Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 8 )


Setelah tamat makan……
            “Abang, Isha pergi kerja dulu ye? Bye. Muaahh.” Isha salam dengan kedua-dua abangnya lalu mencium pipi mereka.
            ‘Aku pun nak gak! Ish! Aku ni! Kahwin pun belum lagi nak menggatal pula. Haram!’ Farish berkata-kata di dalam hatinya.
            “Adik nak pergi kerja dengan apa?” tanya Daniel.
            “Dengan baslah!” jawab Isha yang ingin berlalu pergi.
            “Tak payah! Pergi kerja dengan Farish. Lagi pun satu pejabat kan? Alang-alang satu pejabat, pergi lah sekali.” Daniel menghalang adiknya pergi kerja dengan bas. Bukan apa. Sebenarnya Daniel risau akan adiknya. Dah lah perempuan. Kang kena culik! Jawabnya merana lah Daniel. Adik bongsu tu! Daniel mana ada adik dah.
            “Betul cakap Daniel tu adik. Farish, kau tak kisahkan adik aku pergi kerja dengan kau?” tanya Danish kepada Farish.
            “Eh tak apa lah. Aku tak kisah pun.”  
‘Boleh lah aku berdua-duaan dengan dia. Gatal juga kau ni Farish. Hehe. Nak buat macam mana? Hati dah berkenan.’ sambung Farish di dalam hati.
            “Tengok tu adik! Farish pun tak kisah.” Daniel berkata kepada adiknya.
            “Ye la! Adik pergi kerja dengan Farish.” balas Isha kegeraman.
‘Kau ni kan Mr. A! Siap kau!’ sambung Isha di dalam hati.
            “Itu baru namanya adik abang!” balas Daniel.
            “Kenapa? Selama ini adik bukan adik abanglah. Habis itu adik ni adik siapa?” tanya Isha yang masih lagi geram.
            “Adik buluh betung! Haha.” Daniel mentertawakan adiknya dan diikuti dengan Farish dan Danish. Isha menjeling geram.
Setibanya di Farish Holding………
Sepanjang berada di dalam kereta, Farish dan Isha tidak bercakap langsung. Apabila mereka masuk ke lobi Farish Holding, semua warga Farish Holding menunjukkan reaksi terkejut apabila bos mereka iaitu Mr. Farish Izumi datang bersama dengan PA barunya. Tidak pernah lagi mereka melihat Farish datang kerja bersama mana-mana gadis.
            ‘Eh! Diaorang ni! Kenapa tengok aku pelik? Aku pakai baju terkoyak ke?’ Isha tengok pakaiannya. Tak ada lah pula koyak.
            “Kenapa Isha?” tanya Farish kerana pelik akan tingkah laku Isha.
            “Tak lah bos. Diaorang ni tengok saya pelik je. Kut la baju saya terkoyak ke? Tu la saya tengok!” Farish tersenyum oleh jawapan Isha.
            “Tak koyak pun. Diaorang pelik kut tengok saya datang kerja bersama dengan Isha. Lagipun mana pernah lagi saya datang kerja dengan mana-mana gadis.” Farish memberitahu Isha ketika mereka berada di dalam lift.
            “Oh! Patutlah! Eh?! Bos tak ada girlfriend ke?” tanya Isha. Isha pelik dengan kenyataan MR. A bahawa bosnya tak pernah datang bersama mana-mana gadis.
            “Mana lah saya ada girlfriend. Muka pun tak handsome. Mana ada orang nak berkenan.” balas Farish sambil tersenyum. Handsome!
            “Eh?! Tak akan lah orang sehandsome bos ni tak ada orang berkenan. Bos yang jual mahal.” balas Isha tanpa disedari yang dia memuji ketampanan Mr. A.
Mr. A tersenyum mendengar pujian gadis kesayangan dia. Bukan senang nak dapat pujian Isha! Seronoknya aku! Jerit hati Farish.
            “Jom. Kita sudah sampai di department kita.” ajak Farish lalu mereka berdua berjalan keluar daripada lift ke bilik masing-masing.
Para pekerja terlopong melihat bos mereka datang kerja bersama gadis. Bukan pernah tengok ni!

p/s: Hope you like it..

By Nur Aizat Ayiz N.M.