Senin, 31 Desember 2012

Cerpen : Jus Oren Vs Air Kelapa










“Ibu, kita buat apa kat rumah datin ni?” Dhiya berbisik di telinga ibunya, Puan Izzah.
            “Ibu pun tak tau. Datin tu telefon ayah suruh kita sekeluarga datang ke rumah dia. Dia kata ada hal penting.” bisik Puan Izzah pula di telinga anaknya, Arissa Nur Dhiya.
            “Ibu, jauh tau nak pi rumah datin ni! Ibu boleh cakap tak tau pula. Kalau penting sangat cakap ja la melalui telefon ja. Kulim ke Melaka. Jauh tu ibu! Kita ni tinggal kat Kulim. Kulim ni dalam negeri Kedah. Rumah datin ni pula kat Melaka, ibu! Jauh tu ibu!”
            “Suami datin ni kawan karib ayah kamu. Tu la ayah sanggup pi Melaka. Depa dah lama tak jumpa. Last depa jumpa time majlis perkahwinan ibu dengan ayah kamu. Dah lama depa tak jumpa. Kawan ayah kamu pindah tapi ayah tak tau kawan dia pindah ke mana. Depa lost contact. Sekarang baru depa nak jumpa balik.” terang Puan Izzah kepada anaknya.
            “Oh. Tapi kan ibu, mana anak depa? Depa tak ada anak ka? Dari tadi lagi Dhiya tengok datin ni sorang ja duduk depan kita.”
            “Kamu tak payah nak menyibuk hal orang. Datin dengan Dato’ ada anak lelaki.”
            “Anak lelaki? Ibu tau dari mana? Ibu kata ayah dengan kawan dia dah lost contact.”
            “Waktu majlis perkahwinan ibu dengan ayah, Dato’ dan Datin datang sekeluarga. Depa bawa satu-satunya anak depa. Umur anak depa waktu tu 2 tahun. Comel! Putih melepak. Kalau dah besaq mesti handsome. Trust me!” Puan Izzah bercerita tentang anak Dato’ Muqri dan Datin Aida dengan begitu teruja.
            “Ceyh! Ibu beria-ria puji nampak.” Dhiya membuat mimik muka meluat.
            ‘Ibu ni anak orang beria-ria puji handsome. Anak sendiri tak puji cantik pula. Sepatutnya ibu puji anak ibu ni cantik. Tapi kalau ibu nak puji aku cantik, sampai kiamat pun ibu takkan puji. Ibu akan cakap muka pun gelap, ada hati nak perasan cantik. Kedekut puji sungguh ibu ni. Aku bukannya gelap. Kulit sawo matang gitu. Ibu ja melebih-lebih. Hiperbola betul ibu ni. Ada pula cakap aku ni gelap. Ibu jealous sebenarnya. Almaklumlah, aku kan cantik. Kulit sawo matang pun cantik tau. Siapa kata tak cantik?’ Dhiya puji diri sendiri di dalam hati. Bagi Dhiya, biarlah dia puji diri sendiri. Tak ada sesiapa nak puji dia, jadi dia puji la diri sendiri. Bukan perasan okay! Tapi fakta bahawa Dhiya sememangnya cantik walaupun berkulit sawo matang.
Encik Bakhtiar yang duduk di sebelah anaknya, Dhiya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anak dan isterinya.
            ‘Depa ingat datin tu tak dengar kot apabila depa berbisik. Aku rasa datin tu pun dengar. Nak berbisik pun volume suara tu kuat juga. Teruk betul la anak bini aku ni.’ monolog hati Encik Bakhtiar.
            Dhiya yang sejak tadi memandang ibunya yang duduk di sebelahnya memandang ke hadapan untuk melihat wajah Datin Aida. Datin Aida melemparkan senyuman yang amat manis kepada Dhiya sebaik sahaja Datin Aida merasakan Dhiya sedang memandang wajahnya.
            ‘Cantiknya! Seriously cantik!’ puji Dhiya kepada Datin Aida di dalam hati.
            ‘Cantiknya budak ni. Aku teringin juga nak bermenantukan dia.’ Datin Aida memandang wajah Dhiya sambil bermonolog di dalam hati.
            “Datin, Dato’ Muqri mana? Saya tak nampak pun dia dari tadi” tanya Encik Bakhtiar sambil memandang ke sekeliling rumah mencari sahabat karibnya.
            Wajah Datin Aida berubah muram apabila mendengar nama Dato’ Muqri.
            ‘Aik awat dengan datin ni? Tadi senyum, sekarang sedih pula’ Dhiya mengaru-garukan kepalanya yang berlapik dengan tudung berwarna merah. Dhiya amat menggemari warna merah.
            “Abang Muqri sudah meninggal setahun yang lalu. Dia meninggal sebab kemalangan. Maaf lambat beritahu. Pekerja saya baru sahaja menemui Bakhtiar dan keluarga.” terang Datin Aida yang masih mempamerkan wajah sedih. Datin Aida begitu sedih apabila suaminya meninggal dunia. Dia merasakan seolah-olah jiwanya telah separuh pergi setelah kematian suami kesayangannya, namun anak lelakinya yang menggembirakan dirinya kembali.
            “Innalilahiwainnalilahirajiun. Saya tak sangka dia pergi dulu sebelum saya. Maafkan saya sebab telah membuatkan datin sedih kembali kerana pertanyaan saya tadi.” Encik Bakhtiar serba salah kerana telah membuat isteri rakan karibnya bersedih.
            “It’s okay. Bakhtiar dan keluarga tak perlulah panggil saya dan arwah suami dengan panggilan Dato’ dan Datin. Panggil macam dulu je. Baru rasa rapat sikit. Kalau panggil dato’ datin ni, saya rasa lain pula. Rasa macam kita ni tak rapat je.” Datin Aida tersenyum manis kepada Bakhtiar dan keluarga.
            “Baiklah, Aida. Saya tak nampak pula anak lelaki Aida dari tadi. Mana dia?” tanya Encik Bakhtiar.
            “Oh, anak saya! Anak saya outstation. Dia tak boleh balik sebab projek penting.” jawab Datin Aida sambil tersenyum manis.
            ‘Datin ni tak lenguh mulut ka? Dari tadi doq senyum. Murah betul senyuman dia.’ desis hati Dhiya.
            “Anak Kak Aida sorang ja ka?” tanya Puan Izzah pula.
            “Ha’ah. Anak saya seorang je. Hayyan Zikri saja la anak saya. Tu pun tak larat nak jaga.”
            ‘Eh? Aku macam pernah dengar nama Hayyan Zikri tu. Nama anak datin tu sebiji macam nama senior aku a.k.a. seteru aku sewaktu belajar kat universiti dulu. Dia ka? Harap-harap bukan lah. Amin.’ Dhiya menadah tangan lantas mengaminkan doanya.
            “Single lagi ka?” tanya Puan Izzah lagi.
            “Ish, ibu ni! Tak payah menyibuk hal orang.” Dhiya memulang paku keras kepada ibunya kembali.
            “Aduh, sakitnya ibu!” jerit Dhiya dengan kuat. Puan Izzah mencubit paha anaknya tadi.
            Datin Aida hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
            “Single lagi Izzah. Umur 28 tahun, tahun ini. Nama anak ini apa?” tanya Datin Aida kepada Dhiya.
            “Arissa Nur Dhiya, mak cik.” jawab Dhiya dengan sopan.
            “Umur berapa?”
            “25 tahun.”
            “Kerja apa?” tanya Datin Aida lagi.
            “Kerja cikgu. Cikgu subjek Sejarah.”
            “Kerja kat sekolah mana, Dhiya?”
            “SMK Sultan Badlishah, mak cik.”
            ‘Datin ni tanya aku macam aku ni calon menantu dia la pula.’ getus hati Dhiya.
            “Hal penting apa yang menyebabkan Aida suruh kami turun Melaka ni?” tanya Encik Bakhtiar dengan rasa ingin tahu yang begitu menebal.
            ‘Thanks, ayah. Ayah selamatkan Dhiya daripada terus diaju soalan oleh datin tu. Dah macam bakal mak mertua tanya bakal menantu pula.’ Dhiya mengeluh lega.
            “Oh, lupa pula! Tunggu peguam suami saya dulu ye?”
            “Kenapa pula kena tunggu peguam, Aida?”
            “Peguam suami saya akan baca wasiat suami saya.”
            “Kenapa mesti tunggu kami baru peguam tu nak baca wasiat arwah Muqri?” tanya Encik Bakhtiar yang agak pelik.
            “Peguam tu cakap ini adalah arahan daripada arwah suami saya, Bakhtiar.” terang Datin Aida.
            “Maafkan saya, datin. Jalan sesak. Sebab itu lah saya sampai rumah datin lambat.” ujar seorang lelaki yang baru masuk ke dalam banglo milik Dato’ Muqri.
            “It’s okay, Razak. Jemput duduk.” Datin Aida menjemput lelaki tersebut duduk.
            “Bakhtiar, Izzah, he is my husband’s lawyer, Razak.” Datin Aida memperkenalkan Razak kepada Bakhtiar dan Izzah.
            ‘Aku rasa macam tunggul ja kat sini. Lebih baik aku tak payah mai.’ gumam hati Dhiya.
            “So, boleh kita mulakan, datin?” tanya Razak kepada Datin Aida. Datin Aida menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
            Razak membuka sampul surat yang berisi wasiat Dato’ Muqri.
            “Datin, mana Encik Hayyan?” tanya Razak yang baru sahaja sedar bahawa Hayyan tidak berada di situ.
            “It’s okay. Dia akan dengar juga wasiat ini tetapi melalui telefon.”
            Datin Aida menelefon Hayyan.
            “Hello, mummy. Diorang dah datang?” ujar Hayyan setelah menjawab panggilan Datin Aida.
            “Hello, Hayyan. Diorang dah datang. Uncle Razak pun ada. Dia nak baca wasiat daddy. Hayyan dengar ye?”
            “Hmm. Baiklah mummy.”
            “Okay, Razak. Awak boleh baca wasiat arwah suami saya.” arah Datin Aida. Dia menekan loudspeaker untuk memudahkan anaknya mendengar wasiat tersebut.
            “Assalamualaikum, Aida, Hayyan, Bakhtiar, Izzah dan Arissa Nur Dhiya.” Razak mula membaca wasiat arwah Dato’ Muqri.
            ‘Eh? Macam mana dato’ tu boleh tau nama aku? Aku pun tak kenal dato’ tu.’ desis hati Dhiya.
            “Dhiya jangan terkejut pula. Uncle memang tahu nama Dhiya daripada penyiasat uncle. Bakhtiar, aku arahkan penyiasat untuk mencari kau dan keluarga. Aku juga cari kau tapi malangnya selama aku masih hidup ini, aku tak pernah jumpa kau. Benda yang aku dapat tahu daripada penyiasat aku ialah kau ada seorang anak perempuan yang cantik sama seperti ibunya. Nama anak kau pun aku tahu. Arissa Nur Dhiya. Betul kan, Dhiya?” Razak memberhentikan pembacaannya seketika lalu memandang wajah Dhiya.
            Dhiya menganggukkan kepalanya menandakan bahawa perkara itu memang tepat sekali.
            Hayyan yang mendengar nama Dhiya di hujung talian lantas terkejut.
            ‘Arissa Nur Dhiya? Rissa ke? Seteru aku waktu kat universiti dulu ke? Kalau betul lah dia. Alhamdulillah. Dah lama kita tak berjumpa. Aku harap Arissa Nur Dhiya iaitu anak kawan karib ayah aku itu ialah Rissa. Amin!’ Hayyan mengaminkan doanya lantas menyambung dengar kembali wasiat arwah ayahnya di hujung talian.
            Hayyan mendoakan semoga Dhiya ialah Rissa a.k.a. seteru dia sewaktu di universiti dahulu anak rakan karib ayahnya sedangkan Dhiya pula mendoakan agar Hayyan anak Datin Aida bukan lah Hayyan a.k.a. seterunya di universiti dahulu. Habislah Dhiya! Doa siapa yang akan termakbul? Hayyan atau Dhiya? Hayyan mengharapkan doanya dimakbulkan sedangkan Dhiya terlalu berharap bahawa doanya dimakbulkan oleh Allah SWT supaya dia tidak perlu bertemu dengan seterunya kembali.
            Razak meneruskan pembacaannya.
            “Aida, Diamond Hotel serta cawangan-cawangan hotel tersebut, abang serahkan kepada Aida selama setahun. Selepas setahun, Aida boleh serahkan Diamond Hotel dan cawangan-cawangannya kepada Hayyan dengan beberapa syarat, isteri Hayyan sudah mengandungkan anak Hayyan. Hayyan, Hayyan mestilah berkahwin dengan pilihan daddy. Se…”
            “What?! Mana adil, daddy! Sepatutnya biarlah Hayyan berkahwin dengan pilihan Hayyan sendiri.” jerit Hayyan di hujung talian. Sememangnya dia tidak berpuas hati dengan wasiat arwah ayahnya. Bagi Hayyan, biarlah dia mencari bakal isterinya sendiri. Dia tidak mahu kahwin dengan pilihan ayahnya. Dia takut sekiranya dia tidak boleh terima pilihan ayahnya. Hal perkahwinan tidak boleh main-main.
            “Hayyan, biar Uncle Razak habiskan bacaannya dulu!” marah Datin Aida.
            Hayyan mendengus geram.
            “Sekiranya Hayyan tidak berkahwin dengan pilihan daddy, Diamond Hotel dan cawangan-cawangannya akan daddy serahkan kepada orang lain. Kamu tak akan dapat satu sen daripada harta daddy. Banglo ini juga akan dijual. Kamu dan mummy kamu akan merempat di tepi jalan. Keputusan daddy muktamad!”
            ‘Uncle Razak ni baca macam dia pula Dato’ Muqri tu. Uncle baca dengan penuh intonasi. Fuh! Aku rasa macam dia pula daddy Hayyan.’ Dhiya berkata-kata dalam hati.
            “What?! Daddy tak sayang mummy dan Hayyan ke?”
            “Hayyan Zikri!” Datin Aida menjerit. Dia geram kerana anaknya sering menyampuk apabila Razak membacakan wasiat daripada arwah suaminya.
            ‘Garangnya, datin ni! Takut pula aku tengok muka dia. Tadi manis ja. Sekarang ni, macam singa pun ada! Seram aku!’ getus hati Dhiya. Dhiya bermonolog sambil melihat wajah garang Datin Aida.
            “Okay, fine! Uncle, teruskan bacaannya. I will shut my mouth.”
            Hayyan membuat gaya seperti zip mulutnya lantas membuang kunci itu jauh-jauh.
            ‘Eh? Bukannya ibu nampak pun kalau aku buat gaya macam ni. Teruk betul la aku ni.’ Hayyan mengetuk kepalanya.
            “Aduh, sakitnya! Padan muka aku. Siapa suruh aku ketuk kepala aku sendiri. Aku yang nak ketuk kan. Padan muka aku.” Hayyan membebel-bebel seorang diri.
            “Kamu bebel apa sorang-sorang tu?” tanya Datin Aida.
            “Hah? Tak ada apa-apa, mummy. Uncle, teruskan bacaan anda.”
            Razak menganggukkan kepalanya lantas menyambung bacaannya.
            “Daddy sayangkan Hayyan dan mummy kamu. Akan tetapi, daddy mahu kamu kahwin dengan pilihan daddy. Daddy harap sangat kamu tunaikan hajat daddy. Hanya satu sahaja gadis yang boleh jadi menantu daddy iaitu Arissa Nur Dhiya Binti Bakhtiar. Anak rakan karib daddy.”
            “What?!” Dhiya dan Hayyan menjerit serentak.
            “Kenapa pula Dhiya? Kenapa bukan orang lain?” tanya Dhiya dengan pantas. Dia tidak rela berkahwin dengan jejaka yang tidak dikenali. Tambahan pula anak Dato’ Muqri bernama Hayyan Zikri. Dhiya takut bahawa Hayyan ialah seterunya sewaktu di universiti dahulu.
            ‘Arissa Nur Dhiya? Pilihan daddy aku ialah Rissa? Sekiranya gadis itu ialah Rissa. aku memang tak kisah. Tapi kalau orang lain macam mana? Tak sanggup aku!’ jerit hati Hayyan.
            “Aik? Kenapa anak mummy just say ‘What?’ Kenapa tak cakap apa-apa dah? Tadi banyak sangat bantah. Sekarang ni diam pula.” Datin Aida pelik dengan anaknya.
            “Kan Hayyan dah cakap. I will shut my mouth. Mummy dah lupa?”
            ‘Aku tak boleh nak beri kata putus lagi. Aku tak boleh bantah wasiat itu. Kalau aku bantah, macam mana kalau pilihan daddy ialah Rissa? Lagi satu, kalau aku bantah, aku dan mummy akan jadi miskin dan kami akan merempat di tepi jalan. Aku akan kehilangan segala-galanya. No way!’ Hayyan berfikir dengan teliti. Sekiranya silap membuat keputusan, dia akan kehilangan segala-galanya.
            “Hayyan tak boleh bantah wasiat arwah daddy. Hayyan dan mummy akan kehilangan segala-galanya sekiranya Hayyan bantah. Hayyan hanya akan kata Hayyan setuju, mummy. Hayyan setuju untuk berkahwin dengan Arissa Nur Dhiya.” Hayyan telah memutuskan untuk bersetuju dengan wasiat arwah ayahnya. Itu sahaja lah yang mampu dia buat ketika ini.
            “Tapi Dhiya tak setuju! Dhiya tak nak kahwin dengan Hayyan! Dhiya pun tak kenal Hayyan. Takkan lah Dhiya nak pertaruhkan nasib Dhiya untuk orang yang tidak dikenali. Dhiya tak setuju, uncle! Ini kehidupan Dhiya! Tak ada sesiapa pun boleh aturkan kehidupan Dhiya! Dhiya takkan benarkan!” Dhiya meluahkan segala-galanya tanpa mengambil peduli hati orang lain. Biarlah orang nak kata dia biadap pun, dia sudah tidak mengambil peduli. Hanya satu sahaja yang dia tahu, tiada sesiapa pun yang boleh mengatur kehidupan dia. Biarlah dia yang mengatur kehidupannya sendiri.
            “Dhiya!” marah Encik Bakhtiar sambil merenung tepat ke anak mata puteri tunggalnya. Anaknya sudah melampau.
            “Dhiya, ayah tak boleh nak cakap apa-apa dah. Cuba Dhiya fikirkan kembali, sekiranya Dhiya tidak berkahwin dengan Hayyan, Hayyan dan mummy dia akan merempat. Seluruh harta depa akan jatuh ke tangan orang lain. Depa tak ada tempat tinggal. Di mana depa harus berteduh? Hanya Dhiya sahaja yang boleh menyelamatkan Hayyan dan mummy dia. Ayah setuju sekiranya Dhiya berkahwin dengan Hayyan. Ayah yakin dia mampu untuk menjaga Dhiya dengan baik. Ayah kenal dengan daddy Hayyan. Daddy Hayyan baik sangat. Ayah yakin, Hayyan pun akan mewarisi sikap daddy dia. Trust me, Dhiya. Ayah harap sangat Dhiya setuju.” Encik Bakhtiar merenung ke dalam anak mata Dhiya.
            Dhiya tertunduk. Dia serba salah dalam membuat keputusan. Dhiya mendongakkan kepalanya lantas memandang wajah ayu ibunya.
            “Ibu setuju Dhiya. Ibu sokong kata-kata ayah. Dhiya fikirlah betul-betul. Ibu pun harap anak ibu terima Hayyan sebagai bakal suami kamu. Mungkin ini ialah takdir yang telah ditetapkan untuk kamu, nak. Mungkin takdir kamu ialah berkahwin dengan Hayyan. Ibu pasti ada hikmah di sebalik perkahwinan kamu dan Hayyan.” Puan Izzah memandang anaknya dengan pandangan sayu.
            Dhiya menoleh ke hadapan untuk melihat wajah Datin Aida pula. Wajah Datin Aida begitu sayu memandang Dhiya. Dia begitu harap Dhiya akan bersetuju. Hanya Dhiya sahaja boleh menyelamatkan dirinya dan anaknya. Datin Aida tidak mahu jatuh miskin. Cukuplah dahulu dia merana akibat kemiskinan yang menghimpit dirinya.
            ‘Aku tak boleh bantah wasiat itu. Datin Aida begitu mengharapkan aku terima. Wajah dia begitu sayu memandang aku. Aku pun ada hati. Aku tak sanggup membiarkan depa jatuh miskin dan merempat di tepi jalan. Betul kata ayah, hanya aku yang boleh menyelamatkan depa.’ desis hati Dhiya.
            “Baiklah. Dhiya setuju. Dhiya akan kahwin dengan Hayyan. Dhiya ikhlas dalam membuat keputusan.” Dhiya merenung tepat ke dalam anak mata Datin Aida.
            “Alhamdulillah, terima kasih Dhiya. Terima kasih sangat-sangat.” Datin Aida bingkas bangun lantas memeluk Dhiya. Dia begitu gembira apabila mendengar kata putus daripada Dhiya. Wajahnya begitu gembira.
            “Hayyan, daddy sayangkan Hayyan. Daddy membuat keputusan ini kerana memikirkan masa hadapan kamu. Daddy tak mahu kamu salah pilih bakal isteri. Maafkan daddy kerana membuat keputusan sebegini. Dhiya, maafkan uncle. Bakhtiar, Izzah, maafkan aku kerana membuat keputusan ini. Aida, abang sayangkan Aida. Abang harap Aida terima Dhiya dengan ikhlas. Sayangilah Dhiya seperti anak Aida sendiri. Setakat ini sahaja wasiat daripada abang. Sekian, Assalamualaikum.” Razak memasukkan kembali surat itu ke dalam sampul surat.
            Hayyan hanya mendengar segala butiran percakapan mereka.
            “Okay lah mummy. Bye.” Hayyan mematikan panggilan.
            ‘Minta-minta la perempuan tu Rissa. Amin!’ Hayyan mengaminkan doanya.
            “Bos ni kenapa? Dari tadi lagi bos mengaminkan doa. Bos ni buang tabiat ke?” serkap setiausaha Hayyan, Thaqif.
            “Ikut suka aku la nak buat apa-apa pun. Aku tahu la nak buat apa. Kau tahu apa?!”
            “Saya tahu tidur, makan, minum…” Belum sempat Thaqif menghabiskan percakapannya, Hayyan memintas.
            “Hah! Menjawab!” marah Hayyan.
            “Bos yang tanya, saya jawab la. Apa la bos ni! Bos belajar sampai mana? Saya pun tahu kalau orang bertanya, kita kena jawab. Teruk la bos ni!” ujar Thaqif dengan selamba.
            “Aku bos ke kau bos?”
            “Of course la bos ialah bos. Saya secretary bos je.”
            “Dah nama pun aku bos, sah la aku belajar tinggi daripada kau! Kau secretary je pun. Sah la kau belajar bawah daripada aku. So, aku lagi pandai daripada kau la!” ujar Hayyan tanpa  mengambil peduli perasaan setiausahanya.
            “Bos, saya tahu la bos pandai daripada saya. Sampai hati bos cakap macam tu. Ye la. Saya kan tak pandai. Bodoh.” Raut wajah Thaqif begitu sayu.
            “Terasa ke, Thaqif?” tanya Hayyan dengan selamba.
            “Mestilah terasa bos. Saya ada hati dan perasaan tau!”
            “Kau lelaki ke perempuan?”
            “Bos nampak saya lelaki ke perempuan? Sudah terang lagi bersuluh saya lelaki.” Tahqif menuturkan ayat-ayat tersebut dengan begitu selamba.
            “Amboi, kau! Perli aku nampak! Aku berhenti kan kau, baru kau tahu langit tinggi ke rendah!” marah Hayyan.
            “Bos, langit mestilah tinggi! Apa la bo…”
            “Hah, menjawab! Aku berhenti kan kau kut!” Hayyan mengetuk meja dengan kuat. Mereka sedang makan tengah hari ketika Datin Aida menelefon dia.
            “Okay, bos! Saya takkan menjawab lagi!” Thaqif mengangkat tangannya seolah-olah bersumpah sambil bercakap.
            Hayyan tersenyum sinis.
            ‘Aku acah je pun. Kau dah mengelabah. Haha’ Hayyan ketawa di dalam hati.
                                                                        ***
            Hari ini ialah hari yang dinantikan oleh setiap pasangan kekasih iaitu hari di mana mereka akan disatukan. Dhiya dan Hayyan juga menanti hari ini. Namun demikian, mereka bukanlah menanti dengan begitu teruja kerana ingin mengahwini orang yang mereka cintai. Sebenarnya, mereka tidak sabar untuk mengetahui siapa yang akan mereka kahwin.
            Dhiya tidak pernah melihat foto yang diberi oleh ibunya. Dia bimbang dia akan berkahwin dengan seterunya di universiti dahulu. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk tidak melihat foto tersebut agar dia tidak akan sesekali mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan antara dia dengan Hayyan Zikri.
            Hayyan juga seperti Dhiya. Hayyan tidak melihat gambar bakal isterinya yang diberi oleh ibunya. Dia pula khuatir bahawa pengantin perempuannya bukanlah Rissa. Biarlah dia melihat bakal isterinya pada majlis perkahwinan mereka sahaja. Dia bimbang dia akan mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya sekiranya gadis itu bukan Rissa.
            Hayyan telah tiba di pekarangan rumah dua tingkat milik Encik Bakhtiar. Dia membaca bismillah sebelum masuk ke dalam rumah tersebut. Dia mengambil tempat yang disediakan untuknya iaitu di hadapan tuk kadi.
            Dhiya menuruni tangga rumahnya dengan perlahan. Baju pengantinnya begitu labuh.
            ‘Kain oi! Awatlah hang labuh sangat! Jangan lah aku terpijak kain ni! Kang aku jatuh tergolek, mampuih aku! Mesti orang gelakkan aku. Hati-hati Dhiya. Jangan sampai terpijak kain.’ Dhiya berkata-kata di dalam hati sambil berjalan ke arah tempat yang disediakan. Dhiya tidak memandang ke hadapan. Dia hanya tahu melihat bawah sahaja. Dhiya bimbang sekiranya dia jatuh tergolek di hadapan orang ramai. Dhiya melabuhkan punggungnya di tempat yang disediakan untuk dirinya.
            Hayyan mengalihkan pandangannya untuk melihat wajah bakal isterinya. Pada masa yang sama, Dhiya juga memandang bakal suaminya. Sebaik sahaja mereka bertentangan mata antara satu sama lain, Dhiya dan Hayyan terkedu, terkejut, tergamam, terpaku dan pelbagai lagi yang seerti.
            ‘What?!’ Mereka menjerit serentak tetapi di dalam hati saja. Mahu terkejut orang ramai jika menjerit betul-betul.
            ‘Seteru aku! Aku kahwin dengan seteru aku! Mampuih la aku! Hancur la hidup aku!’ jerit Dhiya di dalam hati.
            ‘Rissa! Yey! Aku kahwin dengan Rissa aku! Alhamdulillah ya Allah. Doa aku termakbul!’ Hayyan menoleh kembali ke arah tuk kadi sambil tersenyum manis kepada tuk kadi.
            “Awat dengan hang ni?” tanya tuk kadi kepada Hayyan. Tuk kadi pelik melihat Hayyan tiba-tiba senyum kepadanya.
             “Tak ada apa-apa la, tuk. Tuk boleh mulakan sekarang.” arah Hayyan yang masih lagi tersenyum manis.
            “Aik! Selalunya aku yang cakap macam tu. Awat hang pula cakap macam tu? Tak pernah ada lagi pengantin lelaki cakap macam hang. Hang orang pertama. Yang aku pernah jumpa, pengantin lelaki semuanya ketaq nak kahwin. Hang ni aku tengok relax ja.” ujar tuk kadi itu dengan selamba.
            “Diorang ketaq nak kahwin. Tapi saya tak sabaq nak kahwin, tuk.”  Hayyan cuba meniru cakap loghat Kedah. Orang lain yang mendengar ayat Hayyan hanya tersenyum.
            “Macam-macam la perangai pengantin lelaki. Lain pengantin, lain perangai. Baiklah, semua. Kita mulakan dulu ya?”
            Encik Bakhtiar berjabat tangan dengan Hayyan. Encik Bakhtiar ingin mengahwini anaknya dengan sendiri memandangkan Dhiya merupakan satu-satunya anak perempuannya.
            “Ibu, Dhiya tak jadi kahwin la kalau macam ni.” Dhiya berbisik kepada ibunya yang berada di sebelah kirinya. Bakal ibu mertuanya, Datin Aida pula duduk di sebelah kanannya.
            “Kamu jangan buat perangai, Dhiya! Kamu fikir balik, kalau kamu tak kahwin dengan Hayyan, depa jatuh miskin. Depa akan merempat. Depa akan kehilangan tempat tinggal.” Puan Izzah mengingatkan kembali wasiat arwah Dato’ Muqri.
            Dhiya memandang bawah.
            ‘Awat laki tu? Kalau Hayyan lain tak pa la juga. Ni seteru aku! Aku kahwin ja la. Nak buat macam mana? Sudah terlambat.’ Dhiya mengeluh.
            “Aku nikahkan dikau, Hayyan Zikri Bin Muqri dengan puteriku, Arissa Nur Dhiya Binti Bakhtiar dengan mas kahwinnya RM 146.00 tunai.”
            “Aku terima nikahnya, Arissa Nur Dhiya Binti Bakhtiar dengan mas kahwinnya RM 146.00 tunai.”
            ‘Fuh, lepas! Sekali lafaz je tu! Bangga sikit!’ Hayyan berbangga kerana dia hanya melafazkan akad sekali saja. Bukan senang tu!
            “Sah?”
            “Sah…Sah…”
            “Alhamdulillah.”
            Tuk kadi menadah tangan untuk membaca doa. Tetamu-tetamu lain juga menadah tangan berdoa.
            Hayyan berjalan ke arah Dhiya setelah usai akad nikah.
            Hayyan duduk di hadapan isterinya lantas memegang tangan Dhiya. Hayyan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya. Cincin yang bertahtakan tiga butir berlian yang kecil begitu sesuai dengan jari manis Dhiya.
            ‘Tak sangka aku kahwin dengan seteru aku.’ Dhiya masih sempat berkata-kata di dalam hati.
            Dhiya mencium tangan suaminya, Hayyan. Selepas itu, Hayyan melabuhkan bibirnya yang merah merekah itu ke atas dahi isterinya dengan begitu lama.
            “Abang betul-betul tak sangka Rissa lah isteri abang.” bisik Hayyan di telinga isterinya setelah dia mencium dahi isterinya.
            Dhiya hanya mempamerkan senyuman namun di dalam hati.
            ‘Menyampah aku!’
            Dhiya dan Hayyan segera bersalam dengan Datin Aida, Encik Bakhtiar dan Puan Izzah.
            Puan Izzah menangis kerana begitu terharu bahawa satu-satu anak perempuannya telah berkahwin.
            ‘Semoga kamu berbahagia, nak.’ Doa Puan Izzah di dalam hati.
            Setelah tamat majlis perkahwinan, Dhiya segera masuk ke dalam biliknya yang dihias begitu indah. Dia menyalin pakaiannya dan mandi. Usai mandi, dia menyarungkan pakaiannya dahulu baru keluar daripada tandas.
            Dhiya terpandang suaminya yang sedang duduk di birai katil sambil membaca salah satu novel englishnya yang bertajuk The Season karya Mac Lean. Suaminya memakai pakaian biasa. Rambutnya juga basah menandakan bahawa suaminya telah mandi.
            Dhiya melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.
            “Awak mandi kat mana?”
            “Bawah.” jawab Hayyan namun matanya masih menatap novel tersebut.
            “Kita balik rumah awak.” ujar Dhiya dengan selamba.
            “Hah? Nak buat apa? Tidur je la kat sini. Buat apa nak balik rumah abang pula?” Hayyan memandang Dhiya dengan pandangan pelik.
            “Hisy! Kalau kita kat sini, kita berkongsi bilik okay? I don’t want to share room with you! Awak ingat saya dah lupa ke yang awak tu seteru saya waktu di universiti dahulu! Otak saya masih ingat lagi okay! Saya takkan pernah sesekali lupakan seteru saya!” Dhiya memeluk tubuhnya sambil melemparkan pandangan tajam ke anak mata Hayyan.
            Hayyan hanya tersenyum sinis.
            “Kita kan dah kahwin. Dah jadi suami isteri dah pun. Lupa kan je la. Tak salah kan kita kongsi bilik. Dah halal pun. Nak berkongsi bantal pun boleh.”
            “Saya tak kira! Kita balik rumah awak sekarang!” jerit Dhiya di telinga Hayyan.
            “Okay! Bengang telinga abang! Orang nak rehat pun tak boleh. Dah la rumah abang nun jauh di KL tu! Penat la abang. Haisy! Kemas baju. Kita balik sekarang.” Hayyan memutuskan untuk pulang ke rumahnya sendiri di Kuala Lumpur. Hayyan sememangnya kenal sikap Dhiya yang degil. Selagi kemahuannya tidak dituruti, selagi itu dia akan memaksa.
            “Bagus keputusan awak tu!” Dhiya segera mengemaskan pakaiannya.
            Setelah selesai berkemas, Hayyan dan Dhiya keluar daripada bilik lantas menuruni anak tangga. Mereka berjumpa dengan Encik Bakhtiar dan Puan Izzah. Datin Aida sudah pulang ke tempat penginapannya di Kulim setelah tamat majlis.
             “Ibu, ayah, kami balik KL dulu ye?” Hayyan dan Dhiya bersalam dengan Encik Bakhtiar dan Puan Izzah.
            “La! Awat cepat sangat nak balik?” tanya Encik Bakhtiar kepada menantunya.
            “Hayyan kena kerja esok, ayah. Ada meeting penting.” Hayyan berbohong kepada ayah mertuanya. Hayyan… Hayyan… Tak sampai sehari kau jadi menantu Encik Bakhtiar dan Puan Izzah, kau dah berbohong ye?
            “Hmm. Tak pa la kalau macam tu. Bawa kereta elok-elok. Kalau mengantuk sangat, berhenti dulu. Bukannya dekat KL tu.” nasihat Encik Bakhtiar.
            “Ha, kamu ni Dhiya! Jangan degil sangat dengan suami kamu. Hormat sikit.” nasihat Puan Izzah kepada Dhiya.
            “Ya lah ibu.” Dhiya bersalam dengan ibunya lantas memeluk ibunya.
            Hayyan dan Dhiya menaiki kereta Hyundai Elantra milik Hayyan. Dhiya tidak memandu keretanya pulang. Dia meninggalkan keretanya di Kulim. Dia akan memandu kereta milik Hayyan ketika di Kuala Lumpur.
            “Bye, ibu, ayah!” jerit Dhiya. Hayyan memandu keretanya keluar daripada pekarangan rumah mertuanya. Kereta Hayyan hilang di sebalik kepekatan malam.
                                                                        ***
            Pejam celik, pejam celik, sudah dua bulan Hayyan dan Dhiya mendirikan rumah tangga. Bahtera yang telah dibina tidak pernah berlayar walaupun sehari. Dhiya sering melakukan hal sendiri. Kini, Dhiya mengajar di sekolah yang terdapat di Kuala Lumpur. Sepanjang dua bulan, Dhiya melepak di rumah kawan karibnya selepas pulang daripada kerja. Hujung minggu juga dia akan pergi melepak di rumah kawan karibnya, Yana. Dhiya sering pulang lewat ke rumah milik Hayyan. Selagi jam tidak menunjukkan angka 11 malam, selagi itu dia tidak akan pulang. Dhiya tidak mahu bertentang mata dengan suaminya. Hayyan juga seolah-olah tidak mengambil kisah sekiranya dia pulang lewat ke rumah.
            Walaupun raut wajah Hayyan seolah-olah menggambarkan dia tidak mengambil kisah perihal isterinya, namun di dalam hati dia sering tertanya-tanya ke mana isterinya pergi. Dia tahu bahawa isterinya mesti melepak di rumah sesiapa. Dia begitu arif dengan jadual cikgu. Cikgu akan pulang  ke rumah setelah tamat sesi persekolahan. Sesi persekolahan di sekolah yang isterinya mengajar tamat pukul 2.20 petang. Dia yakin bahawa isterinya pasti melepak di rumah orang dahulu baru pulang.
            “Haisy! Tak boleh jadi ni! Malam ni dia balik, aku nak ajak bincang. Kalau macam ni je, bila aku nak merasa hidup berumah tangga. Baik tak payah kahwin je! Dia ingat aku buat tak hairan tengok dia balik lewat, ingat aku suka ke? Malam ni aku akan selesaikan segala-galanya. Aku pun nak bahagia seperti pasangan-pasangan suami isteri yang lain. Aku bukannya tak suka kan dia tapi aku sayang dan cinta akan dia. Rasa cinta ini telah berputik sejak sekian lama. Sejak pertama kali aku pandang wajahnya, hati aku telah berdetak dengan begitu laju. Sejak itu juga, mimpi-mimpi aku hanya dihiasi dengan wajahnya sehingga lah hari ini. Wajah yang begitu cantik. Gadis yang menjadi igauan aku selama ini ternyata dapat aku miliki. Aku takkan benarkan dia jatuh ke tangan orang lain kerana dia hanya milik aku seorang. Aku harus selesaikan hal ini secepat yang mungkin agar aku dan dia boleh hidup seperti suami isteri yang sebenar.” Hayyan bercakap seorang diri di ruang tamu tingkat dua.
Jika orang lain tengok Hayyan bercakap seorang diri, Hayyan akan berbahagia lah di Hospital Bahagia. Hayyan akan berbahagia bersama penduduk-penduduk  Hospital Bahagia yang ada kalanya menangis, ketawa, marah dan sebagainya lagi. Kemungkinan besar Hayyan yang elok-elok sihat walafiat lantas berubah menjadi gila. Nama hospital sahaja Bahagia tapi bukan happy but always crazy.
Tiba-tiba Hayyan terdengar pintu rumah dibuka oleh seseorang. Hayyan mendongak ke atas untuk melihat jam dan…
“Pukul 11 malam. Patutlah dah balik.” Hayyan segera masuk ke dalam bilik Dhiya. Sepanjang mereka tinggal di rumah ini, mereka tidur berasingan. Walaupun Hayyan sudah banyak kali mengarah isterinya tidur di bilknya bersamanya namun, Dhiya tetap berdegil.
Dalam minda Dhiya, dia hanya mahu tidur berasingan. Dia memang tidak kisah bahawa dosanya terhadap suaminya bertambah setiap kali tidur berasingan. Seteru tetap seteru walaupun darjat telah tinggi iaitu status sebagai suami.
Dhiya masuk ke dalam biliknya lantas membuka tudung. Dia sedang menghadap almari soleknya. Dhiya tidak sedar bahawa suaminya duduk elok sahaja di atas katilnya. Sebaik sahaja dia terpandang kelibat suaminya di pantulan cermin, dia segera menjerit.
“Argh! Awak buat apa kat sini? Ini bukan bilik awak! So get out from my room before I sing a song that title Get Out for you so that you can understand that this room is not yours but this room is mine! Bilik awak di hadapan bilik saya. So, you may go out now.” Dhiya membuka pintu biliknya dan menunjukkan jalan keluar sambil senyum kepura-puraan.
“Abang takkan keluar daripada bilik ini selagi masalah kita tidak selesai.” Hayyan masih duduk di atas katil isterinya sambil memeluk tubuh.
“Masalah? Masalah apa ya? Kita kan buat hal masing-masing saja selama ini?” Dhiya berdiri di hadapan suaminya. Dia juga memeluk tubuhnya.
“Kenapa Rissa tak nak tidur dengan abang je? Kenapa tidur di bilik lain? Atau Rissa nak abang dukung Rissa ke bilik kita?” Hayyan sudah tersenyum gatal.
“Huh! No way! Awak seteru saya! Not my husband!”
“Abang ialah suami Rissa sejak saya lafazkan akad dan nikah. Tiada istilah musuh lagi sejak akad dilafazkan.” Hayyan menepuk di sebelahnya agar isterinya duduk di sebelahnya.
Dhiya yang mengerti lantas duduk di sebelah suaminya namun masih ada ruang yang memisahkan mereka. Boleh muat seorang lagi dewasa di tengah-tengah mereka.
“Okay, saya admit yang awak ialah suami saya. Tapi saya tak boleh lupakan apa yang awak buat kat saya semasa kita belajar di universiti dahulu. Masih kuat di ingatan saya seolah-olah telah digam dengan gam cap gajah.” Hayyan hanya menggeleng-gelengkan kepala mendengar ayat yang diungkapkan daripada bibir isterinya yang merah merekah bak delima.
“Hal apa ye? Abang tak ingat pun.” Hayyan betul-betul tidak ingat.
“Oh, tak ingat apa yang awak dah buat kat saya! Mari kita imbas kembali.” Dhiya mendongak ke atas seolah-olah kisah-kisah semasa mereka di belajar di universiti terpampang di atas itu.
Hayyan juga mendongak ke tempat yang sama dengan isterinya.
Imbas kembali…
“Wei, kau tau tak…” Belum sempat Dhiya menghabiskan percakapannya, ada air yang mencurah-curah di kepalanya yang disaluti tudung berwarna hitam. Air tersebut menitis ke mukanya, Dhiya menjilat air tersebut untuk merasa air apa yang mencurah-curah di atas kepalanya. What?! Dhiya tercengang.
“Argh! Air kelapa! Sapa yang pandai-pandai curah air kelapa ni! I hate air kelapa!” jerit Dhiya sambil mengelap mukanya dengan tudung yang tidak terkena air itu.
“Cik, sorry. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja.” Hayyan memohon maaf. Dia memandang gadis yang sedang mengelap wajahnya. Rakan gadis yang duduk di hadapan gadis itu menolong gadis itu mengelap wajahnya. Dia rasa begitu serba-salah.
Kawan Hayyan, Afif yang berdiri di sebelah Hayyan hanya mendiamkan diri.
‘Habislah kau Hayyan! Basah tudung budak perempuan ini. Budak perempuan ni nak ciluk tudung kat mana la? Kau pun satu Hayyan, kenapa la kau tak hati-hati? Kesian budak ni.’ Afif mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dhiya bagun daripada kerusinya. Dia begitu marah kerana ada manusia yang telah menumpahkan air yang begitu tidak disukainya ataupun lebih tepat air yang begitu dibenci olehnya. Dan yang paling penting, manusia itu telah membuatkannya terminum air itu. Argh!
Sebaik sahaja mata bertentang mata, Hayyan dan Dhiya tergamam.
‘Cantiknya!’ desis hati Hayyan.
‘Mak oi! Handsomenya! Kalau jadi lelaki aku ni, mesti Yana jealous! Eh? Kenapa aku melalut-lalut ni? Aku geram betul dengan hang! Kenapa la air ni juga yang hang tumpahkan? Tak ada air lain ka dalam dunia ni? Air yang aku bencikan juga la yang hang tumpahkan. Tak boleh jadi ni!’ Muka Dhiya sudah berubah kemerahan. Walaupun dirinya berkulit sawo matang, namun warna kemerahan itu masih jelas di wajahnya.
“What the hell are you doing?!” Dhiya menjerit sekuat hati. Para siswa yang sedang makan di kafe itu melihat mereka berdua.
“Amboi, cik adik! Sedapnya bahasa. Saya dah minta maaf kan? By the way, awak student baru di sini ke? Saya tak pernah nampak pun.” Hayyan sedang mencekak pinggangnya.
‘Habislah. Perang akan meletus.’ ayat yang sama yang diungkapkan oleh hati Yana, rakan Dhiya dan juga Afif, rakan Hayyan.
“Dhiya, sudah la tu. Dia dah minta maaf kan?” Yana menarik-narik tangan gadis itu supaya duduk kembali namun Dhiya menepis. Yana begitu malu kerana semua orang sedang memerhatikan drama yang dilakonkan oleh Dhiya dan Hayyan.
“Hayyan, dah la tu.” Afif memegang bahu Hayyan. Hayyan juga turut menepis.
“Ha’ah. Saya student baru. Awak tahu tak yang awak telah menumpahkan air yang saya begitu benci?” Dhiya pula mencekak pinggangnya yang ramping.
“ Air kelapa? Sedap apa air ni. Saya bukannya sengaja nak tumpahkan air ni pun. Saya tersadung kerusi tadi. And gelas ni jatuh tanpa sengaja. Daripada saya tumpahkan air ni, lebih baik saya minum. Baru namanya tak membazir. By the way, saya senior di universiti ini. Ops! I should call myself as ‘abang’ right?”
“Tak payah la awak nak bahasakan diri awak ‘abang’. Geli-geleman saya mendengarnya. By the way, air kelapa ni awak kata sedap?” Dhiya menunjukkan tudungnya yang baru disimbah air kelapa.
“Ha’ah! Sedap apa? I like it very much!” Hayyan bercakap dengan nada yang teruja. Yelah, kalau dah namanya benda yang kita suka. Mestilah kita teruja untuk bercerita tentang benda itu. Betul tak?
“Please lah. Air kelapa ialah air yang paling saya benci atas dunia ini. Tak ada air lain ka yang awak nak suka? You know what? Air kelapa ialah air yang paling tak sedap di atas muka bumi ini.” Dhiaya merenung tajam ke dalam anak mata Hayyan.
“Ikut suka abang la abang nak suka air apa pun. Air kelapa ialah air yang paling sedap di atas muka bumi ini.”
Dhiya yang mendengar Hayyan membahasakan diri Hayyan sebagai ‘abang’ lantas membuat muka menyampah.
“Geli-geleman la saya dengar ‘abang’ tu.” Dhiya mengeliat kegelian.
“Awak patut sedar yang awak tu junior di sini! So, awak patut panggil abang sebagai abang. Awak nak abang tolong ejakan”
“Huh! Tak payah la.” Dhiya membuat mimik muka kegelian.
Tiba-tiba Hayyan menarik kad yang terdapat di leher Dhiya. Dhiya terdorong ke hadapan.
“Apa ni? Suka-suka hati awak ja kan nak tarik-tarik kad anak dara orang!” marah Dhiya.
“Arissa Nur Dhiya. Nice name! Nama abang pula Hayyan Zikri. Ingat sampai mati tau!” Hayyan melepaskan kad tersebut sebaik sahaja membaca nama Dhiya.
“Memang saya akan ingat nama awak sampai mati pun! Orang yang telah menumpahkan air kelapa ke atas kepala saya walaupun tak sengaja.” Dhiya membetulkan kedudukan kad pelajarnya.
“Baguslah. Mulai daripada hari ini, abang akan ganggu awak sehingga la awak tamat belajar. Eh? Salah. Awakkan junior abang. Jadi, abang akan mengganggu awak sehingga abang tamat belajar.” Hayyan berlalu daripada situ. Dhiya mendengus kegeraman.
“Teruk betul la laki ni! Ada ka patut nak ganggu aku sehingga dia habis belajar?!” Dhiya membebel keseorangan.
“Dia dah pergi la, Dhiya.” ujar Yana. Yana menarik tangan rakannya untuk duduk. Dhiya melabuhkan punggungnya kembali.
“Cik Dhiya, abang baru teringat sesuatu.” Hayyan bercakap daripada jauh.
“Argh! Apa pula orang tua ni?” Dhiya menoleh memandang Hayyan yang berada jauh daripadanya.
“Abang akan panggil awak, Rissa.” ujar Hayyan sambil tersenyum manis.
“La, kenapa pula?” tanya Dhiya tidak puas hati. Semua orang panggil aku Dhiya. Dia pula nak panggil Rissa. Tak betul ka otak dia?
“Saja. Walaupun kawan Rissa panggil Rissa, Dhiya. Tapi abang nak kelainan sikit. Abang sorang je yang boleh panggil Rissa. Orang lain tak boleh panggil macam tu. Mesti Rissa akan ingat sampai mati kan satu-satunya orang yang panggil Rissa dengan gelaran Rissa.” Hayyan melemparkan senyuman yang begitu manis lantas berlalu pergi.
“Ish! Laki ni! Makin melampau pula!” Dhiya melepaskan geramnya dengan menumbuk meja.
“Aduh! Sakitnya tangan aku!” Dhiya menggosok-gosok tangannya.
“Padan muka. Siapa suruh kau tumbuk meja? Tak da siapa kan yang suruh? Kau yang nak tumbuk sangat.” ujar Yana lantas menyambung makan.
“Wei, tudung aku nak ciluk mana? Argh! Aku balik hostel dulu la. Aku nak tukar tudung.” Dhiya ingin bangun daripada tempat duduknya.
“Kau habiskan makan dulu baru kau pergi tukar.” Yana menegah.
“Tudung aku perisa air kelapa ni!”
“Biarlah. Makan dulu baru balik hostel.”
“Yalah.” Dhiya menyambung makan yang tergendala akibat Hayyan.
Sejak daripada hari itu, Hayyan Zikri sering menganggu gadis comel yang bernama Arissa Nur Dhiya.
                                                            ***
Dhiya dan rakannya, Yana sedang enak menikmati makan tengah hari di kafe USM, di mana tempat mereka menuntut ilmu.
“Akhirnya, siap juga assignment aku. Fuh, bukan senang nak siap satu assignment pun.” Yana yang sudah selesai makan, membelek-belek assignment Dhiya lantas meletekkan assignment Dhiya di hujung meja makan mereka.
“Cepat juga kau buat assignment ye? Aku ni tak siap-siap lagi. Kau ni makan pun lambat.” Yana mula membebel.
“Kau kan tau, aku selalu makan lambat-lambat. Kita boleh menikmati makan itu sekiranya kita makan lambat-lambat tau.” Yana hanya mencebikkan bibirnya apabila mendengar penerangan daripada Dhiya.
Tiba-tiba ada tangan yang mengambil assignment Dhiya.
“Dah siap buat assignment ye?” Hayyan membelek-belek assignment Dhiya setelah meletakkan gelas yang berisi air kelapa di atas meja makan Dhiya dan Yana.
“Awak nak buat apa dengan assignment saya?” Dhiya lantas berdiri di sebelah Hayyan.
“Abang nak bakar assignmet Rissa boleh?” Rissa lagi. Namun demikian, Dhiya sudah malas nak menegur Hayyan. Hayyan tak pernah mendengar langsung tegurannya. Bagi Hayyan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak pernah melekat-lekat. Lebih baik Dhiya menerima sahaja gelaran Rissa itu. Buat habis air lir sahaja jika menegur lelaki itu umpama mencurahkan air di atas daun keladi.
“Hah? Kenapa nak bakar pula? Assignment saya tak buat apa-apa kesalahan kepada awak pun.” Dhiya ingin mengambil kembali assignment itu namun Hayyan lebih cekap daripadanya. Hayyan melarikan assignment itu.
“Kan abang dah berjanji bahawa abang akan mengganggu Rissa sehingga lah abang tamat belajar?” Hayyan sudah tersenyum jahat.
“Bagi balik la!” Dhiya masih cuba mengambil assignment itu.
“Abang boleh bagi balik tapi dengan satu syarat!” Hayyan sudah tersenyum jahat.
‘Habislah aku! Apa pula syarat dia kali ini? Menyusahkan aku betul la! Cepatlah kau tamat belajar. Amin.’ monolog hati Dhiya.
“Rissa nampak tak gelas yang ada atas meja tu?” Hayyan menunjukkan gelas tersebut.
“Hehe. Nampak. Air kelapa lagi kan? Lain kali saya minum. Saya nak assignment itu saja bukannya nak suruh awak belanja saya minum air kelapa itu.” Dhiya sudah muka seposen.
“Tak boleh. Rissa kena minum air tu dulu baru Rissa boleh dapat kembali assignment ini. Kalau Rissa tak ikut cakap abang, assignment ini…” Hayyan membawa kaluar pemetik api yang berada di dalam koceknya lantas menyalakan pemetik api tersebut. Hayyan membuat gaya seolah-olah ingin membakar assignment Dhiya.
“Ops! Berhenti! Okay-okay. Saya ikut cakap awak asalkan awak tak bakar assignment saya itu. Susah saya nak siapkan satu pun. Please!” Dhiya memandang Hayyan dengan pandangan sayu.
“Minum air itu dulu, baru abang bagi balik kepada Rissa.”
“Hehe. Nantilah. Lepas awak bagi balik assignment saya, saya akan minum.” Dhiya sudah tersengih-sengih jahat.
‘Lepas aku dapat balik assignment aku, aku nak buka langkah seribu. Aku takkan minum air ni lagi. Tak sedap langsung! Aku paling benci air kelapa!’ jerit hati Dhiya.
“I don’t trust you. Minum sekarang atau…” Hayyan membuat gaya ingin membakar assignment Dhiya.
“Ops! Okay-okay. Saya minum. Nak tipu sikit pun tak boleh dah. Macam tau-tau saja aku nak mengelat.” Dhiya membebel-bebel keseorangan.
“Rissa cakap apa? Abang tak dengar la.”
“Eh? Tak ada apa-apa. Mana aci! Awak main ugut-ugut dengan saya!” Dhiya menghentak-hentakkan kakinya.
‘Comel!’ desis hati Hayyan.
“Aci ada kat India. Sekarang ni Rissa nak minum air tu ke tak? Kalau tak nak, sekarang juga abang bakar!” gertak Hayyan.
Api masih menyala di pemetik api. Hayyan mula meletakkan pemetik api itu berdekatan dengan assignment Dhiya. Semakin lama semakin hampir. Hampir…Hampir… dan
“Stop! Okay-okay. Saya minum sekarang!” Dhiya melabuhkan punggungnya di atas kerusi kembali lantas mengambil gelas yang berisi air kelapa.
Dhiya minum sedikit.
“Hisy! Tak sedap la!” Dhiya meletakkan gelas tersebut di atas meja.
“Okay. Kalau tak minum sampai habis, abang akan bakar.”
“Okay!” Dhiya meneguk air tersebut sekali gus. Muka Dhiya berkerut. Sangat tak sedap!
“Puas hati sekarang? Bagi balik assignment saya!” Dhiya menghulurkan tangannya kepada Hayyan.
“Okay. Nah!” Hayyan memberi assignment Rissa kembali lantas dia berlalu pergi sambil tersenyum senang.
Hayyan begitu gemar mengganggu ketenteraman Dhiya. Dia ada sebab mengapa dia mengganggu Dhiya.
“Argh! Tak sedap gila!” jerit Dhiya. Semua mata memandangnya.
“Kau ni! Nak jerit pun janganlah kat sini. Orang tengok! Malu aku. Lagipun assignment kau dah selamatkan?” Yana hanya berdiam diri sambil memerhati Hayyan dan Dhiya sebentar tadi. Yana tak mahu masuk campur. Nanti dia pula yang kena marah. Berdiam diri itu lebih baik.
“Tak apa. Hari ni hari dia. Lain hari, hari aku pula.” Dhiya menggenggam penumbuknya.
Yana hanya mengeluh.
                                                            ***
“Hari ini aku bawa bekal. Air pun aku bawa sendiri. Air kegemaran aku tu! Jus oren! I love it!” Encik Bakhtiar dan Puan Izzah datang menziarahi dia di universiti pagi tadi. Mujur kelas Dhiya selepas pukul 2.00 petang. Puan Izzah membawa makanan dan air kegemaran anaknya juga.
“Sekarang ni, kita nak makan kat cafĂ© ke nak makan seperti yang kau rancang tadi sebelum masuk tandas?” tanya Yana.
“Seperti yang aku rancang. Kita makan kat pondok yang ada kat tempat parking. Nak tak?” Dhiya membuat muka seposen. Dia berharap sangat rakannya setuju. Dia tak mahu makan di kafe. Selalunya dia pergi situ, pasti Hayyan akan mengganggunya. Kali ini tukar tempat makan tengah hari pula.
“Kau tunggu aku kat sana. Aku nak pergi bungkus makanan dulu. Bye.”
Dhiya dan Yana berpisah. Dhiya bergerak ke pondok itu.
“Fuh, nasib baik tak ada orang. Aku tunggu Yana dulu la, baru aku makan.” Dhiya melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan di pondok itu.
“Kau tak makan lagi?” tanya Yana yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Dhiya.
“Ha’ah. Kau tak nampak ka? Aku baik la. Aku tunggu kawan, baru aku makan.”
Yana mencebik bibirnya tanda menyampah.
Dhiya membuka botolnya yang berisi jus oren. Botolnya jenis stainless steel. Kalau air sirap yang warna merah menyala pun kita pasti tak nampak.
Elok sahaja air itu mencecah lidahnya.
“Erk? Air kelapa?” Dhiya tersembur air kelapa tersebut ke muka Yana. Yana tercengang.
“Argh! Kenapa air kelapa?! Bukannya ibu aku bagi jus oren ka? Aku minum tadi jus oren. Macam mana pula boleh jadi air kelapa pula. Jauh beza pula tu rasa. Tak sedap!” Dhiya menjerit sekuat hatinya.
Di sebalik tiang, terdapat seorang lelaki yang sedang menahan ketawa.
“Arissa Nur Dhiya! Kenapa kau sembur kena aku?! Tak ada tempat lain ke kau nak sembur? Iiiii!” Yana mengelap mukanya dengan tisu. Nasib baik aku bawa tisu.
“Wei! Sorry! Kenapa air aku bertukar rasa ni?” tanya Dhiya yang begitu aneh dengan rasa airnya.
Lelaki yang sedang menahan tawa tadi terus menghamburkan tawanya. Dia sememangnya tidak dapat menahan tawanya.
Dhiya yang mendengar  seseorang sedang ketawa lantas menoleh ke tempat di mana datangnya suara itu.
“You! Awak datang sini!” jerit Dhiya.
Lelaki tersebut berjalan ke pondok tersebut. Dia sudah memberhentikan tawanya.
“Hayyan Zikri! Awak kan yang buat kerja ni?” marah Dhiya kepada jejaka yang sedang berdiri di hadapannya.
“Ya, abang yang buat.” Hayyan tersenyum senang. Dia gembira dia dapat mengenakan gadis itu lagi. Hayyan suka melihat wajah Dhiya yang sedang marah. Comel!
“Ma…macam mana awak boleh buat?” Dhiya sememangnya tak tahu bagaimana lelaki itu boleh menukarkan airnya.
“Pandai kan abang?” Hayyan tersenyum bangga.
Dhiya mencebikkan bibirnya tanda menyampah tahap gaban dah ni!
“Macam ni ceritanya.” Hayyan melabuhkan punggungnya di sebelah Dhiya.
“Waktu korang pergi tandas tadi, bekal makanan Rissa kan Rissa bagi kat Yana sebelum masuk tandas. Malangnya, Yana pun nak masuk tandas juga. Nak buang air kecil katanya. So, Yana bagi bekal tu kat boyfriend yang kebetulan berlalu di hadapan tandas itu. Yana pun masuklah tandas. Botol air yang turut berada di tangan Faiq bagaikan peluang cerah bagi abang untuk mengenakan Dhiya. Abang pun ambil botol air tu lantas menuang jus oren tu. Then, abang bubuh la air kelapa dalam tu. Amacam? Brilliant tak abang?” Hayyan tersenyum bangga.
Dhiya mencebikkan bibirnya.
“Brilliant sangat abang!” perli Dhiya.
“Tapi macam mana awak tau yang saya bawa bekal dan botol air ya?” Dhiya menggaru-garu kepalanya yang sememangnya tidak gatal.
“Kawan Rissa la beritahu abang. Kawan Rissa yang bernama Yana ni.” Hayyan menunjukkan Yana.
“Yana! Kenapa bagi tahu dia? Kan aku terkena lagi!” marah Dhiya kepada Yana.
“Aku tak beritahu Abang Hayyan pun. Aku beritahu Abang Faiq je.” terang Yana.
“Anda telah melakukan kesilapan besar kerana anda telah memberitahu Faiq a.k.a my friend.” Hayyan sengaja bercakap bahasa baku walupun tak baku sangat.
“Yana!” jerit Dhiya.
“Mana aku tau yang Abang Faiq tu kawan Abang Hayyan. Dah dia tanya aku nak makan kat mana? So, aku jawab lah kat pondok ni. Dia tanya sebab apa? Aku cakap la yang kau bawa bekal dan botol air sekaligus. Mana aku nak tahu yang dia akan beritahu kat Abang Hayyan!” jelas Yana. Yana tak mahu disebabkan perkara ini, dia dan Dhiya akan bergaduh.
“Yang tu la kesilapan terbesar cik Yana. Abang saje suruh Faiq tanya korang nak makan kat mana? Alang-alang dah tau, abang pun ambil kesempatan waktu korang masuk tandas tadi. Faiq dengan rela hatinya beri botol air itu. The end.” Hayyan memandang Dhiya sambil tersenyum.
‘Hayyan ni suka sangat senyum. Mentang-mentang la senyuman dia tu boleh menambahkan kekacakkan dia.’ monolog hati Dhiya.
“Dalam sehari awak tak memperkenakan saya tak boleh?” Dhiya memandang tajam ke arah Hayyan.
“Tak boleh la Rissa. Tak sempurna hidup abang ni kalau tak memperkenakan Rissa.”
“Kenapa awak harus pakai air kelapa? Air yang saya bencikan dalam dunia ini.” jerit Dhiya.
“Sebab Rissa bencikan air kelapa la abang suka memperkenakan Rissa. Best apa? Abang suka sangat tau air kelapa.” terang Hayyan.
“Saya tak tanya pun.” Dhiya mengemas bekalnya lantas berlalu pergi. Dia juga menuang air kelapa tersebut daripada botolnya. Dhiya berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
“Dhiya, tunggu aku!” Yana terkocoh-kocoh bangun daripada tempat duduknya lantas mengejar Dhiya.
Hayyan hanya tersenyum melihat gelagat Dhiya.
‘Abang ada sebab kenapa abang suka mengganggu Rissa.’ Hayyan juga berlalu pergi.
Masa kini…
“Ha! Sebab itu la saya tak sukakan awak.” Dhiya memandang tepat ke anak mata suaminya.
‘La! Hal itu je ke? Ingatkan hal apa? Hal remeh-temeh je pun. Rissa…Rissa’ Hayyan mengeluh.
“Rissa pun sama tau! Rissa pun memperkenakan abang. Cuba ingat balik apa yang Rissa telah buat kat abang.”
Imbas kembali…
Hayyan yang sedang enak makan tengah hari dengan Faiq dan Afif terkedu apabila ada air yang mencurah-curah di atas kepalanya.
Hayyan menjilat air tersebut.
“What?! Jus oren!” Hayyan terus bangun daripada kerusinya.
Faiq dan Afif tergamam melihat Hayyan yang baru mandi dengan jus oren.
“Ops. Saya tak sengaja la awak. Sedap tak air itu?” Dhiya meletakkan gelas yang kosong di atas meja makan Hayyan dan rakan-rakannya.
Hayyan menjeling tajam.
“Tak sengaja ke sengaja? Rissa nak balas dendam kan? Mentang-mentang abang tak suka jus oren.”
“Hah? Awak tak suka jus oren ka? Baru saya tau hari ini. Terima kasih, awak sebab bagi tahu yang awak bencikan jus oren. Jus oren la sedap, Encik Hayyan. Saya paling suka jus oren!” Dhiya tersenyum senang kerana dia telah berjaya mengenakan Hayyan. Selepas ini, dia boleh menggunakan jus oren untuk memperkenakan lelaki itu.
“Kenapa Rissa tuang jus oren? Kenapa bukan air kelapa? Air kelapa abang boleh terima lagi. Air kegemaran abang. Tapi jus oren ini air yang paling abang benci dalam dunia ini” terang Hayyan.
‘Hampeh! Hari ini aku pula yang kena!’ monolog hati Hayyan.
“Saya kan minum jus oren. Mestilah saya akan order jus oren. Buat apa saya nak order air yang saya paling benci dalam dunia ini! Okay. Saya pergi dulu ya cik abang. Bye.” Dhiya berlalu pergi dengan tersenyum senang.
“Padan muka kau, Hayyan. Hari ini hari kau pula. Dulu kau buli dia, sekarang ini, dia buli kau pula.” ujar Faiq. Afif pula sedang mengetawakan Hayyan.
“Korang ni bukannya nak kesiankan aku! Tapi ketawakan aku adalah!” Hayyan mendengus lantas berlalu pergi. Buat apa nak duduk di kafe lama-lama. Menempah malu sahaja.
                                                            ***
Dhiya dan Yana memandang Hayyan dari jauh. Di tangan Dhiya terdapat segelas air yang berisi jus oren, minuman kegemarannya. Malangnya, minuman yang dibenci oleh Hayyan. Hayyan sedang khusyuk membaca majalah lelaki. Di tepi meja di mana tempat yang Hayyan duduk terdapat assignment.
“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” Dhiya berbisik kepada Yana.
“Nampak apa?” Yana turut berbisik. Mereka takut sekiranya Hayyan tahu mereka sedang menyembunyikan diri di sebalik kereta milik salah seorang siswa di universiti mereka.
“Assignment yang kat tepi meja tu la. Kali ini, aku pula yang mengenakan dia. Aku nak guna cara yang sama dengan dia. Macam mana dia buat kat aku, macam tu la aku akan buat kat dia.” Dhiya mula bergerak ke tempat Hayyan.
Yana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia turut mengikut sahabatnya.
Dhiya lantas meletakkan gelas yang berisi jus oren di atas meja tersebut lantas mencapai assignment Hayyan. Dhiya menyalakan pemetik api tersebut lantas meletakkan pemetik api tersebut di bawah assignment Hayyan.
Hayyan yang baru sedar bahawa assignment dia telah diambil oleh Dhiya lantas cuba merampas kembali.
“No, no. Minum air tu dulu. Kalau tak saya bakar.”
“Guna cara abang ye?” Hayyan menjeling geram.
“Ha’ah! Nak minum ka tak nak?” Dhiya mula mendekatkan pemetik api ke assignment.
“Jus oren ini? Sorry. Abang takkan minum. Bakar la kalau berani.”
‘Alah, dia takkan buat punya! Aku tau la.’ Hayyan yakin dengan kata hatinya.
“Okay.” Dhiya tersenyum. Dhiya mula membakar assignment Hayyan.
“What?! Stop! Padam api tu cepat! Abang minum sekarang juga!” Hayyan mengambil gelas itu lantas minum sehingga habis.
Dhiya yang melihat Hayyan minum jus oren itu sehingga habis lantas memadamkan api yang menyala baru sikit di atas kertas itu.
Dhiya tersenyum senang.
‘Aku ingatkan dia takkan buat betul-betul. Lepas ini aku takkan cakap macam itu dah!’ tekad Hayyan.
Dhiya berlalu pergi dengan Yana.
“Wei, kenapa kau bakar betul-betul? Yana tak suka dengan cara gadis itu.
“Kau pun dengar yang dia kata buatla kalau berani. Aku berani kan? Jadi aku bakar ja la.” Dhiya begitu seronok kerana sekali lagi dia berjaya mengenakan lelaki itu.
Yana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Senior dan junior 2 X 5. Perangai sama saja!
                                                            ***
“Rissa buat lagi teruk daripada abang. Rissa bakar assignment abang. Nasib baik tak terbakar habis. Nasib baik sikit je terbakar. Kalau tak, memang nahas la abang. Dah la abang kena hantar assignment hari itu juga. Kalau terbakar la, abang pun akan terbakal dek penangan kata-kata pedas daripada prof abang.” Hayyan meluahkan segala-galanya.
“Abang yang mulakan dulu tau!” jerit Dhiya.
 “Hal remeh-temeh je pun Rissa. Rissa tak boleh ke lupakan sahaja kisah tu? Lagipun waktu itu kita bukan matang sangat. Abang ada sebab kenapa abang buat macam tu.” Hayyan melemparkan pandangan yang begitu sarat dengan rasa cintanya terhadap isteri yang amat dikasihi.
“Rissa memang tak boleh lupakan perkara itu!”
“Rissa?”
‘Ops! Macam mana boleh terlepas cakap pula?’ Dhiya menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal.
“Eh? Rissa ek? Bukannya saya ka? Awak tersalah dengar ni. Telinga awak tak cuci berapa tahun dah?” Dhiya bertanya dengan selamba.
“Abang cuci telinga abang setiap hari. Sebab hal dulu ke Rissa bencikan abang? So, Rissa lupakan je lah. Kita mulakan hidup kita seperti pasangan suami isteri yang lain. Boleh?” Hayyan begitu berharap isterinya bersetuju.
“Tak boleh! Sapa suruh awak ganggu saya dulu? Sapa suruh awak perkenakan saya dengan air kelapa.Saya anti betul la air kelapa. Kalau awak guna jus oren saya boleh terima lagi. Tapi air kelapa!” Dhiya menyilangkan tangannya di dadanya.
“Rissa pun sama tau! Rissa gunakan jus oren! Air yang paling abang benci dalam dunia ini. Sebab Rissa suruh abang habiskan satu gelas jus oren itu la abang ulang-alik tandas dua hari tau. Abang terpaksa cuti sakit. Abang terlepas syllibus sebab jus oren itu la. Kalau air kelapa, tak ada la abang sakit perut. Lagipun air kelapa ialah air yang paling abang suka tau. Sedap!” balas Hayyan pula. Hayyan juga tidak mahu mengalah dengan isterinya.
“Awak asyik cakap air kelapa sedap ja daripada universiti sampai sekarang!”
“Habis tu nak cakap apa? Delicious?Yummy?” perli Hayyan.
“Masalah antara awak dan saya takkan habis daripada dulu sampai sekarang. Macam mana awak nak selesaikannya?” tanya Dhiya dengan selamba.
“Masalah ini akan selesai juga! Abang akan pastikan. Malam ini, Rissa search dalam internet tentang kebaikan jus oren dan keburukan air kelapa. Abang pula akan search tentang kebaikan air kelapa dan keburukan jus oren. Siapa yang paling banyak, dia yang menang!”
“Okay, deal! Sekarang ni keluar daripada bilik saya!” Dhiya menarik suaminya lantas menolak suaminya keluar daripada bilik tidurnya.
‘Berat macam gajah!’ Dhiya masih sempat lagi mengutuk suaminya.
                                                            ***
“Aku pasti yang aku akan menang!” tekad Dhiya.
Dhiya mencari tentang kebaikan jus oren.
“Yes! Jumpa! Banyaknya! Nampaknya aku akan menang la cik abang! Copy and paste!”
Dhiya meneruskan pencariannya tentang keburukan air kelapa. Hampir dua jam Dhiya mencari namun masih tak jumpa. Nasib baik esok cuti sekolah. Kalau tidak terbabas tidur la Cik Dhiya kita.
“Argh! Tak jumpa! Mampuih la aku! Tapi kalau difikirkan kembali, jus oren mana ada keburukannya. Aku pasti aku akan menang sebab kebaikan jus oren aku sangat banyak. Haha. Mesti Hayyan takkan jumpa keburukan jus oren yang paling aku suka tu. Haha.” Dhiya sudah ketawa jahat.
Kalau orang tengok perangai Dhiya sekarang ini, sudah pasti Dhiya akan menjadi penduduk tetap Hospital Bahagia.
                                                            ***
“Rissa, abang yakin yang abang akan menang. Abang berjaya cari keburukan jus oren. Kebaikan air kelapa pun agak banyak. Mesti abang menang! Esok abang akan beritahu Rissa sebab abang sering mengganggu Rissa sekiranya abang menang. Tapi kalau abang tak menang pun abang tetap akan beritahu. Tempoh satu tahun yang diberikan oleh daddy akan tiba juga. Kalau aku tak dapat anak dengan Rissa, aku pasti akan miskin.” Hayyan tertidur di atas katilnya setelah dia berjaya mencari apa yang dikehendaki olehnya di laman web.
                                                            ***

            “Mari kita tengok sapa yang menang? Awak atau saya? Saya pasti bahawa saya pasti akan menang!” Dhiya sedang duduk di atas sofa yang terletak elok di ruang tamu.
“Okay. Kita tengok siapa yang menang. Tapi abang yakin bahawa abang akan menang. Rissa beritahu dulu tentang kebaikan jus oren.” Hayyan yang duduk di hadapan Dhiya sedang tersenyum manis kepada Dhiya.
“Okay. Awak dengar ya?”
1)      Mengandungi sumber vitamin C yang baik. Malah lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
2)      Menjaga daya tahan dan kekebalan tubuh (system immune).
3)      Menghalang penyakit influenza.
4)      Mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
5)      Membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
6)      Mengandungi karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa yang berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
7)      Membantu proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
8)      Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
9)      Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung.
10)  Meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.
11)  Mencantikkan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.
“Banyak kan? Haha.” Dhiya sudah ketawa dengan senang hati. Dia bakal menang.
“Keburukan air kelapa pula?” tanya Hayyan.
“Keburukan air kelapa, saya tak boleh search. Saya cari selama dua jam tapi tak jumpa jugak. So, saya yakin bahawa jus oren juga tak ada keburukan. So, saya menang la kan?”
Hayyan tersenyum sinis.
Dhiya tercengan melihat senyuman itu.
“Jangan kata awak menang!” jerit Dhiya tiba-tiba.
“Rissa dengar pula kebaikan air kelapa.”
1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

“Abang punya lagi banyak kan?” Hayyan tersenyum sinis.
Gurp. Dhiya begitu susah untuk menelan air liurnya. Hayyan menang?
“Ke…keburukan jus oren pula?” Dhiya sudah tergagap-gagap bertanya.
“Hehe. Abang jumpa keburukan air kesayangan Rissa itu. Keburukannya ialah mengambil jus oren boleh menyebabkan perut semakin tidak selesa terutama bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik. ” Hayyan sudah tersenyum bangga. Almaklumlah. Dia sudah menang.
“Mana aci! Keburukan itu untuk orang yang ada gastrik sahaja!” Dhiya tidak berpuas hati kerana dia sudah kalah.
“Itu sudah dikira keburukan Cik Rissa sayang.” Hayyan sudah tersengih.
‘Bangga la tu!’ Rissa mencebik tanda meluat.
“Dengan ini diisytiharkan bahawa Encik Hayyan Zikri Bin Muqri menang!” ujar Hayyan dengan bangga.
“Hisy! Awak nak apa daripada saya?” Dhiya mengalah.
“Nak Rissa la. Daddy bagi masa dalam satu tahun untuk ada anak dengan Rissa. So, tunaikan kewajipan anda.” Mata Hayyan sarat dengan cinta ketika mengungkapkan ayat tersebut.
Gurp! Dhiya terasa susah untuk menelan air liur.
“Ma…mana bo…boleh! Awak tak sayang saya!” jerit Dhiya.
‘Aku tak rela bagi kepada orang yang tak sukakan aku!’ sambung Dhiya di dalam hati.
“Siapa kata abang tak sayang Rissa? Abang sayang Rissa semenjak pertama kali abang bertentangan mata dengan Rissa. Abang jatuh cinta pandang pertama kepada Rissa.” ujar Hayyan dengan penuh romantis.
            Hati Dhiya berbunga-bunga apabila Hayyan mengungkapkan cinta kepadanya. Dhiya juga sudah jatuh cinta tatkala mata bertentang mata. Jantungnya berdetak begitu laju di saat mereka berjumpa buat pertama kalinya. Walaupun Hayyan sering membulinya, namun, rasa cinta yang ada di dalam hatinya tidak pernah pudar walaupun dibadai taufan. Cintanya tidak pernah pudar walaupun lelaki itu sering mengenakan dirinya kerana cinta yang ada di dalam hatinya kepada lelaki itu begitu kuat seperti telah digamkan dengan begitu kuat. Namun demikian, disebabkan egonya yang terlalu tinggi, dia menindakkan perasaannya.
“Bohong la! Kenapa awak buli saya waktu kat universiti dulu.”
“Sebab abang suka tengok muka Rissa waktu marah. Comel sangat. Hidup abang tak lengkap sekiranya abang tak jumpa dengan Rissa. Abang mengganggu Rissa agar Rissa sedar tentang kehadiran abang di sisi Rissa. Rissa tak sayang abang ke?”
“Awak tak bohong ka?” Dhiya masih was-was.
“Abang takkan pernah berbohong sekiranya berkaitan dengan perasaan seseorang. Abang berani sumpah!” ujar Hayyan dengan tegas.
“Saya pun suka… kan a…awak.” Dhiya tertunduk malu.
“Betul ke Rissa? Abang ingatkan Rissa tak suka abang. Rissa macam bencikan abang je.” Hayyan memegang kedua-dua belah bahu Dhiya. Hayyan ingin memastikan tentang perasaan isterinya terhadapnya. Sekiranya benar, dia lah yang paling gembira. Cintanya juga berbalas bukannya bertepuk sebelah tangan.
“Ya, betul. Rissa sayangkan abang.” Rissa masih tertunduk malu.
Hayyan lantas memeluk isterinya.
“Say you love me!” ujar Hayyan yang sedang memeluk isterinya.
“I love you.” Dhiya menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Dhiya begitu malu saat ini.
“I love you too.” Hayyan mencium ubun-ubun isterinya.
“Bila sayang cintakan abang ye?” Aik? Dah berubah panggilan nampak cik abang kacak kita ni.
“Sama la macam abang. Waktu pertama kali kita berjumpa. Waktu abang tak sengaja tumpahkan air kelapa tu.” Hayyan mengangkat dagu isterinya lantas mencium bibir isterinya lama.
“Terima kasih kerana cintakan abang, sayang.” ujar Hayyan selepas mencium bibir isterinya buat pertama kali dalam hidupnya.
Muka Dhiya kemerahan. Malu!
Dhiya tersenyum senang. Cinta berbalas dengan cinta.
                                                            ***
5 bulan kemudian…
“Abang, bangunlah.” Dhiya tidak boleh tidur kerana tekaknya menginginkan sesuatu.
“Tidurlah sayang. Abang mengantuk ni.” Hayyan mengemaskan pelukan di pinggang isterinya. Sekarang ini jam menunjukkan Pukul 3.00 pagi. Dhiya telah mengandung 4 bulan. Anak yang dikandung oleh Dhiya  hasil daripada cinta mereka berdua.
“Abang! Rissa nak minum air tu. Nak sangat!” Dhiya menggoyang-goyangkan tubuh suaminya.
Hayyan bangun juga. Isterinya mengidamkan sesuatu. Dia sebagai suami haruslah menunaikan keinginan isterinya. Tidak elok sekiranya dia tidak menunaikan keinginan isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka.
“Air apa, sayang?” Hayyan menenyeh matanya. Mengantuk!
“Hehe. Air kelapa.” Dhiya tersengih malu. Kalau tidak, dia yang bencikan air itu, sekarang nak minum air kelapa pula.
Hayyan yang mendengar air kelapa lantas membuka mata luas-luas. Terkedu!
“What?! Biar betul? Bukannya sayang bencikan air kelapa ke?” Hayyan terkejut tahap gaban dah ni. Apa yang merasuk isterinya sehingga ingin minum air yang paling dibenci di atas muka bumi ini.’
“Bukannya Rissa nak pun. Anak kita yang nak minum. Boleh la abang?” Rissa mengusap kedua-dua belah pipi suaminya.
“Hmm. Yelah. Nasib baik abang bawa balik kelapa daripada rumah ayah. Macam-macam la sayang ni. Air yang tak suka pula yang yang dia nak minum. Air kesukaan Rissa pula, Rissa tak boleh minum Kalau minum je, muntah. Pelik betul Rissa ni.” Hayyan turun ke bawah untuk buatkan air kelapa untuk isterinya.
Dhiya hanya tersengih mendengar bebelan suaminya.
‘Akhirnya, aku mengandungkan anak dia juga. Suami aku dan mummy pasti tidak akan jatuh miskin. Mereka boleh menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Mummy akan menyerahkan Diamond Hotel dan cawangan-cawangan yang lain kepada suaminya setelah tempoh setahun yang diberikan oleh daddy tamat. Mummy dah tak larat menguruskan hotel itu. Mummy nak bersara. Mummy nak jaga cucu sulungnya. Macam-macam la mummy ni.’ Dhiya tersenyum senang.
“Ha! Apa senyum sorang-sorang ni?” Hayyan berjalan ke arah isterinya sambil memegang gelas yang berisi air kelapa.
“Huh? Tak ada apa-apa la. Rissa ingatkan mummy saja.” Dhiya mengambil gelas tersebut daripada suaminya.
“Sedap! Nyum…Nyum…” Dhiya menghabiskan air kelapa tersebut dengan sekali teguk sahaja.
Hayyan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.
Jus oren Vs Air kelapa? Itulah cara untuk Hayyan dan Dhiya memperdajalkan antara satu sama lain. Semoga kasih sayang yang telah berputik ini tidak akan pernah pudar walaupun dilanda badai kerana cinta inilah yang menguatkan sesebuah rumah tangga serta mengukuhkan masjid yang dibina. Semoga kehidupan mereka berbahagia sehingga ke anak cucu. Amin!


By Nur Aizat Ayiz N.M.

Ini karya saya yang kelima. Karya akan datang saya tak tahu lagi bila. Ini karya terakhir daripada saya pada tahun ini. Terimalah daripada saya, Nur Aizat Ayiz N.M. Hope you like it! ^_^