Sabtu, 13 Oktober 2012

Teaser Cerpen Akan Ku Nanti Cintamu..

Teaser :-
“RISYA, Adam... Mummy ada sesuatu nak beritahu kalian..” ujar Tengku Syahirah teragak-agak. Dipandangnya Tengku Syakirah dengan pandangan yang penuh dengan harapan. Namun, Tengku Syakirah hanya mengangguk. Tanda membenarkan..
            “Kenapa mummy? Mummy tak habis-habis cakap ada sesuatu nak beritahu tapi tak beritahu-beritahu pun! Malaslah kalau macam ni!” ujar Arrisya malas.
            “Kamu berdua sebenarnya telah ditunangkan se...”
            What?! With him! Are you serious mummy?!” ujar Arrisya kuat.
            “Arrisya, duduk dahulu. Dengar dulu mummy nak cakap apa!” ujar Azhar keras. Arrisya duduk bersama dengan keluhan yang kuat.
            “Kamu berdua akan kahwin sebulan selepas tamat SPM! Keputusan mummy, daddy, mama dan papa adalah muktamad!” ujar Tengku Syahirah tegas.
            “NO  WAY!!”

“RISYA! Aku ada sesuatu nak beritahu kau!” ujar Ilyia lantas menarik lengan Arrisya untuk duduk bersama dengannya.
            “Apa? Kau ni tak habis-habis! Gosip mana yang kau bawa kali ini?” tanya Arrisya selamba.
            “Eh! Ni bukan gosip! Sebenarnya, Adam lamar aku jadi kekasih dia!” ujar Ilyia dengan perasaan yang teruja.
            “Oh.. So?” tanya Arrisya selamba. ‘Entah Adam manalah yang minah ni sebut? Punya ramai Adam dalam sekolah ni! Adam Haris lah kot? Playboy terhebat sekolah!’ ujar hati Arrisya.
            “Kau ni pun!  Tak best lah cerita dengan kau!” ujar Ilyia lantas berlalu. Arrisya hanya menggelengkan kepalanya lalu membaca semula novel yang tertangguh akibat gangguan oleh Ilyia sebentar tadi.



p/s : Teaser dahulu.. Ceritanya maybe minggu hadapan.. Enjoy biarpun teaser ini sangat pendek..