Rabu, 31 Oktober 2012

Cerpen : Akanku Nanti Cintamu..! ( Part 3 )

ADAM mencapai buku hitam itu. Dia membuka buka itu. Matanya tertancap di suatu helaian muka surat. Dia segera membaca.
I love you since we were children.
This feeling will never lose because..
Now, you are here,
Close to me..
But your heart are too far from mine..

Don't you understand me?
I'm jealous when I saw you stand beside her,
I'm hurt when you touch her hand,
It’s hurting when I saw you give her a present,
You hurting me so much but I still loving you,

Please,
Kiss me baby I'll must be stay here day by day,
Whisper that you love me,
Kiss me baby just you can take me day by day,
Before my tears dry up,

I love you, my husband,
Still loving you,
And, always loving you..
I love you, Tengku Adam Syahir,
Only you in my heart..
Arrisya
19.01.2006
            Adam menutup kelopak matanya. ‘Is this really true? She love me, Arrisya love me! It is impossible!’ ujar Adam di dalam hati. Dia segera menyimpan diari itu di tempat asalnya semula.

AKU masuk ke dalam bilik apabila dah tiada apa untuk ditonton. Uargh! Mengantuknya! Aku melihat Adam yang masih berdiri kaku. Kenapa dengan dia ini? Dia dah jadi beku ke?
            “Adam.. Awak kenapa?” tanyaku perlahan. Dia memandang ke arahku lantas memelukku erat. Aku terkaku dalam pelukannya. Kenapa dengan dia hari ini?
“These two lips that whispered love. These two eyes that close at the right chance. I love you and I’m sure you do, too. I will be there by your side and I’m only gonna look at you. I will never looking at somebody else. Please stay here, I’m asking you for a favor. I’ll treat you better, I can’t let you go. This place is a paradise only if you are here. A paradise that has locked you in against your will. A sad paradise where you can’t leave even when you wake up. A paradise where we can be together forever. Every night, I filled myself up with you. A night with your arms wrapped around and your breath rising sharply. The best paradise. Without you, it just a hopeless world. I’m gonna hold you a little longer. I’m only gonna look at you a little more. Until my hearts cools off.. Because only you in my heart..” ujar Adam perlahan namun penuh dengan madah cinta yang tidak pernah diduga olehku.
“Adam..” ujarku perlahan lantas meleraikan pelukannya.
Let me take you into the paradise...” ujarnya. Aku memandangnya. Erk!

AKU menghampiri pantai itu. Terasa air menyapa kakiku. Damai dan tenang. Alangkah bagusnya kalau rumah di tepi pantai. Boleh mandi pantai setiap hari, macam cerita Full House. Erm, seronoknya!
            Tapi, sayang.. Esok aku dah nak balik. Macam tak percaya, dah nak habis tempoh 10 hari ini.
            “Risya buat apa seorang diri?” tanya Adam yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
            “Menenangkan fikiran, kan seronok kalau ada rumah di tepi pantai. Kalau ada masalah, boleh lihat pantai yang mendamaikan perasaan ini,” ujarku penuh makna. Nak suruh dia beli rumah di tepi pantai sebenarnya, cuma aku sampaikan kehendak aku dengan mengatakan kata yang mempunyai maksud yang tersirat.
            Adam memandang ke hadapan. Cuba mencari ketenangan itu.
            “Awak..” panggilku perlahan. Adam mengalihkan pandangannya ke arahku.
            “Inilah tempat kegemaran saya, apabila saya ada masalah saya akan datang ke sini. Untuk menteteramkan jiwa saya..” ujar aku sambil tersenyum tipis. Aku duduk di atas pasir pantai itu sambil menguis-nguis pasir.
            Adam hanya tersenyum nipis. ‘Akanku ingat semua itu, Risya. Kerana kaulah pemilik hatiku dan permaisuri dalam hatiku,’

“AKAK! Seronok tak honeymoon?” tanya Adlina. Aku memandang ke arahnya. Tak sabar-sabar lansung minah ni! Adik siapalah ni?
            “Erm, seronok! Cantik permandangan dia. Rasa macam nak pergi lagi je!” ujar aku. Adlina memandang aku dengan muka cemberutnya.
            “Kenapa?” tanya aku. Kenapa pula dengan minah ini?
            “Bukan.. Lina maksudkan, akak seronok  tak honeymoon dengan abang?” tanya Adlina secara slow motion. Nak perli lah tu.
            “Tak!”
            “Sebab?”
            “Lepas balik honeymoon, tinggal seminggu lagi nak tahu keputusan. Punggah lah akak macam ni!” ujarku selamba.
            “Akak!! Main-mainkan kita je tahu!” ujar Adlina geram. Aku mencubit pipinya.
            “Amboi adik akak ni! Manja aje lebih!” ujarku selamba. Adlina menepis tanganku.
            “Dah! Lina nak merajuk dengan akak!” balas Adlina lalu pergi meninggalkanku. Aku tersenyum tipis sambil memandang kolam di hadapan rumah ibu bapa Adam.
            Adam menghampiri isterinya. Dia tersenyum tipis apabila mengingati riak wajah cemberut Adlina. Merajuk lah tu. Entah apalah yang Risya buat?
            Adam duduk di sebelah Risya. Kelihatan, isterinya sedang asyik termenung.
            “Fikirkan apa tu?” tanya Adam. Aku segera mengurut dada. Terkejut cek!
            Nothing.. Berangan je lebih,” ujar aku selamba. Adam hanya mengangguk lantas memandang ke depan.
            “Woi! Pengantin baru!” jerit Adlina kuat. Aku segera mengurut dada. Nasib tak ada lemah jantung. Kalau tak mati aku!
            “Adlina!” panggil Adam keras.
            “Yelah-yelah.. Abang ni spoilt mood betulla! Orang seronok-seronok perkena akak. Abang back up! Tak acilah kalau macam ni!” ujar Adlina manja.
            “Aci di India..” balas Adam. Aku menjeling ke arah Adlina. Oh! Tak apa dia. Aku segera terjun ke dalam kolam lalu menyimbah air ke arah Adlina.
            “Akak! Basah habis baju Lina!” ujar Adlina marah. Aku menjelir ke arahnya.
            “Tak apa! Siap mu kak!” Adlina segera turun ke dalam kolam lantas menyimbah air ke arahku. Hish! Boleh basah lencun aku macam ni. Alang-alang dah basah! Mandi teruslah!
            Kami berdua bermain di dalam air sambil memperkena satu sama lain. Adam hanya memerhati sambil tersenyum nipis.
            “YA ALLAH! Adlina! Arrisya!” jerit Tengku Syakirah. Dia menggelengkan kepalanya apabila melihat aku dan Adlina bermain air. Dia menggelengkan kepalanya.
            “Hah! Adam! Kenapa kamu biarkan aje mereka main air. Basah habis semuanya,” marah Tengku Syakirah kepada Adam.
            “Biarlah, ma.. Sekali-sekala..” ujar Adam perlahan.
            “Banyaklah kamu punya sekali-sekala. Kamu pergi ambil tuala untuk mereka sekarang,” tegas tutur kata Tengku Syakirah. Adam hanya menurut.
            “Macam-macam hal!” bebel Tengku Syakirah lalu berlalu. Aku dan Adlina hanya tersengih macam kerang busuk.
            Kami membasahkan diri sementara menunggu Adam datang.
            Adam menghampiri Arrisya dan Adlina. Dia meletakkan tuala di atas kerusi lantas berlalu.
            “Apalah abang ni! Letak tuala sikit punya jauh. Tak takut ke?” tanya Adlina selamba.
            “Takut apa?” tanya Adam kembali.
            “Tak takut ke kalau jiran sebelah usyar kak Risya,” tanya Adlina selamba. Aku membuntangkan mata.
            “Rumah kita sikit punya tinggi. Tak ada siapa nak lihat, tak ada siapa nak usyar. Sebab tulah kau orang tak pakai tudung dalam rumah. Sebab tiada siapa yang nak tengok!” balas Adam semula.
            “Abang! Lina tak maksudkan tu la!” ujar Adlina.
            Then what?”
            “La, kan bila basah. Baju melekat kat tubuh. Mestilah terselah tubuh badan kak Risya yang seksi tu. Abang tak takut?” ujar Adlina selamba. Terbuntang mata aku dan Adam memandang ke arahnya.
            “Kamu nak suruh abang buat apa sebenarnya ni?” tanya Adam. Dia sudah meluat dengan kata-kata Adlina yang berbelit-belit macam ular sawa.
            “Berikan kain tuala tu kepada kak Risya. Atau lagi baik abang balut tubuh kak Risya dengan kain tuala,” ujar Adlina selamba. Aku menendang kaki Adlina.
            “Adoi! Akak! Sakit tau!” ujar Adlina manja.
            “Balasan..” ujar aku lalu memanjat ke atas. Tak kuduga yang Adam akan membaluti kain tuala di badanku.
            “Fuh! How sweet you are!” ujar Adlina selamba. Aku menjegilkan mata ke arah Adlina.
            “Pergi naik atas dan mandi lagi sekali,” arah Adam. Aku hanya mengikut arahannya.
            “Puas kamu dik?” tanya Adam kepada Adlina.
            “Puas sangat! Abang, nak dukung!” ujar Adlina manja.
            “Ni?!” ujar Adam lantas menunjukkan penumbuknya. Adlina hanya tersengih.

“TAHNIAH, sayang..” ujar Azhar lantas memeluk tubuhku. Aku tersenyum gembira. Akhirnya, penantianku berakhir dengan kegembiraan. 10 A+! Siapa tak bangga beb? Fuh! Hebat!
            Macam mana dengan Adam eh? Dia kan budak genius. I think dia mesti dapat 10 A+ juga!
            Thanks..” ujar aku menahan sebak.
            “Hey, kenapa nak nangis pula ni?” tanya Azhar.
            Aku mengetap bibir. Abang Az ni sengaja tau!
            “Orang nangis sebab happylah!” ujarku.
            “Alamak, sorrylah.. Adam tak ada sekarang. So, jangan nangis sekarang ye.. Nanti Adam sampai baru nangis puas-puas!” ujar Azhar selamba.
            “Abang Az!!” bentakku.
            “Abang gurau je sayang. Takkanlah nak ambil hati kot?” tanya Azhar kepadaku. Aku tersenyum tipis.
            “Alamak! Dia dah jadi beku macam Adam lah pula. Aduh! Pengaruh Adam betullah!” ujar Azhar selamba.
“Abang Az!! Siap abang! Dah tua bangka tak nak cari bini lagi! Pergilah cari kakak ipar untuk Risya! Tak sedar ke yang tahun depan umur dia dah masuk 24 tahun?” ujar aku geram.
“Abang tunggu bidadari syurga abang. Jangan jealous ye,” ujar Azhar. Aku mencebik. Tak heran pun.
“Tak kuasa Risya!” balasku selamba.
“Yelah, dia kan dah ada yang berpunya,” perli Azhar.
“Ermm.. Risya milik dia. Tak boleh ganti dah..” ujarku selamba.
“Amboi, sayang nampak! Dulu tak nak!” perli Azhar.
“Abang!!” bentakku geram.
“Risya..” panggil seseorang dari arah belakang.
“Yes, Aidil. Why?” tanyaku.
“I want to talk to you. Alone!” ujar Aidil tegas.
“Ermm.. Abang Az pergi dulu. Jangan nakal-nakal tahu!” ujar Azhar lantas mencuit hidungku sebelum berlalu.
Why?” tanyaku kepada Aidil buat kali kedua.
“Tahniah!” ujarnya sambil tersenyum.
Thank you. And, just that?” tanya aku menggesanya agar memberitahu hal yang ingin diucapkannya kepadaku dengan lebih cepat.
“Amboi, tak sabar-sabar nampak!” ujar Aidil. Aku hanya tersenyum tipis, dah berjangkit dengan Adamlah ni!
Please hurry. I want to go back as early as I can,” ujarku tegas.
“Awak dengan lelaki itu...”
“Adam,”
“Hah?”
His name is Adam,” balasku.
“Awak dengan Adam memang seriously couple ke?” tanya Aidil teragak-agak.
“Memang. Our family dah tahu tentang hal ini. Sebolehnya mereka nak kami kahwin cepat. So, anything else?” tanya aku lagi.
“Ermm.. No..” aku segera berlalu. Namun, sebelum sempat aku berlalu, dia mencapai pergelangan tanganku.
Please..” ujarku sambil merenung ke arah pergelangan tanganku.
Ops, sorry!” ujarnya perlahan.
Anything else?” tanyaku.
“Beritahu dia, yang saya minta maaf,” ujar Aidil.
“Okey,” ujarku seraya berlalu.
Adam mengetap bibirnya. Sedari tadi, dia menjadi penonton kepada ‘drama tak berpengarah’ itu.

“AWAK,” panggil aku.
            “Ermm..” ujarnya. Matanya masih fokus ke arah buku. Lansung, tidak memandang diriku ini. Aku ada buat salah ke?
            “Aidil minta maaf..” ujarku teragak-agak.
            “Ermm..” balasnya. Aku mulai pelik. Kenapa dengan dia ni?
            “Awak, saya ada buat salah ke?” tanyaku.
            “Saya nak tidur,” ujarnya segera menyelimuti dirinya hingga ke bahu. He is different! Sikap dia berbeza sangat. Dia merajuk atau marahkan aku?
            Tadi pun dia tak datang ke sekolah aku. Macam mana nak pujuk mamat cool? Kau orang ada tip ke?
            Aku menutup buku lantas merebahkan badan. Aku cuba memeluknya namun dia mengeraskan diri. Aku terkedu. “Adam, jika saya ada buat salah, beritahu saya. Jangan mendiamkan diri macam ni. Saya terseksa Adam. Jiwa saya terseksa,” ucapku.
            Aku mengucup dahinya.
            “Maafkan saya ye Adam. Saya tahu awak tak tidur lagi. Forgive me please,” rayuku.
            “Just sleep, Arrisya. Jangan pedulikan saya,” ucapnya. Aku menarik tangannya lantas tunduk untuk menyalami tangannya.
            “Ampunkan saya. Saya tak tahu apa salah saya, tapi maafkan saya. Saya tak nak dilaknat malaikat hanya kerana saya telah menyakiti hati awak,” ucapku dalam tangisan. Murah sungguh air mataku hari ini. Namun, deminya, aku sanggup.
            “Shh.. Dah, saya maafkan awak. Dah, tidur,” ucapnya lantas memelukku. Akhirnya, aku terlelap bersama tangisan.
            Adam mengesat kesan air mata yang masih bersisa di pipi Risya. Dia mengucup perlahan pipi itu. ‘Saya tak marahkan awak, cuma saya kesal kerana awak berduaan bersama lelaki lain di hadapan saya’

ADAM, kita akan berpisah untuk beberapa tahun. Awak akan ke University of Queensland sedangkan saya? Saya akan ke University of Cambridge. Kita mungkin tidak akan berjumpa untuk beberapa tahun, dan pastinya saya akan rindukan awak, belaian awak, dan pelukan awak. I will miss everything about you, Adam. Sebab awaklah pelengkap hidup saya, pemilik tulang rusuk kiri saya dan awaklah raja di hati saya.
            Aku memandang sayu ke arah surat itu. Universiti lain dan di tempat yang berbeza. Apalah nasib kita, Adam? Adakah awak akan merindui saya?
            Mungkin ini adalah ujian untuk kita, Adam. Bercinta dari jarak jauh.. Hanya dunia siber yang akan menjadi penghubung kita.

“JAGA DIRI, jangan lupakan saya. I will always call you, Risya,” ujar Adam. Aku memandnag sepi ke arahnya. Sebentar lagi Adam akan bertolak ke Australia. Aku akan ke UK sebulan lagi.
            I will always miss you, Adam. Jangan nakal-nakal tahu! Awek kat sana ramai cantik-cantik. Jangan nak menggatal sudahlah!” uajr aku bersama senyuman hambar.
            “Insya-ALLAH tak. Isteri saya di sini pun dah tak terjaga, takkanlah nak tambah stok pula kan?” ujar Adam. Dia menarikku ke dalam pelukan.
            I will miss you. Every second, without you, I feel empty. Saya berharap waktu kita di sana akan dipercepatkan agar kita tidak perlu terlalu lama menanggung rindu yang menggunung,” ujar Adam.
            “Abang! Akak! Cepatlah! Nanti terlepas flight!” ujar Adlina.
            “Ya.. Ya.. Saya kena pergi, jangan rindukan saya sangat tahu,” ucapnya lantas mencium bibirku. Lama.
            “Untuk bekalan,” ujar dia selamba selepas dia melepaskan ciumannya. Aku hanya tersenyum tipis. Macam-macam hal!

“ALHAMDULILLAH! Akhirnya aku sudah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini setelah beberapa tahun belajar di luar negara!” ujarku sambil tersenyum puas. Pulangku kini tidak bersendiri namun bersama segulung ijazah kelas pertama. Alhamdulillah.
            Mana Adam ni? Janji nak ambil pukul 2 petang. Ni, dah pukul 2.30 petang. Bayang kereta pun tak nampak lagi ini?
            Dia ni pun bukan spesies yang mungkir janji. Manalah mamat ni ntah? Aku mengambil telefon bimbit berjenama Samsung ACE lalu menelefon Adam.

DERINGAN telefon bimbit menyentakkan Adam yang sedang asyik memandu. Dia mencapai telefon bimbit, namun malang tidak berbau. Telefon bimbitnya terjatuh. Dia tunduk untuk mencapai telefon itu.
            Bunyi siren hon membuatkan Adam memandang ke hadapan. Betapa terkejutnya dia apabila melihat treler berada di hadapannya. Dia segera membelokkan sterengnya ke kanan dan dia tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung.

MANA dia ini? Tak pernah-pernah dia buat aku macam ni! Call tak berangkat! Mesej tak reply! Mana dia ni? Dah pukul berapa dah ni. Dah 2 jam dah aku bertapa kat sini ni!
            “Riz! Tolong ambil Risya!” ujar aku sambil membuat suara manja. Provok abanglah kiranya ni.
            “Waalaikumussalam, adikku tersayang. Bukankah encik Adam yang menjemput kamu hari ini puan Arrisya?” tanya Airiz selamba.
            “Dia mana ada! Orang call berpuluh-puluh kali. Pusing seluruh KLIA ni dah 5 kali. Bertapa di KLIA ni dah 2 jam. Orang yang ambil Ujian Aptitud pun dah habis ujian tau!” ujarku keras.
            “Eh, Adam keluar dari office pagi tadi tau, dia kata lepas dia lawat site dia terus pergi jemput kamu. Takkan dia tak datang lagi, kot?” tanya Airiz.
            “Ada hal penting kot kat sana, sampai tak reti angkat call orang. Ambil Risya, please.. I beg you!” ujar aku sambil membuat suara yang mendayu-dayu.
            “Yelah-yelah..” ujar Airiz.
            “Yes! Sayang Airiz..” ujar aku.

“ASTAGHFIRULLAH! Amalia! Aril!” jerit Puan Sara. Dia memanggil anaknya ke mari. Amalia dan Aril segera menuju ke arah ibu mereka. Betapa terkejutnya mereka apabila melihat seorang lelaki terkulai layu dengan mukanya yang berlumuran darah.
            “Astaghfirullah..” beristighfar sebentar Aril dan Amalia apabila melihat keadaan lelaki itu.
            “Apa yang kamu berdua menungkan lagi. Cepatlah, tolong ibu! Kita angkat dia!” ujar Puan Sara.
            Amalia dan Aril segera berganding bahu untuk mengangkat lelaki itu. Biarpun berat, namun digagahi juga mereka untuk membawa lelaki itu pulang ke rumah mereka.
            Sesampai di rumah, Puan Sara menyuruh mereka membaringkan lelaki itu ke atas katil sementara dia mengambil air untuk membasuh luka lelaki itu.
            “Ibu, Aril rasa kita kena bawa lelaki ini ke hospitallah, bu,” ujar Aril. Dia memandang sayu ke arah lelaki itu.
            “Gila kau, Aril! Kita nak bayar duit perubatan dengan apa? Lagipun, hospital itu berbatu jauhnya dari kampung kita. Kau ingat apa Aril?” ujar Amalia keras.
            “Betul cakap kakak tu, Aril. Kita perlu ingat keadaan kita macam mana dahulu. Kita miskin, tak mampu nak tanggung duit perubatan lelaki ini,” ujar Puan Sara.
            “Dah tu? Kenapa ibu bawa dia ke rumah kita? Dah tahu kita susah nak tambah ahli keluarga pula dah!” ujar Aril keras.
            “Kita yang jumpa dia Aril. Kalau kita biarkan sahaja dia, dia mungkin akan mati di hutan sana, Ril,” ujar Puan Sara.
            “Siapa lelaki ini ye? Mudah-mudahan, bila dia sedar nanti. Dia akan berbakti kepada kita,” ujar Puan Sara separuh berharap.
            Amalia memandang ke arah lelaki itu. Kacak! Itu perkara pertama yang difikirkannya tentang lelaki itu! Dia memandang ke arah jam tangan di tangan lelaki itu. Fuh! Rasa-rasanya lelaki ini dalam kalangan orang yang berada atau boleh dikategorikan sebagai orang kaya. Kahwin ke belum dia ni ye?

“ASSALAMUALAIKUM!” ujar aku lalu segera masuk ke dalam rumah. Kelihatan mummy, daddy, mama dan papa tidak lupa juga kepada Azhar dan Adlina yang menantikan kepulanganku. Adam di mana ye?
            Aku menyalami semua.
            “Adam mana, Risya?” tanya Tengku Syakirah.
            “Adam tak ambil Risya, tapi Airiz,” ujar aku perlahan. Terbuntang mata Adlina memandangku.
            “Abang tak ambil kakak? Tapi, dia dah kata yang dia ambil kakak hari ini,” ujar Adlina. Aku hanya menjungket bahu.
            “Entah, akak tak tahu. Yang akak tahu, kaki akak dah kebas sebab tunggu dia yang tak kunjung tiba,” ujar aku selamba.
            “Banyaklah!” perli Azhar. Aku melilau-lilaukan mata seolah mencari sesuatu.
            “Cari siapa tu? Cik abangmu tiada,” perli Azhar.
            “Bukan cari Adam!” ujarku tegas.
            “Then who?” tanya Azhar.
            “Cari bakal kakak ipar Risya!” ujarku selamba. Azhar membuntangkan matanya.
            “Tak ada maknanya!” ujar Azhar tegas.
            Aku mencebikkan bibir. Tak ada maknanya konon..
            “Betul juga Risya cakap. Bila mummy nak dapat menantu baru ni?” tanya Tengku Syahirah.
            “Nanti-nantilah Az cari,” ujarnya lantas menghidupkan televisyen.
            “Eh, itu bukan macam kereta abang Adam ke?” tanya Adlina keras. Dia mengambil remote lalu menguatkan suara.
            ‘Rawang, Selangor – Sebuah kereta yang berjenama Mazda 3 telah berlanggar dengan sebuah lori treler pada jam 1.30 petang tadi. Kejadian itu menyebabkan pemandu lori itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit hilang tanpa berita. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut ataupun ada dalam kalangan keluarga yang hilang hendaklah melaporkan diri ke balai polis yang terdekat’
            “Adam..” ujar Tengku Syakirah lirih. Matanya sudah berkaca.
            Aku tidak dapat mentafsir perasaanku kini. Suara dia yang gembira apabila mendengar kepulanganku seolah-olah bermain semula di telingaku ini.
            “Is it really true, sayang? I will fetch you up! Tell me when it is?”
            Air mataku menitis tanpa dipinta. Lembut tangan Tengku Syahirah menarikku ke dalam pelukannya.
            “Tapi, kita belum tahu itu dia. Kalau Adam tak balik esok, kita pergi balai polis!” ujar Airiz.

p/s : Upload awal minggu ni.. Enjoy.. Minggu depan Insya-Allah, saya post part last..


Aku telah menanti cintamu pada ketika dahulu..
Salahkah aku untuk terus menanti cintamu?