Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 2 )


Di Farish Holding…..
       “Sampai juga aku di Farish Holding ni. Alamak lagi 10 minit. Lebih baik aku cepat!” belum sempat Isha hendak membuka langkah, dia dilanggar oleh seorang pemuda.
“Woi! Buta ke? Mata letak di mana?” tengking pemuda itu kepada Isha lalu meninggalkan Isha yang masih terkulat-kulat di situ kerana baru sahaja ditengking.
‘Aduh! Sakit la! Dah la badan tinggi melayang! Alhamdulillah aku tak jatuh di sini. Kalau aku jatuh, mesti pekerja-pekerja di sini ketawakan aku. Laki tu pun lagi satu hal. Bukannya nak minta maaf tapi tengking-tengking aku. Malu aku dibuatnya. Muka handsome seperti Yoon Ji Hoo (F4) tapi perangai, hampeh. Siap dia! Kalau aku jumpa dia, aku penyek-penyek dia buat tempeyek. Wah, sedapnya kalau ingat pasal makanan ni!’ Isha bermonolog lalu masuk ke dalam lif yang sudah terbuka.
            Setibanya aku di tingkat di mana aku bakal bekerja, dengan pantasnya aku menuju ke meja Afifah yang sedang khusyuk membuat kerja. Afifah pun bekerja di sini sebagai PA tapi dia PA kepada adik lelaki CEO syarikat ini manakala aku akan bekerja dengan CEO syarikat ini yang selalu dikatakan oleh Afifah handsome.
Jom kita tengok, handsome ke tidak? Aku memberi salam kepadanya. Setelah dia menjawab salam ku, dia terus menarik tanganku ke bilik CEO syarikat ini.
Setelah CEO itu  membenarkan kami masuk,kami pun masuk.Kelihatan lelaki itu sedang membaca kertas kerjanya.
“Encik Farish, ini saya memperkenalkan PA encik. Namanya ialah Arisha Danisha.” Afifah memperkenalkan Isha kepada Encik Farish tanpa menyebut ‘Tengku’. Afifah, Izyan dan Aishah memang sedia maklum bahawa Isha tidak suka jika mereka memperkenalkan Isha dengan memasukkan panggilan ‘tengku’.
Apabila lelaki itu mendongakkan kepalanya untuk melihat Isha, alangkah terkejutnya Isha melihat mukanya. Merah muka Isha melihatnya. Tiada secalit senyuman pun diwajahnya. Hanya wajah yang serius sahaja yang dapat Isha lihat dari wajahnya.
‘Huh! Sombongnya lelaki yang berada di hadapan aku ni! Wah, nampaknya aku ada chance untuk memperkenakannya!’ Isha bermonolog sambil melihat muka lelaki yang berada di hadapannya dengan perasaan marah,benci,meluat argghh! Entah lah.Semuanya  bercampur baur.
“Kamu boleh keluar, Afifah” arah lelaki itu.
‘Cantik juga PA aku ni. Ah! Kenapa hati aku berdebar-debar apabila melihatnya? Adakah ini yang dinamakan first sight love? Wah, indahnya perasaan ini’ ujar Farish tetapi hanya lah di dalam hati.
“So, cik Isha boleh duduk.”
‘Aik?! Kenapa aku dengar dia panggil aku Isha? Aku salah dengar ke? Setahu aku, Afifah  sebut nama panjang aku.’ Isha bermonolog di dalam hati.
Dia mula menerangkan apa yang patut Isha lakukan tapi keterangan yang terakhir Isha tidak boleh terima. Dia suruh Isha bancuh air untuknya. Bukankah ada pekerja yang dikhaskan untuk bancuh air. Kenapa Isha pula yang harus bancuh air? Isshh… Pelik bin ajaib.
Setelah habis mendengar keterangan daripada MR. A, Isha pun terus keluar daripada biliknya itu. Tidak betah Isha duduk lama-lama dibiliknya itu. Muka pun tak ada secalit senyuman langsung. Boleh pengsan Isha jika lama-lama bekerja dengan lelaki sombong itu.
Aku terus menuju ke tempat Afifah lalu Afifah menunjukkan bilik aku. Afifah terus meninggalkan aku sendirian di bilik aku kerana telefon yang terletak di atas meja kerjanya berbunyi. Aku pun duduk di kerusi sambil memikirkan strategi untuk membalas dendam terhadap MR A. Hari ni aku hanya melengkapkan detail peribadi aku dan siapkan laporan sahaja. Aku tidak menulis nama Tengku sebaliknya hanya menulis Arisha Danisha.

p/s:So sorry, cerita ini agak kelam kabut, almaklumlah baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan.Ok, tak novel saya?

By Nur Aizat Ayiz N.M.