Selasa, 10 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 3 )



Bab 3
   Turun-turun dari tingkat atas aku dah dapat tangkap senyuman evil umi.Ni mesti kes aku tak turun buat sarapan.Hehe.Aku garu kepala ajalah.
   “Piece,mi.Tadi abang buat kes.Dia jirus Ika guna air.Apa lagi Ika balaslah,”aku tersengih.Sudah tidak guna lagi.
   “Pandai betul kamu buat alasan,noh!Kamu tahu tak?”
   “Tak tahu,”aku memotong kata-kata umi.Umi mencubit lengan aku.Adoi!Sakit,yok!
   “Umi tak habis cakap lagi la.Pandai-pandai je dia nak potong.Sebenarnya!Umi yang suruh Hafiz jirus kamu dengan air tadi tu.”kureng betullah Umi ngan Hafiz ni.Penampar sorang-sorang kang!Boleh dia jirus aku dengan air.Bertuah betullah!
  “Umi ni betoilah!Sekarang umi pi minta maaf kat Hanif,”kata aku selamba.Yelah!Umi punca segala-galanya.Umi la yang kena minta maaf kan?Betulkan?Betoilah tu.
   “Kenapa pula?”Umi memandang aku pelik.
   “Sebab umi la.Ika pi jirus air kat dia,”aku berkata selamba.Umi menampar lengan aku.Adoi!Boleh biru tangan aku kalau umi aku asyik tampar tangan aku.
   “Kamu yang buat salah.Umi yang kena minta maaf.Banyak cantik!”
   “Siapa suruh umi yang arahkan Hafiz pi jirus air kat Ika,”aku membalas.
   “Dah,kamu liat bangun tidur,”umi membalas.Aku dah tak tahu dah nak balas apa.Umi memang pandai menjawab.Cita-cita umi nak jadi lawyer kot.
   “Cita-cita  umi nak jadi lawyer ke?”selamba je aku tanya.Dah aku cakap mesti umi bidas balik.Selalunya kalau ada perang mulut pasti umi la yang menang.
    “Ni lah umi nak cerita kat kamu nostalgia lama,”bulat mata aku memandang umi.Seronok sich.Boleh dengar cerita lama.
   “Dulu umi ni peguam kat syarikat walid kamu,”bulat mata aku memandang mama.Tak sangka umi ni hebat jugak ye.
    “Umi kerja di department walid kamu.Kira satu tingkatlah dengan walid kamu.Walid kamu ni cerewet sangat tau tak masa tu.Adalah.Umi buat report.Kan nama walid kamu Ismail bin Umar.Lepas tu,umi tersilap tulis.Umi tulis Imail bin Omas.Kerana tersilap tulis umi kena panggil masuk bilik walid.Kecut perut juga umi waktu tu.Lepas tu,umi kena marah dengan walid.Walid suruh umi tulis balik semua.Dia nak dalam masa 30 minit.Memang la,umi boleh tukar je kan.Tapi,masalahnya.Laptop  kat bilik mama terpadam.Lose battery.Umi pula tak save lagi.Adoi!Musibah!Musibah!Umi teruskan buat kerja tu sebab takut kena pecat.Tapi malangnya.Umi siapkan kerja tu 5 minit selepas waktu yang dicadangkan.Umi kecut perut sangat-sangat waktu tu.Tapi walid tak marah.Sebaliknya dia kata.Will you marry me?Umi terkejut plus terkedu.Tak tahu nak buat apa.Dan,setelah beberapa hari umi bersetuju atas pinangan walid kamu,”cerita umi akhirnya sampai di penghujung.Aku yang mendengar terlongo dan terpaku.Walid pinang umi dalam pejabat.Tak romantic lansung.Tapi aku suka cara walid.So gentleman.
  “Wah!Macam lagu Cinta Muka Buku!Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju o’o!Adoi!”hancur lagu yang aku nyanyikan tadi.Tangan yang baru saja ditampar umi diusap.Kesian tangan!Tak pasal-pasal je kena tampar.Kan?
  “Banyak lah kamu punya Muka Buku!Tutup Buku kang!”ugut umi.Aku buat muka tak kesah.Macam iklan Aiman tak kisah.
  “Inilah cinta yang menyakitkan,Cinta di tutup buku,”aku menyanyikan musik yang sama tapi lirik yang berbeza.Umi terus naik ke atas.Malas nak layan aku lah tu!Hehe!Aku terus makan sarapan yang disediakan umi.
*_*
   Aku turun ke meja makan dengan senang hati. Gembira?Ya,memang aku gembira.Sebab!Aku dah boleh masak!!Diulang!Aku dah boleh masak!Yeay!!
  “Awal nampak?”perli Hafiz.Aku menjeling sinis ke arahnya.
  “Ikut suka hati akulah,”balas aku geram.
  “Ika!”Alamak!Warning error umi dah sampai!Umi aku ni tak suka kalau kami berempat cakap aku-kau!Huh!Tak patut..!
   “Sorry,umi,”balas aku lalu duduk.Nyum..Nyum..Ada nasi goreng.Baru nak menggapai senduk.Hanif dah katuk tangan aku.
  “Hanif!Sakit tangan Ika!”aku menunjukkan tanganku yang tak berubah pun.Saja!Action jer lebih!Huhu!
  “Banyaklah!Tak ada apa-apa pun!Pandai-pandai je!Macam mana orang tak katuk kalau kamu tu nak cedok tak basuh tangan pun!Bertuah punya budak!”marah Hanif.Aku pun terus ke dapur.Malas nak dengar budak tu berleter.Mengalahkan perempuan!Hish!

Hana Syafika

^_^    Enjoy Your Reading…

Ditulis oleh:

Hana Syafika (HS) – Aliaa Yasmin Noor Manshah

(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)