Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 9 )

     
“Ah!!! Penatnya aku! Bos ni buat aku nak mati saja. Aku ingatkan baik lah tetapi hampeh! Dia buli aku hidup-hidup! Patutlah tak ada perempuan nak dia. Rupa-rupanya kejam! Baru aku duduk beberapa minit atas kerusi, Isha! Ambil kat saya yang tu. Tolong saya buat kerja ini! Woi! Hari-hari macam ni! Mau mati kering aku! Dah lah aku tak tempah tanah dengan batu nisan lagi. Kahwin pun belum! Tak nak lah aku mati awal-awal!” ngomel Isha kegeraman dalam bilik sorang-sorang. Nasib baik bilik tu cermin gelap. Kalau cermin transparent, warga Farish Holding hantar Isha pi ke Rumah Bahagia lah jawabnya.
            “Hello miss. Farish ada di dalam bilik dia?” tanya seorang gadis.
            ‘Siapa pula ni? Masuk bilik orang tak ketuk plus tak bagi salam pula tu. Tup-tup nak jumpa Mr. A’ suhu kemarahan Isha belum turun lagi.
            “Ya cik. Dia ada di dalam bilik dia.Nak saya tolong hantar cik ke bilik dia?” tanya Isha.
            “Tak usah lah. Saya boleh pergi sendiri. By the way, thanks.” ujar gadis itu dan terus berlalu pergi.
Hah! Sudah! Kata tak ada girlfriend. Habis tu perempuan tu siapa?! Hisy! Aku ni jealous ke? Syuh! Syuh! Jealous syuh! Gerutu Isha.
            “Isha!” panggil Farish melalui interkom.
Ah! Bala dah muncul! Jerit Isha tapi dalam hati saja le.
            “Ye bos!” jawab Isha dengan malas.
            “Tolong buat kopi untuk saya dengan cik Ismalini.” arah Farish.
            “Baik bos!” jawab Isha lalu berlalu keluar daripada pejabatnya menuju ke dapur.
            ‘Pembancuh air ada! Tetapi aku juga yang dia suruh buat! Hish! Bencinya! Oh! Perempuan gedik tu Ismalini ke nama dia. Dah la datang dengan mekap tebal-tebal! Ayat pun macam gedik! Iiiiii! Menyampah!’ Isha bermonolog sambil membancuh kopi dan tanpa Isha sedari, dia telah masukkan garam! Bukan gula!
Isha mengentuk pintu bilik Farish lalu meletakkan cawan-cawan tersebut di atas meja Farish setelah mendapatkan kebenaran Mr. A untuk masuk ke dalam bilik Mr. A. Setelah itu, Isha berlalu ke biliknya.
            ‘Iiiiiii! Meluatnya aku dengan Ismalini tu. Jeling-jeling aku pula tu tadi. Jeling lah nak jeling sangat kan. Biar sampai juling mata tu. Baru aku gelakkan kau Ismalini. Haha.’gerutu Isha ketika berada di dalam biliknya.

p/s:Siapakah Ismalini?Apakah hubungan Ismalini dengan Mr. A? Nantikan bab yang seterusnya!

By Nur Aizat Ayiz N.M.