang ye?” tanya Ashiya dengan perlahan.

            “Shhh. Akak nak dengar ibu cakap.”

            “Lelaki ini siapa, Amani?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah yang pelik melihat lelaki yang tidak pernah datang bersama Marissa Alya Amani ke rumahnya.

             Marissa Alya Amani merupakan anak kepada rakan karibnya, Marissa Hana Aqeela yang telah meninggal 10 tahun yang lalu. Ketika itu, Amani berusia 10 tahun manakala adik Amani berusia 7 tahun. Ayah Amani telah meninggal dunia ketika Amani berusia 5 tahun. Amani dan adiknya yang tidak pernah dijumpai oleh Puan Sri Siti Nur Aliah telah dibesarkan oleh ibu saudara mereka sehingga Amani berusia 18 tahun. Kemudian, Amani membawa adiknya tinggal di banglo tiga tingkat milik ayah mereka yang dijaga oleh pembantu-pembantu rumah mereka. Di banglo itu, mereka tinggal bersama pembantu-pembantu rumah yang sangat baik. Kini, Amani telah berusia 20 tahun manakala adiknya berusia 17 tahun.

            “Adik saya, mak cik. Nama dia Adam Aiman Aryan. Adam Aiman Aryan bin Abrisam Raqib.” Puan Sri Siti Nur Aliah tergamam apabila mendengar nama Adam. Adam menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Puan Sri Siti Nur Aliah.

            ‘Adam Aiman Aryan? Nama ini lah mama Aufa beritahu aku. Wajahnya kacak juga ye?’ monolog hati Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Adam ni bakal menantu Puan Sri Nur Adni Keisha?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah untuk memastikan bahawa lelaki itulah yang diberitahu oleh mama Aufa.

Adam menganggukkan kepalanya.

Aufa yang sedang memasang telinga untuk mendengar perbualan ibunya dengan tetamu-tetamu tersebut tergamam.

‘Ibu dah tahu Abang Adam bakal menantu mama aku? Maksudnya bakal suami Kak Marissa la.’ getus hati Aufa.

Wajah Aufa berubah mendung. Dia kecewa apabila mendapat tahu bahawa Adam merupakan bakal suami Marissa, kakaknya sendiri.

“Tunang Nur Izz Aufa Raihanah?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah lagi.

Adam menganggukkan kepalanya menandakan dia ialah tunang Nur Izz Aufa Raihanah.

Aufa yang baru sahaja ingin memanjat tangga untuk naik ke atas terjatuh tangga apabila terdengar ayat tersebut.

Puan Sri Siti Nur Aliah, Amani dan Adam segera mengalihkan pandangan mereka ke arah Aufa yang jatuh terduduk di atas lantai.

“Aduh!” Aufa mengaduh sakit.

‘Aku dah tahu kenapa kakak dan Abang Aniq bencikan aku. Aku dah tahu kenapa Kak Marissa anggap aku penghalang cinta dia. Jawapannya ialah aku tunang Abang Adam! Yahoo! Seronoknya aku!’ monolog hati Aufa.

Ashiya dan Faiq yang pada awalnya tergamam mendengar perbualan ibu mereka lantas ketawa apabila melihat kakaknya terjatuh tangga.

“Wei, jangan la ketawa!” marah Aufa.

“Oh, kalian curi dengar perbualan ibu dari tadi la!” marah Puan Sri Siti Nur Aliah kepada anak-anaknya.

Aufa, Ashiya dan Faiq hanya tersengih seperti kerang busuk. Aufa bangun daripada duduk lantas bersalam dengan Amani, diikuti oleh adik-adiknya.

‘Nasib baik aku pakai tudung.’ monolog hati Aufa.

Dia dan adik-adiknya melabuhkan punggung mereka di atas sofa.

“Amani, mak cik tak memperkenalkan anak mak cik pun Amani dah tahu kan?” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Saya kenal mak cik.” jawab Amani sambil tersenyum manis.

“Aufa, apa khabar?” tegur Amani.

“Khabar baik, kak.”

“Aufa belajar kat mana?”

“Belajar kat SMK Sultan Badlishah”

“Oh, so Adam dah jumpa tunang Adam la kan?” tanya Amani kepada Adam sambil tersenyum.

“Ha’ah!” jawab Adam dengan selamba sambil menatap mata Aufa.

‘Kenapa dia tengok aku lain macam ni? Dia tahu ke aku selalu perhatikan dia? Kantoi!’ getus hati Aufa.

“Aufa pula ada jumpa Adam kat sekolah tak?” tanya Amani lagi.

‘Aduh, aku nak jawab apa? Ibu, tolong baby!’ Aufa bermonolog sambil memandang ibunya. Puan Sri Siti Nur Aliah sememangnya tahu bahawa anaknya pulang lewat ke rumah hanya semata-mata ingin memerhatikan Adam.

‘Pandai-pandai baby jawab la. Ibu tak nak bersubahat.’ Puan Sri Siti Nur Aliah berkata-kata di dalam hati sambil memandang mata Aufa untuk menyampaikan pesanan tersebut.

Aufa yang faham lantas tertunduk.

‘Kantoi la jawabnya!’ getus hati Aufa.

“Aufa ada jumpa Abang Adam.”

“Ha’ah, kak. Hari-hari kami berjumpa. Dia teman Adam kalau Adam balik lewat.” ujar Adam dengan selamba sambil memandang Aufa lantas tersenyum sinis. Selama ini dia memang perasan ada orang yang memerhatikannya. Apabila dia memandang ke arah orang tersebut, dia melihat Aufa yang sering memerhatikannya selama ini.

‘Kantoi! Habis la aku! Tapi, ayat dia macam lebih-lebih pula. Aku bukan teman! Aku perhatikan dari jauh je! Lain maksud tu! Ibu, tolong baby!’ jerit hati Aufa.

“Oh, selalu dating la kan?” ujar Amani sambil tersenyum  manis.

“Ha’ah!” jawab Adam dengan selamba.

“Tak!” jawab Aufa pula.

“Aik, mana satu yang betul ni?” tanya Amani yang pelik dengan jawapan yang diberi oleh mereka.

“Jawapan Adam betul kak. Dia malu nak cakap.” ujar Adam yang masih lagi memerhatikan Aufa.

“Abang Adam ni kenapa? Orang cakap betul la! Bila masa kita dating? Orang pun tak kenal abang.” ujar Aufa kepada Adam.

“Tak nak mengaku pula. Mak cik, Aufa selalu balik lambat kan?” tanya Adam kepada Puan Sri Siti Nur Aliah.

Puan Sri Siti Nur Aliah hanya mengangguk.

“See! Siapa yang cakap betul sekarang ni?” ujar Adam.

Aufa berasa geram lantas menghentakkan kakinya tanda protes kepada Adam. Aufa bergegas menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya.

Adam hanya tersenyum melihat kerenah tunangnya.

‘Comel!’ desisnya di dalam hati.

Puan Sri Siti Nur Aliah hanya menggelengkan kepalanya.

“Hampeh punya tunang!” jerit Aufa di dalam biliknya.

Suaranya yang lantang terdengar sehingga ke ruang tamu.

Adam hanya tersenyum.

“Kami balik dulu ye, mak cik?” ujar Amani lantas bangun daripada sofa. Dia bersalaman dengan Puan Sri Siti Nur Aliah.

Amani sudah keluar daripada banglo milik Tan Sri Dzaki Rizqullah. Adam yang baru ingin keluar, dihalang oleh Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Adam, Aufa tahu yang kamu sedang bersedih.” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah kepada Adam.

Adam yang mendengar lantas terkejut. Dia tertunduk.

“Apa yang menyebabkan kamu bersedih, Adam?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Tak ada apa, mak cik. Saya balik dulu!” ujar Adam lantas memakai kasut. Dia ingin bergegas pulang. Dia tidak mahu rahsia ini terbongkar.

“Adam, esok mak cik datang ke rumah kamu dengan Aufa.”

Adam hanya mengangguk.

‘Memang betul kata-kata kamu, Aufa. Naluri kamu memang tepat. Mungkinkah dia adalah jodoh yang telah ditakdirkan oleh Allah kepada kamu, nak? Kamu boleh merasakan apa yang dirasakan olehnya. Allah mencipta kaum hawa daripada tulang rusuk kaum adam kerana ingin kaum adam berasa selesa dan tenang bersama jodoh mereka. Ibu, harap kamu dapat menghilangkan kesedihan yang ada dalam diri Adam supaya dia boleh bergembira seperti dahulu kembali.’ monolog hati Puan Sri Siti Nur Aliah.

                                                            ***

“Baby, baby nak ikut ibu ke rumah Adam?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah kepada Aufa yag sedang makan di dapur.

“Nak!” jerit Aufa.

Tiba-tiba dia tersedak.

“Menjerit lagi ketika makan. Kan dah tersedak.” bebel Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Baby tersedak sebab ada orang yang sebut nama baby. Abang Adam yang sebut nama baby kut tanda dia juga merindui baby seperti mana baby yang sedang merinduinya ketika ini sehingga menyebabkan baby mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena.”

“Oh, patut la akak busuk! Mandi tak basah rupa-rupanya. Adik tengok wajah akak makin tak cantik disebabkan oleh tidur tak lena. Mata akak dah macam mata panda. Perut akak pun makin besar sebab makan tak kenyang. Oleh sebab itu, akak terus makan sehingga kenyang tapi akak tak kenyang-kenyang juga. Perut akak pun dah besar disebabkan itulah.” usik Faiq yang baru sahaja datang ke dapur.

“Kurang asam, kau adik! Siap kau! Akak humban kau ke dalam lombong, baru kau tau! Badan akak yang yang hot ni, kau kata dah gemuk!” marah Aufa. Dia ingin mengejar adiknya namun dihalang oleh ibunya.

“Makan cepat! Kita nak pergi rumah Adam ni.”

“Akak perasan!” jerit Faiq lantas berlari menaiki tangga. Dia bergegas masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.

“Kalau akak humban aku betul-betul ke dalam lombong, mampus aku! Aku tak nak la. Aku tak reti berenang. Kang mati muda. Huh, tak nak la! Aku nak kahwin juga!” ujar Faiq di dalam biliknya.

Gatal betul Faiq. Umur baru 9 tahun, sudah fikir nak kahwin. UPSR pun belum ambil.

“Ok, ibu. Kau bernasib baik hari ini, adik!” jerit Aufa.

                                                            ***

“Eh, mak cik, bila sampai?” tanya Amani kepada Puan Sri Siti Nur Aliah sambil bersalaman dengan Puan Sri Siti Nur Aliah dan Aufa.

Pembantu rumah Amani yang menjemput mereka masuk.

“Baru je sampai. Adam mana? Mak cik tak nampak pun.” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah sambil memandang ke sekeliling banglo tiga tingkat milik ayah Amani dan Adam.

“Ada dalam bilik dia. Kerja dia melayari internet je la kat dalam bilik.” jawab Amani lantas melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan sofa yang diduduki oleh Aufa dan Puan Sri Siti Nur Aliah.

“Bilik dia kat mana akak? Boleh saya berjumpa dengan dia?” tanya Aufa. Dia ingin selidik tentang diri Adam supaya dia boleh tahu tentang perihal yang telah menyebabkan Adam sering kesedihan.

“Bilik dia di tingkat dua. Naik tangga, turn right and room number 2. That is his room. Akak tak kisah kalau Aufa nak berjumpa dengan dia. Aufa kan tunang Adam.” jawab Amani sambil tersenyum manis kepada Aufa.

“Saya naik atas dulu ye, kak?”

Amani hanya menganggukkan kepalanya.

Aufa berdiri di hadapan bilik Adam.

‘Minta-minta la dia tak marah aku masuk bilik dia. Amin!’ Aufa menadah tangan berdoa lantas hembus kiri dan kanannya. Itu telah menggambarkan betapa dirinya berasa gerun untuk masuk ke dalam bilik itu.

‘Demi mengetahui rahsia di sebalik mata Abang Adam yang sedih itu, aku sanggup dimarahinya kerana mengganggu dirinya.’ monolog hati Aufa.

Aufa memulas tombol pintu bilik Adam. Dia melihat Adam sedang khusyuk melayari internet. Adam duduk bertentangan dengan pintu biliknya. Aufa menutup pintu bilik. Adam yang mendengar pintu bilik ditutup lantas mendonggakkan kepalanya dan melihat ke hadapan. Aufa melemparkan senyuman manisnya, namun tidak dibalas oleh Adam.

“Kenapa masuk bilik saya?”

Aufa tidak mengambil peduli tentang  soalan Adam. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil milik Adam. Aufa melihat ke sekeliling bilik Adam. Dia terpandang potret seorang wanita yang sangat cantik.

“Siapa wanita tu?” tanya Aufa sambil menunjukkan tangannya ke arah potret tersebut.

“My mum.”

“Cantik! Mana dia? Saya tak nampak pun.”

“Mama abang dah meninggal since I am 7 years old.” jawab Adam dengan selamba.

“I’m sorry. Saya tak bermaksud pun…”

“Tak apa. Abang tak kisah.” Adam memintas percakapan Aufa.

“Sekarang awak boleh keluar.” Adam menghalau Aufa namun Aufa berpura-pura tak dengar.

“Saya tahu abang simpan perasaan sedih.” ujar Aufa sambil menatap mata Adam yang sedang merenungnya sejak tadi.

“Abang tak faham.”

“Abang jangan pura-pura tak faham sedangkan abang sedang menanggung kesedihan itu. Abang simpan dalam hati je. Kenapa abang tak kongsikan sahaja kesedihan abang tu dengan saya. Kalau bukan saya pun, kakak abang kan ada. Kalau saya harapkan abang berkongsi dengan Kak Amani pun jawabnya abang tak akan pernah berkongsi la kan? Ataupun selama ini… kakak saya dah tahu tentang cerita itu?” Aufa menundukkan kepalanya.

‘Aku rasa aku dah salah buat keputusan. Kalau Kak Marissa tahu aku jumpa dengan Abang Adam, mesti hubungan kami hancur.’ monolog hati Aufa.

Aufa bangun daripada katil lantas ingin berlalu keluar daripada bilik Adam.

Adam memangang lengan Aufa yang berlapik tanpa sempat Aufa keluar.

“Awak, duduk.” arah Adam walaupun pun lembut tetapi nada tegas masih ada.

“Tak apa la abang. Saya dah salah buat keputusan ni.” Aufa masih ingin berlalu pergi namun pautan di lengannya semakin kemas.

“Abang cakap duduk!” arah Adam, namun kali ini nada suaranya begitu tegas.

Aufa yang gerun lantas duduk di birai katil Adam.

Adam duduk di atas sofa yang terletak di tepi katil iaitu di hadapan Aufa.

“Kalau abang cerita, Aufa boleh simpan rahsia ini?”

‘Mungkin dengan cara bercerita kepada Aufa, mungkin hati aku akan berasa lega.’ monolog hati Adam.

Aufa menganggukkan kepalanya dengan lambat.

“Abang tak pernah cerita perkara ini kepada Marissa. You will be the one.”

Aufa hanya berdiam diri. Dia memasang telinganya untuk mendengar kisah daripada Adam.

“Nenek.”

“Hah?” Aufa tidak faham mengapa Adam menyebut nenek.

“Dia yang menyebabkan mama abang meninggal.”

“Hah! Ke… kenapa abang tak lapor kepada pihak polis sahaja?”

“She will kill my sister if I make a report about her.”

“Kenapa nenek awak kejam sangat?!” marah Aufa.

“Aufa nak dengar ke tak?” Adam geram. Setiap kali dia ingin bercerita, Aufa menyampuk.

“Of course la saya nak dengar. Saya akan zipkan mulut saya. Teruskan cerita anda.” Aufa membuat gaya menzipkan mulutnya lantas membuang kunci tersebut jauh-jauh. Adam tidak tersenyum walaupun sedikit apabila melihat kerenah tunangnya.

“Papa abang ingin kahwin dengan mama abang tetapi nenek abang tak izinkan. Nenek dah tetapkan jodoh untuk papa abang. Papa still nak kahwin dengan mama. Papa ugut nenek sekiranya nenek melarang papa kahwin dengan mama, papa akan tinggalkan nenek dan pindah ke rumah lain. Papa tak akan jumpa nenek sampai bila-bila. Nenek terpaksa menerima perkahwinan mama dengan papa kerana nenek takut papa akan tinggalkan nenek. Nenek hanya ada seorang anak iaitu papa. Nenek sangat sayangkan papa. Nenek tak sanggup berpisah dengan papa. Tetapi, nenek masih benci akan mama walaupun mama telah bergelar isteri kepada papa. Setelah papa pergi kerja, mama pasti akan didera oleh nenek. Mama hanya mampu bersabar dengan  tingkah laku nenek. Ketika abang berusia 2 tahun, papa abang meninggal akibat kemalangan. Kemalangan itu berlaku di hadapan mata abang sendiri. Walaupun abang berusia 2 tahun, namun ingatan itu segar dalam ingatan abang lagi. Papa mati sebab nak selamatkan abang. Semua salah abang! Kalaulah abang dengar cakap papa, pasti papa takkan meninggal. Abang minta kat papa aiskrim yang dijual di kedai di seberang jalan. Papa tak nak beli. Kenderaan terlalu banyak yang lalu lalang. Susah untuk papa melintas jalan. Abang merajuk dengan papa. Abang cakap papa jahat. Papa tak sayang Adam. Adam benci papa. Adam hanya minta papa beli aiskrim saja, bukannya minta papa belikan benda mahal-mahal. Abang merajuk dengan papa. Abang berlari melintas jalan yang sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Malang tidak berbau, ada lori treler yang datang ke arah abang dengan laju dan ingin melanggar abang. Abang terpaku di tengah-tengah jalan. Abang tak mampu untuk bergerak. Tiba-tiba papa menjerit memanggil nama abang lantas menolak abang ke tepi jalan. Papa tak sempat selamatkan diri papa. Papa dilanggar oleh lori tersebut dan tubuh papa terlempar. Lori tu tak sempat brek lantas menggilis tubuh papa yang sudah kaku di tengah jalan. Abang hanya mampu pandang, menangis dan menjerit memanggil papa. Papa sudah kaku. Semuanya salah abang! Salah abang. Kalaulah…” Aufa menutup mulut Adam dengan tangannya. Adam menundukkan kepalanya untuk memandang Aufa yang sedang memandangnya sambil melutut. Air mata Adam mengalir tanpa henti.

Air mata telah menodai pipi Aufa. Dia turut menangis mendengar kisah Adam.

“Tiada kalau dalam hidup kita, abang. Sekiranya Allah telah mentakdirkan sesuatu akan berlaku, perkara itu akan berlaku juga. Kemalangan itu bukan salah abang tetapi kemalangan tersebut ialah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepada papa abang dan juga kepada abang sebagai salah satu dugaan yang harus ditempuhi oleh abang. Allah hanya menguji hambanya. Abang tidak boleh salahkan diri abang ke atas semua perkara yang berlaku.” Aufa  menasihati yang terlalu menyalahkan dirinya sedangkan itu semua hanyalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Takdir Adam untuk menghadapi dugaan dengan penuh sabar.

“Tapi kenapa harus abang? Abang dipersalahkan oleh nenek! Nenek sering pukul badan abang sehinggalah abang berusia 7 tahun. Nenek berterusan memukul abang, namun mama menghalang nenek memukul abang. Oleh sebab mama menghalang nenek memukul abang, nenek marah sangat kepada mama. Nenek lempar pasu kaca kepada mama lalu terkena kepala mama. Pasu itu pecah berderai dan kepala mama mengeluarkan cecair merah. Darah membuak-buak keluar daripada kepala mama. Mama rebah ke atas lantai lantas pengsan. Nenek hanya tersenyum sinis lantas berlalu pergi tanpa menolong mama dan hantar mama ke hospital. Semua perkara yang berlaku di hadapan mata abang. Abang minta tolong daripada pemandu keluarga abang untuk bawa mama ke hospital, namun semuanya telah terlambat. Mama menghembuskan nafas terakhirnya di hospital. Doktor cakap mama menghidapi tumor otak. Hentakan daripada pasu itu terkena tumor tersebut dan telah menyebabkan mama meninggal. Kalaulah mama tak melindungi abang, mesti mama pun masih hidup sehingga sekarang. Papa pun sama. Kalaulah orang yang abang sayangi tidak melindungi abang, mesti diorang masih hidup sehingga sekarang. It’s all my fault! Nenek pun salah. Sebab nenek baling pasu itulah mama meninggal. Nenek jahat! Kejam! Nenek tak benarkan abang melaporkan kepada pihak polis sekiranya abang mahu kakak hidup. Abang menurut kata-katanya kerana takut nenek akan benar-benar bunuh akak. Abang dah tak sanggup kehilangan orang yang abang sayang.” Adam menekup mukanya.

Aufa menarik tangan Adam yang menutup muka Adam.

“Abang look at me!”

Mata Adam yang bergenang dengan air mata menatap mata Aufa yang turut bergenang air mata.

“It’s not your fault. Takdir, abang. Takdir Allah, abang. Takdir abang untuk menghadapi dugaan ini. Allah telah merancang segalanya abang. Abang, listen to me. Papa abang meninggal sebab ajalnya telah tiba. Bukannya disebabkan abang. Kalau bukan ajal papa abang, papa abang pasti tidak meninggal pada waktu itu. Mama meninggal bukan kerana ingin melindungi abang mahupun disebabkan nenek. Abang salah! Mama mati sebab tumor itu. Kalau mama tak menghidapi penyakit itu, mungkin mama masih hidup, namun Allah telah mentakdirkan hidup mama abang hanya setakat itu sahaja. Ajal mama abang sudah tiba abang. Abang tak boleh menyalahkan diri abang. Abang menyalahkan diri abang seolah-olah menolak qada’ dan qadar Allah. Salah satu daripada rukun iman. Sekiranya seseorang itu menolak salah satu daripada rukun iman, maka imannya akan terbatal, bang. Berdosa, abang!” Aufa cuba menyedarkan Adam yang terlalu hanyut menyalahkan diri.

“Astaghfirullah hal azim! Ya Allah!” Adam seolah-olah baru tersedar daripada tidurnya yang panjang.

Mujurlah Aufa berjaya menyedarkan Adam yang terlalu bersedih kerana hanyut dengan perasaan bersalah. Jika Adam tidak menceritakan kisahnya, berapa lama lagi akan dia hidup dengan menyalahkan dirinya?

Puan Sri Siti Nur Aliah dan Amani yang berdiri sejak tadi di ambang pintu bilik Adam hanya mengalirkan air mata. Adam dan Aufa tidak menyedari kehadiran mereka di situ. Mereka telah mendengar segala-galanya yang selama ini dipendam oleh sang lelaki yang bernama Adam Aiman Aryan.

Amani meluru ke arah adiknya lantas memeluk Adam.

“Adam, jangan menyalahkan diri Adam ye? Betul kata Aufa tadi. Adam jangan benci arwah nenek ye? Kesian arwah nenek. Akak ingatkan Adam sudah maafkan arwah nenek. Arwah nenek dah insaf. Dia sudah minta maaf sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia minta maaf kerana dia sudah mendera mama dan Adam. Dia tak sengaja lemparkan pasu itu. Kemarahan telah menguasai dirinya. Maafkan arwah nenek ye? Kesian arwah nenek. Mesti dia terseksa di kubur.” nasihat Amani.

“Tapi kak…”

“Abang! Sudah-sudah la tu! Berdosa abang. Arwah nenek dah insaf, bang. Lagipun dia tak sengaja. Tak baik abang buat macam ni. Maafkan arwah nenek dengan setulus hati abang ye?” Aufa memintas percakapan Adam.

“Baiklah. Adam maafkan arwah nek. Nenek, tenanglah nenek di sana.” ujar Adam sambil mendongak memandang langit melalui tingkap biliknya.

“Aufa, kita balik ye?” ajak Puan Sri Siti Nur Aliah.

Aufa menganggukkan kepalanya lantas bangun daripada duduk. Dia bersalam dengan Amani lantas berlalu pergi.

“Aufa, terima kasih.” ujar Adam sambil melemparkan senyuman manis kepada Aufa yang berada di ambang pintu.

Aufa melemparkan senyuman manisnya lantas menganggukkan kepalanya. Aufa berlalu pergi.

‘Matanya yang sarat dengan kesedihan kini tiada lagi. Alhamdulillah, ya Allah.’ monolog hati Aufa.

                                                            ***

Adam mampu gembira kembali. Tiada lagi Adam yang sering termenung. Sudah genap dua tahun Adam menamatkan pelajarannya di SMK Sultan Badlishah. Sepanjang tempoh itu, Aufa menjalani kehidupannya di SMK Sultan Badlishah dengan gembira. Namun demikian, Marissa dan Aniq masih benci akan dirinya. Aufa tidak pernah berbual dengan mereka sepanjang bersekolah di situ. Hanya sekali sahaja Aufa berbual dengan mereka. Aufa juga bakal menamatkan alam persekolahan.

Aufa telah lama tidak berjumpa dengan Adam setelah Adam tamat bersekolah. Adam telah melanjutkan pelajarannya di universiti tempatan. Insyaallah, Adam akan melanjutkan pelajarannya ke Ireland. Aufa akan pergi ke rumah Adam setiap bulan, namun dia tidak pernah berjumpa dengan Adam walaupun sekali. Adam juga tidak pernah menghubunginya.

Aufa hanya terus menanti tunang yang amat disayangi. Aufa yakin suatu hari nanti sekiranya mereka ada jodoh. Takdir pasti akan menemukan mereka berdua. Amin.

                                                            ***

Situasi di rumah Tan Sri Afi Iskandar…

            “Papa tak adil! Kenapa papa tunangkan Abang Adam dengan Aufa? Marissa dah lama pendam hal ini! Marissa sayangkan Abang Adam! Sepatutnya Marissa menjadi tunang Abang Adam bukannya Aufa! Aufa hanya adik Marissa! Marissa ialah kakak. Kakak yang sepatutnya dapat Abang Adam! Kenapa semua orang melebihkan Aufa daripada Marissa?!” marah Marissa kepada ayahnya, Tan Sri Afi Iskandar.

            “Nenek dan atuk yang nak jodohkan Aufa dengan Abang Adam dan kamu pun dah bertunang.” jelas Tan Sri Afi Iskandar.

            Marissa terkejut mendengar bahawa dia juga telah bertunang sama seperti adiknya.

            “What?! Who’s that guy?” tanya Marissa.

            “Papa yakin kamu akan jatuh cinta kepada dirinya. Jejaka yang sangat kacak. Kamu akan berjumpa dengan dia juga suatu hari nanti.”

            “Tapi Marissa hanya mahukan Abang Adam!”

            “Mama ada gambar lelaki itu. Marissa nak tengok?” Puan Sri Adni Keisha menyampuk.

            “Nak!”

            “Kata nak kat Abang Adam je.” Aniq pula menyampuk.

            “Biarlah!”

            Puan Sri Nur Adni Keisha mengambil gambar tersebut.

            “Nah! Lelaki yang memakai baju warna kuning itu tunang kamu.” Puan Sri Nur Adni menyerahkan gambar tersebut kepada Marissa.

            Marissa merenung lelaki tersebut. Di sebelah lelaki tersebut, kelihatan Adam sedang tersenyum.

            ‘Lelaki ini pun kacak tetapi aku hanya mahukan Abang Adam!’ jerit hati Marissa.

            “Mama dan papa batalkan pertunangan mereka! Marissa tak kira! Marissa hanya mahukan Abang Adam! Kenapa Aufa harus lebih segalanya daripada Marissa?!” jerit Marissa.

            “Kamu harus terima, Marissa. Jodoh kamu bukan dengan Adam. Jodoh kamu ialah lelaki itu. Apa kurangnya lelaki itu? He’s perfect too!” ujar Tan Sri Afi Iskandar.

            “Memang lelaki itu perfect tetapi hati Marissa bukan dengan dia. Hati Marissa hanya untuk Abang Adam!” terang Marissa.

            ‘Kenapa Aufa yang dapat apa yang aku mahukan! Papa tak adil! Papa suka melebihkan Aufa daripada aku!’ jerit hati Marissa.

            “Marissa, papa akan langsungkan perkahwinan mereka lagi dua minggu.” ujar Tan Sri Afi Iskandar.

            “What?! Papa! I hate you!” marah Marissa.

            “Papa, adik pun bencikan papa! Kenapa Abang Arfan dan Aufa mesti dapat benda yang lebih hebat daripada kami?! Kenapa papa serahkan hotel kepada mereka?! It’s unfair! Papa dan mama tak pernah besarkan mereka. Lagipun family diorang pun ada syarikat. Papa tak payah la serahkan kepada mereka! Kenapa kami berdua hanya dapat shopping complex? Sepatutnya hotel itu, adik yang dapat! Bukannya diorang! Adik diam selama ini bukan bermaksud adik suka papa serahkan hotel tersebut kepada diorang!” marah  Aniq.

            Aniq sememangnya tamak akan harta. Dia inginkan hotel tersebut. Namun demikian, Tan Sri Afi Iskandar menyerahkan hotel tersebut kepada abang dan adik bongsunya. Oleh sebab itu, Aniq amat benci akan abang dan adik bongsunya. Harta yang sepatutnya menjadi miliknya diserahkan kepada Arfan dan Aufa.

            “Marissa, adik! Mama tak pernah ajar anak-anak mama biadap dengan papa!” marah Puan Sri Nur Adni Keisha.

            Aniq begitu marah dengan papanya lantas masuk ke biliknya.

            “Papa, please! Marissa nak Abang Adam!”

            “Marissa! Terima saja lah segala ketentuan! Jodoh kamu bukan dengan Adam tetapi dengan lelaki itu!” marah Puan Sri Nur Adni Keisha kepada anaknya yang tidak pernah mendengar kata-katanya selama ini.

            “Argh! Mama dengan papa memang tak sayangkan Marissa dengan adik. Mama dengan papa lebih sayangkan Abang Arfan dan Aufa! Marissa akan rampas Abang Adam daripada Aufa walaupun mereka dah kahwin! Marissa tak kira! One day, Abang Adam will be mine!” Marissa menghamburkan kemarahannya kepada mama dan papanya lantas masuk ke biliknya.

            “Marissa!” jerit Tan Sri Afi Iskandar.

            Puan Sri Nur Adni Keisha hanya menggelengkan kepalanya.

            “Apa nak jadi dengan anak-anak kita, abang? Diorang benci antara satu sama lain.” ujar Puan Sri Nur Adni Keisha.

            “Abang dah tak larat nak nasihatkan mereka. Maybe kita salah dalam mendidik mereka.” ujar Tan Sri Afi Iskandar.

            “Abang, kalau Marissa rampas Adam daripada Aufa macam mana?”

            “Abang percayakan Adam. Adam seorang yang setia. Adam akan setia di sisi Aufa. Dia tak akan sama sekali berpaling tadah.” terang Tan Sri Afi Iskandar.

                                                                        ***

Situasi di rumah dua teres dua tingkat…

            “Mak Su masak apa?” tanya seorang pemuda kepada ibu saudaranya, Puan Marissa Amira yang sedang memasak. Pemuda itu baru bangun daripada tidur.

            “Mak Su masak lauk kegemaran Mir. Nasi ayam. Mir dah mandi ke belum? Matahari dah terpacak atas kepala baru bangun. Anak teruna apa ni?” Puan Amira mula berleter.

            “Dah mandi, mak su. Anak teruna bangun lambat tak apa, mak su. Kalau anak dara bangun lewat, bukan setakat mak mertua reject, Mir pun reject!” jawab pemuda tersebut yang bernama Adam Emir Haikal.

            “Tahu pun Mir nak reject. Kalau macam tu, mak mertua pun reject anak teruna bangun lambat. Bukan setakat mak mertua, anak dara pun reject kamu.”

            “Kenapa pula, mak su? Perkara biasa la lelaki bangun lambat. Lagipun sekarang kan cuti semester. Hari cuti la Mir nak qada tidur.”

            “Mereka fikir yang kamu ini seorang yang pemalas. Malas nak pergi bekerja. Mak su malas layan kamu ni. Kalau mak su layan kamu ni, sampai petang lauk tak masak.”

            “Mir nak pergi…”

            “Kamu nak pergi mana? Tunggu kat ruang tamu. Lepas mak su habis masak, mak su nak cakap dengan kamu.”

            “Mir tak habis cakap lagi, mak su nak potong. Mir nak pergi ruang tamu la, mak su.” Emir berlalu keluar daripada dapur lantas melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di ruang tamu.

            Puan Amira menggelengkan kepalanya.

            Setelah tamat masak, Puan Amira masuk ke biliknya untuk mengambil sekeping gambar sepasang wanita yang tersenyum dengan begitu manis sekali. Gambar tersebut diambil semasa hari raya Aidilfitri pada tahun lepas. Puan Amira membawa gambar tersebut ke ruang tamu lantas menyerahkan gambar tersebut kepada Emir yang sedang menonton televisyen.

            “Terkejut Mir. Ingat kan benda apa. Rupa-rupanya gambar.” Emir mangambil gambar tersebut daripada tangan Puan Amira.

            “Cantiknya, mak su! Siapa ni? Mir tak pernah tengok pun selama ini.” ujar Emir.

            “Cantik? Perempuan yang mana satu yang Mir puji cantik?” tanya Puan Amira dengan teruja.

            “Diorang ni kembar ke mak su?”

            “Ha’ah, kembar. Cantik kan? Yang mana satu yang paling cantik?”

            “Dua-dua cantik. Tapi perempuan yang mata dia warna hijau lagi cantik.” puji Emir sambil menatap wajah gadis tersebut.

            “Hah?! Eh, tak boleh! Perempuan sebelah ni yang patut Mir puji!” arah Puan Amira sambil menunjukkan wajah di sebelah gadis yang dipuji oleh Emir.

            “Mir jawab betul apa? Memang gadis yang mata dia warna hijau lagi cantik!” tegas Emir.

            “Mir sepatutnya puji perempuan sebelah dia!” tegas Puan Amira.

            “Kenapa pula mak su?”

            “Sebab perempuan sebelah dia tu tunang kamu!” jelas Puan Amira dengan selamba.

            “Bila masa pula Mir bertunang? I think I’ m a single man.” ujar Emir dengan terkejut.

            “Sejak kecil lagi.”

            “Kenapa Mir tak tahu pula?”

            “Perkara ini dirahsiakan. Sepatutnya mak su harus beritahu Mir 3 tahun yang lalu. Tetapi mak su terlupa. Hehe.” ujar Puan Amira dengan selamba sambil tersengih-sengih.

            “Kenapa mak su lupa?! Mak su ni, teruk la!” Emir geram dengan ibu saudaranya. Rahsia sebesar ini mak sunya boleh lupa.

            ‘Nasib baik mak su cakap aku dah bertunang. Kalau mak su cakap aku dah kahwin, aku pengsan dulu la.’ getus hati Emir.

            “Kenapa Mir tak ditunangkan dengan perempuan bermata hijau ni je, mak su? Perempuan ni cantik, mak su!” tanya Emir tidak puas hati.

            “Gadis itu tunang Adam, adik kamu.” jawab Puan Amira dengan selamba.

            Adam Emir Haikal merupakan abang kembar kepada Adam Aiman Aryan. Emir tidak tinggal bersama Amani dan Adam kerana ingin menemani ibu saudara mereka yang telah membesarkan mereka selama ini. Mak su mereka telah kehilangan suaminya ketika Emir dan Adam berusia 12 tahun. Mak su tidak mempunyai anak walaupun telah berkahwin selama 10 tahun. Ketika Amani dan Adam ingin tinggal di banglo ayah mereka, Emir tidak mahu ikut kerana ingin menemani mak su mereka yang kesunyian. Oleh sebab itu, Emir masih tinggal bersama ibu saudaranya sehingga kini.

            “Kenapa Adam dapat gadis tu?” tanya Emir yang tidak puas hati.

            “Gadis itu adik kembar kepada tunang kamu manakala Adam adik kembar kamu. So, that’s why la kamu dapat Marissa, Adam dapat Aufa.”

            “Tak adil la kalau macam tu! Nama panjang tunang Mir apa?”

            “Nur Izz Marissa Batrisya bt. Afi Iskandar.”

            “Mak su, boleh tak mak su putuskan pertunangan mereka?” tanya Emir dengan selamba.

            ‘Kenapa la Adam dapat yang cantik? Aku pun nak juga! Memang la Marissa tu cantik tapi adik dia lagi cantik.’ gumam Emir di dalam hati.

            “Astaghfirullahal’azim! Berdosa tu, Mir. Diorang nak kahwin lagi dua minggu je.” Puan Amira terkejut dengan pertanyaan anak saudaranya.

            “Hah?! Cepatnya diorang nak kahwin! Adam tu baru umur 20 tahun. Boleh ke jaga anak dara orang?” ujar Emir dengan sinis.

            “Adam nak sambung belajar ke luar negara. That’s why la diorang kahwin awal.” terang Puan Amira.

            “Mak su, nama adik kembar Marissa pula apa? Umur diorang berapa?”

            “Nur Izz Aufa Raihanah. Umur, 18 tahun. Kenapa kamu tanya?”

            “Saja. Mak su, Mir nak Aufa!” jerit Emir tiba-tiba. Puan Amira terkejut mendengar jeritan Emir.

            “Astaghfirullahal’azim! Tak boleh, Mir. Aufa milik Adam. Takdir kamu adalah untuk bersama dengan Marissa, kamu terima je la takdir yang tersurat di Luhmahfuz. Adam pula ditakdirkan untuk bersama dengan Aufa bukan dengan Marissa. Kenapa dengan kamu ni?” Puan Amira pelik dengan Emir. Tidak pernah-pernah anak-anak saudaranya, Emir dan Adam berebut benda, tiba-tiba berebut gadis.

            “Mir tak kira! Suatu hari nanti, she will be mine.” ujar Emir dengan selamba.

            “Dia nak kahwin lagi dua minggu je, Mir. Takkan la adik ipar kamu pun kamu nak rampas.”

            “Mir akan hancurkan rumah tangga diorang. Lepas Aufa becerai, Mir akan kahwin dengan dia.” tekad Mir.

            “Astaghfirullahal’azim. Kamu ni waras ke tak? Ingat Allah, Mir! Kamu tak sayang adik kamu ke, Mir?” Puan Amira memegang dadanya. Dia begitu terkejut dengan kata-kata yang baru diluahkan oleh anak saudaranya.

            Emir bangun daripada sofa lantas berlalu naik ke atas menuju ke biliknya.

            ‘Ya, memang aku sayangkan adik aku. Tapi aku tak boleh terima apabila dia dapat sesuatu yang lebih daripada aku. Kenapa tunang dia lebih cantik daripada tunang aku?! Aufa, you will be mine!’ getus hati Emir.

                                                                        ***

Situasi di banglo tiga tingkat milik Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah…

            “Daddy! Tengok Abang Farhan ni! Dia ambil handphone baby!” jerit Aufa sambil berlari mengejar Farhan di ruang tamu.

            “Farhan, bagi balik handphone baby!” arah Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

            “Tak boleh! Daddy, baby mesej dengan Adam! Farhan baca mesej ye? Abang, kenapa abang tak jumpa Aufa? Abang tak rindu Aufa ke? Aufa rindu abang.” Farhan membaca mesej tersebut  sambil tersengih-sengih.

            “Abang! Ini melebih-lebih! Baby tak tulis pun ayat-ayat jiwang tu! Daddy!” Aufa ingin menangis.

            Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah, Puan Sri Nur Aliah, Arfan, Ashiya dan Faiq hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka melihat keletah Farhan dan Aufa.

            “Alolo, baby nak menangis pula. Jangan la menangis, nanti buruk pula muka tu!” usik Farhan sambil tersengih.

            “Abang!” Aufa menjerit kegeraman.

            “Abang dengan kakak tak malu dengan adik ke? Adik pun perangai tak macam dengan abang dengan akak. Adik umur 12 tahun pun perangai tak macam abang dengan akak. Perangai macam budak-budak.” ujar Faiq dengan selamba.

            “Adik jangan menyampuk!” ujar Farhan dan Aufa serentak.

            “Farhan, baby, duduk. Daddy ada benda nak cakap.” ujar Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

            “Ok.” jawab Aufa dan Farhan lantas duduk di atas sofa.

            “Sebenarnya, Aufa akan berkahwin dengan Adam dua minggu lagi.” ujar Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah tanpa berlapik.

            “Hah?!” Arfan, Farhan, Ashiya, Faiq dan Aufa terkejut mendengar ayat-ayat tersebut. Aufa ternganga mendengar ayat tersebut.

            ‘Aku nak kahwin? Muda lagi kut. Baru 18 tahun.’ getus hati Aufa.

            “Kenapa cepat sangat?” tanya mereka berlima serentak.

            “Adam akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Dia nak kahwin dengan kamu sebelum melanjutkan pelajarannya ke luar negara.” terang Puan Sri Nur Aliah.

            “Kenapa tak kahwin selepas dia tamat belajar je, daddy, ibu?” tanya Arfan.

            ‘Aku nak kahwin ke Abang Arfan yang nak kahwin ni?’ gumam hati Aufa.

            “Tak elok bertunang lama-lama. Tambahan pula, sorang ke barat yang sorang lagi di timur. Apa-apa boleh jadi sepanjang tempoh Adam berada di luar negara. That’s why la kami percepatkan.” terang Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah pula.

            “Baby setuju?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah.

            “Baby setuju aje. Mama dan papa baby pula kata apa pasal perkahwinan ini? Abang Arfan, Abang Farhan, Ashiya dan adik setuju ke tak?” tanya Aufa. Dia tidak mahu kahwin sekiranya kedua-dua buah keluarga mereka tidak setuju.

            “Kami setuju aje. Betul tak adik-adik?” tanya Arfan kepada Farhan, Ashiya dan Faiq.

            Ashiya dan Faiq menganggukkan kepala mereka.

            “Kau tanya aku macam aku ni budak kecik pula. Aku ni 20 tahun tau! Baby, abang setuju aje kalau itu yang terbaik untuk adik dan Adam.” ujar Farhan dengan serius. Hal penting tidak boleh dipandang remeh.

            “Mama dan papa baby setuju aje. Jangan risau. Kami berempat dah bincang sebelum tanya kamu.” jawab Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

            “Kalau macam tu, tak apa lah. Baby naik atas dulu ye? Bye!” Aufa bergegas bangun daripada sofa lantas menaiki tangga untuk menuju ke biliknya.

            “Baby nak sambung mesej dengan future husband ke? Sabar-sabar la sikit. Dua minggu je lagi!” jerit Farhan kepada Aufa yang berada di tingkat dua.

            “Abang!” Aufa menjerit kegeraman.

            ‘Teruk betul la abang ni! Tapi, kan betul kata aku, takdir pasti akan menemukan aku dan Abang Adam. Takdir menemukan aku dan Abang Adam bukan dengan status tunang tetapi status suami isteri. Hubungan yang sangat mulia. Kuasa Allah, tiada sesiapa pun jangka termasuklah aku.’ monolog Aufa di dalam hati.

                                                                        ***

            Hari yang dinantikan kini telah tiba. Aufa duduk bersimpuh ayu di atas bantal yang disediakan untuknya sambil menundukkan kepalanya. Baju pengantin yang dipakai olehnya berwarna putih. Putih melambangkan kesucian. Oleh sebab itu, dia memilih warna putih sebagai baju untuk akad nikah. Di kiri dan kanannya pula terdapat mama dan ibunya. Majlis akad nikah Adam dan Aufa  hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat sahaja. Mereka tidak menjemput kawan-kawan mereka yang lain. Tambahan pula pernikahan mereka ini dirahsiakan oleh mereka sendiri. Perkahwinan mereka hanya diadakan kecil-kecilan sahaja. Majlis persandingan tidak diadakan. Ahli keluarga hanya menerima sahaja permintaan daripada Adam dan Aufa.

            Tatkala Aufa mendongakkan kepalanya untuk melihat Adam, dia terpaku, tergamam, terkedu, terkejut dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya.

            ‘Adam? Dua Adam? Muka sama? Eh?! Mata aku betul ke tak?’ getus Aufa di dalam hati.

            “So, boleh kita mulakan? Yang mana satu pengantin lelaki? Muka sama, baju pun warna sama. Yang mana satu ye?” tanya Tuk Kadi.

            ‘Tuk kadi pun kata ada dua. Mata aku memang betul la.’ monolog Aufa lagi.

            “Mama, ibu, yang mana satu Abang Adam? Kenapa ada dua Adam?” tanya Aufa dengan naif.

            “Kembar.”ujar Puan Sri Nur Adni Keisha dan Puan Sri Siti Nur Aliah dengan serentak.

            “Kembar? So, mama dan ibu kena pastikan lelaki yang kahwin dengan baby ialah Abang Adam bukannya kembar dia tu.” ujar Aufa dengan selamba.

            “Takkan la nak tertukar pengantin kut. Adam takkan buat macam tu la.” ujar Puan Sri Siti Nur Aliah.

            “Kalau Abang Adam buat perangai macam mana? Kalau dia suruh kembar dia gantikan dia macam mana? Habislah baby!”

            “Kamu tandatangan tadi mesti ada nama Adam juga. Takkan tak baca dulu kut sebelum tandatangan?” ujar Puan Sri Nur Adni Keisha pula.

            “Mama, ibu! Memang baby tak baca. Habislah baby! Mama, Ibu tolong baby!” jerit baby dengan perlahan. Dia takut sekiranya orang lain terdengar perbualan mereka.

            “Sah?”

            “Sah.”

            “Sah.”

            “Dah sah pun!” ujar Puan Sri Nur Adni Keisha dengan selamba.

            “Ibu, mama!” Aufa terjerit dengan kuat. Air mata mengalir di perlahan di pipinya.

            Para tetamu terkejut dengan jeritan pengantin perempuan lantas memandang Aufa. Pengantin lelaki yang berjalan ke arah Aufa juga terkejut. Pengantin lelaki tersebut mempercepatkan jalan. Pengantin lelaki tersebut duduk di hadapan Aufa lantas mengesat air mata yang menodai pipi isterinya.

            “Kenapa sayang?” Pengantin lelaki tersebut bertanya dengan lembut kepada Aufa.

            “Hah?! Tak ada apa.” jawab Aufa dengan pantas.

            ‘Ya Allah, aku mohon kepada-Mu. Minta-minta la dia ni Abang Adam. Amin!’ Aufa berdoa di dalam hati.

            “Kenapa menjerit tadi?”

            Puan Sri Nur Adni Keisha dan Puan Sri Siti Nur Aliah menahan senyum.

            “Tak ada apa-apa. Tadi ada lipas lalu.” jawab Aufa dengan selamba.

            Pengantin lelaki tersebut hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Pengantin lelaki tersebut menyarungkan cincin ke jari manis isterinya. Aufa mencium tangan suaminya. Pengantin lelaki tersebut mencium dahi dan kedua-dua belah pipi Aufa dengan lama.

            ‘Ya Allah, aku pasrah je la siapa suami aku pun. Nak buat macam mana? Dah kahwin pun.’ Aufa bermonolog di dalam hatinya.

            Marissa hanya memandang adiknya dari jauh. Begitu juga seorang lagi lelaki yang seiras dengan pengantin lelaki tersebut. Mereka bergerak keluar daripada pekarangan banglo milik Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah setelah tamat majlis tersebut.

            Aufa masuk ke dalam biliknya yang dihias begitu cantik. Aufa membuka pakaian pengantinnya lantas masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

            ‘Siapa la yang kahwin dengan aku ni? Tu la kau Aufa, tak tengok nama pengantin lelaki dulu waktu nak tandatangan. Sekarang ni padan muka kau! Entah dengan siapa kau kahwin?’ Aufa bermonolog di dalam hatinya sambil mandi.

            “Eh?! Aku lupa ambil baju la! Mampus la aku! Minta-minta dia tak masuk lagi. Amin.” Aufa berdoa sambil mengintip ke sekeliling biliknya untuk melihat sama ada suaminya ada di dalam bilik atau tidak.

            “Line clear! Haha.” Aufa keluar daripada tandas. Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengunci pintu.

            “Selamat. Fuh.” Tanpa Aufa sedari, suaminya telah ada di dalam bilik. Sewaktu Aufa sedang mengintip tadi, suaminya berada di dalam bilik pakaian.

            Aufa membuka pintu bilik pakaiannya, tiba-tiba dia tergamam.

            “Bila masa awak masuk?!” tanya Aufa yang masih terkedu melihat suaminya berada di dalam bilik. Setahunya tiada sesiapa di dalam bilik atau dia terlepas pandang.

            “Waktu Hana sedang mandi.” jawab lelaki itu dengan selamba.

            “Siapa Hana? Tak ada orang la pula dalam bilik ni nama Hana. Dalam rumah ni pun tak ada. Girlfriend awak ke? So, awak tersalah pengantin la ni. Nama saya Nur Izz Aufa Raihanah. Bukannya Hana. Awak boyfriend kak Marissa la kan? Awak keliru ke antara saya dengan kak Marissa? Eh! Wait a minute! Nama akak aku Nur Izz Marissa Batrisya. Tak ada nama Hana pun. Awak siapa? Saya ke yang tersalah pengantin? Awak bukan Abang Adam kan? Sebab tu la awak panggil saya Hana. Matilah aku! Aku kahwin dengan orang lain!” Aufa membebel keseorangan. Aufa tidak sedar bahawa dia masih berkemban.

            Lelaki tersebut mendekati Aufa lantas memeluk Aufa.

            “You are Hana. I want to call you, Hana. Abang nak panggil Hana sebab abang inginkan kelainan. Nama Hana, abang ambil daripada Raihanah. Abang pendekkan nama Raihanah. Just buang Rai dan H saja. So, jadilah Hana.” terang lelaki tersebut lantas mencium bahu Aufa yang tidak berlapik.

            ‘Wangi!’ desis lelaki tersebut di dalam hati.

            ‘Geli lah. Meremang bulu tengkuk aku ni!’ gumam Aufa di dalam hati.

            ‘OMG! Aku tak pakai baju lagi. Patut la rasa lain macam. Dia ni tak reti nak lepas aku ke? Berapa lama nak peluk.’ hati Aufa terus berkata-kata.

            “Awak bukan Abang Adam kan?” tanya Aufa lagi.

            ‘Memang sah bukan Abang Adam. Takkan la Abang Adam boleh jadi miang selepas lama tak jumpa. Setahu aku, Abang Adam jenis cool je. Tak ada perasaan. Sah pengantin lelaki tertukar!’ Aufa bermonolog.

            “Takkan tak kenal abang dah kut? Baru beberapa tahun tak jumpa, dah lupa. So, selama ini abang je la yang selalu teringatkan Hana. Kesian abang. Isteri abang langsung tak merindui abang. Abang nak merajuk la.” Lelaki tersebut meleraikan pelukan lantas menuju ke luar bilik pakaian Aufa dan melabuhkan punggungnya di birai katil.

            ‘Merajuk pula suami aku ni! Tapi betul la kata aku! Bila masa Abang Adam berubah jadi miang ni. Tambah lagi satu kuat merajuk. Terserlah kemanjaan.’ Aufa memakai baju lantas keluar daripada bilik itu. Aufa melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya yang sedang merajuk.

            “Alolo, anak siapa la ni? Kuat merajuk! Haha. Teruk la awak ni!” Aufa menghamburkan tawanya.

            “Sampai hati Hana ketawakan abang. Tak jadi merajuk la. Ada banyak perkara yang tak langsai lagi.” ujar lelaki tersebut sambil terseyum-senyum. Sekali pandang senyuman manis. Dua kali pandang, senyuman miang.

            ‘Seram aku tengok senyuman dia! Mama, ibu, tolong Aufa!’ jerit Aufa di dalam hati.

            “Perka… perkara a… apa?” tanya Aufa dengan tergagap-gagap.

            “First, don’t call me ‘awak’. I don’t like that word.”

            “Habis tu nak panggil apa?” tanya Aufa dengan naif.

            “Abang la. A.B.A.N.G.” lelaki tersebut mengeja satu persatu.

            “Awak bukan Abang Adam pun! Buat apa saya nak panggil ‘abang’.” jawab Aufa dengan selamba.

            “I’m still your husband. Second, please call yourself ‘Hana’ when talk. Third, I’m Adam. Adam Aiman Aryan Bin Abrisam Raqib. Kantoi! Hana tak tengok nama bakal husband dulu sebelum tandatangan.” ujar Adam sambil tersengih-sengih.

            Aufa tertunduk. Dia sedar akan kesalahannya.

            ‘Kantoi! Tapi kenapa perangai dia lain sangat? Perangai tak macam Abang Adam yang aku kenal. Boleh percaya ke?’ tanya Aufa di dalam hati.

            “Nah!” Adam menyerahkan kad pengenalannya kepada Aufa untuk membuktikan bahawa dia ialah Adam Aiman Aryan.

            “Huh?” Aufa tetap mengambil kad pengenalan daripada tangan Adam.

            ‘Memang betul la dia ialah Adam. Tapi kad pengenalan masih tak membuktikan lagi.’ Aufa masih tidak yakin bahawa suaminya ialah Adam Aiman Aryan.

            “Still tak boleh membuktikan! Sesiapa pun boleh ambil kad pengenalan ni daripada kita.” Aufa memeluk tubuhnya.

            “Kenapa Hana cakap macam tu? Hana takut lelaki yang seiras dengan abang kahwin dengan Hana?” tanya Adam sambil memandang Aufa yang sedang melihatnya.

            “Ha’ah. Lagi satu, perangai abang lain sangat. Perangai sekarang ni tak sama seperti perangai Adam yang dulu.” ujar Aufa lagi.

            Adam menundukkan kepalanya.

            “Percayalah bahawa lelaki yang ada di  hadapan Hana ialah Adam Aiman Aryan. Abang takkan benarkan kembar abang kahwin dengan Hana. You’ re mine. Kalau Hana keliru, ada bukti lagi. Atas bahu abang ada tanda kelahiran. Kembar abang tak ada tanda tersebut.” terang Adam sambil menatap mata Aufa.

            ‘Mata yang sarat dengan rasa cinta.’Aufa menganalisis mata Adam.

            “Still tak boleh membuktikan lagi. Hana tak pernah tengok pun tanda tu! So, bukti di tolak mentah-mentah.” ujar Aufa degan selamba.

            “Betul juga kata Hana. Ada bukti lagi, Hana sering mengintip abang dari jauh. Hana mengintip abang dari galeri. Hana akan pulang sekiranya abang pulang. Hana takkan berganjak dari galeri selagi abang tak balik. Betul tak?” Adam tersengih-sengih memandang Aufa.

            Aufa terkedu.

            ‘Bukti yang memalukan diri aku sendiri! Hampeh!’

            “Bukti diterima!” Aufa ingin bangun daripada duduk namun Adam memegang tangan Aufa. Aufa memandang Adam. Dia terkedu. Adam sedang melemparkan senyuman miang kepada dirinya.

            “Fourth…hehe” Adam tersengih-sengih.

            Aufa duduk kembali di birai katil. Dia hanya mengganggukkan kepalanya.

            Malam pertama mereka, Aufa telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aufa berharap semoga kebahagiaan ini akan berterusan sehingga akhir hayatnya. Masjid yang baru dibina pasti akan dijaga dengan baik oleh Adam. Allah telah mentakdirkan Adam dengan Aufa. Semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga akhir hayat.

                                                                        ***

            “Baby, baby bahagia tak bersama dengan Adam?” tanya Farhan ketika dia berada di dalam bilik Aufa.

            Aufa tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

            “Bahagia sangat! Kenapa abang tanya?”

            “Tak ada apa-apa. Abang saja tanya. Kalau bahagia, tak apa la. Abang pun tumpang bahagia.” jawab Farhan dengan terpaksa. Sebebnarnya dia berbohong kepada adiknya bahawa dia tumpang kebahagiaan adiknya.

            Sebenarnya dia tidak suka akan Adam. Adam seolah talam banyak muka. Di hadapan keluarga, Adam la paling baik. Di belakang keluarga, Adam tidak boleh dikatakan baik. Adam sering ke kelab malam 3 kali seminggu. Farhan yang aneh dengan perangai Adam lantas mengambil keputusan untuk mengekori adik iparnya itu. Farhan amat terkejut apabila Adam berhenti di kelab malam lalu masuk ke dalam kelab tersebut. Farhan turut masuk ke dalam kelab untuk melihat kegiatan Adam di belakang keluarga. Farhan melihat Adam sedang duduk di sisi gadis seiras Aufa iaitu Marissa, kakak kembar Aufa. Dia terkedu apabila Adam mengambil gelas yang berisi arak yang dihulurkan oleh Marissa. Farhan tidak tahan berada di kelab malam tersebut dengan lama lantas mengambil keputusan untuk pulang. Dia mengekori Adam sebanyak 3 kali. Ternyata Adam sering berkunjung ke kelab malam tersebut. Oleh sebab itu, dia tidak suka akan Adam. Bagi Farhan, Adam umpama manusia bertopengkan syaitan.

            “Eh? Kau ada kat sini?” Adam yang baru masuk biliknya dan Aufa menutup pintu. Adam baru pulang daripada rumah mak sunya.

            “Ha’ah. Baby, abang keluar dulu ye?” Farhan berlalu keluar daripada bilik Aufa.

            Adam hanya memerhati. Adam sedar semenjak akhir-akhir ini, Farhan seolah-olah mengelak daripada berjumpa dengan dia. Adam melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia hanya memerhati isterinya yang sedang melayari internet.

            “Abang ada benda nak bagi kepada Hana.”

            “Hmm. Apa dia?” tanya Aufa dengan selamba. Dia begitu khusyuk melayari internet.

            “Pandang la abang.” Adam memusingkan badan Aufa supaya menghadapnya.

            “Ye abang sayang. Hana sedang tengok muka abang yang handsome lagi menawan.” ujar Aufa sambil tersengih-sengih. Dia sedar bahawa dia telah mengabaikan suaminya.

            “Tadaa!” Adam menghulurkan sebuah kotak hadiah kepada Aufa.

            Aufa yang melihat kotak hadiah tersebut lantas mengambil kotak tersebut. Dia tak sabar-sabar untuk melihat isi dalam hadiah tersebut.

            “Amboi, laju je dia ambil. Betul ke hadiah ni untuk Hana?” tanya Adam sambil tersenyum-senyum.

            “Terang lagi bersuluh dah hadiah ini untuk Hana. Abang sendiri cakap ‘abang ada benda nak bagi kepada Hana’.” Aufa meniru percakapan suaminya.

            “Ye la. Abang surrender.”

            “Wah, cantiknya abang!” Mata Aufa bersinar tatkala melihat rantai tersebut. Rantai yang tertulis namanya iaitu AUFA.

            “Abang memang cantik! Eh? Salah! Abang handsome. Cantik itu untuk kaum hawa. Abang lelaki. Hana tak belajar ke?” usik Adam.

            “Abang ni!” Aufa mencubit paha Adam.

            “Aduh, sayang! Sakitnya!” Adam menggosok pahanya.

            “Usik Hana lagi! Kan dah kena.”

            “Abang…”

            Bunyi telefon berbunyi menghentikan percakapan Adam. Adam menjawab panggilan tersebut.

            “Hello… Hisy! Ye la. Adam pergi.” Adam bangun daripada duduk lantas mengambil kunci keretanya.

            “Eh? Abang nak pergi mana? Baru balik, nak keluar pula ke? Siapa telefon abang?” tanya Aufa.

            “Sorry, abang kena keluar. Bye. Tak payah tunggu abang. Tidur je. Lagipun dah pukul 10 malam. Abang tak tahu balik pukul berapa.” Adam memulas tombol pintu biliknya.

            “Abang tak boleh keluar esok pagi je ke? Dah lewat kan? Abang selalu keluar waktu malam. Dalam seminggu, pasti 3 kali abang keluar malam dan balik pun lewat. Abang pergi ke mana sebenarnya ni?” luah Aufa. Dia sememangnya tidak berpuas hati dengan sifat suaminya yang keluar malam 3 kali setiap minggu. Sudah sebulan dia berkahwin dengan suaminya. 3 kali setiap minggu, itulah rutin suaminya. Keluar malam dan pulang ke rumah lewat malam.

            Adam berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Aufa.

            Aufa bertekad. Mala mini dia mahu mengekori suaminya. Dia sudah tidak peduli apa-apa pun. Yang penting, dia harus tahu ke mana suaminya pergi. Dia memakai cardigan dan tudung. Dia mencapai duit RM 50 yang terletak di atas meja solek lantas keluar daripada biliknya. Dia tidak sempat mengambil dompetnya kerana bimbang tidak sempat mengekori suaminya. Aufa juga tidak membawa kad pengenalan. Aufa menahan sebuah teksi lantas membolos ke dalam teksi tersebut.

            “Ikut kereta itu encik.” Aufa menunjukkan kereta BMW 7 series milik Adam.

            “Baik, cik!” Pemandu tersebut mengekori Adam.

            Kereta Adam berhenti di sebuah kelab malam. Aufa hanya memerhati dari jauh. Aufa melihat Adam keluar daripada kereta lantas masuk ke dalam kelab tersebut. Aufa membayar tambang teksi lantas masuk ke dalam kelab malam tersebut juga.

            ‘Takutnya, aku!’ Aufa bermonolog di dalam hatinya.

            Tiba-tiba dia terpandang Adam sedang duduk di samping kakaknya, Marissa. Adam mengambil gelas yang berisi arak daripada tangan Marissa. Marissa sedang memeluk lengannya. Adam tidak menepis tangan Marissa. Semua tingkah laku mereka dilihat oleh Aufa. Aufa menitiskan air matanya.

            ‘Argh! Teruk punya suami. Rupa-rupanya ini kegiatan dia selama ini. Jahat punya jantan! Aku benci kau! Kau jangan cari aku lagi selepas ini! Aku benci kau selama-lamanya!’ Jerit Aufa di dalam hati.

            Aufa berlari keluar daripada kelab malam tersebut sambil menangis teresak-esak.

            ‘Ya Allah, inikah dugaan kau. Inikah takdir aku! Takdir Aufa! Takdir bahawa suami aku curang dengan aku! Suami aku manusia bertopengkan syaitan. Ya Allah, aku tak tahan dengan dugaan ini.’ Aufa merintih kesedihan. Dia berjalan keseorangan pada malam yang sunyi. Air mata masih menodai pipinya. Aufa melangkah dengan longlai.

            Dari jauh, terdapat seorang lelaki yang sedang memerhatikan Aufa. Lelaki tersebut hanya memerhati di dalam kereta.

            Aufa melintas jalan tanpa menoleh kiri atau kanan. Otaknya seakan-akan tidak berfungsi tatkala itu. Lelaki yang memerhati Aufa sejak tadi mula memandu keretanya. Kelajuan kereta tersebut semakin meningkat lantas melanggar Aufa. Lelaki tersebut meneruskan pemanduannya tanpa menoleh melihat Aufa walaupun sesaat. Dia hanya tersenyum senang. Akhirnya kereta tersebut hilang di sebalik kepekatan malam.

            Tubuh Aufa melayang sebaik sahaja dilanggar. Darah membuak-buak keluar daripada mulutnya berterusan. Darah mula mengalir daripada kepala Aufa. Aufa tidak boleh mengungkap walau satu pun ayat. Bibirnya hanya mampu terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.

            ‘Ya Allah, inikah pengakhiran bagi kehidupan aku? Adakah aku ditakdirkan untuk mati dengan sebegini teruk? Ampunkan baby, ibu, daddy, mama, papa, abang-abang dan adik-adik. Ampunkan aku Ya Allah!’ gumam hati Aufa. Mata Aufa mula tertutup rapat. Nafasnya kian perlahan.

                                                                        ***

            Adam memulas tombol pintu biliknya lantas membolos masuk ke dalam bilik tidur.

            “Eh? Mana Hana?” Adam mencari-cari Aufa di dalam bilik.

            “Tak ada pula. Mana dia pergi ni? Dia ada kat mana ye?” Adam keluar daripada biliknya lantas mencari-cari di sekeliling rumah. Setiap bilik yang terdapat di dalam banglo Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah telah dia cari, namun masih tidak menemui isteri kesayangannya. Adam masuk ke dalam biliknya. Dia menelefon isterinya. Telefon isterinya terletak elok dia atas meja solek.

            “Dia tak bawa pula handphone! Mana dia pergi ni? Kenapa Hana tak beritahu abang dulu sebelum keluar.” Adam meramas-ramas rambutnya. Adam begitu risau akan keselamatan isterinya.

            Adam tidak tidur sepanjang malam kerana menanti isterinya yang masih tidak pulang hingga Subuh.

            “Mana dia pergi ni? Ya Allah, mana isteri aku pergi? Selamatkanlah dia walau di mana pun dia berada.” Adam berdoa kepada tuhan yang Maha Esa setelah solat Subuh.

            Adam keluar daripada biliknya dan menuju ke ruang tamu.

            “Awal bangun Adam.” tegur Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah kepada Adam yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Sri Siti Nur Aliah.

            “Ibu, daddy, Aufa tak balik dari semalam.” ujar Adam dengan lemah.

            “Hah?! Tak balik? Kamu biar betul. Dah cari satu rumah?” tanya Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

            Puan Sri Siti Nur Aliah terkedu mendengar ayat tersebut.

            “Dah daddy. Adam tak sedap hati la.” ujar Adam yang sememangnya sedang risau akan keselamatan isterinya.

            “Kamu telefon dia tak?” tanya Puan Sri Siti Nur Aliah pula.

            “Dia tak bawa handphone.”

            “Abang, anak kita tak pernah buat perangai. Kenapa tiba-tiba je?” Puan Sri Siti Nur Aliah turut tidak tenang.

            “Kita tunggu je la. Kalau dia tidak pulang dalam masa dua minggu ini, kita lapor kepada pihak polis.” ujar Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah pula.

            “Kenapa lama sangat, bang?” Puan Sri Siti Nur Aliah tidak puas hati dengan keputusan suaminya.

“Just wait and see.” ujar Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

“Adam setuju, daddy.”

                                                            ***

Sudah 5 hari Aufa terlantar di atas katil. Dia mencelikkan matanya. Dia memandang ke sekeliling. Aufa terpandang seorang wanita tua dan seorang pemuda sedang memandangnya.

“Ya Allah, Aufa dah sedar!” Wanita tersebut melemparkan senyumannya kepada Aufa lantas menekan butang yang terdapat di dalam bilik itu. Pemuda yang berdiri di sebelahnya juga melemparkan senyuman yang manis kepada dirinya.

Aufa merasakan otaknya seakan-akan tidak berfungsi.

Doktor dan jururawat masuk ke dalam bilik tersebut lantas memeriksa Aufa. Wanita tua itu dan pemuda tersebut hanya berdiri di hadapan katilnya. Aufa mengambil kesempatan untuk bertanya.

“Awak doktor kan?” tanya Aufa dengan naif.

“Saya kan pakai baju doktor. Of course la saya doktor.” jawab Doktor Akmal yang merawat Aufa sepanjang Aufa berada di hospital tersebut.

“Siapa nama awak?” tanya Doktor Akmal. Dia bimbang Aufa hilang ingatan akibat hnetakan yang teruk di kepalanya.

“Siapa saya? Nama pun saya tak ingat. Doktor, siapa saya?” semua yang berada di dalam bilik tersebut terkejut mendengar soalan yang diungkapkan oleh gadis cantik tersebut.

“Awak tak ingat? Ahli keluarga awak? Suami awak?” tanya doktor itu lagi.

“Sa…saya betul-betul tak ingat doktor. Kenapa doktor tanya suami saya? Saya dah kahwin ke doktor?” tanya Aufa lagi. Dia betul-betul tak ingat. Otaknya seolah-olah kosong.

Wanita tua itu menangis apabila mendengar ayat-ayat tersebut. Dia sudah mula sayang akan gadis itu sejak pertama kali melihat wajsh Aufa. Dia dan anak lelakinya yang menjaga Aufa selama 5 hari ini. Pemuda itu turut sedih mendengar ayat-ayat tersebut.

“Awak mengandung. Usia kandungan awak 2 minggu.” jelas Doktor Akmal.

“Alhamdulillah.” Aufa tidak tahu kenapa dia gembira. Dia begitu gembira sekali mendengar khabar itu. Berita itu bagaikan berita gembira dalam hidupnya.

“So, awak hilang ingatan akibat daripada hentakan yang kuat semasa accident.”

“Saya accident?”

“Ya.”

“Macam mana pula saya boleh accident?”

“Jangan tanya saya, tanya keluarga yang berada di hadapan awak. Lusa maybe awak boleh keluar daripada hospital. Nanti saya inform. Saya keluar dulu ye?” Doktor Akmal berlalu keluar daripada bilik tersebut.

“Saya nampak ada ramai orang mengeremuni seseuatu. Saya turun daripada kereta lantas pergi tengok. Saya nampak awak sedang terdampar atas jalan raya. Darah banyak sangat di wajah awak. Saya angkat awak dan bawa ke hospital ini. Awak terlantar di atas katil ini selama 5 hari. Bt the way, Saya Hasif. Itu mummy saya. Nama mummy saya Zulaika.” Hasif memperkenalkan dirinya setelah menjelaskan apa yang telah berlaku.

“Aufa tinggal dengan kami ye nak? Kami tak tahu siapa keluarga kamu.”

Aufa hanya menganggukkan kepalanya.

“Nama saya Aufa ke, mak cik?” tanya Aufa dengan naif.

“Jangan panggil mak cik. Panggil mummy ye?”

“Baiklah mummy.”

Puan Zulaika tersenyum.

“Kami panggil kamu Aufa sebab rantai di leher kamu tertulis AUFA.” jelas Puan Zulaika.

“Aufa? Sedap. Saya suka.” Aufa tersenyum.

Hasif dan Puan Zulaika melemparkan senyuman manis kepada Aufa.

                                                            ***

“Ini rumah Cik Nur Izz Marissa Batrisya ke?” tanya seorang lelaki yang berpakaian polis. Di kiri dan kanannya juga terdapat polis kepada pembantu rumah Tan Sri Afi Iskandar.

“Ya, encik. Sekejap saya panggil Tan Sri dan Puan Sri.” pembantu rumah tersebut bergegas memanggil Tan Sri Afi Iskandar dan Puan Sri Nur Adni Keisha.

“Kenapa encik cari anak saya?” tanya Tan Sri Afi Iskandar. Puan Sri Nur Adni Keisha berdiri di samping suaminya.

“Anak Tan Sri disyaki bersubahat dengan Adam Emir Haikal Bin Abrisam Raqib dalam kes langgar lari.” Tan Sri Afi Iskandar dan Puan Sri Nur Adni Keisha tergamam.

“Zaitun, kamu pergi panggil Marissa. Suruh dia turun sekarang!” arah Tan Sri Afi Iskandar kepada pembantu rumahnya. Dia begitu marah apabila anaknya bersubahat dalam kes langgar lari.

“Kenapa papa? Eh? Kenapa polis datang tiba-tiba?” Marissa yang barun turun terkejut apabila melihat 3 orang polis di rumahnya.

“Kamu langgar siapa, Marissa?” suara Tan Sri Afi Iskandar bergetar menahan marah.

“What? Bila masa Marissa langgar orang ni?” tanya Marissa dengan terkejut.

“Encik Adam Emir Haikal beritahu kami bahawa awak bersubahat dengannya untuk melanggar Cik Nur Izz Aufa Raihanah.” jelas polis itu.

“What?!” Marissa terkejut.

Pang!

Tan Sri Afi Iskandar menampar pipi Marissa. Puan Sri Nur Adni Keisha terkulai layu di atas lantai apabila mendengar anaknya melanggar anak bongsunya.

“Puan Sri!” Zaitun memaku Puan Sri Nur Adni Keisha.

“Kamu langgar adik kamu sendiri! Astaghfirullahal’azim. Kamu sedar tak? Dia adik kamu! Aufa adik kamu! Benarlah apa yang tercatat dalam Al-Quran. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya manakala lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat. Memang kamu layak dengan Adam Emir Haikal!”

“Papa, walaupun Marissa bencikan Aufa sekalipun Marissa takkan pernah sesekali bunuh adik sendiri. Marissa waras lagi!” terang Marissa.

Dua orang polis yang datng ke rumah Tan Sri Afi Iskandar memegang tangan Marissa lantas membawa Marissa pergi.

“Papa! Tolong Marissa! Marissa tak salah!” jerit Marissa.

Tan Sri Afi Iskandar terduduk di atas sofa.

“Ya Allah, anak aku! Encik, anak saya dihantar ke hospital mana?” tanya Tan Sri Afi Iskandar kepada seorang polis yang masih lagi berada di situ.

“Maaf Tan Sri. Kami sendiri tidak tahu. Kami telah lakukan sedaya upaya untuk mencari anak Tan Sri tetapi kami tidak jumpa.” jawab polis itu lantas berlalu pergi.

“Ya Allah, mana anak aku pergi?” Tan Sri Afi Iskandar merintih. Sekiranya dia ingin mencari anaknya, sudah pasti dia perlu meminta pertolongan daripada pihak polis. Malangnya, pihak polis juga tidak berjaya mencari anaknya. Tan Sri Afi Iskandar hanya mampu berdoa supaya anaknya selamat walau di mana jua dia berada.

                                                            ***

“Aliah, Adam, Arfan, Farhan, Ashiya, Faiq, pihak polis tidak berjaya mencari Aufa. Dia dilanggar oleh Adam Emir Haikal, abang kamu, Adam. Marissa juga bersubahat. Mereka berada di dalam penjara sekarang.” ujar Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

Seisi keluarga terkejut mendengar berita itu.

“What?! Mir langgar Aufa? Argh! Aufa dihantar ke hospital mana, daddy?” tanya Adam. Rupa-rupanya isterinya sedang menderita selama ini. Patutlah dia tidak tenang selama ini.

“Polis pun tak tahu di mana Aufa berada.” jawab Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

Puan Sri Siti Nur Aliah pengsan mendengar khabar bahawa anak kesayangannya tidak ditemui sehigga sekarang.

Adam, Arfan dan Farhan berdiam diri. Mereka menangis di dalam hati mereka. Ashiya dan Faiq menangis apabila mendengar khabar tersebut.

“Daddy tahu daripada mana berita ni?” tanya Arfan kepada ayahnya.

“Papa kamu baru telefon papa. Polis beritahu dia. Polis juga telah menangkap Emir dan Marissa.” jawab Tan Sri Muhammad Dzaki Rizqullah.

“Tergamak Marissa buat macam tu kat adik kami. Adik kandung kami!” marah Arfan. Arfan menumbuk dinding.

Farhan dan Adam menundukkan kepala mereka. Mereka memendam rasa di dalam hati mereka.

                                                            ***

5 tahun kemudian..

“Nurse, anak saya ada appointment dengan doktor.” ujar Aufa kepada jururawat yang bertugas.

“Nama anak puan?”

“Adam Danish Aqil.” jururawat itu melihat wajah anak kecil yang berusia 5 tahun itu.

‘Comelnya! Aku macam pernah tengok muka wanita ni. Di mana ye?’ monolog hati jururawat itu.

“Ya, anak puan ada appointment hari ini tapi doktor lain. Doktor Afif ditukarkan ke hospital lain.”

“Oh, ok.” Aufa memimpin tangan anaknya lantas melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan.

“Adam Danish Aqil.” Seorang jururawat memanggil nama anak Aufa untuk masuk ke dalam bilik.

Aufa memimpin tangan anaknya lantas berlalu masuk ke dalam bilik doktor tersebut. Aufa melihat doktor tersebut sedang menundukkan kepalanya membaca fail.

‘Adam Danish Aqil. Sedap nama. Nama ibu pula Aufa. Nama isteri aku! Takkan la anak dan isteri aku kut?!’ Adam bermonolog di dalam hati. Adam telah melanjutkan pelajarannya ke Ireland untuk menjadi doktor. Sebenarnya dia tidak mahu sambung belajar ke luar negara. Dia ingin berada di Malaysia untuk mencari isterinya, namun ayah mertuanya mahu dia melanjutkan pelajaran. Kini, dia telah menjadi doktor di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

“Err, doktor.” panggil Aufa.

Adam mendongakkan kepalanya. Dia terkedu melihat wajah isterinya yang sedang memimpin seorang budak lelaki.

Aufa turut terkedu melihat wajah doktor itu.

‘Handsomenya! Sekali pandang memang kacak. Dua kali pandang macam muka anak aku pun ada.’ desis hati Aufa.

“Hana!” panggil Adam. Dia begitu gembira lantas bangun daripada kerusi dan memeluk isterinya. Danish hanya memandang pelik sahaja kepada ibunya yang sedang dipeluk oleh doktor itu.

“Err, doktor. Kenapa doktor peluk saya?” Aufa cuba merungkai pelukan doktor tersebut.

“Hana, dah lama abang cari Hana. Baru sekarang abang jumpa Hana.” ujar Adam yang masih memeluk Aufa dengan begitu erat sekali.

“Doktor, nama saya Aufa! Bukannya Hana. Aufa! A.U.F.A.!” Aufa mengeja namanya satu persatu.

“Hmm. Abang tahu. Nama panjang Aufa ‘Nur Izz Aufa Raihanah’.” tiba-tiba Adam terkedu.

‘Dia tak ingat aku?!’ monolog hati Adam.

Adam merungkai pelukan. Adam memandang budak lelaki di sebelahnya.

“Anak siapa?” tanya Adam sambil menunjukkan jarinya ke arah Danish.

“Anak saya la doktor!” jawab Aufa dengan geram.

“Ayah budak tu siapa?”

“Entah. Saya pun tak tahu. Yang saya tahu saya dah mengandung time bangun daripada tidur selama lima hari.” jawab Aufa dengan jujur.

“Hana hilang ingatan ke?” serkap Adam.

‘Hana lagi! Jawab je la.’ getus hati Aufa.

“Ha’ah.”

“Sebab accident ke?”

“Ha’ah. Doktor ni nak periksa anak saya ke tak?”

“Yahoo! Abang dah jumpa Hana!” Adam memeluk isterinya kembali.

“Doktor! Doktor ni siapa sebenarnya ni?” tanya Aufa yang tidak berpuas hati. Suka hati je peluk anak dara orang. Erk! Anak dara?!

“Abang ialah suami Aufa! Anak ni anak abang!” Adam memeluk Danish pula.

Danish rimas.

“Doktor, rimas lah.” luah Danish dengan selamba.

“Don’t call me doctor but call me ‘papa’.” arah Adam. Dia begitu teruja apabila berjumpa dengan isterinya.

“Doktor dah gila la! Danish, jom balik.” Aufa segera mendukung anaknya dan membawa anaknya lari.

Adam terkedu melihat Aufa berlari sambil mendukung Danish meninggalkan dirinya. Adam tersedar. Adam segera mengejar isterinya.

Jururawat-jururawat yang bertugas dengan Adam tergamam melihat Adam berlari. Tadi patient lari, sekarang doktor pula lari.

“Ok, Danish! Kita dah selamat.” Aufa menurunkan anaknya.

Tiba-tiba Danish terpandang kedai di seberang jalan yang menjual ais krim.

“Ibu, jom beli ais krim kat sana.” ajak Danish sambil menarik-narik tangan Aufa.

“Tak boleh la, Danish. Kita kena naik jejantas. Kalau lintas je, bahaya!” pujuk Aufa.

“Danish nak juga!” Danish berlari ke tengah-tengah jalan. Tiba-tiba ada kereta yang datang dan ingin merempuh Danish.

“Danish!”  Aufa segera berlari menyelamatkan Danish. Malangnya, dia pula dilanggar.

Kenangan-kenangan lalu bermain di minda Aufa. Ingatan Aufa telah kembali. Perkara yang sama berlaku kepada suaminya, namun watak sahaja yang lain. Darah membuak-buak keluar daripada mulut Aufa. Darah pekat mula mengalir daripada dahi Aufa.

“Ibu!”

“Hana!” Adam dan Danish menjerit serentak. Perkara tersebut berlaku di hadapan mereka sendiri. Adam segera berlari ke arah isterinya. Danish turut berlari ke arah ibunya. Orang ramai mula mengeremuni Aufa.

Adam memaku kepala Aufa.

“Hana! Jangan tinggalkan abang!”Adam segera mengendong isterinya.

“Danish ikut papa!”

Adam berlari sambil mengendong Aufa. Danish turut ikut ayahnya.

                                                            ***

Aufa mencelikkan matanya. Dia melihat seluruh ahli keluarganya termasuk Puan Zulaika dan Hasif  berada di dalam wad tersebut.

“Hana dah sedar. Alhamdulillah.” ujar Adam.

Aufa yang mendengar suara daripada lelaki yang dia benci lantas menghamburkan kemarahan.

“Awak jahat! Awak curang dengan saya! Awak manusia bertopengkan syaitan!” Aufa memukul dada suaminya beberapa kali.

Seluruh ahli keluarga Aufa telah tahu mengenai hal di kelab malam tersebut. Marissa dan Emir telah insaf ketika mereka berada di dalam penjara. Mereka dipenjarakan selama 4 tahun. Kini, mereka telah dibebaskan. Aniq pula mula sayang akan abang dan adiknya. Setelah dia mengenali Arfan dan mendengar kisah-kisah Aufa daripada mulut Arfan sendiri, rasa benci yang begitu tebal semakin menipis. Dia telah salah sangka kepada abang dan adik bongsunya. Dia jufa sudah tidak tamak akan harta. Abang dan adik bongsunya juga mempunyai hak akan harta tersebut memandangkan abang dan adiknya merupakan anak-anak mama dan papanya. Kini, dia begitu sayang akan adik-beradiknya.

Seluruh ahli keluarga Aufa keluar daripada bilik tersebut untuk membiarkan anak-anaknya berbincang. Arfan mendukung Danish keluar daripada bilik itu.

Adam memegang tangan Aufa yang memukul-mukul dadanya.

“Hana, dengar penjelasan abang dulu.”

Aufa menganggukkan kepalanya.

“Sebenarnya, Mir kembar abang yang suruh pergi ambil Marissa kat kelab malam tersebut. Dia ada hal.”

“Takkan la ada hal sampai setiap minggu abang kena pergi ambil Kak Marissa kut?!” marah Aufa.

“Mir dan Marissa nak robohkan rumah tangga kita. Sebab tu la Mir selalu suruh abang pergi ambil Marissa supaya setelah Hana tengok abang dengan Marissa, Hana akan bencikan abang. Dan ya! Memang betul Hana bencikan abang! Abang tak pernah ada hubungan dengan Marissa. We are just a friend. Not more than that. Abang tak pernah terfikir pun nak curang dengan Hana. Hanya ada seorang wanita sahaja yang abang cinta iaitu Hana. Hana, I love you till my last breath. Lagi satu, abang tak pernah sentuh arak tau!” luah Adam lantas memeluk Aufa. Kini, Aufa tidak menolak.

“Betul ni, abang? Abang tak bohong?” tanya Aufa ingin memastikan lagi ayat-ayat yang diungkapkan oleh Adam.

“Ye sayang! I love you!” Aufa membalas pelukan suaminya.

Kini badai yang melanda Adam dan Aufa telah pergi. Mereka bertemu kembali setelah lima tahun berpisah. Kuasa Allah. Tiada sesiapa pun jangka. Takdir telah menemukan Adam dan Aufa di Kelantan. Inilah Takdir Adam Aufa.

                                                            ***

“Sayang buat apa tu kat balkoni? Sejuk. Masuk dalam bilik, sekarang. Kesian baby kesejukan di luar.” Adam menarik tangan isterinya yang sedang termenung di balkoni bilik mereka. Adam dan Aufa dikurniakan lagi seorang anak. Kini, Aufa sarat mengandung anak kedua mereka. Kandungan Aufa telah mencecah 7 bulan.

“Kesian, adik Danish. Ibu ni!” marah Danish kepada ibunya.

“Amboi, anak ibu! Perangai Danish sama saja dengan papa.” luah Aufa.

“Danish, papa pernah cakap apa hari tu?” tanya Adam kepada Danish yang sedang duduk di atas katil.

“Bapa borek anak rintik! Like father like son!” jerit Adam dan Danish serentak.

“Hampeh!”

‘Ya Allah, semoga tiada badai yang akan melanda rumah tangga aku dan Adam. Kekalkanlah  kebahagiaan dalam keluarga ini. Takdir Allah telah menemukan aku dan Adam. Takdir Allah, ada kalanya manis, ada kalanya pahit seperti diriku dan suamiku. Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ke akhir hayat aku. Amin!’ Aufa bermonolog di dalam hatinya.

Takdir Adam Aufa. Itulah kisah hidup Adam dan Aufa. Takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada Adam dan Aufa.
By Nur Aizat Ayiz N.M.

p/s : Akhirnya berjaya juga saya siapkan karya keempat saya. First time saya karang cerita macam ni. So, ok tak cerpen saya kali ini? Saya tak tahu cerpen ini best ke tak. Kalau rajin, comment la. Setiap comment anda, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Hope you like it! ^_^.